Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 10, 2011

Meningkat Ilmu

harapan kita supaya para pensyarah akan bertambah ramai. dan pertambahan bilangan akan bersama dgn pertambahan ilmu utk dikongsi dgn kami yg sedia ada.

dan sebagai pensyarah, kita inginkan supaya pelajar kita akan menjadi lebih berilmu drpd kita. supaya ilmu yg ada pada pelajar akan dpt juga dikongsi dgn pensyarah. pensyarah bukannya serba tahu. pensyarah selalunya hanya tahu dlm bidang yg diceburi shj. dan pensyarah dilihat sbg berilmu dlm bidang yg dipelajarinya dahulu. kemudiannya barulah dilihat pada pengalaman kerjanya.

maka saya berasa hairan apabila terdapat pensyarah yg tidak mahu melihat pelajar menjdai lebih pandai drpdnya. maka pelbagai alasan dibuat utk memperkecilkan pelajar tersebut. saya kerap dengar keluhan pensyarah lain apabila terdapat pensyarah yg seolah2 dia aje yg tahu dan sempurna. pelajar tak boleh lebih drpdnya, walhal sebenarnya pensyarah tersebut berkemungkinan menunjukkan 'inferiority complex'nya.

di ipt berbeza dgn sekolah. pensyarah di ipt bukan macam cikgu di sekolah. dan pelajar di ipt tak sama dgn murid di sekolah. seorang pensyarah bukan tahu semuanya. dan janganlah kita sentiasa perasan kita serba tahu. sebab itu sebenarnya tanda kita ni dungu.

Tiada ulasan: