Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, November 24, 2012

Kereta Tanda Kejayaan?

Kita biasanya kaitkan kejayaan dgn kereta yg kita pandu. itu yg dinyatakan oleh ramai orang. kereta yg dipandu menunjukkan status kejayaan kita.

tetapi hakikat tidaklah sebegitu bagi semua orang. bagi ahli perniagaan, sebuah kereta mewah yg dipandu ke tempat kerja atau pejabat pelanggan adalah iklan menunjukkan bhw peniaga itu dipercayai oleh syarikat kewangan dgn memberi hutang kpd peniaga tersebut. jika bank percaya bg hutang kpd peniaga maka secara kasarnya peniaga itu mempunyai kredibiliti dlm menguruskan kewangan. ianya benar bg setengah2 perniagaan.

tapi bgamana dgn yg makan gaji. spt kakitangan kerajaan. spt yg menjadi pemegang amanah di organisasi kebajikan atau bukan bertujuan keuntungan. jika sebelum memegang amanah di organisasi tersebut guna kereta bukan mewah tetapi setelah lama di situ dah guna kereta mewah. apakah tandanya ini? bagi setengah pihak kemungkinan beranggapan bhw pemegang amanah tidak amanah semasa pegang amanah di satu organisasi bukan berteraskan keuntungan. kecuali dia mempunyai pendapatan luar drpd organisasi tersebut.

saya semasa memegang jawatan di sebuah organisasi bukan berkonsepkan keuntungan tetapi utk kebajikan dan pembangunan sukan berasa risau nak beli kereta baru. nak elak salah faham oleh pihak lain. walau pun sebenarnya mampu. lebih baik elak fitnah drpd menanggung fitnah. buat merah telingan aje. tetapi sbg manusia kita biasanya ada keinginan nak menunjuk2 melalui kereta yg kita pandu. saya tak terkecuali. maafkan saya jika ini berlaku ya..walaupun memandu kereta pinjam.


Tiada ulasan: