Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, April 30, 2010

Surah Al Alaq With Translation

Surat Ad-Duha ,, By Mishary Al-Afasy ..

Sebak dan Sayu

Allah akan sentias membantu hambaNya. Berdoalah kpdNya. Janganlah hanya semasa susah shj. Cukuplah Allah sebagai pengawal dan pelindung kita. sesungguhnya tiada yg upaya melainkan dgn izinNya.

Teringat semas berada di suatu tempat, Badan asyik rase tak sedap aje. Makan ubat dan rehat hilang sakit, tapi kemudiannya sakit datang semula.sehinggalah tersedar mcm ada keriuhan di luar. Bila dijengok, yg diluar suruh buka pintu. Mereka datang utk membantu. Setelah pintu dibuka, mereka meluru ke satu sudut dan seakan2 memukul2 seseorang. Selepas itu saya tersedar drpd tidur. Terus saya solat dan berdoa kpdNya.

Maka usahlah kita takut dgn mereka yg melakukan kemungkaran di bumi Allah. Mereka lupa bhw mereka sepatutnya menjalankan amanah. sebaliknya mereka sombong dgn salahguna kuasa mereka. mereka bangga dgn pecah amanah, dan mereka marah dan hina kpd mereka yg berada di jalan utk menegakkan kebaikan.

Insyaallah, keadilan akan terserlah juga. Berdoalah kpd Allah.

Selasa, April 27, 2010

SRW 655 April 2010

Tadi 4pelajar dah hantar laporan penyelidikan mereka. insyaallah, esok, mereka yg lain akan hantar kpd saya. Ada yg berjumpa dgn saya sehingga sebelas kali sebelum menghantar SRW655 mereka. Sedangkan perjumpaan minima adalah 3kali shj.

Semester ini spt semester lepas, ada perjumpaan dgn para pelajar saya secara berkumpulan sehingga 10.30malam. Jika mereka bertekad utk menghantar hasil yg terbaik, maka ianya bukan satu masalah bagi saya utk berjumpa dan berbincang dgn mereka. kebiasaan pelajar akan berjumpa saya di pejabat selepas pukul 5ptg. ini kerana mereka tamat kerja jam 5ptg. pada awal sem perjumpaan pada hari sabtu ataupun ahad bergantung kpd masa saya yg sesuai dgn masa pelajar.

bagi saya srw 655 memberi peluang kpd saya utk menambahkan ilmu dlm topik yg disediakan oleh pelajar saya. bagi saya, secara umumnya, srw 655 memerlukan usaha drpd kedua2 pihak, pelajar dan pensyarah. maka saya sebagai pensyarah penasihat perlu tahu dlm bidang yg dilakukan penyelidikan oleh pelajar. itu adalah amanah drpd uitm dan fsr kpd saya.

insyaallah, sem hadapan saya akan mendapat pelajar yg kurang drpd sem ini. bagi saya ada baiknya dan ada kekurangannya.

Selesema Cikgu

Hari ini dah lebih 7 hari saya selesema. Alhamdulillah, suhu badan taklah tinggi sangat. Dah pun saya p pusat kesihatan uitm pada minggu lepas, dapat pelbagai ubat. ubat selsema, ubat demam, ubat batuk, vitamin c.

Bagaiman boleh saya terkena selsema? Pada isnin minggu lepas, ada pelajar datang ke pejabat saya. Yg sedihnya, dia datang sambil hingus meleleh. Habis, sah dia ada selsema. Dan dia tinggalkan virus dlm bilik saya. Virus pula senang berkembang biak dlm suhu yg sejuk.

Yg tak best bila kena selsema; hidung tersumbat, mata berair, telinga tersumbat, selera makan takde, pergerakan rasa sengal2. selsema ke tanda2 usia sebenar? kerana selsema, pada hujung minggu baru2 ini, saya cuma di rumah shj. tak silap saya pertama kali pada sem ini tak keluar rumah. Bagus jugak. dapat rehat yg panjang.

Pada pagi isnin rasa lega sedikit. Tapi apabila hadir ke mesyuarat yg penghawa dingin nya kuat, hidung dan telinga kembali tersumbat. Adakah saya masih tak cukup rehat? ada kawan cadangkan p sauna sahaja, sebab pengalaman beliau, selepas sauna, hilang sumbat di hidung. insyaallah akan saya cuba.

Isnin, April 26, 2010

Jawatan Baru

Secara hakiki nya, jawatan say di uitm adalah sebagai seorang pensyarah. Tetapi secara bukan hakikinya, saya mempunyai pelbagai jawatan di uitm. Bukan jawatan yang sengaja diminta2, tetapi amanah drpd pihak yg lebih mengetahui.

Pada 30 april ini, saya akan tamat satu jawatan. insyaallah, pada 31 mei ini, satu lagi jawatan saya akan sampai ke penghujung. jawatan bukan hakiki akan berganti. ianya bukkannya hak saya. maka jawatan bukan hakiki diberi sebagai amanah berdasarkan kepercayaan pengurusan kpd kebolehan saya.

hmm, mungkinkah saya akan diberi jawatan baru pula selepas 31 mei ini? tadi macam ada tanda2 diberi kpd saya. perasaan berbelah bagi apabila ada kemungkinan diberi tugas dan tanggungjawab baru. ada suka, ada duka. suka kerana diberi kerana kepercayaan. duka kerana amanah yg perlu dipenuhi.

saya mengingatkan diri saya, janganlah salah guna kuasa. nanti terkena seksyen 15, akta pencegahan rasuah, habislah pencen, malulah keluarga.

Ahad, April 25, 2010

Kawan dan Bukan Kawan

Saya secara umumnya bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai kawan. Tetapi saya sentiasa berdoa kpd Allah utk membolehkan saya membuat penilaian yg seberapa tepat tentang seseorang. Ini untuk mengelak drpd tersilap pilih kawan.

Ada orang kata, jika seseorang itu kawan kpd lawan kita, maka dia adalah lawan kita. mungkin ya, mungkin tidak. kita sebagai makhluk Allah yg lemah tidak mudah membuat penilaian. Maka pentingnya mempunyai ilmu.

Sekali saya terkena, ditipu, dianiaya, dsbnya yg menyusahkan saya, maka amat susah utk saya terima pelaku sebagai kawan sampai bila2. mungkin betul tindakan saya, mungkin tidak, tapi saya berdoa agar saya sentiasa diberi rahmat utk melakukan yg terbaik dan benar.

Drpd penelitian saya, seseorang akan bertingkahlaku sama shj walau di lain masa, tempat dsbnya. Ini mungkin personaliti seseorang. Maka seseorang yg lakukan kesalahan akan sentiasa mengulangi melakukan kesalahan kecuali telah mendapat hidayat drpd Allah utk berubah kepada kehidupan yg lebih baik.

Tugas Daripada Ketua

Apabila ketua memberi tugas kpd kita ia ada pelbagai maksud. Ketua yakin kita boleh lakukan. Ketua bagitau tugas itu tanggungjawab dan amanah kpd kita. Ketua tak yakin kpd orang yang tak diberi tugas tersebut. Ketua ingin melihat sama ada kita mampu sempurnakan tugas yg diberi.

Ada yg berkata saya banyak masa. Ada yg kata saya banyak kerja. Ada yg kata saya tak buat kerja. Ada yg kata saya tak fokus dlm kerja. Ada yg kata saya cakap tak serupa bikin. Ada yg kata cakap saya tak boleh pakai. Ada yg betul, ada yg tak betul. Saya manusia ciptaan Allah. makhluk yang lemah.

Tapi saya ikut kata ketua. maka saya akan jalankan tugas diberikan. Tapi peliknya, spt biasa, ada pihak yg tak diberi tugas nak memandai2 pulak. Macam dia pulak bos. Bila bos nak bagi kerja kat dia, dia mengelak, macam2 alasan. Adakah ini tanda seseorang itu hanya tahu cakap aje dan tak mahu terima tanggungjawab, sebaliknya nak menyibuk2 dan menyusahkan orang yg diberi tanggungjawab?

Saya selalu ingatkan kpd mereka yg sudi mendengar, kenal pasti siapa bos, cif, ketua paling utama. patuhi arahan dia, bukannya bos2 lain. lihat struktur organisasi, hilanglah pening kepala kita.

Sabtu, April 24, 2010

Menang atau Bertuah

Pada minggu ini apabila saya membuka emel saya, saya dapati banyak ucapan tahniah. Tahniah kerana memenangi puluhan ribuan ringgit drpd organisasi2 tertentu. Saya juga turut menerima makluman yg saya berjaya menang puluhan ribuan rm melalui sms.

Selain drpd itu, saya juga mendapat peringatan drpd pihak2 bank utk kemaskini maklumat melalui internet. Saya juga terima makluman bhw terpat puluhan malah ratusan ribuan ringgit utk saya tebus melalui kiriman pos.

Wow, tiba2 aje saya akan jadi amat2 kaya. Betul ke ni? Jadi saya memang tidak perlulah menipu, mencuri, merompak dsbnya mcm yg sedang dilakukan oleh pihak2 tertentu yg sedang disiasat sebelum diambil tindakan dan hukuman? Atau saya tidak perlu dapat wang saguhati kerana berjaya menumpaskan sindiket penipuan tertentu?

Sebenarnya maklumat melalui emel, sms tadi adalah tipudaya syaitan shj.Jika kita percaya,kita akan kerugian RM kita. Dah banyak kali dinyatakan di media. Tapi masih ramai juga yg terkena. agak2nya jika saya berjaya bantu tumpaskan sindiket penipuan emel, sms dsbnya, brpakah ganjarannya?

Berubah dan Hijrah

Ada orang kata,'jika kita lakukan perkara yg sama, tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza, ianya adalah kerja orang gila'. Maksudnya, jika cara kerja kita tetap sama ttp inginkan keputusan yg lebih baik, maka kita hanya berfikir dan berkelakuan spt org yg tak waras, tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib kerana beliau maklum bhw jika beliau tetap di Mekah, dakwah terhadap Islam tidak dpt berkembang. Ini kerana penerimaan terhadap Islam dikengkang oleh pemerintah dan kumpulan2 yg sesat.

Sebaliknya, di Yathrib, dakwah terhadap Islam berpeluang utk berkembang subur kerana majoriti penduduknya bersedia utk berubah bersama Islam utk kesejahteraan dunia dan akhirat. Walau pun terdapat tentangan drpd puak2 yahudi, namun pemimpin2 lain di Yathrib bersedia dan positif terhadap Islam.

Maka, adalah tanggungjawab pemimpin utk memastikan arahtuju organisasi. Pemimpin perlukan pasukan yg bersedia utk ke arah kebaikan. Pemimpin mesti bersedia mengeluarkan mereka yg hanya merosakkan organisasi krn sifat tamak utk kepentingan diri shj. Pemimpinlah akan dipertanggungjawabkan dgn setiap hasil keputusannya.

Jumaat, April 23, 2010

Tikam Belakang

Dizaman dahulu kala, semasa kejantanan adalah melalui bersilat, maka keris digunakan utk menikam lawan. dan seorang panglima atau hulubalang akan menikam musuhnya drpd hadapan. seorang yg jantan tidak akan menikam drpd belakang dgn kerisnya.

apabila senjata api mula digunakan, musuh akan ditembak drpd hala hadapan. bukannya drpd belakang. yg menembak drpd belakang adalah jika orang2 kita lari drpd perjuangan.

tetapi tikam drpd belakang atau tembak drpd belakang adalah perbuatan pengkhianat. pengkhianat tahu bhw mereka tidak berupaya utk menduga lawan drpd depan. maka mereka pura2 menjadi kawan. niat sebenarnya adalah utk membunuh pihak lain menggunakan tipudaya.

maka jika dlm organisasi ada ahlinya yg tikam drpd belakang atau menembak rakan sendiri drpd belakang, lambat laun akan musnahlah organisasi. pengkhianat ini seperti mereka yg membuka pintu kota kpd musuh sedangkan mereka diberi amanah utk memastikan keselamatan kota. 'Et Tu, Brutus' adalah ayat yg dinyatakan oleh caesar kpd sahabat baiknya brutus yg telah turut menikam caesar melalui pengkhianatan.

Khamis, April 22, 2010

Kesedaran dan Ilmu

Ilmu adalah penting utk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Tanpa ilmu, kita tidak berupaya utk berusaha kelangsungan hidup di dunia. Tanpa ilmu, kita tidak akan berupaya utk melakukan persediaan utk kehidupan di akhirat.

Ilmu memberi kita kesedaran. Tanda2 seorang yg berilmu yg betul adalah beliau sentiasa ingat bhw kehidupan di dunia ini hanya sementara. Kehidupan di akhirat sahaja yg kekal. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Dan kita bertanggungjawab dgn setiap yg kita lakukan.

Pada sabtu lepas, saya di makam seorang drpd sultan selangor. seterusnya saya dimurahkan rezeki utk dpt berjemaah di sebuah masjid antara yg tertua di selangor. keberadaan saya di ekdua2 tempat tersebut menyedarkan saya. setinggi mana jawatan kita dan sebesar mana kuasa kita, yg kekal abadi hanyalah Allah Yang Maha Besar.

Jadi, tidak perlulah kita menipu, mencuri, merompak, memfitnah dsbnya hanya untuk jawatan/takhta,kekayaan/harta, seks/wanita yang hanya sementara shj di dunia ini. terjemahan alquran yg dibaca melalui radio sebelum maghrib hari ini mengingatkan bhw ganjaran yg terbaik adalah di akhirat. Allah Maha Mengetahui.

Substance Over Form

Tengahari tadi diadakan satu majlis ringkas utk bos yg akan tamat tempoh amanahnya. Saya secara rasminya sempat belajar drpd beliau 26bulan. Secara tidak rasmi, saya tak tahu. Antara ayat/prinsip yg diingatkan kpd saya adalah konsep perakaunan 'substance over form'.

Ianya bermaksud, lihatlah kpd intipati, bukannya kpd luaran. ataupun, jangan tengok tajuk buku aje, lihatlah kandungannya. Yang lebih penting dan bererti adalah apa yg dicapai, bukannya yg ditonjolkan2 selalu oleh tong2 kosong. bagi saya substance adalah integriti kita melalui ilmu yg ada dan diperagakan kita. form adalah pangkat, jawatan, lakunan.

Masih jelas di kepala saya apabila bos saya menjemput saya bertugas bersamanya. Penerimaan pelawaan beliau membuat seorang drpd sifu saya menjauhkan diri drpd saya. Saya berfikiran positif bhw mungkin apa yg boleh saya pelajari dgn sifu terdahulu telah sampai ke penghujungnya. Maka saya perlu cari sifu baru pula.

Saya bersyukur kpd Allah krn sepanjang saya di uitm, saya berpeluang belajar drpd ramai sifu2. antaranya adalah dekan2 di fsr, tnc2 uitm, pnc2, pengarah2 kampus dll. tetapi pembelajaran saya yg berterusan adalah dgn rakan2 pensyarah dan pentadbiran, dan para pelajar saya.

Terima kasih kpd sifu di ined kerana yakin bhw saya dpt menjalankan tugas saya secara amanah. terima aksih kerana bersedia memberi tunjuk ajar kpd saya. Hanya Allah shjlah yang mampu memberi pembalasan seadilnya.

Rabu, April 21, 2010

Dugaan di Dunia

Antara rukun iman adalah percaya kpd hari kiamat. antara rukun iman yang lain adalah percaya kpd qadha dan qadar. Kita juga percaya dan yakin bahawa Allah Maha Adil.

'Manusia merancang, Allah merancang, Dan Allah Maha Merancang'. Manusia akan cuba melakukan pelbagai tipudaya utk kehidupan di dunia. Hanyalah utk kekayaan material di dunia.

Ini adalah satu kerugian kepada manusia spt ini. 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..'. Jika kita hanya memikirkan kemewahan di dunia sahaja, maka kita sebenarnya akan miskin di akhirat.

'Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..'.inilah ayat2 suci al-quran yg pertama diturunkan kpd rasulullah s.a.w. ianya menunjukkan betpa pentingnya ilmu kpd orang Islam. maka tuntutlah ilmu untk dijadikan senjata menghadapi dugaan di dunia.

Selasa, April 20, 2010

Pendidik dan Anak Didik

Bicara saya adakalanya berulang2. Saya minta maaf. Maklumlah, adakalanya seronok berbicara perkara yang telah dibicarakan. Adakalanya, sebenarnya saya terlupa saya telah berbicara perkara tersebut.

Jika nak tahu seorang pendidik, lihatlah anak didiknya. Di fsr, jika nak lihat keberkesanan pelajar strength n conditioning, lihatlah anak didik hasil kursus ini. graduan kursus ini akan berkumpul setiap semester kerana ingin berjumpa anak2 didik lain PM Hj Zul Kadir. Ramai yg berjaya di bidang strength n conditioning.

Jika nak lihat keberkesanan pelajar outdoor n recreation, lihatlah anak didik hasil kursus ini.graduan kursus ini akan berkumpul pada setiap semester kerana bersedia membantu jika diminta atau tidak diminta oleh encik Hisyam. Ramai yg berjaya di bidang ini di swasta dan kerajaan.

PM Zul saya anggap sebagai sikong strength n conditoning di fsr. Encik Hisyam saya anggap sebagai sikong outdoor n recreation di fsr. Kedua2nya adalah tiang2 utama di fsr. saya hanyalah harimau yg menjaga fsr utk memastikan pengkhianat agama dan bangsa tidak akan lama di fsr dan uitm. insyaallah, pengkhianat bangsa dan agama yg ada di fsr akan mendapat pembalasan sewajarnya, kalau tidak segera, secara tertangguh. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Integriti Seorang Pendidik

Setiap daripada kita adalah seorng pendidik. Dan seorang pendidik adalah seorang pemimpin. Maka setiap daripada kita adalah seorang pemimpin. Kita sebagai seorang pendidik dan/atau pemimpin bergantung kepada masa dan tempat.

Seorang pensyarah adalah seorang pendidik dan pemimpin. Integriti sebagai pensyarah adalah penting.Integriti bermaksud diri kita secara keseluruhan sebagaimana persepsi orang lain terhadap kita. Ianya berkaitan imej kita. Ianya berkaitan tanggapan orang lain terhadap kita. Sebagai pensyarah terutama di UiTM yg menjadi pejuang dan benteng orang melayu dan Islam di tanah melayu, integriti amatlah penting.

jika pensyarah uitm dilihat sebagai tidak berintegriti, ianya bermakna seolah2 pelajar, graduan dan uitm sendiri tidak berintegriti. Maka seorang pensyarah uitm perlulah pada setiap masa berintegriti. Jika seseorang pensyarah uitm itu tidak berintegriti, lebih baik berhenti sahajalah drpd menjadi pensyarah di uitm. Janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ahad, April 18, 2010

Kuliah Terakhir Sem Dis2009-Apr2010

Petang tadi adalah kuliah terakhir saya dgn pelajar utk sem ini. Kuliah terakhir tadi bersama para pelajar PLK FSR. Ianya tertumpu kpd rumusan p&p satu sem dan persediaan utk peperiksaan.

OBE dan SLT menukarkan beban dan tanggungjawab lebih kpd pelajar. pensyarah lebih sbg fasilitator. utk setiap 1jam kuliah/syarahan, pelajar perlu adakan 1jam sbg persediaan dan 1jam sebagai ulangkaji. maka jika kursus melibatkan 3jam pada setiap minggu akan memerlukan pelajar memperuntukkan 6jam di luar waktu kuliah utk kursus tersebut. maka pelajar perlu proaktif, bukan lagi pasif, hanya disuap dgn ilmu yg ada oleh pensyarah shj.

saya kurang berpuashati apabila para pelajar tidak mempunyai buku teks sebagai rujukan utama kursus saya. saya lihat, pelajar plk lebih komited dlm mendapatkan teks berbanding kumpulan pelajar sepenuh masa dan epjj. lebih memeningkan, ada pelajar yg hanya mengharapkan nota yg diagihkan oleh saya shj sbg sumber rujukan. adakah ini tanda2 tahap pencapaian yg akan didapati utk kursus saya oleh pelajar berkaitan?

Rabu, April 14, 2010

tanggung dan jawab

jawatan diterima amatlah tinggi dan glamor. ianya datang bersama kuasa. ianya datang bersama tanggungan dan jawapan. ianya datang bersama amanah.

sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab terhadap tingkahlaku staf bawahan kita. kita diberi jawatan yg membawa bersama keperluan menjawab tindakan staf bawahan kita. maklum balas drpd semua pihak amatlah penting utk kita perbaiki atau cegah sesuatu yg boleh menyebabkan organisasi terjejas dr segi kecekapan dan ketangkasan beroperasi. siasatlah semua maklumbalas. ambilah tindakan yg sewajarnya selepas siasatan. seorang ketua bertanggungjawab utk membuat keputusan, sama ada tepat atau sebaliknya keputusan ketua itu.

jika kita tahu bhw terdapat virus dlm organisasi kita, dan terbukti virus telah melakukan kesalahan, maka kita sbg ketua perlu mengambil tindakan. jika tidak, organisasi akan lumpuh, bukan shj krn membawa biawak hidup, tetapi juga kita akan kehilangan mereka yg menggerakkan organisasi kita. pilihlah yg terbaik utk organisasi.

Isnin, April 12, 2010

Pegawai SK, Perak



begitu cepat masa berlalu. tak sedar rupanya telah 6 tahun berlalu setelah kali terakhir saya ke sg klah di perak. kalau tidak diingatkan tadi, saya rasa seolah2 baru 2-3 tahun shj.

semasa saya hendak makan tengahari, saya perasan seorang kenalan lama. sengaja saya tidak tegur, bukan kerana sombong, tetapi saya bimbang saya tidak lagi dikenalinya. tetapi sejurus selepas saya mengambil tempat duduk, beliau datang menegur saya. 'encik badrul? encik badrul hisham?' tanya beliau kpd saya. 'ya, pak said, sayalah'.

beliau masih lagi ingat kali terakhir beliau menjaga saya. kali terakhir dimeja makan bersebelaha, 6tahun yg lepas. tapi beliau kelihatan masih spt 6tahun dulu. masih sihat dan bertenaga. masih sedia utk berkhidmat.

dlm kehidupan ini, pelbagai manusia saya dimurahkan olehNya utk saya jumpa. saya bersyukur dpt berjumpa dgn mereka yg sudi berkongsi ilmu dgn saya utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. terima kasih pak said.

Berkongsilah Rezeki Yang Halal



antara pesan ibu saya adalah utk sentiasa murah hati dgn orang lain. pesanan beliau utk sentiasa berkongsi rezeki (halal) yg kita ada. dan ibu saya adalah seorang yg sangat pemurah hatinya.

tadi saya bersama para pelajar sps233 sr113/3 dis 2009 bersama menikmati makan malam selepas kuliah 3jam. pada asalnya menu adalah nasi ayam. tapi kemudiannya ianya ditukar kpd kfc atas permintaan ramai. tiada masalah kpd saya. kesemuanya janji adalah rezeki yg halal.

seronok melihat para pelajar menikmati hidangan. walaupun hanya seketul ayam seorang setelah dibahagi2kan secara adil oleh para pelajar, saya gembira melihat para pelajar sudi berkongsi kemurahan rezeki saya. mungkin sedikit terkilan sebab bukan kesemua ahli kumpulan dapat hadir.

insyaallah, saya akan cuba berkongsi kemurahan rezeki yg saya miliki dgn mereka yg lain pula. doakan semoga saya sentiasa dirahmani dan dirahimi Allah dgn rezeki yg halal.

Peers Sentiasa Di Hatiku




Baru sekejap tadi saya telah hadir di majlis penghargaan dan penyampaian sijil peers. Ini adalah acara tahunan untuk peers (badan peer kaunselor uitm). sijil diberikan kpd mantan ajkt peers dan ajk program yg telah dianjurkan oleh peers.

Saya hadir sebagai seorang daripada penasihat. insyaallah, pada tahun ini saya lebih aktif berbanding tahun2 sebelumnya. terima kasih kpd peers dan alumni peers yg hadir. terimakasih kpd para kaunselor dan ahli antarabangsa peers yg turut hadir.

tahun 2010 merupakan tahun yang amat murah rezeki drpd peers. setelah memenangi pengiktirafan sbg persatuan terbaik uitm pada 2009, peers turut memenangi hadiah terbaik utk persatuan pelajar semasa hari bertemu pelanggan hep. tahniah dan terima kasih kpd peers dan alumni peers serta mereka yg turut membantu dlm kejayaan peers.

semasa ucapan saya tadi, saya maklumkan kpd peers utk menyahut saranan NC uitm untuk terlibat secara aktif dlm prg mengubah destini bumiputera melalui pendidikan. insyaallah, kita peers akan bersama membantu menjayakan prg ini.acara pertama insyaallah di sabah.

Sabtu, April 10, 2010

Musuh Dalam Selimut?

Antara tugasan saya adalah untuk membantu memastikan organisasi di mana saya diberi tanggungjawab dan amanah akan terus beroperasi dgn sebaik mungkin. Maka saya seumpama pegawai pelindung dan keselamatan.

Saya amat sedih, marah dan kecewa jika terdapat mereka (individu atau organisasi) yg hanya mementingkan diri sahaja dan kesannya mungkin menyebabkan organisasi saya terancam dgn kepupusan. Sikap tidak bertanggungjawab, tdak amanah, tamak boleh mengancam kelangsungan organisasi saya.

Antara sifat dan perilaku negatif yg boleh mengancam kelangsungan operasi organisasi adalah spt, melakukan kerja secara tidakikhlas dan jujur, tiada kelayakan untuk membolehkan tugas dijalankan dgn cepat dan cekap, menipu dsbnya yg boleh menjejaskan namabaik orgnaisasi, mencuri/merompak aset organisasi, hilang dari tempat kerja tanpa alasan yg wajar.

Memanglah, ini akan dilakukan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab dan amanah. Mereka tidak kisah dgn kesan akibat perlakuan mereka terhadap organisasi. Mereka lupa atau menidakkan keadilan drpd Illahi.