Antara tugasan saya adalah untuk membantu memastikan organisasi di mana saya diberi tanggungjawab dan amanah akan terus beroperasi dgn sebaik mungkin. Maka saya seumpama pegawai pelindung dan keselamatan.
Saya amat sedih, marah dan kecewa jika terdapat mereka (individu atau organisasi) yg hanya mementingkan diri sahaja dan kesannya mungkin menyebabkan organisasi saya terancam dgn kepupusan. Sikap tidak bertanggungjawab, tdak amanah, tamak boleh mengancam kelangsungan organisasi saya.
Antara sifat dan perilaku negatif yg boleh mengancam kelangsungan operasi organisasi adalah spt, melakukan kerja secara tidakikhlas dan jujur, tiada kelayakan untuk membolehkan tugas dijalankan dgn cepat dan cekap, menipu dsbnya yg boleh menjejaskan namabaik orgnaisasi, mencuri/merompak aset organisasi, hilang dari tempat kerja tanpa alasan yg wajar.
Memanglah, ini akan dilakukan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab dan amanah. Mereka tidak kisah dgn kesan akibat perlakuan mereka terhadap organisasi. Mereka lupa atau menidakkan keadilan drpd Illahi.
1 ulasan:
kadang kala kita tak jangka semua tu sir..sabarlah sir..moga sir dapat harungi semua itu...
Catat Ulasan