Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 31, 2009

Tetamu Allah - 2

Selain drpd ke Mekah, kita juga boleh menjadi tetamu Allah tanpa ke sana. Kita menjadi tetamu Allah apabila kita ke masjid. Dan apabila berada di masjid, ketenangan yg dinikmati susah hendak saya kongsi.

Saya bukanlah seorang yg ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Selain pada hari Jumaat, saya akan singgah di masjid selalunya apabila saya bermusafir. Dan semasa saya bermusafir juga saya mendapat idea untuk sejadah Q untuk memudahkan dibezakan diantara seseorang yg solat qasar dengan yg solat penuh.

Menjadi tetamu Allah di masjid memberi kita peluang untuk menilai pencapaian dan usaha kita sebagai hambaNya. Keberadaan di masjid juga membuat kita muhasabah diri tentang masa yg masih kita ada di dunia ini.

Moga2 kita mendapata peringatan bukan hanya semasa di masjid sahaja ataupun semasa menunaikan haji. Sebab peluang untuk memperbaiki diri bukan untuk selama2nya.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Tetamu Allah

Bermula daripada minggu lepas, ramailah yg mula bergerak ke Rumah Allah di Mekah. Dan mereka ke sana sebagai tetamu Allah.

Bagi mereka yg telah berjaya ke Mekah menunaikan haji, maka dilihat sebagai sempurnalah sudah rukun Islam yg ke5. Dan selalunya, apabila telah dipenuhi objektif yg perlu dicapai, kita akan hanya menunggu masa sahaja untuk kembali kepadaNya. Mungkin itulah antara sebabnya bakal tetamu Allah dan ahli keluarga saling menangis bhw kemungkinan lambaian perpisahan di lapangan terbang atau di pelabuhan (dahulunya) adalah lambaian terakhir di antara tetamu Allah dan ahli keluarganya.

Kita berdoa agar kita menjadi tetamu yg akan diterima segala perbuatan sebagai baik oleh tuan rumah. Kita berdoa juga, jika kita kembali ke rumah masing2, kita benar2 seumpama seorang bayi yg baru lahir, bersih daripada kesalahan dan dosa.

Tetapi bukan semua yg menjadi tetamu Allah mendapat kebaikan drpd menjadi tetamuNya. Ada yg pulang ke rumah sendiri akan sama seperti sebelum menjadi tetamu Allah. Malah ada yg mungkin lebih buruk drpd sebelumnya. Yang mana satukah adalah kita?

Khamis, Oktober 29, 2009

Mesyuarat Lagi

Hari ini masa saya penuh dgn mesyuarat. Bermula dgn jam 8.30pagi dan habis pd jam 5 ptg.

Slot pertama 8.30-10.30pagi. Slot kedua 11.00-12.00tgh. Slot ketiga 12.30-2.30ptg. Slot ke4 sepatutnya mula jam 3 tetapi lambat sampai jadi saya ke slot seterusnya 3.30-4.15ptg. Jam 4.30-5.30ptg adalah yg asalnya slot ke4. Slot seterusnya mula jam 5, dan kemudian jam 6.30ptg tak sampai2 kerana hujan. Giler, gile mesyuurat hari ni.

Sepatutnya slot yg mula 4.30, 5.00 dan 6.30ptg adalah dgn pelajar. Tetapi hanya tetamu jam 4.30 aje hadir. Hmm, inilah tugas pensyarah. Saya tengok punch kad saya hari ini dan semalam, keberadaan saya di uitm hampir berjumlah 24jam untuk dua hari. kalau mcm ni, cukup 3hari sahajalah saya berada di uitm dah boleh penuhkan keperluan 38.5jam seminggu. Dab keberadaan saya hari ini sangat2 produktif sb banyak perkara tertangguh hampir dpt diselesaikan.

Oh, ya, lupa pulak saya juga bermesyuarat dgn KP saya melalui telefon agak lama juga. Hasilnya, saya berpuashati bhw siapa sebenarnya yg cakap tidak jujur dgn saya. Sudah berjaya mengenal pasti individu cakap lain dgn setiap org spt sengaja nak mengadu domba pensyarah lain. Adakah untuk kelemahan sendiri?

Rabu, Oktober 28, 2009

Masa Bekerja Seorang Pensyarah - 2

Seorang pelajar saya bagitau saya ada seniornya gagal atau dapat TL bg Laporan Penyelidikan. Dan sebab utama adalah kerana tidak dapat berjumpa dgn penyelia sehinggalah ke saat2 akhir.

Saya pernah TLkan pelajar yg tidak berjumpa saya atau tidak mahu berjumpa saya. Tetapi yg pelajar maklumkan kpd saya adalah mereka payah nak berjumpa pensyarah 'besar2'. Tadi saya dibagitau pensyarah 'besar2' adalah mereka yg memegang jawatan. Seingat saya, jarang saya ni payah untuk berjumpa dgn pelajar. Jika ada perubahan jadual perjumpaan, saya akan maklumkan seberapa segera yg boleh.

Dan antara sebab saya balik selepas jam 7malam adalah kerana pelajar yg saya selia SRW655 hanya berpeluang berjumpa dgn saya selepas jam 5petang, iaitu selepas waktu kerja mereka. Hampir setiap semester, saya kerap berjumpa dgn pelajar SRW655 pada hujung minggu sama ada sebelum atau selepas kuliah saya di hujung minggu.

Pelajar adalah pelanggan utama seorang pensyarah. Jadi sesuaikanlah seberapa boleh masa kita dgn masa pelajar. Tak guna pangkat tinggi, pegang jawatan, gaji besar, dpt masa kerja (ATA) lebih untuk dpt claim tetapi tidak sudi berkongsi ilmu atau tiada ilmu utk berkongsi dgn pelajar. Kalau macam tu, janganlah jadi pensyarah. Memalukan namabaik kerjaya pensyarah aje.

Masa Bekerja Seorang Pensyarah

Satu topik yg dekat di hati. Yang boleh menyakitkan hati. Yang boleh buat kita perlu berhati2.

Bilakah masa bekerja seorang pensyarah? Adakah jam 8pagi hingga 5ptg? Atau adakah hanya pada masa kita ada kuliah sahaja? Ada orang akan masuk awal2 pagi kalau ikut kad masanya. Ada orang masuk sebelum jam 8pagi. Ada orang masuk lepas jam 8pagi. Ada orang macam tak masuk2 kerja sebab kadnya tiada didetik dgn masa masuk dan/atau masa keluar.

Pagi tadi saya masuk jam 7.30pagi. Selalunya saya masuk selepas jam 8pagi. Dan saya selalu keluar selepas 7malam. Secara purata saya akan 'clock-in' hampir 50jam seminggu. Masa keberadaan seorang pensyarah minima adalah 38.5jam seminggu. Ada kalanya saya berada bertugas 7hari seminggu dan ada masanya sehingga lebih 70jam seminggu. Dan saya masih lagi dikatakan sebagai tidak buat kerja.

Tadi saya bagitau pelajar saya, 'saya bercadang nak gantung pingat2 kemenangan akademik saya di jaket saya pada satu hari dan berjalan2 di sekitar mereka yg kata saya tak buat kerja'. Mereka ketawa aje.

Peperiksaan Oktober 2009

Hari ini hari pertama peperiksaan Oktober 2009 di UiTM. Dan hari ini juga saya bertugas sebagai pengawas pepeperiksaan (1 daripada 4) untuk sem ini. Tugasan saya di pagi tadi adalah di Dewan Anex UiTM.

Lebih drpd 200pelajar yg mengambil peperiksaan. Mereka terdiri drpd pelajar sepenuh masa dan bukan sepenuh masa. Mereka juga terdiri drpd pelajar diploma dan Ijazah sarjana muda sain sukan dan pengurusan sukan. Peralatan seperti meja kurang tersedia spt sepatutnya. Tiada nombor meja, jadi terpaksa gunakan helah untuk calon dpt membezakan tempat duduk mereka dgn mudah. Maklumat adalah penting.

Dan kelihatanlah pelajar kerap keluar ke tandas kerana suhu dlm dewan lebih sejuk drpd biasa. Ianya tak dpt dikawal kerana ianya berbentuk 'centralised control'. Kelihatan juga pelajar yg termenung mungkin kerana dah 'habis' menjawab. Ada yg tidur. Dan diantara pelajar kelihatanlah ada yg resah gelisah. Kenapa ya? Terlebih tahu atau tidak tahu untuk menjawab soalan?

Kepada kesemua yg menduduki peepriksaan Oktober 2009 UiTM, saya ucapkan semoga anda selamat dlm melalui peperiksaan ini. hadapilah dgn tenang dan jujur. Janganlah cuba membuat 'magic' atau menggunakan toyol atau kaedah berkomunikasi berkesan dgn kawan2 semasa peperiksaan. dapatkan rezeki yg halal.

Selasa, Oktober 27, 2009

Kepimpinan dan Bakal Pemimpin

Seorang sahabat menelefon saya tadi tetapi saya tidak sempat nak jawab. Jadi saya buat panggilan semula kpd beliau. Maklumlah, kalau dia telefon maknanya sangat penting.

Dia memaklumkan bhw dia telah bagitau kpd pengetua sekolah menengah saya dahulu tentang kemudahan untuk program kepimpinan yg ditadbir oleh uitm. Dan beliau memaklumkan bhw hubungilah saya untuk menguruskan program tersebut untuk bakal2 pemimpin yg sedang menuntut di sekolah saya. Sahabat saya telah canangkan kpd pengetua bhw untuk program kepimpinan di masa hadapan, sayalah rujukan. Alahai, besar dan kuatnya canangang sahabat saya ni. Termampukah saya menguruskan amanah ini?

Saya bercadang untuk ke sekolah lama saya bersama sahabat saya untuk mendapat maklumat lanjut. Insyaallah, dgn izin Yang Maha Esa, saya akan cuba sebaik dan sedaya mungkin membantu mendidik bakal pemimpin dari sekolah lama saya. Teori kepimpinan apa yg saya nak gunakan ya?

Perancangan Untuk Capai Matlamat

Pagi tadi saya terlibat dlm perancangan uitm berdasarkan KPI dan KRA Menteri Pengajian Tinggi. Saya berfikir sendirian dgn keadaan saya diberi peluang bersama2 bekas2 pensyarah saya untuk kebaikan uitm. Adakah ini satu penghormatan atau kerana saya seorang yg tak buat kerja?

Diantara topik adalah bagaimana nak mengekalkan tenaga yg sedia ada. Saya maklumkan bagaimana saya berkongsi pengalaman kawan2 yg berminat untuk mengajar dan lakukan penyelidikan tetapi sebaliknya banyak dihabiskan masa dlm pentadbiran. Dan ada yg telah meninggalkan uitm kerana sebab ini. Maka perlu ada perancangan kerjaya untuk yg nak jadi pensyarah kerana nak mengajar dan menyelidik. Jika yg minat jadi pentadbir kerana tak ada ilmu untuk mengajar, janganlah jadi pensyarah. Rezeki sepatutnya sebagai pensyarah berkongsi ilmu, bukannya untuk buat tuntutan kerana ingin jaga imej.

Sebelum ada rancangan, kena ada objektif. Kemudian fikirkan strategi (helah ikut kata bos saya) untuk capai objektif.

Isnin, Oktober 26, 2009

IERU

Saya bercadang untuk ambil bahagian dalam IID 2010, setelah mengikuti IID 2008 dan IID 2009. Saya mengambil bahagian dlm IID 2008 setelah mengikuti ITEX 2007 dgn Nagoor dan Dr Anuar.

Di ITEX 2007, saya berjaya dpt PERAK. Di IID 2008, saya ada 3 penyertaan, dan dapat satu GANGSA. Di Geneva 2008, saya dapat satu GANGSA. Di IID 2009 saya ada 4 penyertaan, 3 sebagai ketua. Alhamdulillah, saya berjaya dapat 1EMAS dan 3 PERAK. Di MTE 2009 dan ITEX 2009, saya tiada mendapat sebarang pingat. Alhamdulillah, di PECIPTA 2009 saya dapat 1 PERAK. Jadi berapakah penyertaan saya untuk IID 2010?

Tadi saya berkongsi cadangan dgn seorang peserta drpd CS (pemegang PhD dan bakal layak mendapat prof madya)berkaitan penyertaannya ke IID 2010. Tadi juga saya beri beberapa cadangan kpd wakil UiTM ke Nuremberg 2009 untuk penambahbaikan produknya. Saya doakan kejayaan mereka berdua.

Esok saya akan menghadiri mesyuarat IERU berkaitan cadangan UiTM untuk mencapai IERU.

Pecah Amanah

Adakah pecah amanah sama dgn kesalahan? Ada kah pecah amanah sama dgn kezaliman? Pecah amanah dikaitkan dgn takhta (kuasa), harta (kekayaan material) dan dan wanita (ataupun lelaki berkaitan seks).

Kenapakah ini berlaku? Adakah sebab telah lupa tujuan kejadian kita di dunia ini? Atau bagi yg tidak mendapat kemurahanNya, tidak tahu atau tidak iktirafkan tujuan kejadian manusia? Selalunya yg pecah amanah adalah mereka yg mempunyai sesuatu dan inginkan sesuatu sebagai balasan. maka pemberi dan penerima adalah sama2 pecah amanah. Saya suka gunakan perkataan pecah amanah daripada rasuah.

Perlukah kpd kedudukan yg tinggi? Perlukah kpd harta berguni2? Perlukah kpd kepuasan nafsu seks berulang2kali? Ketiga2 ini jika kita tak dapat kawal akan menjadikan kita hambanya dan menyebabkan kita lupa kpd Allah, yg mana sepatutnya kita menjadi hamba Allah.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah - UiTM

Semalam saya hadir ke majlis pelancaran - Hari Ini Dalam Sejarah UiTM. Ianya telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Tan Sri NC UiTM.

Majlis dianjurkan oleh pelajar Masscomm Broadcasting dibawah nasihat pensyarah mereka. Program HIDS - UiTM akan bermula 'berkokoknya ayam' pada 1 Januari 2010 (01.01.2010). Ianya akan ke udara melalui Radio UiTM dan akan memaparkan sejarah berkaitan UiTM sejak ianya ditubuhkan. Rancangan ini akan ke udara pada setiap hari daripada 1 Januari 2010 sehhingga 31 Disember 2010.

Semalam saya mewakili Pengarah saya. Tidak ramai jemputan yg dpt hadir kerana mungkin dimaklumkan pada saat akhir setelah ditangguhkan pada tarikh sepatutnya iaitu pd hari sebelumnya Khamis 22Oktober 2009. Selain drpd mereka dari Masscomm, wakil/vip yg hadir adalah dari Perakaunan dan Art & Design.

Mungkin gambar saya akan termasuk dlm koleksi gambar sejarah UiTM jika gambar yg hadir semalam dimasukkan dlm koleksi UiTM. Ada peluang menjadi sebahagian drpd sejarah UiTM.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Balik Dari Kerja

Hari ni 5.05ptg saya dah keluar dr pejabat. Silap pulak terpunch out. Sebab malam ni wakil bos ke satu majlis uitm.

Saya biasanya balik pd jam7.30mlm dr pejabat. Selalunya pelajar penyelidikan dan latihan praktikal akan berjumpa saya antara jam 5ptg ke 7mlm. Dan selalunya, selepas jam 5ptg juga dapat fokus dlm kerja. Kalau sebelum jam 5ptg selalunya banyak urusan pentadbiran, mesyuarat, majlis dan mcm2 ada. Saya di fakulti selalunya hanya 2 hari dlm seminggu iaitu pada hari saya ada kuliah dgn pelajar. Dan secara puratanya saya akan berada selama 4jam termasuk waktu kuliah.

Jadi hari ini terasa pelik juga. Setelah sekian lama tak sampai di rumah sebelum jam 7malam. Dan saya ada masa untuk berehat sebelum kembali ke uitm untuk majlis malam ini.

Lalai

Kita pada setiap hari banyak dilalaikan daripada melakukan apa yg perlu utk capai tujuan/matlamat/objektif kita. Tujuan kita diadakan adalah untuk beribadah kpd Allah. Dan kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran pada setiap masa yg cuba melalaikan kita drpd menjalankan amanah kita sbg hamba Allah.

Dlm menjalankan kerja seharian mencari rezeki, kita pun mudah terlalai. Internet adalah satu rekaan yg sepatutnya membantu kerja kita lebih cekap dan berkesan. Tetapi apabila kita layari internet, kita akan menghadapi pelbagai godaan yg boleh menyebabkan tugas tidak dpt diselesaikan. Antara kemudahan di internet yg jika tidak dikawal adalah FB. Maka pihak berkaitan di UiTM menghadkan kemudahan menggunakan FB di uitm. Walau pun FB ada kebaikannya, tetapi kajian mungkin menunjukkan keburukan FB lebih banyak drpd kebaikannya semasa masa bekerja.

Begitu juga dgn perkara2 lain yg telah disebut dalam agama. Muzik boleh melalaikan kita sehingga kita kpd tanggungjawab kita. Doakanlah agar kita kurang dilalaikan dlm persediaan untuk 'Hassanah di dunia dan di akhirat'.

Mesyuarat dan Maklumat

saya tak gemar hadir mesyuarat. Saya menjadi pensyarah untuk kurangkan menghadiri mesyuarat. Kebanyakan mesyuarat tidak mencapai matlamat. Ini mungkin bergantung kpd pengerusi mesyuarat.

Dalam jawatan saya sekarang saya akan hadir ke mesyuarat sama ada sebagai pengerusi, ahli, jemputan atau sebagai wakil. Begitu juga dgn majlis2 rasmi di uitm. dan jika dikaji maka saya rasa saya lebih banyak ke majlis spt ini berbanding dgn tugas sebagai seorang akademik. Lebih kepada urusan pentadbiran. Memang ada mereka yg jika tidak dijemput hadir ke masyuarat atau majlis akan terasa tidak penting. Maka mereka akan cuba dijemput ke majlis atau mesyuarat. Tetapi mereka ini apabila hadir ke majlis akan mengganggu majlis atau mesyuarat kerana tahap keilmuan mereka yg kurang sesuai dgn majlis atau mesyuarat.

Saya akan cuba buat kajian kekerapan saya dijemput hadir ke mesyuarat, kehadiran saya, dan menghadiri mesyuarat berbanding dgn pulangan (ROI). Harap tak ada yg melenting.

Khamis, Oktober 22, 2009

Sentiasalah Bersyukur

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, saya masih lagi melayan perasaan. Bersyukur kerana masih lagi bernyawa di muka bumi ini. Bersyukur kerana masih mendapat rahmanNya di dunia ini.

Bukan semua yg kita inginkan akan kita dapat. Tetapi janganlah ianya menyebabkan kita terus putus asa dgn kehidupan kita. Memanglah, persaan putus asa akan ada tetapi janganlah ianya sentiasa dan berpanjangan. Mendapat atau tidak mendapat sesuatu bergantung kpd rezeki kita. Ianya mungkin sebagai ganjaran atau ujian atau lain2 lagi. Sama ada kita dapat atau sebaliknya, ianya adalah peringatan kpd kita. Peringatan untuk bersyukur dan insaf.

Saya suka membaca. Antara bacaan saya adalah blog2 kenalan dan rakan. Ianya mengingatkan saya bhw banyak perkara yg kita mesti bersyukur kerana ada dan juga tiada.

Bersama Setelah 25Tahun



Terima kasih kpd penganjur. Terima kasih kpd sahabat2 yg hadir. Ada yg saya tidak jumpa hampir 25tahun selepas tamat SPM.

Jika dilihat gambar ada yang kelihatan lebih tua drpd bekas pengetua kami yg sudah mencecah 70tahun. Dan apabila membaca diskusi di dalam FB, masa seolah kembali ke tahun 80an. Ianya membuat saya terfikir sejenak. Begitu juga semalam. Kami bekas pelajar duduk sesama kami. Dan masih ramai yg takut2 nak duduk dimeja utama walau pun pangkat kami boleh dikatakan tinggi2. Kami akan bercerita kenangan lama. Seolah2 kami kembali berusia belasan tahun. gelak ketawa sentiasa kedengaran.

Dan seperti biasa, di majlis sebegini, isteri2/teman2 wanita/tunang2 akan duduk semeja. Bagi yang isteri2 dll yg pertama kali hadir di majlis kami akan rasa kekok. Dan para isteri2/teman2 wanitalah yg menjadi jurugambar. Dan soalan biasa, dimana isteri saya? Jawapan biasa saya,'bersama anak2'.

Rabu, Oktober 21, 2009

Makan Malam Bersama Bekas Pengetua

Insyaallah, malam ini, saya bersama2 beberapa daripada sahabat2 setia akan makan malam bersama dgn seorang drpd bekas pengetua sekolah menengah kami. Beliau menjadi pengetua saya pada tahun 80an dahulu.

Begitu cepat masa berlalu. Sudah 25tahun sejak saya bergelar pelajar sekolah menengah. Diantara sahabat2 ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya, ada yg sangat2 berjaya. Saya tak tahu bgmana nak menilai diri saya. Kerta besar - tiada, rumah besar - tiada, hutang besar - tiada, gaji besar - tiada, bini besar - tiada.

Dan semalam, saya bersama2 sahabat2 seperguruan bermain futsal spt biasa. Hmm, semalam terasa cepat pula penatnya. Tetapi seronok juga sebab masih ada stamina, dpt sprint below 10seconds (10 meter). tapi bial balik rumah, lambat tidur sebab tersangat2 penat.

Agak2 berapa ramaikah sahabat2 yg ada malam ni. Insyaallah saya berpakaian seragam saya untuk majlis makan malam spt biasa.

Bekerja Lagi - 2

Setelah berbincang dgn kawan2, kami terpaksa tidak dapat memenuhi jemputan pameran di zoo melaka pada hujung minggu ini. Orang dan barang sama ada kurang atau tiada untuk membolehkan pameran drpd kami adalah berkesan.

Kecewa ada, lega pun ada. Kecewa sebab cita2 nak ke zoo melaka akan tercapai. Lega kerana ada masa peribadi saya pada hujung minggu ini. Saya untuk semester ini amat jarang untuk mempunyai masa sendiri pada hujung minggu. Selalunya saya akan berada di tempat kerja sebagai fasilitator seminar. Bagaimana agaknya masa hujung minggu saya untuk semester hadapan? Jika seperti semester2 sebelum ini jawabnya, masa saya untuk hujung minggu mungkin tiada untuk peribadi. Sebabnya, pada hari sabtu dan ahad, saya sama ada menghadiri kuliah sebagai pelajar ataupun sebagai pensyarah.

Bagi yang masih lagi kurang faham, masa seorang pensyarah bukanlah hanya masa di bilik kuliah sebagai pensyarah sahaja. Masa perlu diperuntukkan untuk persediaan sebelum kuliah dan semakan selepas kuliah. Dan bukan hanya mesti pndai cakap sahaja, mesti pandai cakap sebab apa yg dicakap adalah ilmu untuk dikongsi dgn pelajar.

Kenaikan Pangkat

Perkara yang sentiasa di fikiran mereka yg makan gaji. Bila nak naik pangkat? Siapa naik pangkat? Dsbnya berkaitan naik pangkat.

Dalam organisasi berbeza, cara dan ciri kenaikan pangkat adalah berbeza. Ada yg mudah, ada yg susah. Ada yg telus, ada yg kabur. Tetapi selalunya setiap keputusan kenaikan pangkat jarang mendapat persetujuan bhw yg dinaikkan pangkat layak dinaikkan pangkat. Manusia berbeza, pandangan berbeza. Ada yg dinaikkan pangkat sebab betul2 layak, ada yg sebaliknya. Ada yg naik pangkat hasil usaha sendiri, ada yg naik hasil usaha orang lain. Begitu jika tidak dinaikkan pangkat. Ada kerana masih belum layak. Ada yg layak tetapi kerana ada orang lain tidak mahu orang pertama tu dinaikkan pangkat atas sebab2 peribadi bukan profesional (takut hilang kedudukan dia, peluang penilai jadi bos akan diambil oleh yg dinilai, dsbnya).

Apa pangkat saya? Siapa saya? Kejayaan pd setengah orang adalah berdasarkan pangkat. Pangkat saya adalah ... Hormat..Hormat di Raja..Hormat. Allah Jua Yang Menentukan Rezeki Kita.

Selasa, Oktober 20, 2009

Bekerja Lagi

Bagi yang tak buat kerja (saya spt dinyatakan oleh pihak tertentu) akan diberi kerja. Dan kerja yg mungkin saya kena lakukan adalah sebagai wakil kpd uitm.

Kerja ini kalau ikut kelayakan akademik saya, pangkat saya dsbnya memang saya tak layak buat. Tinggi sangat tahapnya untuk saya. Tapi kerana saya dah dipilih untuk wakil uitm, maka saya terima amanah tersebut. Kerja ini akan dilakukan jika dapat bajet. Dan sepatutnya dilakukan pd hujung minggu ini. Pagi tadi saya terima surat jemputan setelah menerima telefon drpd jabatan berkaitan. Pakar pokok dan pakar taman tidak dapat hadir kerana masing2 telah mempunyai tugas uitm pd masa yg sama. Maka terpaksalah pakar akar yang pergi (saya).

Maka saya perlukan ahli2 pasukan utk membantu saya menjalankan tugas saya mewakili uitm ini. Ada sesiapa yg sudi? Hubungilah saya segera.

Penilai Kualiti

Hari ini dan esok, InED dinilai untuk pensijilan semula oleh LRQA. Maka ada yang gmbira dan ada yang tak gembira.

Penilai menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah menilai bukannya melakukan audit. Kalau audit, pemeriksaan adalah lebih terperinci. Maka saya adalah diantara mereka yang akan dinilai. Yang dinilai adalah tugas dan tanggungjawab kami. Untuk menilai adakah kita menjalankan tugas sebagaimana yang diberi amanah. Bos bagitau, buat kerja seperti biasa. (kalau biasa tak buat kerja, maka tak payahlah nak bermuka2). Dan adalah yang akan menghilangkan diri kerana takut dinilai. Kenapa?

Saya maklumkan kpd staf saya, saya bersedia menerima teguran jika tidak dapat jalankan tugas dgn baik. Tetapi saya akan jelaskan bhw untuk mencapai objektif yang diberi,kena pastikan bhw sumber yang diperlukan ada disediakan.

Penilaian bukanlah untuk mencari salah seseorang. Penilai mencari kekuatan dan kekurangan untuk penambaikan berterusan organisasi dan individu.

Penilaian Seorang BekasPegawai

Maaf, prestasi anda tidak memuaskan. Anda gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab. Anda tidak menjalankan amanah anda.

Anda memalukan organisasi. Anda tidak wajar memakai seragam. Anda menghitamkan namabaik mereka yang memakai seragam yang mesti dipakai dengan penu tanggungjawab dan beramanah. Anda sepatutnya menjaga dan melindungi orang lain. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kedudukan dan pangkat anda dengan organisasi. Anda telah merosakkan masa depan orang lain. Anda tidak layak menjadi pegawai atau petugas dengan organisasi ini. Anda ada pilihan, berhenti secara sukarela ataupun dipecat. Tetapi peringatan, akan ada mereka yang akan menjalankan tugas untuk memastikan anda tiada kaitan dengan organisasi. Kami benarkan mereka ini membersihkan namabaik organisasi.

Walau pun telah memilih untuk berhenti secara sukarela, apa yang telah dilakukan tidak dapat ditarikbalik atau dipadamkan. Mungkin kesalahan di dunia (yang masih tidak diakui oleh anda) anda terlepas darpipada keadilan. Tetapi Allah Maha Adil,pembalasan di akhirat ada lagi.

Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana memberi masa lagi untuk bersedia sebelum kembali kpdNya

Isnin, Oktober 19, 2009

Konvo UiTM ke 71 - 2

Semasa konvo berlangsung, kelihatan dan kedengaran keceriaan para graduan. Ada yg memanggil2 nama kawan yg berada di atas pentas. Ada pula yg sempat melambai sebelum dan selepas menerima skrol. Graduan FSR tidak terkecuali.

Pro canselor menegur tingkahlaku keceriaan ini. Majlis yg kebiasaannya berlangsung dgn penuh tertib berubah kpd majlis bukan spt konvo. Memanglah kita gembira dgn kejayaan kita dan kejayaan kawan2 atau saudara kita. Tetapi sesuatu majlis mempunyai tatatertibnya untuk menjadikan sesuatu majlis itu suatu yg 'esklusif'. Majlis konvo bukanlah satu majlis konsert rock atau majlis menerima anugerah lagu dsbnya dimana semasa konvo, menghormati pro-canselor dan mereka yg berada diatas pentas membezakan majlis konvo dgn majlis yg siapa2 shj boleh hadir.

Konvo menandakan bhw kita telah mencapai satu kematangan melalui imu yg didapati semasa berada di UiTM. Maka gelagat graduan juga menunjukkan tahap kematangan kita dan sama ada kita benar2 berilmu atau sebaliknya.

Konvokesyen ke 71 UiTM

Konvo kali ini bermula pd 15 Oktober lagi. seramai lebih 21,000 graduan akan terima skrol mereka. Berbeza dgn masa saya terima diploma saya yg mana hanya 3,000 graduan untuk setahun shj.

Konvo kali ini menyaksikan secara purata 1,000 graduan setiap sesi. Dan nama2 graduan tidak lgi disebut pengacara majlis, serta tiada lagi bersalaman dgn pemberi skrol. Malah 'live band' dan jamuan untuk keluarga dan graduan juga tiada. Kesannya, konvo dpt dijalankan dgn lebih cepat dan ekonomi.

Semalam, sesi konvo untuk graduan FSR, Pendidikan dan Masscomm. Tahniah kpd para graduan terutama mereka yg saya selia projek penyelidikan mereka. Tidak ramai pensyarah FSR yg dapat hadir kerana terdapat mereka yg menjalankan temuduga pd 17Oktober tidak sempat kembali ke Shah Alam.

Pada hari pertama konvo, 3 drpd rakan seprogram sarjana saya tamat pengajian mereka dgn jayanya. Tahniah. Bilakah pula giliran saya?

Sabtu, Oktober 17, 2009

Doa dan Airmata

Hidup kita penuh dgn dugaan dan cabaran. Kesenangan dan kemewahan juga merupakan dugaan, sebagaimana isteri, anak dan harta.

Dan kesedihan, kepiluan, kemarahan dsbnya adalah kesan drpd dugaan dan cabaran. Dalam keadaan sedih, pilu, marah dsbnya kita mungkin mempunyai tenaga yg lebih, atau kita mungkin berasa lesu. Tiada selera untuk makan, dan kemungkinan kita akan jatuh sakit. Banyak telah berlaku dimana kerana kesedihan menyebabkan berlakunya kesakitan dan akhirnya kematian. Maka apabila kita berasa sedih, pilu, marah dsbnya, kita perlulah tahu apakah tindakan sewajarnya untuk menghilangkan perasaan sedih, dsbnya. Elakkan diri drpd dipengaruhi syaitan yang akan menyebabkan kita lebih susah lagi. Masalah tidak selesai tetapi sebaliknya semakin bertambah. Arak, dadah dll sptnya bukanlah penyelesai masalah kita.

Bagi saya, antara yg dapat membantu adalah melalui berdoa kpdNya. Lebih baik lagi kita berdoa sehingga mengeluarkan airmata. Lelaki ataupun perempuan saya galakkan lakukan berdoa dan menangis. Ianya akan banyak memberi kelegaan. Berdoa kpd Yang Maha Esa, Allah dgn iringan airmata adalah tanda kita insaf dan sedar kemampuan kita. Hanya kpdNya sahaja kita memohon pertolonganNya kerana tiada yang upaya melainkanNya. Dan solat amat2 membantu terutama ketika kita sujud kpdNya.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Doa dan Harapan

Doa adalah permohonan kita kpd Allah. Tidak perlu pakai kabel. Ianya wireless. Dan ianya secara terus/direct.

Kita digalakkan berdoa. Dan saya sentiasa berdoa untuk kehidupan yang dirahmati Allah dan kebaikan yang baik dunia dan akhirat. Saya tahu, mereka yang mengasihi kita akan turut berdoa untuk kebaikan kita. Berdoa adalah seperti perancangan, kita harap rancangan kita dikabulkan Allah. Berdoa adalah permintaan kita kepada Allah. Dan doa yang diiringi airmata sangat2 menginsafi kita. Saya berdoa agar mereka yang saya kasihi dan sayangi sentiasa di lindungi Allah drpd niat dan angkara buruk serta kezaliman makhlukNya. Untuk seorang kawan saya, saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa semakin hampir kepadaNya. Adakala saya berdoa kerana itu sahaja yg termampu oleh saya.

Kita janganlah sombong atau takut untuk berdoa kepada Allah. Sesungguhnya hanya Allah kita sembah dan kita mohon pertolongan.

Doa Seorang Ibu

Semasa saya makan tengahari dgn pakcik saya, beliau bgtau bagaimana beliau kerap menghubungi arwah ibunya semasa ibunya masih hidup. Terutamanya apabila pakcik saya ada hajat. Dan dia akan minta ibunya berdoa untuk kejayaannya.

Dan insyaallah, setiap hajatnya dgn doa ibunya akan termakbul. Sampaikan nenek saudara saya pernah berkali2 berkata kpd pakcik saya,'Aku puah doh dok doa untuk mu'. Ianya bermakna nenek saudara saya sentiasa mendoakan kejayaan anaknya. Dan apabila nenek saudara saya meninggal dunia, pakcik menyatakan bagaimana dia terasa kehilangan tempat untuk meminta perhatian. Pesan pakcik saya, doa seorang ibu amat kuat kesannya. Jadi janganlah kita derhaka kpd ibu kita.

Seorang ibu akan sentiasa mendoakan kebaikan anaknya dunia dan akhirat. Jadi jagalah hati ibu kita. Janganlah beliau berlinangan airmata duka kerana kita. Pesanan ini tidak terkecuali kpd saya.

Note Book


Tadi saya terima note book drpd pejabat saya. Saya diberi pilihan sama ada yg saiz biasa ataupun yg kecil. Yg kecil tak ada cd player.

Lepas fikir punya fikir, dan setelah tanya kpd kawan2, saya pilih yg saiz kecil. Senang nak bawa ke sana ke mari. Kalau yg besar, rasa2 berat nak dibawa. Tapi bila sampai di rumah, adik saya bgtau baik ambil yg besar. Susahnya nak buat pilihan yg tepat.

Sebuah Sajak Lama

Saya tak pasti adakah ini satu sajak atau puisi. Saya perolehinya semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu. Saya potong daripada sebuah surat khabar dan saya simpan dalam 'pencil case' saya.

ianya seperti berikut (tapi yang asal saya dah lupa):

Jika lapar carilah makanan
jika dahaga carilah minuman
Carilah dibendang
Jika tiada, carilah dihutan
Jika tiada, carilah disungai
Jika tiada, carilah di mana2 sahaja
Tetapi, tanah yang sedikit janganlah digadai
Kerana ianya adalah airmuka, airmata, maruah kita

Apakah maksud sebenarnya? Bagi saya, rezeki ada di mana sahaja. Tetapi dalam mencari rezeki, janganlah kita sanggup menggadaikan diri kita. Pangkat, harta adalah antara dugaan di dunia ini.

Airmata

Airmata, cahayamata, air muka. Kesemua ini ada kalanya adalah berkaitan.

Keluarga akan keluarkan airmata kegembiraan apabila mendapat cahaya mata. Tetapi keluarga akan keluarkan airmata kedukaan apabila mendapat tahu cahaya mata bakal diterima bukanlah sah dari segi agama. Dan dikala itu, cahaya mata itu bukanlah lagi cahaya mata, tetapi sesuatu yg menghitamkan airmuka keluarga. Ataupun juga, apabila cahaya mata dalam keluarga melakukan perkara2 yg menyebabkan airmata kedukaan pada keluarga kerana melakukan kesalahan atau kesilapan daripada segi agama atau peraturan.

Ada kalanya, kita terjerat dan terperangkap dgn cinta sesama manusia dan sebenarnya kita dipergunakan hanya untuk memuaskan nafsu syaitan mereka yang kononnya mencintai kita. Ada diantara kita menjadi mangsa penjenayah agama. Tetapi ada yang mungkin tidak sedar kerana terlalu lama dipergunakan.

Maka hancurlah harapan, dan musnahlah jiwa keluarga apabila cahaya mata yg ditatang dgn penuh kasihsayang mencalik arang di muka (walau pun ada kalanya bukan salah kita). Tetapi pesan saya kepada mereka ini, terutama kenalan saya, kesilapan dan kesalahan di masa lalu janganlah dijadikan alasan bahawa kita tidak boleh lagi menjadi hamabNya yang baik. Selagi kita masih bernyawa, dgn kemurahanNya, gunakanlah masa yg ada untuk berubah kepada kehidupan yang baik di dunia dan diakhirat.

Bangun Daripada Tidur

Setiap kali kita membuka mata daripada tidur, ucapkanlah alhamdulillah. Kerana diberi peluang oleh Allah melalui kemurahanNya untuk kita mempunyai persediaan yg lebih baik untuk hari akhirat kelak.

Pagi tadi, jam 4pagi, ibu saya memaklumkan bhw seorang drpd nenek saudara saya telah kembali kpdNya. Inna illahi wa inna illahi rajiun. Beliau berusia hampri 70tahun. beliau telah diserang angin akhmar terlebih dahulu dan 'bed-ridden' selama beberapa bulan. Pada majlis raya yg lepas saya tidak sempat berjumpa dgnnya. Beliau telah di dukung oleh anaknya ke majlis tersebut di rumah nenek saudara saya yg lain (berhadapan dgn rumahnya).

Dan saya pun sepatutnya sentiasa mengucapkan syukur kpd Allah kerana masih membenarkan saya berada di dunia ini. Kepada para pembaca dan pelawat blog saya, cukuplah dgn kesilapan kita sebelum ini, berubahlah kepada kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Khamis, Oktober 15, 2009

Transformers..

Hari ini masih lagi terasa macam transformers (robot yg boleh tukar jadi macam2, bukannya pencawang elektrik). Setiap pergerakan terasa macam robot.

Ini akibat futsal pada selasa malam yg lepas. Mungkin juga sebab selepas tu tak cukup tidur, tak sempat recover secukupnya. Dan kesannya dapat selsema (mungkin juga berjangkit drpd adik saya). Semua tu memang dah tahu. Tapi biasalahkan, manusia mudah lupa. Sebelum bersukan sepatutnya warmup secukupnya. Minum air secukupnya. Cool down selepas bersukan. Kemudian rehat secukupnya. Kalau tak sihat, minum air banyak2. makan ubat. Dan rehat secukupnya. Itu yang sepatutnya kita lakukan. Tetapi hakikatnya, bila kita terlupa, maka terimalah peringatan dlm bentuk kesihatan terganggu. Tambah2 lagi dgn usia saya yg makin kurang mudanya.

Ubat dah banyak saya makan. Tadi sempat rehat sejam. tapi nampak gaya masih lagi selsema. Ce Bad tak dapat hadir 'function' sebab dia tak sihat cikgu.

Cut The Duck

Terjemahan 'putus asa (angsa)' oleh seorang kawan pakcik saya. Adakah ianya sama makna dgn 'burnout'?

Apabila kita penat (fizikal, emosi dan kognitif) maka kita mungkin mudah kurang sihat. Maka sekarang saya kurang sihat mungkin kerana burnout ke? Yang mana penyebab kpd yg satu lagi. Dan selalunya apabila kita burnout, meter tenaga kita adalah di tahap yg amat rendah (kalau cerita ultraman, lampu didadanya dah menyala merah). Dan tidak sihat adalah peringatan kpd kita bhw kita perlu berehat. Kalau mengikut jadual saya pd minggu ini, memang saya perlu bekerja 7hari dari hari isnin sampailah ahad. Gila wei.

Saya recharge selalunya dgn aktiviti outdoor. Dan yg terdekat mungkin pada bulan november ni. Tapi saya akan cuba buat lawatan ke zoo melaka secepat mungkin untuk kajian terhadap tingkahlaku harimau..

Al Asr' - Sekadar Mengingatkan

manusia mudah lupa, bukan sahaja orang melayu. Dan saya juga mudah lupa. Dan perlu sentiasa diingat2kan.

Setelah mendapat kemurahanNya dan rahmatNya, saya alpa dan lupa bersyukur kepadaNya. Saya lupa atau mudah2kan menjalankan tanggungjawab saya sebagai hambaNya. maka semalam saya diingatkan. Pagi tadi saya diingatkan. Saya sedar bahawa saya rasa saya masih belum bersedia untuk menyahut panggilan kembali kepadaNya. Semasa menghadapi amsalah pernafasan, dan tekak terasa pedih, saya takut dan insaf. Takut bhw adakah masa saya telah tiba sedangkan saya rasa saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berupaya menikmati puasa pada hari ini. Dan saya cuba berkongsi kemurahanNya kepada saya dgn makhluk2Nya yg lain pada setiap hari.

maka peringatan akan sentiasa ada dan diulang2. Sama ada kita sedar atau pun tidak. Doakan agar kita tidak tergolong dlm mereka yg alpa dan lupa setelah mencapai kemenangan di dunia yg hanya sementara sahaja.

Rabu, Oktober 14, 2009

Bukan seperti 25 Tahun dahulu

Setelah hampir 3 bulan tidak berfutsal, semalam saya gagahkan diri turun bermain futsal. Kali ini adik2 saya tidak dapat ikut sama.

Saya lihat banyak drpd gelanggang tidak ada penghuni. Dan semasa saya sampai, kawan2 saya baru masuk ke dlm gelanggang. Oklah, cukup 10 orang. Gila, selalunya kita main pun minima 12 orang. Semasa permainan berlangsung, datang lagi beberapa orang untuk join sama. Alhamdulillah, kuranglah keperluan untuk berlari sentiasa. Tetapi entah kenapa, kawan2 dan saya, kebanyakan passing tak menjadi (macamlah selalu menjadi). Berulangkali saya bagitau kpd kawan2 saya, 25 tahun dahulu pun saya tak akan dapat kejar bola hantaran macam diberi semalam, inikan pula semalam. saya selalu nyatakan 'good intention', tapi secara fizikal tak mampu penuhi niat kawan2.

Insyaallah, saya akan cuba hadir ke setiap permainan futsal dgn kawan2 lama. Seminggu sekali macam semalam, masa seolah2 25tahun yg lepas, bersama2 kawan2 yg belajar matang bersama.

Selasa, Oktober 13, 2009

Reputasi dan Kredibiliti

Ianya dibincangkan semasa saya makan tengahari bersama pakcik saya. Beliau bercerita tentang bagaimana beliau sentiasa dirujuk oleh kenalannya. Dan selalu juga, beliau dicadangkan untuk menjadi pengerusi sesebuah syarikat. Seorang kawan saya dalam satu majlis pernah tertukar pakcik saya dgn seorang bekas menteri besar. Semasa bersalam dgn pakcik saya, kawan saya memanggilnya tan sri.

Pakcik saya menyatakan bhw pengetahuan dan pengalaman beliau adalah terhad. Tetapi bagi saya beliau adalah seorang yang rendah diri. Kerana kenalan beliau selalunya merujuk kepada beliau berkaitan urusan bernilai yang teramat tinggi. Beliau nyatakan, jika cadangan beliau diterima, beliau akan jadi kaya. Saya katakan, bukan kaya tetapi lebih kaya. Dan beliau bersetuju bhw antara sebab beliau menjadi ruhjukan adalah kerana reputasi, kredibiliti dan integriti beliau.

Semasa kita dlm alam belajar menjadi dewasa, kita perlu menjaga reputasi dan kredibiliti kita. Reputasi kita spt pernah saya nyatakan, adalah spt muka 'book cover' diri kita. Dan saya mempunyai mereka yg kasihkan saya yg akan cuba memastikan bhw saya berkawan dgn mereka yg mempunyai reputasi dan kredibiliti yg baik untuk tidak menjejaskan reputasi dan kredibiliti saya.

Jamuan Raya Lagi

Pada hari Jumaat 9 Oktober, saya hadiri ke 3 majlis jamuan hari raya. Tetapi saya tidak dapat hadir ke majlis Encik Hisyam Che Mat, sifu rekreasi FSR. Saya mohon maaf lagi sekali. Bukannya tak sudi, tetapi ada tugas pada masa yg sama.

Semalam saya hadir ke majlis pelancaran dan jamuan raya InQKA di Dataran Tuanku Fauziah. Banyak disediakan juadah. Saya terpaksa hadkan makan saya kerana saya ada janjitemu makan tengahari dgn seorang pakcik saya selepas itu. Dukacita, banyak makanan terlebih disediakan kerana ramai tetamu yg jawab akan hadir tidak hadir. Saya pada asalnya tidak dpt hadir tetapi kerana perubahan rancangan asal saya dapat hadir. Saya minta kebenaran tuan rumah untuk membawa balik sebahagian drpd makanan yg berbaki untuk dibawa pulang ke pejabat. Maklumlah, bolehlah rezeki yg berbaki dikongsi dgn pihak lain. Ianya lebih baik drpd membazir dan membuangnya shj.

Pada awal2 dahulu, staf saya terkejut jika saya bawa balik makanan setelah sesuatu jamuan. Saya bagitau, saya tunggu setelah majlis selesai dan setelah mendapat kebenaran tuanrumah, barulah saya bawa balik makanan yg berbaki. Bukannya majlis belum selesai, saya terus ambil makanan yg belum berbaki untuk dibawa balik.

Isnin, Oktober 12, 2009

Pangkat

Semasa makan tengahari, pakcik saya bertanya tentang kerja saya. Tanya beliau,'kerja sebagai apa sekarang?'. Lagilah dalam kepala berfikir adakah pakcik saya nak tawarkan saya kerja dgnnya.

Dia bercerita tentang kerja dan pentingnya kredibiliti. dan saya berkongsi tentang pentingnya menyedari bahawa aset adalah sumber mendapatkan hasil. Pakcik saya angguk tanda faham. Dan saya berasa susah juga nak terangkan kerja saya kepadanya. Sebab, masa 20 tahun begitu cepat ebrlalu. Saya berasa bahawa saya masih lagi di tahap rendah di alam pekerjaan. Ilmu dan pengalaman saya amatlah sedikit berbanding dgn apa yg ada pada pakcik saya. Semasa makan tengahari tadi saya tersedar, rupanya saya bukan lagi staf di tahap rendah. Tugas dan tanggungjawab saya dan amanah saya lagi besar berbanding dahulu. Saya adalah seorang pegawai ..

Walau setinggi mana pangkat saya, saya diingatkan bahawa kita perlu hormat kpd ahli keluarga yg lebih tua. Pangkat adalah antara dugaan kpd kita di dunia ini. Dan rezeki dan jodoh, hanya Allah sahaja yg tahu.

Makan Tengahari

Dalam perjalanan ke uitm pagi tadi saya menerima panggilan telefon drpd seorang pakcik saya. Dia jarang telefon saya. Dan saya jarang dapat berjumpa dgnnya.

Dia bertanya sama ada saya di shah alam pada waktu tengahari. saya jawab,'Ya'. Dia bertanya hotel mana untuk p makan tengahari, dan saya cadangkan hotel uitm. Dia minta cadangan lain. Jadi saya pun cadangkan hotel concorde. Dia setuju dan pesan kpd saya, jumpa jam 12.00 tghari. Dalam lif dari tempat letak kereta, pakcik saya telefon kerana dia sudah ada di lobi. Alamak, saya ingat timing saya dah cantik. Berlari2 jugalah saya. maklumlah bos besar.

Saya jarang dapat makan tengahari dgn pakcik saya ni. Tertanya2 jugak, apa tujuan nak jumpa saya. Nak tawarkan kerja ke? Cukuplah kalau gaji rm30ribu sebulan, saya tak nak banyak2. Tetapi sebenarnya dia saja nak makan tengahari dgn saya sebab dia berada di epjabat yg berhampiran. Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi rezeki dgn saya pada tengahari tadi.

Sabtu, Oktober 10, 2009

PERAK di PECIPTA 2009



Alhamdulillah, saya mendapat pingat perak di PECIPTA 2009. Walau pun berharapkan emas, iamya lebih baik drpd tangan kosong shj.

Rezeki tak dpt kita pasti. Ianya hanya ALLAH shj yg tahu. Semalam saya berharapkan menang cabutan bertuah di majlis makan malam dan jamuan raya InED di kampus Puncak Alam. Malangnya tiada rezeki saya dan saya juga tidak memenangi sebaran hadiah lain. Rupa2nya, hadiah adalah di PECIPTA 2009. Senarai pemenang telah dikeluarkan semasa makan malam semalam. Tetapi saya hanya tahu pagi tadi apabila saya ke KLCC untuk menjaga dan seterusnya mengemaskan gerai pameran saya. Terima kasih kpd mereka yg telam membantu dan memberi sokongan kpd saya.

Kalau EMAS, mungkin pasti mewakili UiTM ke luar negara. Agak2 untuk perak, apakah ganjaran drpd uitm. Terdapat 12 pemenang perak dan 10 gangsa drpd 60 penyertaan UiTM. Saya akan gunakan kemenangan ini untuk mendorong saya bersedia ke IID 2010.

Khamis, Oktober 08, 2009

PECIPTA 2009 - Saya dan SIFU2


Dengan pensyarah2 Fak Perakaunan

Dengan Bos RMI

Dengan Prof Suradi UM

Saya sempat bergambar dgn beberapa sifu saya. Mereka yg sudi berkongsi ilmu dgn saya.

Ditangguh Lagi

Cadangan lawatan ke Kenyir pada minggu depan terpaksa ditangguh lagi. Last minute, bos besar bagi tau, dia tak dapat hadir.

Saya bgtau dia, kalau dia tak hadir, program terpaksa tangguh. Dia bgtau saya untuk mewakili dia. Dan saya bgtau bos besar, 'maaf, saya tak boleh buat keputusan yg melibatkan keputusan peringkat tertinggi uitm, yalah, siapa saya'. Maka setelah dirujuk kpd bos2 lain, dipersetujui program ditangguhkan. Saya mohon banyak2 maaf kpd Timbalan Pengarah UiTM Dungun yg telah bertungkus lumus untuk memastikan program akan berjalan lancar. Memanglah bukan mudah nak bawa seorang ahli LPU, 2 tnc, penasihat undang2, 2 pengarah, dan timbalan pengarah, dan seorang pensyarah (saya) hadir ke satu majlis. Insyaallah, ianya akan berjaya di masa depan.

Dengan tertangguhnya ke Kenyir, maka saya insyaallah akan ke Jengka. Ada majlis pelancaran program FSR di Jengka yg akan dirasmikan oleh TM Pahang.

Rabu, Oktober 07, 2009

PECIPTA 2009






Insyaallah, esok saya akan emwakili uitm di pecipta 2009. Peserta adalah dari IPTA tempatan. Dan saya adalah antara wakil uitm. Di atas adalah gambar saya di KLCC semasa meninjau tempat.

Produk saya yg akan dipertandingkan adalah ABC Bina Usahawan - LEBAH. Ianya satu permainan pendidikan untuk usahawan berkaitan perakaunan. Bagi 2009, ini adalah pertandingan berkaitan penyelidikan, inovasi, rekacipta yg ketiga saya terpilih mewakili uitm. Sebelum ini saya menyertai MTE 2009 di PWTC, dan kemudiannya ITEX 2009 di KLCC juga. Setakat ini, saya tiada rezeki dalam memenangi sebarang pingat. Jadi saya berdoa agar saya berjaya memengangi sekurang2nya pingat gangsa di PECIPTA 2009, di mana penghakiman akan dilakukan esok 8 oktober 2009. Kalau dapat emas, pihak RMI berkata ada peluang sama ada ke Nuremberg atau ke Korea. Insyaallah.

Tetapi bg setengah2 pihak, saya masih tidak melakukan kerja di uitm. Dan saya tidak layak dinaikkan pangkat. Walau pun ramai daripada kenalan dan kawan2 asyik bertanya saya,'bila nak jadi prof.madya?', dan saya mampu tersenyum dan berkata,'nak jadi prof.madya bukan senang macam dulu. kalau dah rezeki, insyaallah.' Allah jua yang menentukan rezeki kita.

Jahiliyyah Lagi

Saya terpaksa berkali2 menegur mereka yg tak faham atau tak mahu faham papan tanda yg menyatakan 'kereta pelajar dilarang masuk'. Dan semalam saya meneruskan menegur dan mengingatkan.

Kali pertama tegur mungkin boleh secara lembut. Tetapi kalau tingkahlaku jahiliyyah diteruskan, dah hampir satu semester (lebih lagi jika dikira tempoh papan kenyataan dinaikkan), maka saya fikir apabila bercakap dgn mereka yg jahiliyyah, tidak lagi perlu secara berbudi bahasa. Saya dapat andaikan perasaan pengawal keselamatan uitm, apabila mereka menjalankan tanggungjawab. Mereka mempunyai tugas untuk dijalankan. Tak buat kena marah. Bila mereka buat, kaum jahiliyyah akan komplen dan menyalahkan pengawal keselamatan seolah2 tidak berbudibahasa, dan pengawal keselamatan dimarahi bos. Jadi, bagi pengawal keselamatan dan lain2 penjawat awam/swasta yg diberi amanah, akan tertekan kerana buat ke, tak buat ke, dua2 kena marah. Ini akan akibatkan burnout.

Maka kpd kaum jahiliyyah, dapatkanlah ilmu yg berkat. Peraturan adalah utk kesenangan dan kemudahan bersama.

Selasa, Oktober 06, 2009

Bicara Tentang Jodoh

'Kalau dah jodoh, takkan ke mana' satu ungkapan yg biasa didengar bila bicara tentang jodoh. Dan banyak lagi ungkapan berkaitan jodoh.

Dan musim beraya adalah antara masa dimana tajuk jodoh banyak dibicarakan. Tambah2 lagi bila berjumpa saudara dan sahabat yg jarang kita berjumpa di masa2 lain. Soalan biasa saya terima adalah 'sorang aje ke? mana partner/pasangan/isteri/anak2?' Saya akan senyum dan bagitau,'anak2 ikut isteri atau isteri beraya ikut agenda dia'. Dan tajuk lain akan berkisar tentang bila saya akan 'settle down', atau mereka ingin perkenalkan calon2 kpd saya. Maklumlah, umur saya pun dah 24 tahun ini (baca ikut arab, kalau ikut kata Prof Zaki).Antara jawapan saya adalah 'jika dah jodoh, takkan ke mana'.

memanglah, saya sentiasa diingatkan bahawa antara ciri2 umat Nabi Muhammad s.a.w adalah mereka mempunyai pasangan melalui perkahwinan. Dan jodoh adalah antara perkara yg hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Ahad, Oktober 04, 2009

Beraya Lagi

Semalam beraya di Shah Alam, kemudiannya ke Ulu Kelang. Hari ini beraya di Bangi. Lepas kelas epjj, jumpa pelajar srw 2jam, balik rumah kejap, kemudian ke Bangi.

Di Ulu Kelang semalam, kerabat sama macam di Pasir Puteh, cuma rumah aje berbeza. Tapi saya rasa lagi seronok beraya di kampung. Tak payah rempuh jam nak jumpa kerabat terdekat. Trafik semalam amatlah menggerunkan. Macam kita pulak nak laru drpd bencana. Jalan2 utama sesak. Sama aje yg bertol dan tak bertol. Ada saudara saya ambil masa 1 1/2jam untuk perjalanan 1km.

Hari ni masa nak p Bangi, risau jugak. Kot2 kena makan tart jem lagi. Alhamdulillah, trafik ok le. Jemputan 12-3ptg. Saya sampai 2.50ptg. Cuak juga, tuan rumah ada makanan ke lagi. Sampai2, saya tengok mcm dah takde orang. Tengok kat sebelah kanan, ada pensyarah fsr sedang menjamu selera. Selepas saya sampai, berturut2 rakan2 drpd fakulti sampai. La, rupa2nya, jemputan secara 'staggered'. Terima kasih kpd tuan rumah yg sudi menjemput saya orang biasa, tiada pangkat, tiada harta, tiada kabel...

Sabtu, Oktober 03, 2009

Hijrah ke Timur Tengah

Tadi pada jam 9.20 malam, seorang daripada pakcik saya akan berhijrah ke timur tengah. Hijrah kerana menjalankan tugas.

Beliau akan berada di sana selama sekurang2nya setahun. Insyaallah, hijrah diharapkan memberi rezeki yg lebih baik. Dan beliau maklumkan bhw di tempat beliau akan bertugas, majoriti akan bertutur dlm bahasa inggeris, bukannya bahasa arab.Seorang cucu saudara nenek saya sedang bekerja di negara arab. Seorang saudara saya lagi juga pernah bertugas di negara arab selama 2 tahun. Dan ramai juga orang melayu yg menetap di arab. Saya dahulu pun ada terfikir ingin berhijrah ke timur tengah. Sebelum saya menjadi pensyarah di uitm. Mungkin satu hari nanti kot.Cuma kita perlu faham bahawa budaya di negara arab amat berbeza berbanding budaya di negara kita.

Orang arab sangat suka dgn budaya kerja orang melayu yg sangat rajin berbanding penduduk tempatan. Maka kita lihat bhw orang yg berhijrah akan berubah budaya kerjanya menjadi lebih rajin dan produktif. Lihatlah rakyat asing yg berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. Bandingkan budaya kerja mereka dgn kita penduduk tempatan.Maka hijrahlah untuk kebaikan.

Jahiliyyah

Betulkah jahiliyyah bermaksud bodoh dan sombong? Atau lain makna, tak ada ilmu atau kurang ilmu tetapi nak tunjuk lagak.

Tadi ada beberapa insiden pemandu jahiliyyah. Yang memandu di lorong kecemasan. Yang tukar lorong tanpa 'signal'. Yang ingin membelok tanpa 'signal'. Yang memandu laju dlm kawasan perumahan. Yang memotong dgn laju di lorong bertentangan dan masuk secara tiba2 apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Memandu sambil mengguna telefon bimbit tanpa menggunakan alat 'handsfree'. Yang memandu perlahan di lorong untuk memandu laju. Yang memandu dlm keadaan cahaya kurang/gelap/hujan tanpa memasang lampu kereta. Dan banyak lagi.

Dan mereka ini akan menyusahkan kita apabila mereka menyebabkan kemalangan. Menyushakan orang lain akibat sikap jahiliyyah mereka. Saya cadangkan agar polis melabelkan mereka ini semasa untuk mendapat rawatan di hospital dgn label jahiliyyah. Memudahkan para doktor tahu bahawa mereka ini tidak memerlukan perhatian segera kerana kesakitan dialami adalah akibat sikap jahiliyyah pemandu berkenaan.

Solat Jumaat 02102009

Semalam saya solat jumaat di pusat sukan uitm. Kebiasaan saya solat di masjid saas. Tetapi saya ke pusat sukan sebab jam 3ptg jamuan raya uitm di padang kawad bersebelahan dgn pusat sukan.

Saya sampai di pusat sukan dah hampir 1tghari. Alhamdulillah, saya dapat berada di saf pertama. Memang saya berniat untuk cuba berada di saf pertama sebelum saya keluar drpd pejabat. Saf pertama di pusat sukan adalah antara saf yg paling pendek. Dan saya lihat ramai yg berada di saf pertama adalah para pelajar. Alhamdulillah. Saya teringat bagaimana ada yg menyatakan bhw kita sepatutnya berebut2 untuk berada di saf yg pertama apabila kita solat. Dan kalau boleh berada di belakang imam.

Insyaallah, jika di tempat lain untuk solat jumaat, saya akan cuba berada di saf pertama. Dan saya akan cuba lebih banyak solat fardhu secara berjemaah. Sebabnya, pahala adalah 27kali ganda drpd solat berseorangan. Beruntungnya mereka yg dah berkeluarga, mempunyai suami/ister dan anak2 yg memudahkan untuk solat fardhu berjemaah.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Yang Merai dan Meriakan Raya 1430H UiTM






Jamuan raya uitm 1430H dihadiri oleh kesemua peringkat staf uitm. Drpd Tan Sri NC sehinggalah ke peringkat paling bawah.

Lihat gambar2 mereka yg sempat saya ambil Mereka yg meraikan dan meriakan majlis. Insyaallah, panjang umur, kita berjumpa di majlis raya uitm 1431H.

Gerai FSR dan FSSR Pada Jamuan Raya UiTM






Kali ini FSR bergabung dgn FSSR. Sains Sukan dan Rekreasi bergabung dgn Senilukis dan Seni Reka. Nama singkatan fakulti yg sering tertukar oleh pihak lain.

Gerai FSR dan FSSR di gerai no4. Dan juadah yg dihidangkan adalah laksa Kedah. Saya pada mula2nya ingatkan laksa Penang. Tula, notis/banner besar pun tak dibaca. Ramai para staf FSR yg turut hadir menikmati juadah di gerai no4. Saya terkilan tak dpt habiskan sebekas laksa yg dihidangkan kpd saya kerana bg saya portion banyak sangat. Encik Hisyam Che Mat mewakili dekan FSR menerima hamper saguhati drpd Tan Sri NC.

Yang tak sedap mata memandang adalah, pengunjung yg bungkus awal2 lagi makanan yg dihidangkan, walau pun masa jamuan panjang lagi. Mungkin mereka puasa kot. Tapi kalau puasa takkanlah sampai dua hidangan dibungkus untuk seorang, dan bawa beg lagi untuk mengutip pelbagai hidangan. Mungkinkah ini cara mereka dididik dan mendidik.

Jamuan Raya UiTM 1430H





Petang diadakan jamuan raya uitm di padang kawad. Kesemua fakulti/bahagian/jabatan mengambil bahagian melalui gerai2 makanan bertemakan menu yg telah ditetapkan.

VVIP menjamu selera di khemah khas. Yg lain2 menjamu selera secara MBW - makan by walking around. Antara gerai yg saya lawati adalah gerai pelajar antarabangsa. Saya lama berada di gerai tersebut. Kebetulan pula, semasa saya di situ, rombongan VVIP melawat gerai tersebut. Maka saya tersangkut agak lama di situ. Memang berbaloi, sebab juadah lain biasa dan mudah didapati berbanding dengan menu di Malaysia.

Kerana mengunjungi majlis raya, maka saya tangguh beberapa hari puasa 6 saya. Hanya tingga 2 hari sahaja lagi untuk saya sempurnakan puasa 6 syawal. Insyaallah.

Bangga

Bangga ataupun ego ataupun sombong ataupun rendah diri. Perkataan yg sesuai untuk digunakan bergantung kpd keadaan.

Ramai akan bangga jika dilihat bersama pemimpin. Mereka dapat tumpang glamor. Ramai yg akan ambil peluang untuk bergambar dgn pemimpin. Ramai juga bangga jika dilihat menjalankan arahan pemimpin. Sifat semulajadi seorang manusia. Ingin dilihat sebagai berjaya dgn punyai kenalan dikalangan pemimpin.

Tapi berapa ramai yg bangga bergambar dgn ahli keluarga. Bergambar dgn kedua ibubapa. Dan berapa ramai yg bangga kerana diminta atau diarah untuk melakukan sesuatu oleh kedua ibubapa kita?

Kita sepatutnya bersyukur dan berbangga jika kita diarahkan atau diminta oleh kedua ibubapa kita untuk melakukan sesuatu selagi tidak menyalahi agama. Arahan atau permintaan mereka menunjukkan mereka yakin dan percaya dgn kebolehan kita. Dan sebenarnya melalui arahan dan permintaan mereka kepada kita adalah satu cara mereka menunjukkan bahawa mereka bangga dgn kejayaan dan kebolehan kita hasil didikan mereka.

Amanah dan Rezeki

Masalah sebagai seorang KP apabila hendak mengagihkan kursus untuk diberi kpd setiap pensyarah. Akan ada pensyarah yg mempunyai ata tinggi, dan akan ada pensyarah yg mempunyai ata rendah.

Ada pensyarah tidak ingin lepaskan kursus yg diajarnya kpd pensyarah lain. Katanya, kursus itu milik dia. Maaf ya, pengagihan kursus mesti mengikut kelayakan akademik. Bukannya ikut saya dah lama mengajar, saya lebih layak. Ingatlah bahawa tugas kita mengajar adalah satu amanah. Janganlah buat ajaran sesat.

Yang pening juga kpd KP adalah nak bagi kursus kpd pensyarah yg tiada bidang berkaitan. Ini kesan jika kita diambil bekerja sebab gunakan wireless. Yang 'hello' dan arahkan diambil seseorang menjadi pensyarah mungkin kurang ilmu dan kefahaman juga tentang tugas dan amanah seorang pensyarah. Kalau kita rekomen seseorang menjadi pensyarah tetapi pensyarah itu tidak boleh menjalankan tugas dan amanah sebagai pensyarah, maka kedua2nya, pemilik wireless dan yg menggunakan wireless itu adalah pengkhianat kpd pelajar, dan pihak2 yg ada kepentingan dgn organisasi IPT.

Tetapi selalunya mereka ini tidak sedar. Mereka alpa dgn kuasa sementara di dunia. Mereka lupa dgn tanggungan yg perlu dijawab di akhirat.

Pekerjaan: Pensyarah

Petang semalam saya berjumpa dgn KP saya. Beliau maklumkan kpd saya bhw ata saya sem depan amat tinggi. Dan kalau boleh beliau ingin ambil satu kursus drpd saya untuk diberi kpd pensyarah lain yg mempunyai ata yg rendah.

Memang ata saya sem depan saya jangka tinggi. Ditambah dgn tugas pentadbir akademik. Ianya bukan tugas yg saya minta. walaupun ada yg masa mohon kerja nak jadi pensyarah, tapi kemudiannya nak jadi pentadbir, mungkin sebab baru sedar bukan senang nak jadi pensyarah walaupun ada kelulusan sarjana. Ialah, bukan semua orang boleh jadi pendidik. Tambah2 kalau tiada ilmu dalam bidang atau kursus yg ingin diajar. Tetapi saya dimaklumkan, memang ada orang yg sama yg akan minta nak mengajar banyak, sebab tujuan nak duit lebih. Mereka ni tak fikir ke kesan mengajar dgn ilmu yg kurang? Bagaimana dgn rezeki yg didapati? Berkat ke?

Tugas saya sem depan akan berulang bekerja 7 hari seminggu. Gilakan. Secara purata, saya perlukan 12jam sehari untuk memastikan saya menjalankan amanah saya di uitm. Gila. Saya harap ada yg membaca faham bahawa ata 1 jam tidak bermakna hanya perlukan 1jam sahaja masa pensyarah kerana bg saya 1jam ata bersamaan memerlukan 3jam pensyarah untuk persediaan dan semakan setelah kuliah.