Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 28, 2012

Rezeki Tengahari

tadi saya keluar makan bersama rakan lama dan rakan baru. selalunya saya malas nak keluar makan di luar uitm pada waktu tengahari. risau bila balik kampus tak dapat 'parking' untuk kereta saya.

semasa beratur untuk membayar makanan saya, saya berada di belakang seorang perempuan. saya andaikan beliau seorang pelajar. pakaiannya tidak menunjukkan beliau drpd keluarga berada. saya perhatikan makanan tengaharinya yang diambil. ianya adalah nasi, kuah, sayur dan tempe goreng. saya curi dengar kos makan tengaharinya..rm3. dan saya curi melihat ke dalam beg duitnya yang tak berjenama yg biasanya orang perempuan isi dgn duit shiling. hanya mengandungi beberapa helai duit rm1.

bukan semua drpd kita dimurahkan rezeki. mungkin pelajar tadi makan utk makanan hari ini shj. saya doakan semoga belia dibekalkan ilmu dan dimurahkan rezeki yg halal. maaf kerana niat saya utk membayar makanannya tak kesampaian.

Tiada ulasan: