Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 28, 2012

Rezeki Tengahari

tadi saya keluar makan bersama rakan lama dan rakan baru. selalunya saya malas nak keluar makan di luar uitm pada waktu tengahari. risau bila balik kampus tak dapat 'parking' untuk kereta saya.

semasa beratur untuk membayar makanan saya, saya berada di belakang seorang perempuan. saya andaikan beliau seorang pelajar. pakaiannya tidak menunjukkan beliau drpd keluarga berada. saya perhatikan makanan tengaharinya yang diambil. ianya adalah nasi, kuah, sayur dan tempe goreng. saya curi dengar kos makan tengaharinya..rm3. dan saya curi melihat ke dalam beg duitnya yang tak berjenama yg biasanya orang perempuan isi dgn duit shiling. hanya mengandungi beberapa helai duit rm1.

bukan semua drpd kita dimurahkan rezeki. mungkin pelajar tadi makan utk makanan hari ini shj. saya doakan semoga belia dibekalkan ilmu dan dimurahkan rezeki yg halal. maaf kerana niat saya utk membayar makanannya tak kesampaian.

Bos..

yes bos. no bos.

memang jadi bos best. bos tak akan salah. yg salah bukan bos. jadi masa jadi bos buat ikut suka. naikkan gred sedara. naikkan pangkat sedara. dendam dgn orang lain. cakap tak serupa bikin. ingat orang hormat kita tetapi sebenarnya takut kpd jawatan kita sbg bos.

maka apabila tidak lagi jadi bos, akan boleh jadi sasau. gila sebab kuasa semasa jadi bos dan setelah bukan lagi bos.

saya harap saya bukan seorang bos. seorang bos selalunya bossy. dan saya andaikan saya bukan bos sebab bekas staf saya masih sudi belanja dan makan bersama saya. saya doakan saya tak tergolong dlm mereka yg tiada bekas pekerja tak sudi menyumbang secara rasmi utk meraikan saya bukan lagi bos.

Khamis, Februari 16, 2012

SRW655 Sem Mac 2012

petang tadi saya berjumpa dgn pelajar sr221 yg akan diselia oleh saya utk srw655. setakat ini saya dah jumpa 4pelajar sr221 utk saya selia sem akan datang. seorang lagi saya tak tahu adakah beliau akan saya selia atau diselia pensyarah lain.

bagi pelajar sr223 pula, tak silap saya ada 10orang akan saya selia sem akan datang. ini akan menjadi jumlah pelajar teramai pernah saya selia iaitu 14orang. sebelum ini memang jumlah yg memohon utk saya jadi penyelia berbelas juga tetapi kerana faktor beban tugas lain, fakulti beri saya tidak sampai macam sem ni. sebenarnya saya dimaklumkan bhw lebih 20pelajar memohon saya sebagai penyelia utk sem depan. tapi faktor beban tugas saya diambil kira oleh fakulti utk bilangan pelajar yg mampu saya kira.

ini ada kaitan dgn perkhidmatan penyeliaan berkualiti. kita nak elak pelajar mendapat a tetapi sebenarnya kualiti kerja pelajar adalah sebaliknya. kualiti kerja pelajar boleh dikatakan mencerminkan kualiti kerja pensyarahnya. betulke?

Isnin, Februari 13, 2012

ARI

pagi tadi saya ke ARI. Accounting Research Institute, uitm. saya ke sana sebagai penilai dalaman ISO korporat uitm.

setiba saya di ari saya bgtau pengarah dan staf ari yg saya berasa nervous utk menilai ari. pengarah ari, prof dr normah hj omar adalah seorang bekas pensyarah saya. dan prof rashidah timbalannya juga pensyarah saya semasa sarjana. seorang lagi timbalan pengarahnya adalah kawan saya.

ari adalah satu2nya hicoe di uitm. ari banyak menghasilkan produk akademik termasuk graduan phd dan sarjana. sila baca blog ari yg saya senaraikan dlm blog saya.