Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 15, 2012

Audit Tahunan

ramai yg rasa tidak selesa dgn perkataan audit. ianya dikaitkan dgn mencari kesalahan diri oleh pihak lain. maka akan ada yg sanggup ambil cuti utk tidak diaudit.

audit drpd perkataan audio - mendengar. wakil pemilik aset akan mendengar laporan penjaga yg diberi amanah menjaga aset pemilik dan seterusnya juruaudit atau auditor akan menyampaikan maklumat berkenaan aset pemilik kpd pemilik berdasarkan laporan oleh pemegang amanah. audit adalah satu cara untuk pemilik mengetahui keadaan asetnya yg telah diamanahkan kpd pihak lain sama ada pekerjanya atau sebaliknya. jika didapati atau pada anggapan pemilik asetnya tidak diuruskan dgn baik oleh pemegang amanah, maka pemilik boleh mengadakan siasatan iaitu sekarang kita panggil perakaunan forensik.

Tahun baru adalah sesuai utk kita audit pencapaian kita. bagi penjawat awam, audit dilakukan melalui laporan skt tahunan. markah yg tinggi drpd ppp dan markah keseluruhan yg tinggi iaitu jika lebih 90 boleh diertikan sbg kita telah menjalankan tugas dgn cemerlang


kita selalunya terlupa nak audit diri kita samada secara fizikal atau bukan fizikal.selalunya kita hanya audit kesihatan kita apabila kita berasa tidak sihat. dan sering berlaku jika jarang kita audit/melakukan pemeriksaan secara berkala, apabila sakit dan dilakukan forensik kesihatan akan menyebabkan kita terkejut sebab hasilnya ramai akan 'baru' tahu bhw diri secara fizikal adalah tidak sihat. adakalanya laporan kesihatan yg diketahui sudah terlambat. biasakanlah dgn audit diri secara berkala sebelum diri kita diforensikkan (mencari punca masalah berlaku).

Tiada ulasan: