Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 16, 2009

Doa Seorang Ibu

Semasa saya makan tengahari dgn pakcik saya, beliau bgtau bagaimana beliau kerap menghubungi arwah ibunya semasa ibunya masih hidup. Terutamanya apabila pakcik saya ada hajat. Dan dia akan minta ibunya berdoa untuk kejayaannya.

Dan insyaallah, setiap hajatnya dgn doa ibunya akan termakbul. Sampaikan nenek saudara saya pernah berkali2 berkata kpd pakcik saya,'Aku puah doh dok doa untuk mu'. Ianya bermakna nenek saudara saya sentiasa mendoakan kejayaan anaknya. Dan apabila nenek saudara saya meninggal dunia, pakcik menyatakan bagaimana dia terasa kehilangan tempat untuk meminta perhatian. Pesan pakcik saya, doa seorang ibu amat kuat kesannya. Jadi janganlah kita derhaka kpd ibu kita.

Seorang ibu akan sentiasa mendoakan kebaikan anaknya dunia dan akhirat. Jadi jagalah hati ibu kita. Janganlah beliau berlinangan airmata duka kerana kita. Pesanan ini tidak terkecuali kpd saya.

Tiada ulasan: