Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 17, 2009

Doa dan Airmata

Hidup kita penuh dgn dugaan dan cabaran. Kesenangan dan kemewahan juga merupakan dugaan, sebagaimana isteri, anak dan harta.

Dan kesedihan, kepiluan, kemarahan dsbnya adalah kesan drpd dugaan dan cabaran. Dalam keadaan sedih, pilu, marah dsbnya kita mungkin mempunyai tenaga yg lebih, atau kita mungkin berasa lesu. Tiada selera untuk makan, dan kemungkinan kita akan jatuh sakit. Banyak telah berlaku dimana kerana kesedihan menyebabkan berlakunya kesakitan dan akhirnya kematian. Maka apabila kita berasa sedih, pilu, marah dsbnya, kita perlulah tahu apakah tindakan sewajarnya untuk menghilangkan perasaan sedih, dsbnya. Elakkan diri drpd dipengaruhi syaitan yang akan menyebabkan kita lebih susah lagi. Masalah tidak selesai tetapi sebaliknya semakin bertambah. Arak, dadah dll sptnya bukanlah penyelesai masalah kita.

Bagi saya, antara yg dapat membantu adalah melalui berdoa kpdNya. Lebih baik lagi kita berdoa sehingga mengeluarkan airmata. Lelaki ataupun perempuan saya galakkan lakukan berdoa dan menangis. Ianya akan banyak memberi kelegaan. Berdoa kpd Yang Maha Esa, Allah dgn iringan airmata adalah tanda kita insaf dan sedar kemampuan kita. Hanya kpdNya sahaja kita memohon pertolonganNya kerana tiada yang upaya melainkanNya. Dan solat amat2 membantu terutama ketika kita sujud kpdNya.

Tiada ulasan: