Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mei 14, 2011

Pemimpin dan Tanggungjawab

setiap drpd kita adalah pemimpin. setiap pemimpin bertanggungjawab kpd pengikutnya.

selain drpd itu, setiap pemimpin adalah bertanggungjawab kpd dirinya sendiri. tanggungjawab dan pemimpin ada kaitan dgn balasan di dunia dan di akhirat. maka bg yg mengerti dan berilmu, akan takut utk menwarkan diri menjadi pemimpin. kerana pemimpin akan disoal tentang bgmana beliau menjalankan tanggungjawabnya sbg pemimpin.

hidup di dunia adalah ujian. hidup di dunia adalah peluang menyediakan diri utk akhirat. jika kita tidak lulus dgn ujian di dunia, maka keputusannya yg adil di akhirat. jika kita tidak menyediakan diri kita sebaiknya, maka kita akan menyesal di akhirat.

ada orang bernasib baik di dunia. dilakukan keburukan, pecah amanah, rasuah, ketidak adilan dan pelbagai perkara yg kurang baik tetapi terlepas hukuman penghakiman di dunia. dan kita tidak perlu berasa irihati terhadap mereka ini kerana kita percaya bahawa pembalasan Allah adalah seadil2nya. usahlah kita tergoda utk tutur serta dgn mereka yg hanya melakukan kerosakan di dunia.

tetapi adalah tanggungjawab kita utk menghalang mereka ini jika kita mengetahui ketidakadilan dan pecah amanah oleh mereka. janganlah kita pula bersekongkol dgn mereka ini. janganlah pula kita dilihat sebagai seorang drpd mereka yg sanggup lakukan apa shj utk mendapat kekayaan di dunia. berdoalah semoga kita bukanlah drpd kalangan mereka yg pecah amanah dan salah guna kuasa sama ada di tempat kerja kita atau di tempat lain.

Tiada ulasan: