Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 31, 2014

Tegur dan Malu 2

tegur dan malu boleh memalukan kedua2 penegur dan penerima teguran. teguran juga boleh memalukan pihak ketiga sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.

saya beberapa kali nak tegur mereka yg ke surau atau ke masjid berkaitan pakaian mereka. memang tidak perlu ditampal poster atau dikeluarkan pekeliling utk ingatkan sahsiah rupadiri, tetapi poster dan pekeliling elok utk mengingatkan. sebab manusia sentiasa dlm kerugian dan satu punca kerugian adalah lupa secara sengaja atau tidak sengaja.

tapi rasa malu pula nak tegur mereka di surau dan di masjid tentang pakaian mereka. mereka ke surau atau amsjid utk beribadah. terutamanya utk solat. tetapi pakaian mereka boleh menyebabkan solat mereka tidak sah atau batal jika tidak menutup aurat. tutup aurat saya rasa tak boleh dikategorikan sama ada sempurna atau tak sempurna. ianya lebih tepat tutup atau tudak tutup.

akan ada yg kata elok tutup walau tak sempurna. tapi kalau solat tak tutup aurat (yg ada lebih suka guna tak sempurna), solat kemungkinan tak sah. macam masuk ambil exam, keluar exam yakin lulus. bila dapat result gagal nak marahkan pemeriksa. exam akademik boleh repeat. exam bab solat lepas tengok keputusan di akhirat tak boleh nak repeat.

bersama kita tegur dan jaga malu di dunia utk sejahtera di akhirat.

Tegur dan Malu

tegur dan malu saling berkait. tegur dan malu mungkin membawa makna yg sama atau berbeza kpd penegur dan penerima tegur, juga yg melihat/mendengar/diberitakan teguran. malu dikatakan sebahagian drpd iman.

teguran dan malu boleh membawa positif atau negatif. jika dua2 memberi dan menerima secara positif, maka teguran yg diberikan adalah terbaik. boleh dikatakan teguran akan memalukan penerima. jika tegur memuji, penerima mungkin berasa malu kerana dipuji secara positif. penerima akan merasa malu secara negatif jika pujian sebenarnya adalah kutukan. teguran dan malu berkait dgn komunikasi.

ada yg tak boleh ditegur. walaupun utk kebaikan bersama. baru ditegur sedikit, dah melenting. mungkin sebab orang yg sebegini kurang berilmu walau pun tinggi dari segi pangkat, jawatan, kelayakan akademik, gelaran, pemilikan harta dunia. orang yg tak boleh ditegur utk kebaikan bersama mungkin sebenarnya tak tahu malu. bolehkah dikaitkan dgn tahap keimanan?

Rabu, Januari 29, 2014

Tegurlah...Tanggungjawab

tegur menegur adalah komunikasi. teguran oleh ketua biasanya ditakuti. teguran orang bawah biasanya tak dihormati.tapi bagi saya takut tidak sama dgn hormat.

maka jika kita ketua, kita perlu menegur orang bawahan. dan orang bawahan berhak menegur ketua. dan rakan sekerja atau rakan sebaya (peers) berhak juga menegur sesama sendiri. tujuan teguran adalah sebagai menjalankan tanggungjwb dgn penuh amanah iaitu utk kebaikan dan kemajuan bersama.

ada yg bagitau bgmana mereka rasakan teguran mereka tidak dihormati iaitu diambil peduli. mereka berandaian sebab mereka bukanlah berpangkat besar ataupun kaya harta. maka teguran orang bawahan seolah2 tidak bernilai kpd orang lain. tetapi saya tidak bersetuju dgn pandangan tersebut. setiap teguran ada nilainya. tahap nilai bergantung kpd keadaan dan kesan teguran. teguran org yg banyak duit, berkelayakan tinggi, berpangkat mungkin ada masanya tidak bernilai langsung.

jika sudah jadi tanggungjawab kita tetapi kita tidak menegur kerana alasan tertentu, kita akan dianggap tidak beramanah dlm menjalankan tugas kita. walau pun penerima teguran sentiasa tidak sudi menerima teguran malah mempermain2kan teguran kita, teruskan menegur. ingatlah surah al-asr. jalankan tanggungajwab kita supaya kita tidak berpeluh apabila ditanya adakah kita telah menjalankan amanah kita semasa diberi amanah.

Kedegilan dan Ilmu

biasa kita kata orang yg degil ni melawan arahan. dan biasanya kita katakan orang yg degil adalah orang yg tidak bijak. orang yg tidak bijak biasanya orang yg tahap ilmu yg rendah, atau kurang ilmu ata tiada berilmu.

tujuan polisi dan tatacara adalah untuk memudahkan kita bekerja. memudahkan kerja bermakna memudahkan kita kerja secara berkesan dan secara betul. jika kita kerja secara efisien dan efektif, secara langsung dan tidak langsung akan memudahkan rakan sekerja kita bekerja dgn efisien dan efektif juga. apabila organisasi bekerja secara efisien dan efektif, maka organisasi dijangka mencapai matlamat ditetapkan. maka diandaikan tercapailah tujuan penubuhan organisasi. dan dijangka dielakkan pembaziran masa dan juga wang ringgit.

arahan biasanya berdasarkan kpd peraturan. arahan biasanya berdasarkan kpd polisi dan prosedur. polisi dan prosedur ciptaan manusia boleh diubah untuk penambahbaikan. sebab manusia yg menggubal polisi dan prosedur bukanlah makhluk yg sempurna. manusia ada kelebihan dan juga kekurangan.

kebiasaan penggubalan polisi dan prosedur berdasarkan ilmu didapati melalui pendidikan formal dan tak formal. maka jika kita degil mematuhi peraturan, maka bolehlah kita katakan orang yg degil ini adalah orang yg tak menghormati ilmu.

Menegur Kawan

ada pelbagai cara menegur orang. begitu juga ada pelbagai cara menegur kawan. ada yang mungkin sama seperti menegur bukan kawan. ada yg mungkin berbeza apabila menegur bukan kawan. menegur utk ingatkan kawan dan diri sendiri.

apabila menegur kawan, biasanya niat untuk memperbaiki kawan. biasanya niat menegur kawan adalah utk kebaikan kawan. biasanya menegur kawan utk kemajuan positif kawan. apabila kawan kita baik, kita pun baik. apabila kawan kita maju secara positif, kita pun dijangka akan maju secara positif. menegur kawan seumpama menegur diri sendiri. menegur kawan untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

tetapi salahfaham boleh berlaku dalam komunikasi. salahfaham berpunca drpd pelbagai sebab. antara yg utama, walau mungkin sudah lama kita berkawan, tidak semestinya kita sentiasa memahami kawan kita. maka penjelasan adalah perlu utk membetulkan salahfaham. memperbetulkan salahfaham untuk elakkan berlanjutan salahfaham. memang bukan mudah nak menerima hakikat bhw kita tidak sempurna. masa diharapkan mengurangkan sebak kesedihan dan kemarahan akibat salahfaham.

Panas Punggung dan Panas Kerusi

kalau kita kata panas punggung biasanya kita kaitkan dgn perasaan tidak selesa. perasaan tidak selesa ini apabila orang berkata sesuatu yg negatif terhadap kita. ianya juga apabila kita lakukan kesalahan dan berasa tidak selesa.

panaskan kerusi berbeza dgn panas punggung. memanaskan kerusi dikatakan sebagai melakukan kerja atau memegang jawatan hanya utk masa yg sementara shj. masa yg singkat bukan lama. ada yg kaitkan dgn jawatan yg memangku.

tetapi ada yg panaskan kerusi secara lama. sebab tidak ada yg sudi duduk di kerusi tersebut. ada juga yg panaskan kerusi kerana tiada tempat lain atau kerja yg boleh dilakukan secara produktif.  maka pemanas kerusi boelh dikatakan sbg seorang yg tidak kompeten. dan jika dikaitkan dgn panas punggung maka sipemanas kerusi sepatutnya akan rasa tidak selesa kerana mendapat bayaran utk tidak buat kerja sbgmana diamanahkan.

tetapi ada yg panas punggung dan panas kerusi tidak rasa apa2 sama ada bersalah atau malu. selain drpd panas punggung dan panas kerusi, kita juga elok elak drpd duduk di kerusi panas. silap haribulan, mati sebab kejutan.

Ahad, Januari 26, 2014

Hormat dan Takut

kita nak jawatan sebab kita andaikan orang akan pandang tinggi kpd kita. orang akan ikut apa kita katakan.

memegang jawatan ada kaitan dgn pandangan orang terhadap kita, dan mengikut arahan kita. tetapi pandangan boleh jadi positif, boleh jadi negatif. ikut arahan mungkin kerana rela atau terpaksa. kedua2nya juga berkaitan rasa hormat atau takut orang lain kpd kita.

sepatutnya pandangan positif dan pematuhan arahan kpd pemegang jawatan dan juga bukan pemegang jawatan adalah kerana rasa hormat. hormat kpd kebijaksaannya, hormat kpd amanah yg dipegangnya, dll yg positif.rasa takut menyebabkan kita patuh arahan seseorang adalah salah. ianya menyebabkan kita bekerja/ melakukan sesuatu secara terpaksa, tiada pilihan dll kerana seorang manusia/ makhluk Allah. kpd manusia kita tidak perlu takut. hanya hormat atau tidak hormat kpd manusia.

rasa takut dan hormat boleh juga secara ikhlas. ianya kerana ilmu yg menunjukkan kita ke jalan yg lurus dan benar. kerana ilmu yg memberitahu kita untuk sejahtera dunia dan akhirat. dan tiada yg perlu kita takut kecuali takut kpd Allah, tuhan yg esa, tuhan yg satu, tuhan semesta alam, tuhan yg maha berkuasa, tuhan yg maha bijaksana, tuhan yg maha adil.

Sabtu, Januari 25, 2014

Cahaya dan Kehidupan

cahaya dikaitkan dgn ilmu. tanpa ilmu maka diandaikan kita hidup dlm kegelapan. tanpa ilmu yg betul diamalkan, kita diandaikan akan hidup, mati dlm kegelapan.

tanpa cahaya ilmu, kita akan teraba2 dlm kegelapan dlm menjalani kehidupan. hanya ilmu yg betul memberi cahaya dlm kehidupan dan kematian. phd, sarjana, sarjana muda dll kelayakan akademik jika disalahguna atau salah didikan adalah ilmu yg tak berguna, ilmu yg bukan memberi cahaya sebaliknya menambahkan kegelapan. contoh kegelapan drpd ilmu yg salah diamalkan salahguna kuasa, tidak amanah, tamak, sombong, kedekut dll lagi sifat, pemikiran, tindakan dan perasaan yg negatif.

ada yg berkata kita boleh tengok cahaya pada muka seseorang jika dia seorang yg baik. cahay bukan drpd lampu 'spot', atau hasil 'make-up'. tetapi cahaya drpd dalaman. bersamalah kita mencari nur utk hidup bercahaya di dunia, kubur kita bercahaya, dan sejahtera di akhirat.

Jumaat, Januari 24, 2014

terima kasih ... datuk

Sy bertanya tentang gelaran dan taraf perkahwinan. Jawapan diberi sbgmana telah ramai bgtau sy. Terima kasih datuk.

Coretan sy dikomen. Diberi motivasi. Ditegur secara positif. Diperkenalkan kpd anaknya saya sbg sahabat baik. Tadi beliau memeluk erat saya di canseleri tanda gembira. Terima kasih datuk.

Setiap kali berjumpa dia akan melambai sambil tersenyum. Jika berjumpa di masjid atau di mana shj, kami akan bersalaman. Tadi beliau menarik saya ke saf pertama sebelum solat jumaat di masjid uitm. Terima kasih datuk.

3 individu berbeza yg dianugerah pingat sbg tanda berjasa. Alhamdulillah sy masih diiktiraf sbg kawan oleh mereka walau berbeza pangkat dan umur. Terima kasih datuk, datuk, datuk.

Rezeki Sama Kaya?

ada yg berkata orang kaya sebab murah rezeki. ada kata rezeki itu kekayaan.

rezeki itu milik allah. dia akan beri kpd semua mahkluk ciptaannya. allah maha pemurah maha pengasihani. cuma jangan lupa bhw setiap rezeki kita terima perlu kita 'akaun'kan. iaitu kita beramanah menggunakan rezeki kurniaanya utk kebaikan diri dan juga orang lain. kalau dimurahkan rezeki, janganlah pula kedekut. tetapi berjimat tidak sama dgn kedekut.

ada orang tak boleh tengok orang lain lebih senang drpdnya. tak sudi berkongsi rzezeki yg ada dgn orang lain. biarlah orang lain berlapar. mungkin perkataan bersedekah atau menderma atau berkongsi kelebihan rezeki tiada dlm kamusnya.

maka orang yg kedekut, rezekinya mungkin lebih drpd orang lain. tetapi beliau sebenarnya miskin. miskin drpd segi bersedekah, berkongsi dgn orang lain, miskin drpd segi ilmu. 

Rabu, Januari 22, 2014

Pakar Macam2

semalam semasa futsal say diperkenalkan oleh seorang prof perubatan kpd pelajar beliau sebagai pakar macam2. bukan pakar macai ya.

semasa saya masuk ke dlm gelanggang hendak mengiring seorang kawan keluar gelanggang kerana kecederaan setelah diperiksa oleh beliau dan adik2 saya, prof tersebut bagitau yg saya ni pakar psikologi sukan. selepas permainan, prof tersebut yg juga ketua kelassaya semasa tingkatan 5 memperkenalkan saya kpd pelajar perubatan beliau yg saya ni pakar kaunseling sukan.kemudiannya apabila bersambung perbincangan untuk membawa prof dan rombongan ke taman negara, prof perkenalkan saya sebagai renjer.

pernyataan atau pengiktirafan bergantung kpd niat sipemberi kenyataan. mengenali kawan lama saya, pernyataan drpd beliau kpd pelajar beliau - bakal2 doktor perubatan, merupakan satu cara beliau menghargai saya. beliau bukan mengutuk atau mengeji saya. sebab beliau tahu integriti dan kredibiliti saya. pernyataan berkenaan kredibiliti orang lain akan memberi kesan terhadap kredibiliti kita.

kredibiliti sbg pakar dlm sesuatu kursus/bidang/subjek selalunya dinilai berdasarkan sarjana muda kita kerana sarjana muda adalah peringkat pengajian asas dlm sesuatu bidang. jika kita hanya mengambil beberapa kursus atau hanya satu kursus shj, atau lebih teruk tiada langsung kursus berkaitan di peringkat sarjana muda, bagaimanakah kita dikira sbg pakar?

selain kepakaran diukur melalui akademik, pengalaman membantu meningkatkan kredibiliti kita. pengalaman yg memberi kita pengetahuan, bukan pengalaman sekadar mencelup tangan atau kaki shj.

phd hanya membolehkan kita menyatakan bhw kita pakar dlm penyelidikan utk subjek tertentu bukannya pakar dlm bidang tersebut kecuali kita ambil bidang yg sama dari diploma sehingga phd.

0.75 atau 3/4

setiap daripada kita saya andaikan sebagai bukan 1. jika 1 tanda sempurna kerana tiada diantara kita adalah sempurna. setiap drpd kita ada kekurangan dan kelemahan. harap2 bukanlah 3/4 bermaksud tiga suku iaitu kekurangan negatif drpd segi mental dan emosi.

kita berharap dgn menjadi anggota satu organisasi, 0.75+0.75 > 1.5. iaitu apabila bersama dan bekerjasama dlm satu pasukan, hasil atau output akan lebih daripada biasa. itu antara matlamat berorganisasi atau berada dalam satu struktur yg jelas dgn jawatan, tugas dan tanggungjawab.

tetapi jika memang dlm organisasi ada ahli yg tiga suku, maka 3/4 + 3/4 akan menjadikan ahli dan organisasi juga 3/4. pi mai pi mai tang tu aje. matlamat entah ke mana. dok perabihkan borah ajo. maka eloklah jika yg 3/4 tu diambil tindakan tegas dan jelas supaya tidak menyebabkan organisasi jadi 3/4.

Hadir Tetapi Hilang

ramai yg hadir tetapi hilang. saya pun biasa hadir tetapi kemudiannya hilang. drpd hilang utk hadir kembali memerlukan banyak usaha dan kesedaran.

ianya berkaitan keberadaan (presence) semasa hadir secara fizikal tetapi fikiran melayang ke tempat lain. mungkin mental atau emosi kita tidak hadir bersama fizikal kita kerana pelbagai sebab. antara ketidakhadiran mental/emosi bersama kehadiran fizikal adalah berkhayal, marah, sedih, dll. kesannya kehadiran kita tidak produktif apabila tidak fokus secara pemikiran dan emosi.

mungkin ini yg berlaku kpd pelajar saya yg tidak menyempurnakan laporan penyelidikan mereka. walaupun hadir secara fizikal berulang2 kali malah berganda melebihi kehadiran minima diwajibkan berjumpa penyelia. ada yg hadir yg angguk atau kata ya kpd apa yg dibincangkan. tetapi hasil kerja tidak seperti sepatutnya.

hadir tetapi tak hadir merugikan individu dan juga pihak lain kerana hasil tidak berkualiti dan sebagaimana diharapkan. maka masa dan usaha perlu ditambah/diulang. kos kewangan juga bertambah. biasa2kanlah kita hadir secara fizikal, mental dan emosi pada masa yang sama.

Selasa, Januari 21, 2014

Pilihan Kerja

semasa masa antara berfutsal tadi, seorang kawan bertanya saya sekarang bekerja di mana? seingat beliau, saya pernah bekerja dgn sebuah organisasi bertaraf antarabangsa.

saya bagitahu beliau yg saya sekarang seorang pensyarah di uitm. ianya pilihan saya. beliau kemudian memberitahu beliau memilih bekerja dgn sebuah syarikat kecil dlm industri besar kerana beberapa sebab. duit bukanlah sebab utama. bagi beliau tarikan utama adalah masa utk diri sendiri. juga kemudahan pergi dan balik kerja.

kawan saya ini saya kenali sejak sekolah rendah. beliau kapten pasukan bolasepak sekolah semasa saya di darjah enam. saya sekadar main bola di waktu rehat shj. tetapi semasa bercakap tentang pilihan kerja kami sekarang, kami memilih dan menghargai masa untuk diri daripada mengejar gaji yg tinggi. (gaji beliau berganda2 berbanding gaji saya).

ianya berkaitan usia yg semakin hampir ke setengah abad. kesedaran bhw masa yg tinggal makin sedikit berbanding masa yg telah dilalui. maka pilihan kerja adalah utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sokong Membawa Rebah

apakah maksudnya? mungkin percaya kpd individu tetapi individu tersebut yg menumbangkan kita.

ianya seumpama musuh dlm selimut. tetapi musuh dlm selimut biasanya kita tak tahu siapa. sokong yg membawa rebah adalah seumpama mereka yg kita harapkan akan membantu kita dlm menjalankan tugas tetapi sebaliknya dilakukan. sepatutnya individu itu seiring dgn kita utk membantu kita capai matlamat yg telah ditetapkan, tetapi sebenrnya individu itu berniat buruk. berniat jahat. depan cakap manis, belakang tabur garam dlm periuk nasi kita.

maka jika kita sudah tahu sikap dan tindakan negatif individu itu, maka kita sepatutnya mengambil tindakan segera. jika tidak, individu itu akan meracunkan orang lain yg masih memberi sokongan kpd kita. jika individu itu kita asyik kasihankannya, kita sebenarnya melepaskan anjing yg tersepit. dia tidak akan menghargai apa pun niat dan tindakan baik kita kpdnya.

Ahad, Januari 19, 2014

Sedar Diri

kesedaran adalah penting dlm hidup. kalau tak sedar, bagaimana nak menjalankan tugas harian dgn baik. orang tak sedar selalunya dikaitkan sebagai pengsan.

dlm kaunseling, antara matlamat utama adalah memberi kesedaran kpd klien. sedar bhw kemungkinan gayahidup sekarang adalah tidak betul. menyedarkan klien bhw kemungkinan kepercayaan sekarang dan lampau adalah tidak betul. menyedarkan klien bhw klien ada masalah. menyedarkan klien bhw beliau perlu berubah utk hidup lebih baik.

ada yg tak sedar2. ada yg tak mahu sedar. mungkin kerana merasakan/berfikiran bhw diri adalah betul. mungkin kerana rasa/fikir diri sudah sempurna. maka sebarang teguran atau pandangan pihak lain tak boleh diterima. jika ada yg sedemikian, maka bagaimanakah masyarakat akan tenteram dan sejahtera?

sentiasalah membaca utk sedar diri utk kebaikan diri. sentiasa berbincang dan merujuk kpd yg ada ilmu lebih drpd kita utk kebaikan bersama. janganlah sentiasa bodoh sombong. ianya akan menyusahkan diri dan masyarakat shj.

Sabtu, Januari 18, 2014

Kereta Baru Kereta Lama

pagi tadi seorang saudara ajak saya melihat kereta barunya. kereta barunya sebenarnya adalah kereta lama. beliau membeli kereta 2nd hand drpd seorang kawan. menurut beliau, kereta itu memberi nilai kerana kualiti baik walaupun harga murah.

pada petang tadi seorang saudara berasa hairan kenapa mesti beli kereta lama sebagai kereta baru. saudara ini berpandangan bahawa kereta lama akan memberi banyak masalah. kereta lama walau pun murah sebenarnya akan memerlukan wang yg banyak juga sebab perlu lebih kerap diselenggara berbanding kereta baru.

setiap orang ada pandangan masing2 mengenai kereta yg hendak dibeli dan dimilikki. yang penting adalah kita mampu membeli, memilikki dan menggunakan kereta tersebut tanpa menjadikan kereta sebagai liabiliti kpd kita.

Kawan Lama Saudara Baru

tadi hadir ke majlis keraian perkahwinan seorang saudara. ibu saudara tersebut bersaudara dgn seorang pemimpin tertinggi negara.

antara vvip - mantan ksn, mb selangor, menteri kabinet, mantan pengerusi lembaga pengarah uitm, dan ramai lagi. pemimpin tertinggi negara tidak hadir. tapi bagi saya yg penting bagi majlis keluarga adalah kehadiran ahli keluarga jauh dan dekat. dapat bertemu ahli keluarga yang jarang dapat bertemu. ahli keluarga lama dan ahli keluarga baru.

seorang drpd mereka yg hadir saya pada mulanya was2, adakah beliau seorang yg saya kenali lebih 30tahun. saya bertanya kpd seorang pakcik. pakcik saya pun was2 juga. alhamdulillah, setelah beberapa minit, sah beliau adalah kawan sekolah, rakan se'batch' pakcik saya. soalselidik menghasilkan jawapan yg mengejutkan tetapi kejutan positif - beliau adalah saudara juga. rupa2nya ikatan melalui bapa kpd pengantin lelaki. patutlah walaupun pelajar terbaik spm, tetapi beliau pilih menjadi pemandu kapalterbang - sebagaimana seorang pakcik beliau.

majlis keluarga diharapkan dapat merapatkan yg jauh, mengeratkan yg dah rapat. kawan lama rupa2nya saudara sendiri. alhamdulillah. insyaallah akan menjemput beliau berkongsi minat beliau dalam paragliding dgn uitm.

Jumaat, Januari 17, 2014

Teguran Lagi

tadi di surau saya ditegur lagi. dua2 sebelumiqamah.

teguran yg pertama oleh beberapa ahli kariah surau. sebab mereka tengok saya doa lama. jadi mereka pun tegur. bertanya doa apa lama2. jawab saya 'doa minta jodoh'. gelak mereka yg dengar yg rata2 berusia hampir atau melebihi 60tahun.teguran kedua semasa dlm saf sebelum solat oleh jiran dekat rumah. dia bertanya/menyatakan 'lama tak nampak'.

teguran yg tak membuat saya rasa marah tetapi gembira. kerana teguran2 di surau utk mengingatkan kita. teguran2 menunjukkan orang ambil kisah tentang kita. terima kasih kerana menegur utk kebaikan bersama. elakkan drpd tidak ditegur kerana tidak disukai atau orang rasa menyampah dgn kita.

Khamis, Januari 16, 2014

Jawatan Dan Hormat

kita suka kaitkan jawatan dgn tahap hormat. lagi tinggi jawatan, lagi tinggi dihormati.

maka ini antara sebab ada yg nak jawatan. nak dihormati. ada yg tak mahu lepas jawatan kerana tidak mahu hilang drpd dihormati orang lain. maka ada yg tak puas hati jika tak lagi berjawatan. ada yg cuba macam2 utk kekal berjawatan. kerana ramai lupa bhw jawatan dan tanggungjawab datang bersama.

jika orang hanya hormat kpd jawatan kita, maka apabila kita tidak berjawatan, kita kemungkinan tidak lagi dihormati. jika sedemikian, sebenarnya kita bukan dihormati semasa berjawatan, tetapi orang takut kpd jawatan kita, bukan kpd kita. orang takut hilang jawatan adalah orang yg takut beliau tidak lagi ditakuti.

Jawatan dan Kesediaan

Sebelum memegang sebarang jawatan, elok kita nilai diri kita. Selain kita menilai diri kita, ada pihak lain yg menilai diri kita berkaitan dgn jawatan yg mungkin kita pegang.

Penilaian oleh diri sendiri adakalanya tepat. Ada kalanya tidak tepat. Mungkin kita gunakan penilaian utk kenaikan pangkat yg ada penilaian berkaitan kesediaan kita sbg pemimpin. Penilaian ada berkaitan kita dipimpin. Kesediaan kita bersama menerima keputusan bersama. Kemampuan kita bekerja secara berharmoni.

Jika jawapan menunjukkan kita tidak sesuai pegang jawatan, secara profesional dan etika, elok kita tolak tawaran. Kalau kita sedang pegang jawatan dan penilaian semasa tunjukkan kita beri kesan negatif kpd organisasi, elok kita letak jawatan. Jangan susahkan dan peningkan bos kita.

Rabu, Januari 15, 2014

Jawatan dan Kepimpinan

kita biasa kaitkan tahap jawatan dgn tahap kepimpinan. lagi tinggi jawatan, lagi tinggi kemampuan memimpin. tetapi ianya tidak benar bagi semua keadaan.

ada yg diberi jawatan sebab tiada pilihan. pemegang jawatan tidak ada tugas lain yang boleh diberi utk dijalankan dgn penuh tanggungjawab dan amanah. ada yg diberi jawatan bagi berada dlm keadaan yg paling minima memberi kesan negatif kpd organisasi. ada yg diberi jawatan utk membolehkan pemegang jawatan berhak berada di organisasi dan kelihatan berhak menerima gaji. bukan mudah nak buat keputusan menentukan pemegang jawatan. ada yg wajar diberi jawatan kerana layak dan mampu menjalankan tugas yg datang bersama jawatan.

jika kerja secara kontrak mudah bagitau bhw seseorang itu dah tak diperlukan lagi kerana tiada kerja sesuai dgnnya. juga kerja berbentuk kontrak mungkin juga senang utk tidak diperbaharui jika kehadiran individu banyak menyusahkan organisasi. ada baiknya kerja kontrak dari satu segi.

Nilai Diri

penilaian tahunan adalah kebiasaan untuk pelbagai tujuan. antara tujuannya adalah untuk kenaikan gaji. bagi diri sendiri juga untuk membolehkan perancangan matlamat untuk tahun baru.

ada yg berkata bhw apabila kita lihat orang lain, kita akan lihat diri kita. ada kalanya apa yg ditunjukkan oleh orang lain kpd kita adalah umpama mencerminkan siapa kita. dlm kaunseling ada kaitan dgn transference dan counter-transference. sebaik2nya adalah kita menilai secara objektif. walau pun sebagai manusia berperasaan, kebiasaan perasaan mengatasi pemikiran.

apabila ketua nilaikan orang bawahan, pencapaian orang bawahan mencerminkan diri kita juga. adakah kita berjaya sebagai ketua yg baik atau sebaliknya. penilaian ketua adalah rumusan penilaian orang yg berada di bawah kita di dalam organisasi. walau apa pun, nilaikan dgn ikhlas dan jujur. penilaian kita akan dinilai di hari kemudian. apabila kita nilai orang lain, kita sebenarnya juga menilai diri kita.

Selasa, Januari 14, 2014

Nilai dan Naik

sebelum dinaikkan pangkat, perlu dinilai. seperti juga sebelum ditawarkan kerja, perlu dinilai.

untuk kenaikan pangkat ada beza berbanding penilaian tawaran bekerja. penilaian peringkat pertama berdasarkan kriteria sebagai seorang pensyarah. adakah memenuhi syarat minima iaitu menjalankan tugas dan tanggungjawab yg dinyatakan. penilaian seterusnya oleh rakan sekerja. adakah menunjukkan keupayaan menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut pandangan rakan sekerja? adakah kehadiran di organisasi memberi kesejahteraan dan keharmonian kpd rakan sekerja? adakah kenaikan pangkat akan meneruskan bekerjasama dan mensejahterakan organisasi?

penilaian walaupun objektif tetapi sebagai seorang manusia, selain mengikut pemikiran, penilaian juga berdasarkan perasaan. akan ada yg memberi penilaian negatif. akan ada yg memberi penilaian positif. jika kita menjalankan tugas dan tanggungjawab secara beramanah dan ikhlas, maka rezeki adalah hak kita. jika sebaliknya dan tetap mendapat kenaikan pangkat, ada kemungkinan kita akan dituntut di akhirat kerana mengambil hak orang lain.

Isnin, Januari 13, 2014

Objektif Sebuah Universiti

apakah objektif penubuhan sebuah universiti? ada yg merumuskan ianya adalah untuk melahirkan seorang insan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan persekitaran.

tetapi dapat dilihat sekarang banyak universiti atau institusi pengajian tinggi yang dah menyimpang daripada objektif/matlamat asas penubuhan sebuah u atau ipt. ipt swasta majoriti ditubuhkan utk tujuan perniagaan. berdagang skrol kelayakan akademik utk keuntungan ipts. jika kelayakan akademik wajar dan layak diberikan kpd seorang graduan, ianya tidak salah drpd segi etika mahupun undang2.

setiap pelajar, staf ipt, ibubapa, dan pihak lain2 perlu faham u atau ipt adalah utk membolehkan seseorang pelajar mendapat ilmu tahap lebih tinggi drpd tahap persekolahan. ilmu tahap tinggi ini utk membolehkan graduan bekerja di peringkat tinggi di bidang tertentu. ada bidang pekerjaan tidak memerlukan seorang graduan u.

bagaimana jika ada pihak salahguna pelajar di u atau ipt? melalaikan pelajar drpd mendapat ilmu tahap tinggi melalui akademik secara beretika dan sah. siapakah yg perlu bertanggungjawab. ianya berkaitan kos masa dan duit. ianya berkaitan mengambil hak individu yg lebih layak berada di ipt kerana utk memenuhi kesukaan pihak tertentu. sila jawab di akhirat.

Ahad, Januari 12, 2014

Gelaran dan Sikap

datuk saya pernah becita-cita pada tahun 80an untuk saya menjadi seorang doktor . kalau cita2 datuk saya menjadi kenyataan, maka saya dipanggil dr bad sekarang. seorang kawan kpd keluarga memanggil saya prof pada tahun 80an. jika panggilan tersebut menjadi kenyataan, maka saya akan dipanggil prof bad sekarang.

kekadang terasa berangin juga jika dipanggil prof dr bad. dan ada saudara ingin mencadangkan saya mendapat gelaran dato. puh3, prof dato dr bad. panjangnya panggilan nanti. jika menjadi kenyataan, maka saya berdoa dan berharap janganlah dgn mempunyai gelaran di dunia, sikap saya berubah menjadi lebih tidak disukai ramai. harapan saya janganlah sebarang gelaran membuat saya besar kepala dan besar bontot selain besar perut.

maka jika difikir2kan, mungkin lebih baik saya hanya dikenali sbg encik bad atau cebad shj. gelaran sekarang sesuai utk bawa kereta kecil, makan makanan murah, berpakaian murah, dll yg murah tetapi berkualiti.

Kemampuan Memilikki Kereta Berharga RM30ribu dan Pendapatan RM3ribu Sebulan

bukan mudah nak dapatkan pembiayaan kereta berkualiti yg berharga maksima rm30ribu. ini kerana kebanyakan harga kereta yang maksima rm30ribu adalah kereta yg berusia lebih drpd 10tahun.

jika mengikut kiraan saya, mereka yg miskin bandar hanya mampu beli kereta berharga maksima rm30ribu. bagi kereta bernilai rm30ribu, dgn bayaran muka 10%, bayaran bulanan adalah dijangka hampir rm550sebulan untuk selama 60bulan pada kadar 3.85%. rm550 sebulan bersamaan 18.33% daripada pendapatan rm3ribu sebulan. ini belum dikira minyak secara kasar rm300 sebulan, tol rm300 sebulan, parkir rm300 sebulan dan juga peruntukan bulan rm300 sebulan utk insuran, roadtax, selenggaraan. jadi bagi kereta bernilai rm30ribu, kos menggerakkan kereta ini sebulan adalah rm1,750 iaitu 58.3% drpd pendapatan rm3ribu sebulan.

mungkin bagi yg berpendapatan rm3ribu sebulan elok milikki kereta berharga rm20ribu sebulan. bayaran bulan dijangka rm360 sebulan. tetapi kos lain2 masih lagi dijangka sama. maka bagi yg berpendapatan rm3ribu atau kurang, mungkin lebih sesuai menyewa kereta yg kemungkinan besar hanya digunakan pada hujung minggu atau utk balik kampung atau bercuti dgn keluarga. Kekerapan yg mungkin hanya 60kali-75kali  atau hari sahaja dalam setahun. keputusan perlu meneliti kos sebenar.


Rasa Kurang

rasa kurang di sini bukan berkaitan rasa kurang manis, kurang masam atau kurang masin dalam makanan dan minuman. ianya di sini berkaitan perasaan seseorang. rasa di minda, mungkin juga rasa di hati.

ianya boleh dikaitkan dgn 'inferiority complex' dan 'superiority complex'. bukan rendah diri tetapi rasa ada kekurangan yg sepatutnya tidak berlaku kpd individu yg rasa bhw beliau mesti sentiasa lebih drpd orang lain. perasaan individu ini akan ditokok tambah oleh 'pembantu tukang masaknya' yg berasa seperti beliau tetapi status rendah drpd tukang masak utama.

rasa kurang ini banayk ditanya oleh ramai orang kpd saya. jawap saya ia berkaitan perasaan hasad dengki (phd). tak boleh rasa orang lebih drpd diri. orang lain tak layak ada sebarang kelebihan drpd tukang masak walau dalam apa perkara pun. perasaan ini merosakkan diri, masyarakat dan sekitar. sebab ianya seumpama sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. sebab kerbau seekor membawa lumpur, habis berlumpur penduduk kampung.

saya bagitau agar usah dilayan perasaan tukang masak dan pembantu tukang masak. mereka ini bermasalah. mereka tidak boleh lihat orang lain berjaya dgn usaha sendiri. mereka ini bermasalah kerana tidak mahu mengakui bhw setiap manusia ada kelemahan. dgn saling menolong, kita akan bersma maju dan sejahtera. hidup bermasyarakat membantu mengurangkan kekurang hidup secara individu.

Sabtu, Januari 11, 2014

Ahmad Albab dan Kita

Tengahari tadi, balik daripada bowling, saya dengar cerita ahmad albab. Dengar sebab tak tengok tv. Ahmad albab satu drpd cerita p ramlee yg saya jadikan contoh dlm perkongsian ilmu dgn pelajar uitm dan sesiapa yg sudi.

Cerita ahmad albab berkait dgn sayang jika ada harta dan pangkat dunia. Jika miskin dianggap juga tak berilmu. Jika kaya harta dianggap bijak. Dan kebiasaan seseorang akan sayang kpd yg berharta lebih drpd yg miskin harta. Pakaian dan hadiah dibawa pada satu majlis dijadikan ukuran kejayaan.

Maka orang akan lakukan apa shj utk berjaya atau kelihatan berjaya. Ramai yg pilih jalan mudah. Walau dah banyak harta, dah berjaya, masih lagi tamak. Maka amanah yg datang jawatan dilupakan. Tetapi amanah perlu dijawab dan dihukum seadilnya. Kita semua hamba allah, tuhan yang satu, tiada tuhan kecuali allah.

Kesihatan Melalui Bowling 10Pin

pagi tadi pertandingan bowling kelab kakitangan fsr. saya ter'main' kerana seorang staf yg 'mendaftarkan' saya. beliau minta rm10 drpd saya tanpa memberitahu tujuan. tahu2 aje, dah berdaftar utk bowling.

walaupun tarikh terpaksa ditunda atas sebab2 tak dapat dielakkan, alhamdulillah bowling berjaya dilaksanakan dgn penuh ceria. dekan hadir walaupun tidak dpt turut serta kerana kecederaan 'profesional' (banyak tandatangan dokumen kot). ahli kelab yg hadir turut membawa ahli keluarga masing2 utk bersama keluarga fsr.

bowling adalah satu senaman fizikal. ianya satu senaman mental. ianya juga satu senaman emosi. ianya membolehkan kita mengurangkan tekanan dalam kehidupan. membaling bola boleh diandaikan sebagai membaling perasaan marah, sedih, kecewa, dll keluar dari diri kita. membaling bola memerlukan perancangan dan fokus. di akhir2 pertandingan tadi, seluar dah terasa longgar mungkin sebab banyak tenaga digunakan.

sebelum dan semasa serta selepas pertandingan, pemakanan perlu dijuga. tenaga yg kurang boleh menyebabkan prestasi merudum. itu saya rasa bermula diawal game kedua. seeloknya dilakukan carbo-loading sebelum pertandingan.

mereka yg hadir menceriakan suasana. kesihatan juga dipengaruhi oleh mereka yg berada di sekitar kita. maka saya galakkan bowling sebagai satu rekreasi untuk semua. bowling menyihatkan kita semua utk bersedia bertugas semula.

Jumaat, Januari 10, 2014

Kaya dan Kawan

biasanya kita difahamkan bahawa orang kaya ramai kawan. lagi kaya kita, lagi ramai kawan. tanda orang kaya ramai kawan adalah apabila diadakan majlis, ramai kawan yg datang dgn pelbagai hadiah utk kawan yg kaya yg hoskan majlis.

kaya yg ramai kawan adalah biasanya kaya dgn harta. bagaimana dgn mereka yg kurang kaya harta? mereka yg miskin harta ramaikah kawan? yg miskin buat majlis ramaikah yg datang? yg miskin buat majlis akan ramaikah yg datang dgn hadiah?

esok ada majlis utk yg kurang kaya harta. maaf jika yg hadir esok berpandangan berbeza dgn saya. majlis esok dijangka ramai juga yg hadir. yg hadir dijangka bawa bersama ahli keluarga. dan yg hadir akan mendapat hadiah. mereka akan bawa balik hadiah bukan bawa hadiah ke majlis. dijangka yg hadir esok akan kaya dgn gelak ketawa. hadir tanpa dipaksa2 dan dgn keseronokan dapat bersama meraikan kekitaan. tanda keikhlasan berada sebagai kawan.

Pangkat dan Jawatan Kita

ramai yg bercita2 nak berpangkat. ramai yg bercita2 nak berjawatan. ramai yg anggap pangkat dan jawatan adalah tanda kejayaan. maka ada yg sanggup lakukan apa shj untuk mendapat pangkat dan jawatan.

pangkat dan jawatan berkait dgn tugas dan tanggungjawab. ianya berkait dgn amanah. ianya berkait dgn organisasi formal spt di tempat kerja. ianya berkait dgn organisasi tidak formal spt keluarga. setiap yg berpangkat dan berjawatan mempunyai peranan am dan khusus. sebenarnya semua kita ada pangkat dan jawatan semasa di dunia.

pangkat dan jawatan hanyalah di dunia. pangkat dan jawatan hanyalah sementara. apabila sudah mati, kecuali individu tertentu, kita orang biasa akan tinggalkan pangkat dan jawatan kita. ianya adalah pinjaman kpd kita. lagi tinggi pangkat dan jawatan, lagi berat tanggungjawab perlu dipikul. dan lagi besar dan banyak perlu dijawab kpd yang maha esa, allah. jalankanlah tugas dan tanggungjawab berkaitan pangkat dan jawatan sebaik2nya utk diri, masyarakat dan persekitaran.

Hidup dan Pinjaman

zaman sekarang dikatakan kita hidup tidak boleh lari drpd meminjam. kita pinjam untuk beli kereta. kita pinjam untuk beli rumah. kita pinjam untuk belajar. kita pinjam untuk kahwin. dan macam2 sebab kita pinjam.

hidup sebenarnya adalah pinjaman. hidup di dunia adalah sementara. kita hanya meminjam masa di dunia, dari lahir sehingga kita mati. segala rezeki adalah pinjaman. apabila ada pinjaman maka perlu dipulangkan kpd pemiliknya. semasa dipulangkan, kita perlu memberi jawapan bagaimana kita gunakan benda yg kita pinjam drpd pemilik.

ianya berkaitan tugas dan tanggungjawab sbg seorang hamba allah. ianya berkaitan amanah. ianya berkaitan kebijaksanaan mengurus untuk memberi pulangan terbaik kepada kita terhadap perkara yg kita pinjam. seumpama yg meminjam utk berniaga. apabila untung maka kita gembira. apabila rugi, terimalah akibatnya.

Khabar

khabar boleh jadi berita. kalau orang terengganu 'khabor' bermaksud sedar. ianya berkaitan maklumat. ianya berkaitan komunikasi. ianya juga berkaitan kefahaman.

masalah dikatakan berpunca jika tiada komunikasi. masalah juga mungkinkerana salah komunikasi iaitu salah faham. apabila terdapat gangguan dlm sistem komunikasi, maka input tidak sama dgn output, iaitu apa yg ingin disampaikan penyampai/sender kemungkin tidak sampai sepenuhnya atau tidak sampai langsung kepada penerima/receiver.

antara punca2 gangguan kpd maklumat ingin disampaikan adalah 'bising/noise'. ianya mungkin penerima tidak fokus kpd mesej. penerima sebenarnya kurang ilmu utk mentafsirkan mesej. mungkin juga penyampai tidak menyampaikan mesej dgn jelas. kesakitan boleh mengganggu kejelasan mesej.

maka penting dan perlunya penyampai dan penerima menyemak sesama mereka untuk pastikan mesej disampai adalah sama dgn mesej diterima. salahfaham boleh akibatkan keregangan atau ketegangan dikalangan kawan. bertanya khabar biasanya berniat baik. jika berlaku salahfaham, minta maaf dahulu, kemudian minta penjelasan. manusia tidak sempurna. kita ada kekurangan dan kelemahan.

Khamis, Januari 09, 2014

Teman Berbicara

seorang kawan asyik mengingatkan akan berpindah. seorang kawan berkata.'tak payahlah nak bagitau...'.

ada pelbagai maksud dari kedua pihak. pemberitahu mungkin nak bagi tahu seronok bertukar tempat. mungkin nak ingatkan bhw masa semakin hampir utk berpisah. penerimatahu (maklumat) mungkin nak bagitau yg dia dah tahu. mungkin dia nak bagitahu bhw dia tak seronok kawan nak berpindah.

mungkin yg tak seronok walau muka tunjuk seronok sebenarnya sedih. sebab akan berlaku perpisahan dgn kawan yg biasa keluar, berjumpa dan berbicara. kenalan lebih 10tahun boleh dikira sebagai teman. maka apabila teman berbicara suka dan duka akan berpindah, kedua2 pihak terasa tidak seronok. mungkin ada yg sedih. mungkin ada yg marah.

ianya seperti apabila berlaku kematian. ianya seperti penceraian. yg ditinggalkan mungkin akan tertanya2 'kenapa beliau ditinggalkan?'. adakah kerana tidak sudi lagi menjadi teman berbicara?

Rabu, Januari 08, 2014

Baca dan Sentiasa Rujuk

dalam bahasa inggeris bagi baca adalah read. bagi sentiasa rujuk adalah recite. dlm bahasa arab, kedua2nya boleh diertikan atau difahami sebagai iqra.

sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa perlu membaca dan merujuk. perkara baru dan perkara sama. tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman untuk berkongsi dgn yg sudi berkongsi. dan diantara mereka yg akan dikongsi ilmu melalui bacaan dan rujukan adalah pelajar saya.

sebelum kelas, saya perlu baca dan rujuk. semasa kelas, saya perlu baca dan rujuk. selepas kelas, saya perlu baca dan rujuk. semasa pembentangan pelajar, menyediakan nota, menyemak tugasan, dan menyemak jawapan ujian serta peperiksaan - saya perlu baca, ulang baca, rujuk, ulang rujuk.

ianya meningkatkan kefahaman dan kesedaran diri. tambah2 lagi apabila ada contoh berkaitan yang berlaku utk memudahkan lagi kesedaran kaitan teori dan amali. iqra juga adalah peringatan - ingat dan sentiasa diingatkan.

Selasa, Januari 07, 2014

Kecek Banyok, Kijo Takdok

dlm bahasa baku,' cakap banyak, kerja tak buat atau banyak bercakap tetapi takde hasil.

memang bercakap digalakkan sebab ianya satu bentuk komunikasi. di bidang pendidikan, komunikasi elok dua hala. komunikasi elok mengandungi intipati. elok berisi. elok memberi manafaat. bukan untuk menghabiskan masa. dan yg bercakap akan digelar 'peghabih boreh aje'.

ramai yg menilai kita. adakah kita produktif semasa waktu kerja. atau adakah kita sebenarnya tak ada kerja sebab tak tahu buat kerja. jadi yg hanya tahu adalah borak2 kosong. mengganggu orang lain bekerja. jika kita sedemikian, eloklah kita berhenti sahaja. berhenti bercakap atau berhenti terus dari kononnya bekerja di organisasi.

ada yg berkata yg suka bercakap, sebab bermasalah. sebab di rumah tiada yg sudi dengar. maka di pejabat paksa orang lain dengar dengan bercakap secara kuat dan angkuh. elok yg macam ni ke hospital bahagia sahaja. cakaplah nak cakap apa. asalkan bahagia di hospital bahagia.

Bolayan

bolayan atau malas nak layan. itulah yg saya dan beberapa/majoriti kawan dan kenalan katakan terhadap seseorang.

apabila beliau bercakap, seolah2 ingin semua orang dengar. apabila bercakap banyak kpd komen secara negatif terhadap org lain. yg kononnya bagus hanya dialah shj.memang kuat dia mencanang. tapi seperti perumpamaan, lagi kosong tong, lagi kuat bunyinya.

daripada segi kaunseling, seseorang yg sedemikian inginkan perhatian. kempunan perhatian. mungkin sebagai helah beladiri, utk menutup atau mengalihkan pandangan orang lain drpd kelemahan beliau. semakin kuat tong diketuknya, semakin jauh dan semakin ramai menjauhkan diri drpdnya.

adakalanya rasa kasihan kpdnya. tetapi dlm kaunseling jika kita gunakan perasaan kasihan, kita tidak membantu beliau sedar siapa dirinya. dan jika beliau tidak sedar, bagaimana beliau nak perbaiki dirinya/

Isnin, Januari 06, 2014

Orang Sama Aje

sampai dipejabat tadi, terus ditegur seorang rakan sekerja. dia bagitau yg orang sama timbulkan masalah berkaitan kerja. dan dia bagitau dia tak mahu bertugas dgn orang yg baginya bermasalah tu.

rakan yg bagitau ni memang perihatin. beliau antara yg akan tegur saya sebagai peringatan. ada yg boleh terima cara kawan seorang ni yg suka tegur orang lain. mungkin cara dia menegur. mungkin minat dia menegur. dia antara orang yg suka menegur. mengingatkan.

mendengar teguran tidak semestinya sama dgn menerima teguran. ada teguran boleh diterima. ada teguran yg masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. kita harapkan teguran memperbaiki diri kita. memperbaiki masayarakat dan organisasi. dengar dan timbangkan sebelum buat keputusan. org yg sama yg tak nak dengar dan asyik buat benda yg menyusahkan, apa patut kita buat?

Majlis Keramaian Keluarga

semalam saya hadir ke satu majlis keluarga. majlis keramaian meraikan perkahwinan seorang saudara.

keluarga dekat semua dijemput hadir pada dua sesi. keluarga lain terpaksa buat pilihan. hadir di waktu akad nikah atau diwaktu resepsi. kekangan ruang. tiada yg mengeluh. sebab faham kekangan ruang di tempat majlis diadakan.

majlis keramaian boleh ditafsirkan dimana keluarga ramai1 hadir. kawan ramai2 hadir. kawan dan kenalan pakcik ada yg dah dikenali hampir 60tahun. keluarga dekat, alhamdulillah dapat hadir, seperti mana2 majlis, ada kekurangan juga. ada yg tidak dapat hadir kerana masalah terakhir dan kesihatan.

semoga mempelai berdua, kaum kerabat, kawan dan kenalan sentiasa mendapat rahmat allah.

Ahad, Januari 05, 2014

Miskin dan Jenayah

jenayah selalu dikaitkan dgn kemiskinan. maka ada yg berkata bahawa lagi ramai penduduk yg miskin, maka akan lagi tinggi kadar jenayah.

majoriti bekerja mencari keperluan hidup. segelintir bekerja atau nampak2 macam bekerja untuk bersukaria iaitu untuk memenuhi nafsu kehendak. kerja dikaitkan dgn usaha bagi mendapatkan pendapatan yg halal, rezeki yg halal. jenayah boleh dikatakan sebagai melakukan usaha yg tidak betul, menyusahkan masyarakat dan membolehkan pengusaha mendapat pulangan dlm bentuk rezeki tidak halal, haram. contoh seperti berjudi dan towkay judi dikatakan dan dilihat sbg jenayah?

miskin dan kaya sebenarnya dilihat juga kpd tahap ilmu dan bagaimana ilmu digunakan. jika ilmu digunakan utk rezeki yg halal, maka walaupun dilihat pengusaha adalah miskin di mata dunia tetapi dia sebenarnya seorang yg kaya. sebaliknya pengusaha kerja haram dan penerima rezeki haram walaupun kaya di dunia tetapi sebenarnya adalah miskin di dunia dan di akhirat. kita patut ubah pemikiran kita tentang siapa seorang yg kaya dan siapa seorang yg miskin. perbetulkan belief system kita.

Azan Subuh dan Kaya

Azan subuh adalah azan yg dpt didengar dgn jelas berbanding azan waktu solat yg lain. Ianya kerana kurang atau tiada gangguan bunyi lain berbanding waktu lain. Dan azan subuh akan kedengaran lebih jelas jika kita menunggu ianya berkumandang.

Ada yg menasihatkan dan menggalakkan bhw sebelum subuh adalah masa yg banyak dan sesuai utk lakukan pelbagai perkara. Berkaitan dunia dan akhirat. Utk dunia, ianya masa sesuai utk perkara berkaitan pengajian. Kita digalakkan banyak beribadah juga sebelum subuh. Lebih baik, bermula sepertiga malam terakhir. jika malam bermula dgn maghrib, maka ada 11jam sbg waktu malam. Maka sepertiga malam terakhir bermula daripada jam 2.30pagi.

Jika berupaya mendengar azan subuh, maka kita boleh dikira kaya. Sebab kita diberi lagi masa iaitu sehari lagi utk sediakan diri utk sejahtera dunia dan akhirat. Elok solat sunat sebelum solat subuh. Dikatakan memudahkan murah rezeki. Berdoalah juga sebagai doa permulaan harian.

Sabtu, Januari 04, 2014

Mampukah Kita Sekarang

saya gunakan tahun 70an sebagai asas pengiraan untuk bajet bulanan. secara kasar harga kereta bersamaan 10bulan gaji. harga rumah bersamaa 50bulan gaji.

jadi, jika pada tahun 70an, gaji mula adalah rm800/bulan, maka harga kereta adalah rm8,000. dan harga rumah adalah rm40,000. bayaran bulanan kereta rm100 sebulan, bayaran bulanan rumah rm200 sebulan. selepas tolak keperluan asas lain, kalau ada baki rm80 sebulan iaitu 10% drpd gaji bulanan, maka dikira orang senang.

bagaimana sekarang? rm3,000 sebulan dikira sebagai seorang miskin di bandar. kalau kiraan untuk zakat, miskin bermakna pendapatan kurang drpd kos asas bulanan. fakir jika pendapat 50% atau kurang drpd kos asas bulanan.

jika gaji bulanan rm3,000, maka harga kereta yg sesuai adalah rm30,000 shj. harga rumah mampu dimiliki adalah rm 150,000. bayaran bulanan kereta rm375, dan bayaran rumah adalah rm750 sebulan. semoga yg diberi amanah sedar bahawa mereka perlu menjawab jika rakyat miskin semasa mereka memimpin.

Kena Tegur Lagi

semalam di surau sebelum maghrib, saya ditegur lagi. seorang drpd mereka yg biasa ditemui di surau bertanya kpd saya, 'lama tak namapak, sibuk ke?'.

teguran bagi lain orang lain penerimaannya. bagi saya, teguran semalam sebagaimana teguran yg seumpama oleh ahli khariah surau adalah berniat baik. teguran kerana menunjukkan keprihatian dan ambil berat tentang mereka yg lain yg kurang atau jarang ke surau. memang teguran tersebut membuat saya terasa segan. segan atau malu kerana teguran mengingatkan saya tiada urusan dunia yg lebih baik drpd persediaan bekalan akhirat.

jika kita seorang yg bersedia ditegur, maka kita bersedia untuk berubah. niat dan tindakan dua perkara berbeza. tetapi sekurang2nya teguran membuat saya berniat utk cuba lebih kerap ke surau. urusan dunia boleh memberi kekayaan dunia yang boleh dilihat dan disentuh segera. tetapi kekayaan akhirat yg diingat2kan dan susah nak dibayangkan lebih berharga bagi kita. terima kasih kpd yg sudi tegur saya utk kebaikan bersama.

Jumaat, Januari 03, 2014

Pilihan Tempat Bekerja

saya pernah nyatakan bhw ada 3 perkara saya fikirkan sebelum memilih satu tempat utk bekerja. satu - mudah makan. dua - mudah ke bilik air. dan ketiga - mudah solat. tadi saya bagitau kpd rakan2 di tempat kerja skrg ketiga2 syarat tersebut dimana pejabat sekarang ketiga2 syarat hanyalah beberapa langkah shj dari pusat kerja skrg.

selain ketiga2 syarat yg dinyatakan, sebenarnya banyak lgi faktor perlu diambilkira. jarak dari rumah ke pejabat. kesesakan lalulintas. suasana kemesraan di tempat kerja. peraturan. semangat kerjasama. pendapatan kewangan. dll.

lain orang lain syarat dijadikan keutamaan. rm1juta setahun? berada di ruang luas dan hijau? kesudian rakan sekerja ketawa dan menangis bersama? seeloknya yg memberi kesejahteraan dunia dan akhirat kpd kita.

Hari Pertama Minggu Pertama Sekolah

pada 1 jan ataupun 2 jan bergantung kpd negeri, adalah hari pertama persekolahan. bagi beberapa murid2 sekolah, ianya adalah kali pertama menjejak kaki ke sekolah baru, sama ada tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah.

pelbagai kerenah kita dapat baca, lihat, dengar. perkhabaran/cerita sekarang cepat aje sebab handphone canggih akan dapat berkongsi berita terkini dgn kawan/kenalan melalui internet dll. antara berita2 biasa adalah anak2 menangis, berlari mengejar/memegang ibubapa kerana tak mahu ditinggalkan. antara berita baru sensasi adalah ada murid2 yg tersangkut kepala di kerusi sekolah.

menjadi seorang cikgu/guru akan hadapi pelbagai kerenah. jika yg tak sabar atau tak faham, boleh tertekan jiwa mereka. dan mungkin jiwa anak2 yg menangis atau tidak mahu ditinggalkan ibubapa kerana mereka takut mereka akan ditinggalkan selama2nya. mungkin ada yg berasa bhw mereka ditinggalkan kerana ibubapa sudah tak sayang kpd mereka.

minggu pertama persekolahan 2014 hanya dua hari shj. insyaallah pada minggu kedua anak2 dan ibubapa serta cikgu2 akan lebih kurang tekanan jiwa.

Khamis, Januari 02, 2014

Sempurna Sifat

sempurna sifat biasa dikaitkan kita dgn cukup sifat fizikal kita. ibubapa akan bersyukur apabila anaknya dilahir dgn cukup sifat. iaitu ada dua tangan dan dua kaki. ada dua telinga, dua mata, hidung dan mulut. setiap tangan dan kaki ada lima jari.

di media hari ini dikongsikan tentang seorang murid tahun satu. beliau hanya mempunyai kaki kanan shj. tiada tangan dan tiada kaki kiri. beliau menulis sambil berbaring menggunakan kaki kanan beliau. tetapi kekurangan fizikal adik ini tidak menjadi penghalang utk beliau ke sekolah seperti murid baru tahun satu yg lain.

kita biasa gembira dgn sifat fizikal kita yg kononnya sempurna. tetapi fizikal yg sempurna tidak bermakna emosi, mental atau rohani yg sempurna. ramai yg alpa, malah sombong dgn sifat fizikal mereka yg kononnya sempurna. ada yg terlampau sombong dgn fizikal mereka sehingga lupa utk bersyukur kpd yang maha esa, pemilik segala di dunia dan di langit.

Rumah Mampu Milik

semalam saya melihat harga rumah di kawasan saya. iklan yg ada menawarkan rumah berharga lebih rm900ribu utk sebuah rumah teres. wow!

tahun lepas harga lebih rm800ribu. pada 2012 harganya rm500ribu lebih. pada 2005 harganya rm300ribu. pada 1980an, harga rumah baru adalah rm150ribu. jadi jangkaan saya harga akan menjadi lebih rm1juta pada 2015 iaitu setelah lebih 30tahun, harga berganda sehingga 7kali ganda. jika gaji pun berganda sedemikian, maka jika pada 1980an gaji mula lebih kurang rm1500, pada 2015 sepatutnya rm10,500 bagi seorang graduan baru mula kerja.

maka jika dibandingkan dgn gaji saya sekarang, elok saya simpan untuk ruang abadi, iaitu utk liang lahad. kerajaan elok beri pelepasan cukai untuk simpanan liang lahad sebab jika kadar sekarang berterusan, rumah mampu milik saya hanya di dalam mimpi shj.

Rabu, Januari 01, 2014

Perlu dan Cukup

perlu dan cukup. mungkin sama. mungkin berbeza.

kita suka bandingkan. perlu dan mahu. ramai yg salahfaham, perlu lebih penting drpd mahu. tahukah sebenarnya apa yg kita perlu? kalau ikut teori maslow - keperluan asas adalah makan, pakaian, perlindungan, sebelum ke peringkat keperluan seterusnya.

bagaimana dgn kita? perlu mengucao dua kalimah shahadah, sekurang2nya 9kali sehari. kecuali bagi yg solat jumaat, 8kali sehari. puasa pada bulan ramadan antara 29-30hari dlm setahun. zakat fitrah sekali setahun. menunaikan haji minima sekali seumur hidup. tetapi ianya perlu ambilkira kemampuan seperti kesihatan, dll.

soalannya, cukupkah bekalan ibadah wajib kita yang perlu kita lakukan sehingga kini? bersama kita mengingatkan untuk kebaikan bersama dan lakukan keperluan hidup secukupnya.

Tahun Baru dan Masa Kita

kita suka gunakan tahun baru untuk ukur masa. kita gunakan juga tahun baru untuk ukur pencapaian kita.

tahun demi tahun berlalu. ianya berkaitan masa. pencapaian berkait matlamat. matlamat berkait usaha. masa berkait juga dgn peringatan. spt kandungan surah al-asr, 'demi masa'.

alhamdulillah dgn pencapaian setakat ini. alhamdulillah dgn ujian yg berjaya dilalui.

peringatan bersama. tahun baru bermakna masa untuk kembali kepadanya semakin hampir. peringatan kpd kita, 'bagaimana bekalan kita sebelum kembali kpd nya, pergi dari dunia ini?'.