Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 30, 2012

Makan Diri

ianya berkaitan keikhlasan dan kejujuran. kita bertugas utk kebaikan organisasi. jika kita tidak jujur dan hanya pentingkan diri shj, lama2 akan diketahui orang juga. tak perlu bagitau kita mesti bersatu kerana sebenarnya niat kenyataan itu hanya utk pastikan kesalahan seorang ditanggung yg lain.

utk menguruskan diri dan orang lain perlu kpd ilmu. setiap pemimpin perlu kpd ilmu. saya juga ingin ingatkan lagi tentang 4sifat rasulullah iaitu siddiq, fatanah, amanah dan tabligh. kesemuanya ada kaitan dgn ilmu. kalau takde ilmu, hanya akan jadi pemimpin 'tong kosong'. hanya bagus dlm membuat bising dan bunyi2an yg kuat tapi tidak memberi manafaat kpd orang sekeliling dan organisasi.

begitulah antara situasi yg sedang saya hadapi. pemimpin 'tong kosong' hanya akan memikirkan keuntungan diri shj bukannya keuntungan kpd organisasi dan ahli. mereka ini tidak malu untuk pecah amanah. dan apabila kesalahan diketahui, mereka akan cuba menyalahkan orang lain. malah bersedia mempersendakan ilmu yg dimilikki orang lain untuk menutup 'kesingkatan ilmu' mereka.

sekarang mereka ini mula melarikan diri. mula mencari lubang utk bersembunyi disamping masih cuba melakukan 'tembakan curi' atau 'baling batu sorok tangan'. peringatan dan arahan adalah jelas 'carte blanche' utk memastikan mereka yg tak amanah menerima balasan seadilnya di dunia dan di akhirat. mereka ini tidak boleh lari dan sembunyikan diri sama ada di dalam atau luar negara.

Selasa, September 18, 2012

Hubungi Saya

dalam bahasa inggeris bermaksud 'contact me' atau kebiasaan sekarang adalah 'call me' melalui telefon bimbit. itulah yg dinyatakan kpd saya 'call me if you need anything'.

ucapan tersebut oleh seorang yg tersenarai dlm sebuah buku berkaitan pentadbir ulung melayu di malaysia yg saya lihat semasa berada di kedai buku koperasi uitm. ucapan tersebut dinyatakan oleh seorang yg pernah mewakili malaysia di pentas antarabangsa. semasa beliau memberi ucapan, beliau menyatakan bhw kejayaan beliau tidak setinggi kejayaan ayah saya. saya masih memikirkan maksud beliau.

pengucap menyatakan bhw beliau dan ayah saya sudah lama kenal. lebih drpd setengah abad. dan saya dimaklumkan beliau iringi oleh 8pengawal peribadi. saya? tak perlulah saya bagitau. dan di majlis yg sama juga hadir seorang yg diiringi pegawai peribadi yg menaikki lebih drpd 2 buah kereta. mereka ini menunggu di luar bilik majlis dgn setia. yg sempat saya kira seramai 10orang. hanya 2 pengawal peribadi ayah yg berada di dlm majlis. lagi power kot ayah?

persahabatan terbina atas kepercayaan. dan kepercayaan ini mangambil masa. begitu juga sebaliknya. semoga kenalan saya akan mempunyai kepercayaan dan nilai persahabatan sekurang2nya sbgmana kepercayaan kenalan/kawan ayah terhadap beliau.