Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 03, 2009

Jahiliyyah

Betulkah jahiliyyah bermaksud bodoh dan sombong? Atau lain makna, tak ada ilmu atau kurang ilmu tetapi nak tunjuk lagak.

Tadi ada beberapa insiden pemandu jahiliyyah. Yang memandu di lorong kecemasan. Yang tukar lorong tanpa 'signal'. Yang ingin membelok tanpa 'signal'. Yang memandu laju dlm kawasan perumahan. Yang memotong dgn laju di lorong bertentangan dan masuk secara tiba2 apabila ada kenderaan dari arah bertentangan. Memandu sambil mengguna telefon bimbit tanpa menggunakan alat 'handsfree'. Yang memandu perlahan di lorong untuk memandu laju. Yang memandu dlm keadaan cahaya kurang/gelap/hujan tanpa memasang lampu kereta. Dan banyak lagi.

Dan mereka ini akan menyusahkan kita apabila mereka menyebabkan kemalangan. Menyushakan orang lain akibat sikap jahiliyyah mereka. Saya cadangkan agar polis melabelkan mereka ini semasa untuk mendapat rawatan di hospital dgn label jahiliyyah. Memudahkan para doktor tahu bahawa mereka ini tidak memerlukan perhatian segera kerana kesakitan dialami adalah akibat sikap jahiliyyah pemandu berkenaan.

Tiada ulasan: