Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 26, 2012

Siapa Berani?

ini mungkin yg diucap mereka yg berkuasa di dunia kpd umum. iye..siapa berani bangun dan lawan kesalahan yg telah dan sedang dilakukan oleh mereka yg bergelar dan berpangkat? ianya seolah2 satu cabaran. satu sindiran.

tetapi bagi kita yg tahu bhw yg maha berkuasa hanyalah satu..tiada yg sebenarnya berkuasa kecuali Yang Maha Berkuasa. tiada yg berlaku kecuali dgn izinnya. masa yg diberi mungkin utk yg buat salah kembali ke pangkal jalan. mungkin jika ada ilmu. mungkin jika ada kesedaran. mungkin jika ada keinsafan.

tetapi manusia mudah lupa. apabila senang, kita lupa kepada amanah kita. apabila berkuasa kita lupa kepada amanah kita. maka kita berani terus melakukan pecah amanah. makan suap. jual perlawanan. jual harta amanah. dsbnya. dan kita lupa kpd Yang Maha Berkuasa.

jadi..siapa berani? kita. kita berani. sebab kita tidak takut kepada makhluk ciptaan Allah. berani kerana benar adalah amanah. Hanya Allah yang kita sembah, dan hanya Allah yg kita mohon pertolongan.

Sabtu, November 24, 2012

Kereta Tanda Kejayaan?

Kita biasanya kaitkan kejayaan dgn kereta yg kita pandu. itu yg dinyatakan oleh ramai orang. kereta yg dipandu menunjukkan status kejayaan kita.

tetapi hakikat tidaklah sebegitu bagi semua orang. bagi ahli perniagaan, sebuah kereta mewah yg dipandu ke tempat kerja atau pejabat pelanggan adalah iklan menunjukkan bhw peniaga itu dipercayai oleh syarikat kewangan dgn memberi hutang kpd peniaga tersebut. jika bank percaya bg hutang kpd peniaga maka secara kasarnya peniaga itu mempunyai kredibiliti dlm menguruskan kewangan. ianya benar bg setengah2 perniagaan.

tapi bgamana dgn yg makan gaji. spt kakitangan kerajaan. spt yg menjadi pemegang amanah di organisasi kebajikan atau bukan bertujuan keuntungan. jika sebelum memegang amanah di organisasi tersebut guna kereta bukan mewah tetapi setelah lama di situ dah guna kereta mewah. apakah tandanya ini? bagi setengah pihak kemungkinan beranggapan bhw pemegang amanah tidak amanah semasa pegang amanah di satu organisasi bukan berteraskan keuntungan. kecuali dia mempunyai pendapatan luar drpd organisasi tersebut.

saya semasa memegang jawatan di sebuah organisasi bukan berkonsepkan keuntungan tetapi utk kebajikan dan pembangunan sukan berasa risau nak beli kereta baru. nak elak salah faham oleh pihak lain. walau pun sebenarnya mampu. lebih baik elak fitnah drpd menanggung fitnah. buat merah telingan aje. tetapi sbg manusia kita biasanya ada keinginan nak menunjuk2 melalui kereta yg kita pandu. saya tak terkecuali. maafkan saya jika ini berlaku ya..walaupun memandu kereta pinjam.


Khamis, November 22, 2012

UNITEN INAUGURAL INTEGRITY LECTURE SERIES -chpt1

UNITEN INAUGURAL INTEGRITY LECTURE SERIES (mohon izin Uniten)
3rd. February 2012
INTEGRITY: YOU KNOW IT BUT DO YOU HAVE IT?
By
Tun Abdul Hamid Bin Haji Mohamad
(Former Chief Justice of Malaysia)


I thank UNITEN and the Institut Integriti Malaysia for giving me the honor of delivering the first lecture of this series. I am more honored by the fact that this lecture is on integrity which makes me
believe that I must have some integrity, at least sufficient to deliver this lecture, provided that the invitation is not a mistake !

As I am not an academician, I have decided to speak about what I have seen, heard and experienced throughout my life, vis-a-vis integrity. So, if you were to ask me how long I took to prepare this lecture, my answer is “Sixty nine years and ten months!”

I hope you will bear with me for a while, while I narrate the story of this man whom I am taking as an example.

At the close of the nineteenth century, a baby was born in Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Province Wellesley. He grew up in the village, attended a pondok school in Kedah, then in Kelantan and later spent a few years in Makkah where he attended classes at Masjid al-Haram.

He returned home, married a girl from the same village, worked as a rice planter. He taught the Qu'ran on a voluntary basis twice a day to the children in the village, besides being the Imam of the mosque in the area.

In 1950’s there was no school in Bumbung Lima. He and the people in the area decided to build a school. They collected money after every harvesting season which was entrusted to him for safekeeping. They went into the nearby forest to cut down trees and bamboo and, in the gotong royong tradition, built a three-classroom school made of attap roof and woven bamboo walls and windows. The Government provided the teachers and the children in the nearby villages went to school.

The  mosque with woven bamboo walls, was old and rotting. He initiated a fund to rebuild it, collecting RM15 (if I am not mistaken) from each family after every harvesting season. He kept the money in safe custody, bundled in an old piece of cloth and known to the wife and children as duit Masjid and no one would touch it. During that period, he bought an old Austin 8, the first car in the village. Fearing that people might think that he had misused the duit Masjid to buy the car, on the following Friday, he carried the bundle of money to the mosque. Before the prayer started, he placed the bundle on the floor of the verandah of the mosque (called balai lintang because it lies horizontal to the main building) and announced to those present. ”Those of you who think that I bought the car with the  “mosque money”, come and count it.” There was a complete silence. The mosque was built and completed, wholly from the money collected from the villagers and their sweat.

Rabu, November 21, 2012

Kasi..han..tu

ada yg cuba merayu. kesian la dia. dia baik. janganlah ambil tindakan terhadapnya..

maaf. kita ada tugas dan tanggungjawab yg kita terima dgn amanah. kenapa nak kesiankan dia? sudah lama dia buat masalah ini. diberi tanggungjawab tetapi tak amanah kepada pemberi amanah. memang kalau kita tengok kita tidak akan percaya bahawa dia mampu  atau tergamak pecah amanah. cakap penuh sopan santun. cakap lembut. cara berpakaian memang bukan pakaian penjenayah (dulu2).

semasa dia buat pecah amanah, pernahkah dia fikir tentang hak dan harta orang lain yg dia ambik. seorang kawan lama semalam umpamakan yg salah guna harta orang cacat dan lemah spt makan harta anak yatim. saya tak tahu adakah perumpamaan ini betul. bagaimana pula dgn yg makan harta dan hak orang yg tidak cacat fizikal? bagi undang2 pecah amanah (cbt) tetap pecah amanah.

dlm kaunseling kita tak digalakkan guna perkataan kasihan. sebab jika kita kasihan seseorang kita manjakan dia. kita tidak mendewasakan dan mematangkan dia. kalau asyik kasihan..sebenarnya kita nakkan dia jadi hantu. kita akan kasi dia jadi hantu, lagi menyusahkan masyarakat.

sebaliknya dgn kasih iaitu jika perlu hukum, kenalah hukum. kasih melalui pendidikan (pengajaran). supaya dia sedar semasa dan sesudah menjalani hukuman. hukuman dunia hanya sementara. hukuman akhirat..allah lebih mengetahui.

Undur Bukan Kalah

mengundurkan diri atau meletak jawatan tidak semestinya bermakna kita kalah atau kita lemah.

adakalanya ianya untuk menyemak semula pilhan yg ada. kita perlu pilih yg terbaik supaya keputusan dibuat akan memanafaatkan kita dan di sekeliling kita. ianya bukan untuk selamatkan diri sendiri shj. tetapi juga utk selamatkan mereka yg kita kenali dan kasihi.

ada masanya pelu dinyatakan dan dijelaskan sebab pengunduran dilakukan. ini untuk elakkan drpd orang salahfaham terhadap kita. jika kurang maklumat, tiada maklumat atau salah maklumat tentang alasan pengunduran kita, boleh menyebabkan kita dipandang lemah, kalah, serong, negatif.

kenapa saya undur diri drpd satu jawatan yg boleh dikatakan tinggi pada satu organisasi? letih. nak bagi peluang pada orang lain. nak jaga nama. nak fokus perkara lain. tak percaya kepada kepimpinan yg tak telus, tak jujur dan tak amanah. nak cuba perkara baru. nak elak nama keluarga dan kenalan serta pelajar dan bekas pelajar dipermain-mainkan jika saya jadi pak turut.

Selasa, November 20, 2012

Satu Tiga Enam

semalam lewat saya tidur. sebenarnya tidur setelah hampir jam 2pagi.

sy sibuk mencari dlm internet maklumat berkaitan seorang ahli keluarga. ada yg bagitau dia dulu antara mereka yg berani untuk menentang tentera jepun di zaman jepun. lama juga mencari di internet. yg keluar apabila sy guna kod di atas dan nama beliau adalah mereka yg bergelar jeneral, tun, tan sri, datuk dsbnya yg berpangkat besar2. adalah sedikit menyebut nama sama spt saudara saya tapi tiada wajah.

alhamdulillah, setelah jam 1pagi, saya berjaya mendapat gambar beliau semasa muda. dan cerita yg direkodkan semasa menentang penjajahan jepun. beliau diantara 3 pejuang ditangkap jepun. alhamdulillah umur mereka dipanjangkan allah. mereka adalah diantara pejuang malaya bersama pasukan 136. ibu saya mengesahkan sebelum saya keluar dari rumah pagi tadi. http://compassweb.arkib.gov.my/media//W/20010048963g1.jpg.


cuma saya terkilan. saya tak pasti sama ada beliau mendapat sebarang penghargaan spt pingat dan pangkat. kpd yg terasa berpangkat dan berpingat dlm pasukan seragam, tetapi menjadi pengkhianat bangsa..bagi balik ajela pangkat, pingat dan pencen anda. anda memalukan mereka yg pernah dan sedang memakai pakaian seragam.

semasa membaca majalah terbitan maktab koperasi malaysia, saya terbaca tentang seorang bekas kawan sekuliah. alhamdulillah, beliau telahpun berpangkat anugerah datuk dan pencen dgn satu bintang. seorang lagi adakah masih satu bintang atau telah bertambah bintang di bahu?

Sabtu, November 17, 2012

Serah Tugas

serah tugas berlaku pada awal pelantikan dan pada penghujung pelantikan. serah tugas yg baik adalah pelantikan dan penamatan secara baik. di organisasi tertentu ianya berlaku secara simbolik dengan penyerahan alat yg melambangkan jawatan bersama tugas.

serah tugas berkaitan integriti kita. jika kita diserah dan menyerah tugas secara simbolik dgn baik (pemakaian pangkat atau penyerahan tongkat kuasa atau pedang kuasa) maka kebiasaannya suasana serah tugas adalah dlm keadaan yg baik utk semua. tetapi jika penyerahan adalah secara kurang baik/kasar seperti menanggalkan pangkat secara paksa, mematahkan tongkat atau pedang, atau mengoyakkan surat lantikan, maka suasana serah tugas akan jadi tegang.

saya biasa dengan serah tugas. ada secara baik. ada secara sebaliknya. ada secara penuh tertib. ada secara sebaliknya. ada dalam masa yg lama. ada dalam masa yg singkat. baik atau buruk suasana serah tugas berbeza persepsi bagi orang yg berbeza. kami pernah 'dilucutkan' tugas secara sekumpulan kerana 'engkar'. tapi pada surat kami..kami tidak pernah 'dilucutkan'.

perkataan tertib iaitu 'terima kasih', 'mohon maf' adalah perkataan kpd manusia. yg penting bgmana kita dgn Yang Maha Berkuasa. pangkat dan jawatan di dunia hanya sementara. pangkat dan jawatan di dunia adalah amanah yg perlu dilaksanakan dgn sempurna kerana kita perlu berjawab kpd Yang Maha Adil.

Jumaat, November 16, 2012

Pukul atau Bersama

ini bukan iklan utk jadi ahli kongsi tak cerah. tetapi pepatah bahasa inggeris ini saya gunakan sebab ada kaitan dgn saya.

ayatnya adalah 'if you can't beat them, then join them'. maksudnya lebih kurang adalah 'jika kita tidak dapat kalahkan maka kita akan mengikuti mereka'. dan jika ianya berkaitan perkara atau tingkahlaku yg baik, budaya yg baik maka jika kita tidak jadi lebih baik drpd pihak lain, sekurang2nya kita sama baik dgn mereka.

tetapi jika berkaitan budaya tidak baik, maka jika kita tidak mengatasi mereka iaitu memperbaiki mereka, maka lebih baik kita jangan bersama mereka. ianya lebih baik jika kita tinggalkan mereka atau organisasi tersebut. dan untuk membuat keputusan memilih yg terbaik perlu kpd ilmu. jika kita tiada atau kurang ilmu, kita akan mudah 'dimakan' oleh mereka yg niat tidak jujur dgn ingin mengambil kesempatan ke atas kita.

apabila hendak membuat satu keputusan, beberapa faktor perlu kita ambil kira. apakah kesan kpd kita, keluarga, sahabat, kenalan, masyarakat dan organisasi yg ada kaitan dgn kita? pilihlah yg akan beri kesan baik kpd kita dan mereka yg berkait dgn kita. sebab jika kita pilih yg tak jujur dan amanah, walau pun ambil masa, ianya akan kembali meresahkan kita atau mereka yg berkait dgn kita. ceramah di ikim.fm semasa saya menaip ni menyatakan bhw jadilah kita sbg orang yg memberi manafaat (kebaikan) kpd orang lain. pikir2 dan buatlah keputusan terbaik utk kita dan orang lain secara jujur dan amanah yg perlu dijawab di mahkamah Yang Maha Adil.

Khamis, November 15, 2012

Audit Tahunan

ramai yg rasa tidak selesa dgn perkataan audit. ianya dikaitkan dgn mencari kesalahan diri oleh pihak lain. maka akan ada yg sanggup ambil cuti utk tidak diaudit.

audit drpd perkataan audio - mendengar. wakil pemilik aset akan mendengar laporan penjaga yg diberi amanah menjaga aset pemilik dan seterusnya juruaudit atau auditor akan menyampaikan maklumat berkenaan aset pemilik kpd pemilik berdasarkan laporan oleh pemegang amanah. audit adalah satu cara untuk pemilik mengetahui keadaan asetnya yg telah diamanahkan kpd pihak lain sama ada pekerjanya atau sebaliknya. jika didapati atau pada anggapan pemilik asetnya tidak diuruskan dgn baik oleh pemegang amanah, maka pemilik boleh mengadakan siasatan iaitu sekarang kita panggil perakaunan forensik.

Tahun baru adalah sesuai utk kita audit pencapaian kita. bagi penjawat awam, audit dilakukan melalui laporan skt tahunan. markah yg tinggi drpd ppp dan markah keseluruhan yg tinggi iaitu jika lebih 90 boleh diertikan sbg kita telah menjalankan tugas dgn cemerlang


kita selalunya terlupa nak audit diri kita samada secara fizikal atau bukan fizikal.selalunya kita hanya audit kesihatan kita apabila kita berasa tidak sihat. dan sering berlaku jika jarang kita audit/melakukan pemeriksaan secara berkala, apabila sakit dan dilakukan forensik kesihatan akan menyebabkan kita terkejut sebab hasilnya ramai akan 'baru' tahu bhw diri secara fizikal adalah tidak sihat. adakalanya laporan kesihatan yg diketahui sudah terlambat. biasakanlah dgn audit diri secara berkala sebelum diri kita diforensikkan (mencari punca masalah berlaku).

RIID 2012

pada 6-8 nov 2012 saya berada di melaka. ianya untuk menyertai riid 2012 anjuran uitm melaka. penyertaan drpd fsr adalah sebanyak 4 penyertaan.

terima kasih kpd pengurusan fsr kerana sudi menaja kami di sana walau pun bukan keseluruhan. alhamdulillah penyertaan saya (bersama pn noridah dan pn jamatul) dan en rahmat adnan berjaya mendapat perak. manakala penyertaan en norasrudin berjaya mendapat gangsa. walau bagaimana pun penyertaan pn jamiaton berjaya menimba pengalaman pertama menyertai pertandingan seumpama ini. ianya satu kebiasaan bhw akan ada mendapat pulangan berbeza.

dengan pencapaian di riid maka melalui 7 pertandingan utuk 11produk bermula 2008 telah menghasilkan 11 pingat - 2 emas, 4 perak dan 5 gangsa. alhamdulillah. sekali lagi terima kasih kpd pn noridah dan pn jamatul, ahli pasukan ke riid 2012, dekan dan pengurusan fsr, para profesor yg sudi memberi maklumbalas membina, dan mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm membolehkan kejayaan kami.

Selasa, November 13, 2012

Tuntutan/Claim

tuntutan atau claim biasanya dilakukan untuk penglibatan dlm program atau aktiviti. dan sebelum boleh tuntut atau claim, perlu ada bajet. bajet perlu diluluskan oleh mereka yg diberi amanah. maka yg buat tuntutan atau claim pun perlu beramanah.

tuntut atau claim juga ada kaitan dgn pengiktirafan pihak lain kpd satu pihak. kalau kita tuntut atau claim kita ni bagus maka perlu disokong oleh pengiktirafan pihak lain kpd tuntutan atau claim kita. sama ada dlm bidang akademik atau sebaliknya, jika claim tanpa sokongan pihak lain, claim kita hanya syok sendiri shj. apabila pihak lain iktirafkan atau sokong claim kita, pihak yg menyokong perlulah dilihat pihak lain sbg seseorang yg boleh dipercayai. maka penyokong perlu ada sifat 'membenarkan' atau 'dipercayai' sokongan yg diberi.

bagaimana jika ada pihak memaksa pihak lain untuk membenarkan tuntutannya yg sebenarnya adalah palsu/ apa kesan kpd pihak yg membenarkan? jika diketahui kisah sebenarnya, maka bukan shj yg buat tuntutan, tetapi pihak yg membenarkan tidak lagi boleh dipercayai integritinya.

pesan saya kpd saya dan kenalan saya (termasuk pelajar saya), janganlah buat tuntutan palsu, janganlah membenarkan tuntutan palsu. saya tidak berkongsi ilmu utk anda lakukan tuntutan atau membenarkan tuntutan palsu. sekali terlepas tak semestinya kali seterusnya terlepas. walaupun seseorang itu berpangkat dan memegang jawatan, tidak akan terlepas drpd hukuman yg Maha Esa.

Ahad, November 04, 2012

Salah Jadi Betul?

apabila sudah lama disatu jawatan maka ramai akan merasakan bhw apa shj yg dilakukan adalah betul. justifikasi adalah jika apa yg dilakukan selama ini tidak betul atau salah, tentulah seseorang itu tidak akan kekal dijawatan tersebut.

ini adalah tanggapan biasa. tanggapan ini ada yg betul. ada yg tidak betul. yg betul tetap betul. dan yg salah tetap salah. orang dulu2 dlm alquran ada menyatakan bhw apa yg mereka buat adalah betul kerana mereka hanya ikut apa yg datuknenek mereka buat. jika datuknenek mereka tak betul, kenapa tak dibetulkan dulu2 lagi? dlm fraud triangle, mereka yg bersalah akan sentiasa cuba menegakkan benang yg basah. dan mereka akan sentiasa cuba salahkan orang lain.

kalau bab duit memang seronok dengar cerita kenalan. baru2 ini saya hadir ke professorial talk prof dr normah omar. sila rujuk link di sebelah tulisan saya. dan kita akan dapati bhw bg pesalah2 tetap tidak akan mengaku salah. mereka tidak sedar atau tidak mahu akui bhw mereka telah lakukan kesalahan.

presiden, setiausaha agung, bendahari, ahli lembaga pengarah, pengurus besar, pengurus, penyelia sehingga kepada budak pejabat ada melakukan jenayah kewangan. di organisasi berbeza maka berbezalah peringkat mereka yg terlibat dlm jenayah kewangan. kita banyak undang2 tetapi masalah adalah penguatkuasaan. spt kata prof normah diakhir pembentangan beliau, adalah tanggungjawab semua memastikan pencegahan dan penguatkuasaan terhadap jenayah kewangan.

pesan saya..jangan anda hilang pencen, ditarik anugerah datuk, harta diri dan keluarga dibekukan, suami kahwin lain, isteri kahwin lain, melahirkan anak dalam penjara, saudara mara dan kenalan tidak mengaku kenal kpd kita akibat jenayah kewangan yg kita lakukan.