Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Oktober 04, 2009

Beraya Lagi

Semalam beraya di Shah Alam, kemudiannya ke Ulu Kelang. Hari ini beraya di Bangi. Lepas kelas epjj, jumpa pelajar srw 2jam, balik rumah kejap, kemudian ke Bangi.

Di Ulu Kelang semalam, kerabat sama macam di Pasir Puteh, cuma rumah aje berbeza. Tapi saya rasa lagi seronok beraya di kampung. Tak payah rempuh jam nak jumpa kerabat terdekat. Trafik semalam amatlah menggerunkan. Macam kita pulak nak laru drpd bencana. Jalan2 utama sesak. Sama aje yg bertol dan tak bertol. Ada saudara saya ambil masa 1 1/2jam untuk perjalanan 1km.

Hari ni masa nak p Bangi, risau jugak. Kot2 kena makan tart jem lagi. Alhamdulillah, trafik ok le. Jemputan 12-3ptg. Saya sampai 2.50ptg. Cuak juga, tuan rumah ada makanan ke lagi. Sampai2, saya tengok mcm dah takde orang. Tengok kat sebelah kanan, ada pensyarah fsr sedang menjamu selera. Selepas saya sampai, berturut2 rakan2 drpd fakulti sampai. La, rupa2nya, jemputan secara 'staggered'. Terima kasih kpd tuan rumah yg sudi menjemput saya orang biasa, tiada pangkat, tiada harta, tiada kabel...

1 ulasan:

Unknown berkata...

kunjung mengunju digalakkan dalam islam,,,, walaupun tanpa sebarang perayaan... adakah RUMAH TERBUKA ini satu kemestian atau sekadar untuk menunjukan akan KELEBIHAN yang kita ada.....