Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Oktober 13, 2009

Reputasi dan Kredibiliti

Ianya dibincangkan semasa saya makan tengahari bersama pakcik saya. Beliau bercerita tentang bagaimana beliau sentiasa dirujuk oleh kenalannya. Dan selalu juga, beliau dicadangkan untuk menjadi pengerusi sesebuah syarikat. Seorang kawan saya dalam satu majlis pernah tertukar pakcik saya dgn seorang bekas menteri besar. Semasa bersalam dgn pakcik saya, kawan saya memanggilnya tan sri.

Pakcik saya menyatakan bhw pengetahuan dan pengalaman beliau adalah terhad. Tetapi bagi saya beliau adalah seorang yang rendah diri. Kerana kenalan beliau selalunya merujuk kepada beliau berkaitan urusan bernilai yang teramat tinggi. Beliau nyatakan, jika cadangan beliau diterima, beliau akan jadi kaya. Saya katakan, bukan kaya tetapi lebih kaya. Dan beliau bersetuju bhw antara sebab beliau menjadi ruhjukan adalah kerana reputasi, kredibiliti dan integriti beliau.

Semasa kita dlm alam belajar menjadi dewasa, kita perlu menjaga reputasi dan kredibiliti kita. Reputasi kita spt pernah saya nyatakan, adalah spt muka 'book cover' diri kita. Dan saya mempunyai mereka yg kasihkan saya yg akan cuba memastikan bhw saya berkawan dgn mereka yg mempunyai reputasi dan kredibiliti yg baik untuk tidak menjejaskan reputasi dan kredibiliti saya.

Tiada ulasan: