Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 17, 2011

Lompat dan Tikam

ianya bukan suatu gerakan yg mudah. terutamanya bg seorang yg telah melewati usia 40thn. dan pagi ni saya melakukan lagi setelah lama tidak melakukannya.

tapi tikaman saya dgn sudu. dan tiada lompatan dilakukan sebenarnya. sebab saya menikmati kuih lompat tikam yg dibawa oleh saudara saya yg datang melawat bonda saya yg akan mengerjakan umrah pada pagi tadi.

maaf tiada gambar kuih tu, sebab lupa nak ambil. ianya sangat berwarna warni. pulut merah, kuih tepung hijau, santan putih dan air manisan. memang melelehkan air liur. tetapi kita perlu berjaga2 dlm menikmati makanan yg manis2. ianya boleh sebabkan kita ada kencing manis, kemudiannya darah tinggi, dan akhirnya sakit jantung. sekadar menikmati sekali sekala ok la kut.

saya andaikan sekarang kuih yg dijual di lembah kelang dlm bekas yg cantik susunaturnya dijual dgn harga rm2 sebekas. berbeza dgn harga di kelantan. dan dulu, kita boleh dpt dgn harga rm0.50 aje. adakah kita semakin maju atau kita semakin miskin? jangan kita syok sendiri, lompat dan tikam sendiri dan ditikam dari belakang (dan dari pelbagai sisi). kemudiannya kita terlompat2 macam katak.

Tiada ulasan: