Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Mei 04, 2011

Tikam Belakang

tikam belakang ada kaitan dgn cakap lain buat lain. contoh,'saya tak berminat jadi dekan'. tapi orang lain maklumkan bhw orang tersebut beria2 mencadangkan dirinya kpd pihak tertentu supaya beliau lah yg layak jadi dekan. dan orang ini saya tak hormati. tanyalah kpd yg kenali saya.

begitu juga dgn mereka yg berkata, 'kita akan ambil tindakan sewajarnya'. tetapi lain dilakukannya. maka mereka ini dipandang dgn sinis setiap kenyataan mereka. sebabnya mereka telah menilaikan kata mereka sbg tidak berharga. mereka telah nilaikan diri mereka juga tidak berharga dan tidak boleh dipercayai. ianya seperti tikam belakang, depan manis, belakang menikam kita. macam brutus dan pembunuhan caesar.

ketua bagi arahan. dan beliau nyatakan bhw beliau akan memberi sokongan kpd kita semasa kita jalankan arahannya. maka kita pegang kpd katanya, maklumlah dia kan ketua kita. tapi sebaliknya berlaku. beliau putuskan 'talian hayat' kita. dan beliau tidak menyahut permintaan kita utk mendapatkan bantuannya utk selesaikan masalah kita kerana menjalankan 'tugas' mengikut arahannya. dan beliau terkejut apabila kita mampu 'hidup' walaupun telah di'tinggalkan' olehnya utk 'mati' sendirian.

kami ingat. kami sentiasa ingat. kami ingat mereka yg 'terkorban' kerana 'kata' ketua yg tidak dikota. Allah Jua Yg Maha Adil.

Tiada ulasan: