Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 02, 2009

Pekerjaan: Pensyarah

Petang semalam saya berjumpa dgn KP saya. Beliau maklumkan kpd saya bhw ata saya sem depan amat tinggi. Dan kalau boleh beliau ingin ambil satu kursus drpd saya untuk diberi kpd pensyarah lain yg mempunyai ata yg rendah.

Memang ata saya sem depan saya jangka tinggi. Ditambah dgn tugas pentadbir akademik. Ianya bukan tugas yg saya minta. walaupun ada yg masa mohon kerja nak jadi pensyarah, tapi kemudiannya nak jadi pentadbir, mungkin sebab baru sedar bukan senang nak jadi pensyarah walaupun ada kelulusan sarjana. Ialah, bukan semua orang boleh jadi pendidik. Tambah2 kalau tiada ilmu dalam bidang atau kursus yg ingin diajar. Tetapi saya dimaklumkan, memang ada orang yg sama yg akan minta nak mengajar banyak, sebab tujuan nak duit lebih. Mereka ni tak fikir ke kesan mengajar dgn ilmu yg kurang? Bagaimana dgn rezeki yg didapati? Berkat ke?

Tugas saya sem depan akan berulang bekerja 7 hari seminggu. Gilakan. Secara purata, saya perlukan 12jam sehari untuk memastikan saya menjalankan amanah saya di uitm. Gila. Saya harap ada yg membaca faham bahawa ata 1 jam tidak bermakna hanya perlukan 1jam sahaja masa pensyarah kerana bg saya 1jam ata bersamaan memerlukan 3jam pensyarah untuk persediaan dan semakan setelah kuliah.

Tiada ulasan: