Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 28, 2022

Masa2 Lega

Biasanya, spt hari ini adalah masa yg berasa lega. Sebab selesai tugas hakiki sbg pensyarah. Selesai memuatnaik keputusan pelajar yg ambil kursus dgn kita.

Adakala berasa kosong, tak tahu nak buat apa. Setelah bertungkus lumus memeriksa, menanda kertas penilaian pelajar. Tapi masa yg kosong hanya seketika. Kalender utk hari2 seterusnya telah banyak dipenuhkan, sehingga kuliah bermula semula, dlm tempoh 4 minggu lagi. Insyaallah.

2 5

25.02.2022, usia saya 25, 55 tahun masihi.

Dulu2 usia pencen kerja gomen. Tapi sekrg, kecuali bersara pilihan, ramai pencen usia 60. Bukan semua pencen kerja dapat pencen.

Dulu2 rasa jauh lagi masa nak sampai usia 55. Tapi, selepas usia 40, masa bergerak pantas. C19 dan pkp membuatkan terasa masa berlalu lagi pantas.

Usia 55 bukan tanda berhenti bekerja bg saya.

Sabtu, Februari 19, 2022

Kira dan perlu

Everything that can be counted does not necessarily count; 

everything that counts cannot necessarily be counted.” 

-Albert Einstein. 


Teringat kata2 ini oleh mantan bos di ined.

Tak semua perlu dikira, tak semua yg boleh dikira diperlukan.


Jika perlu kira semua, kita akan terpedaya, kita akan alpa, kita akan lupa kpd amanah kita.

Jumaat, Februari 18, 2022

Pengurusan

Biasa pengurusan dikaitkan dgn P,O,L,C 

Dikaitkan juga dgn visi, misi, matlamat, dan falsafah. Selain perancangan strategik. Untuk bolehkan pengurusan yg efektif dan efisien.

Tapi ramai lupa ttg pengurusan risiko. Dan ramai juga lupa pentingnya jadual, takwim, kalender - tahunan, bulanan, mingguan, selain harian, dikongsi dgn warga kerja.

C dlm pengurusan termasuk communication, selain command & control, dan juga coordination. C calender sering diabaikan.

Surau

Pesan bonda, 'ayah dah takde, rajin2lah ke surau, ganti ayah'.

Ayah semasa sihat, subuh, maghrib dan isyak, beliau akan cuba solat berjemaah di surau.

Ayah biasa berjalan kaki pergi dan balik. Ada kala seorang diri, ada kala bersama para jemaah lain.

Jika saya ke surau, masih terbayang ayah solat bersama, duduk baca yasin dan berdoa dlm majlis tahlil dan doa selamat. Selepas tahlil, biasanya sebelum c19, jemaah akan jamu selera di ruang makan.

Ayah xsempat ke surau utk solat jumaat di surau, setelah surau diberi kebenaran utk adakan solat jumaat.

Rabu, Februari 16, 2022

Usaha dgn berniaga

Ptg tadi saya terima brgan yg saya beli secara online.

Saya tanya kpd penghantar, seorg perempuan, kenapa keretanya guna pelekat syarikat lain. Dia jawab dia buat penghantaran utk 2 syarikat.

Kemudian saya terperasan, ada 2 kanak2 di dlm keretanya. Dia bgtau mereka anaknya. Terpaksa bawa bersama kerana tiada org utk jaga mereka.

Emak saya ingatkan saya adik beradik, bgmn dulu, beliau pun bawa seorg adik saya dan seorg sepupu saya yg masih kecil, bersama semasa menghantar barang jualan spt kain, dll.

Pertandingan

Pertandingan adalah perkara biasa.

Peraturan biasa ditentukan penganjur.

Ada pertandingan yg boleh kita pilih utk sertai, ada yg tak boleh pilih.

Bagi yg boleh kita pilih utk bertanding, kuta perlu nilaikan - keperluan dan keutamaan.

Mana lebih baik, bertanding atau tidak.

Pertandingan biasanya menguntungkan penganjur.

Khamis, Februari 10, 2022

Bajet

Antara kekangan utama dlm pengurusan organisasi. Dan sekrg bajet ipta bnyk dikurangkan.

Bilangan jawatan pentadbir akademik ingin ditambah utk capai kpi tidak berkait p&p. Bilangan pensyarah tidak boleh ditambah kerana kekangan bajet. Pensyarah sambilan juga dikurangkan.

Tapi bilangan pelajar ingin dikekalkan atau ditambah. kualiti pengajaran & pembelajaran mesti dikekalkan atau perlu ditambahbaik.

Selasa, Februari 08, 2022

Ayah dan Sukan

Arwah ayah suka bersukan. Dia, abangnya, dan kawan2nya ada kelab bolasepak sendiri, di Kota Bharu. Kelab bolasepak kijang. Mereka 3 beradik antara peneraju dan pemain kelab mereka.

Semasa di MCKK, ayah bermain bola sepak dgn posisi right wing. Dia sentiasa bercerita ttg gol jaringannya melawan Sek Men Clifford.

Di UM, ayah main ragbi. Beliau pernah jadi presiden kelab ragbi COBRA.

Saya dan adik beradik banyak didedahkan dgn sukan oleh ayah. Spt tenis, squash, ping pong, badminton, hoki, karom, dll.

Kali terakhir ayah tendang bola di padang bolasepak, Big Field MCKK pada 2019. Selepas bermain di padang sama pada 1958. Dia ambil penalti.

Isnin, Februari 07, 2022

Perang dan Madu

Perang ada perang amat besar, war. Perang ada perang sederhana besar, battle. Dan perang ada perang kecil, skirmish.

Bagi setiap peringkat atau tahap perang, ada pasukan khusus utk menghadapinya. Seorang ketua yg bijak akan tahu strategi terbaik gunakan askar yg sesuai, pada masa yg sesuai.

Tapi, ketua yg bertukar2, yg hanya pentingkan diri, akan gunakan askar yg sama , utk capai matlamat beliau. Jika ada askar yg terkorban, dia akan ambil kisah hanya sementara. Biasanya, habis madu, sepah dibuang.

Protein

Sekrg, antara sumber protein utama adalah drpd binatang. Antara binatang yg banyak sumbang protein dlm makanan kita adalah ayam. Sbb sekrg ayam lagi murah drpd daging lembu, kambing, kebanyakan ikan.

Tapi, dulu2, kita dihidang ayam sbg lauk hanya pada majlis atau perayaan, atau hari2 tertentu. Sekali seminggu pun jarang. Teringat semasa tahun 70an, ayam2 dipelihara di bawah rumah di kampung. Ayam tidak disembelih setiap hari atau setiap minggu.

Adakah protein drpd binatang lebih baik drpd tumbuhan?