Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Oktober 13, 2009

Jamuan Raya Lagi

Pada hari Jumaat 9 Oktober, saya hadiri ke 3 majlis jamuan hari raya. Tetapi saya tidak dapat hadir ke majlis Encik Hisyam Che Mat, sifu rekreasi FSR. Saya mohon maaf lagi sekali. Bukannya tak sudi, tetapi ada tugas pada masa yg sama.

Semalam saya hadir ke majlis pelancaran dan jamuan raya InQKA di Dataran Tuanku Fauziah. Banyak disediakan juadah. Saya terpaksa hadkan makan saya kerana saya ada janjitemu makan tengahari dgn seorang pakcik saya selepas itu. Dukacita, banyak makanan terlebih disediakan kerana ramai tetamu yg jawab akan hadir tidak hadir. Saya pada asalnya tidak dpt hadir tetapi kerana perubahan rancangan asal saya dapat hadir. Saya minta kebenaran tuan rumah untuk membawa balik sebahagian drpd makanan yg berbaki untuk dibawa pulang ke pejabat. Maklumlah, bolehlah rezeki yg berbaki dikongsi dgn pihak lain. Ianya lebih baik drpd membazir dan membuangnya shj.

Pada awal2 dahulu, staf saya terkejut jika saya bawa balik makanan setelah sesuatu jamuan. Saya bagitau, saya tunggu setelah majlis selesai dan setelah mendapat kebenaran tuanrumah, barulah saya bawa balik makanan yg berbaki. Bukannya majlis belum selesai, saya terus ambil makanan yg belum berbaki untuk dibawa balik.

Tiada ulasan: