Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Oktober 31, 2021

Akauntan

Jika ditanya kelayakan apa, jawapan saya fasilitator. Permudahkan amanah.

Bermula dgn di firma perakaunan dgn pendedah audit, acc info tech consulting, receivership, co sec dll. 

Di uitm berkongsi ilmu sbg pensyarah, penilai (assessor)/auditor kualiti, risiko & tadbirurus. Kesemuanya sekrg juga umpama tugas seorg akauntan. Terima kasih kpd yg sudi beri peluang utk saya berkongsi ilmu.

Saya bukan C.A Bad, tapi cebad, C.A. Blm boleh guna K.B. dan P.A. sbb tak mohon.

Sabtu, Oktober 30, 2021

Nasi Goreng

Dulu2 makan nasi goreng yg digoreng di rumah oleh mak atau sdara mara perempuan.

Kemudian apabila di asrama, makan ng asrama atau .akan ng di kedai makan di kuala, atau di kafe/kantin. Sekrg mkn nasi goreng di luar rumah (dine in/take away) perkara biasa.

Jika makan ng masakan di luar, biasanya ada telur goreng sbg tambahan, sbb ng kedai jarang digoreng spt di rumah, telur digoreng dgn nasi.

Alhamdulillah, mlm ni masih dpt makan nasi goreng yg digoreng mak.

Pejabat dan Jawatan

di uitm, saya berpeluang menimba ilmu dgn pengalaman selain di fsr. dan ilmu dipelajari semasa sbg pelajar di itm dulu2, uitm dulu2, um dulu2, firma perakaunan, dll pengalaman, memang menbantu semasa kerja kita. daripada membaca utk proofreading, mengira helaian saham, cop, susuatur fail, dll.

di uitm, tugas hakiki di fsr. tapi saya berpeluang ke ptj lain sama ada dgn pejabat atau lawatan. di fsr tertinggi pernah jadi koordinator/ketua prg (xtau kelayakan dipilih pengurusan fsr). pernah dan sedang pegang pelbagai jawatan lain (tanpa bilik khas) selain ahli jk.

di luar fsr, tapi dlm uitm, pernah ada pejabat di ined, dibwh tnc jim (ican), mdab, dan sekrg upr. yg tiada pejabat dgn pnc inqka, tnc hep, tnc p&i, dan ada yg xingat atau xboleh bgtau. ada yg saya ada pejabat, tapi saya jarang di pejabat sebab xselesa dgn perkara2 tertentu. 

kerja bukan hanya di pejabat dan waktu pejabat. setiap jawatan adalah peluang berkongsi ilmu. ada secara sukarela, ada secara paksarela.

terima kasih kpd pemimpin2 yg beri saya peluang utk berkongsi ilmu.

Produktif dan Sihat

 insyaallah, pada setiap sem kuliah, dgn grup dan subjek berbeza, saya akan kongsi tentang produktiviti dan kesihatan.

biasa kesihatan dikaitkan dgn keadaan fizikal.

who 2021, definisikan kesihatan sebagai keadan fizikal, mental dan sosial.

tapi saya akan kongsi, utk produktif, kita perlu sihat - fizikal, mental, emosi, spiritual (jari - jasmani, afektif, rohani, intelektual), sosial dan kewangan.

covid19 menyebabkan ramai tak sihat kerana kewangan (tak cukup atau tiada duit utk sara hidup), kerana sosial (tidak dapat keluar rumah, tidak dapat berjumpa keluarga, kawan, kekasih, kroni di pejabat, dll). 

tetapi, jika kita sihat spiritual (bukan minyak spirit), insyaallah akan dapat mengatasi atau mengurangkan kekurangan, kemurungan akibat tidak sihat fizikal, mental, emosi, sosial dan kewangan.

Kerja

ada yg ikut buku, kerja ikut spek diberi, follow the book, in the box.

ada yg mcm buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
thinking out of the box.
untuk berjaya dalam kerja, atau dipanggil kerjaya,
perlu ada minat, bakat, dan kebolehan.

ada yg minat bekerja dgn secara kreatif untuk mencapai matlamat kerja, spt secara invention, innovation, idea, design (iiid).
seorang pemimpin akan pandai mengurus yg dipimpin utk memenuhi amanah, tanpa yg dipimpin stres, burn out, depress, fatigue, sakit, mati.
jika kita tidak boleh jadi pemimpin, tapi hanya sebagai ketua (task oriented, kpi oriented shj), sebagai amanah, molek serah balik jawatan.

Rabu, Oktober 27, 2021

Alah Bisa

Alah bisa, tegar biasa

Pepatah melayu, perumpamaan, simpulan bahasa, puisi, pantun, sajak, kiasan, dll menunjukkan keindahan bahasa melayu, dan adab menegur.

Adakala perlu faham satu persatu perkataan yang ada, adakala perlu faham ayat yg digunakan. Adakala akan faham setelah berlaku sesuatu yg tepat dgn kiasan diperkatakan.

Alah bisa, tegar biasa.

Jika mengaku kalah, akibatnya tak tahan dgn ujian, spt sakit, penat, dsbnya. Kita akan terus mengaku kalah umpama disengat bisa.

Tapi, jika tegar, bertahan, bangkit melawan, ujian dan halangan hanya sementara, dan lama2 ianya umpama tiupan angin sepoi2 bahasa utk sedarkan kita.

Belajar dan Bekerja

seronok, rezeki, bersyukur, jika kita dapat belajar dan bekerja dgn benda yg kita suka.

di uitm, di fsr, banyak peluang utk berkongsi ilmu.

dah dekat  hujung2, nak pencen, baru tersedar, betapa banyak peluang belajar utk kebaikan dunia dan akhirat di uitm dan melalui uitm

dan spt eklektik, jika kita tahu, faham, maka kita dapat gabung jalin kesemua ilmu yg ada dan jadikan, 'the sum is bigger and better than all parts'.

selain berkongsi ilmu di dlm uitm, kita juga mesti berkongsi ilmu dgn mereka di luar uitm. tak perlu sombong jika tak nak bodoh.

selagi ada daya dan upaya, berkongsilah ilmu secara bekerja dan belajar.

kita sentiasa belajar sehingga jadi jenazah.

Selasa, Oktober 26, 2021

Latihan Industri

Atau latihan praktikal. Internship.

Sesi pengajaran dan pembelajaran atau perkongsian ilmu dimana amalan lebih drpd teori. Kebanyakan program pengajian diploma dan sarjana muda di dalam negara menetapkan sebagai satu drpd kursus wajib dlm kurikulum.

Tempoh biasanya satu semester. Ada yg sehingga 20minggu atau lebih. Bagi bidang berkaitan kerjaya tertentu, latihan industri amat penting. Biasa pada sem terakhir pengajian.

Sekarang tidak mudah dapat tempat utk jalani LI di organisasi pilihan kerana banyak ipt sekrg  berbanding dahulu, masa 1980an, 1990an.

LI peluang pelajar alami kerja sebelum komit sbg pekerja. Peluang sebelah kaki di tempat kerja pilihan. Jika pandai bekerja sebaiknya, majikan tawarkan kerja sebaik tamat pengajian.

Biasanya dlm tempoh seminggu hingga 2 minggu pertama LI, pensyarah penyelia akan semak dgn pelajar kesesuaian pelajar dgn tempat LI. Jika ada masalah, pensyarah penyelia akan hubungi penyelia di tempat LI utk pengesahan.

Di tempat LI, pelajar LI akan patuhi arahan penyelia shj, kecuali diarahkan ole penyelia utk turut patuh pekerja lain. Ini utk elak pelajar tak capai objektif LI.

Isnin, Oktober 25, 2021

Senaman & Kesihatan

kita biasa dengar 'untuk sihat perlu bersenam, jaga makan'.

kedua2nya berkait dgn input dan output utk kesihatan.

makan itu input utk badan. senaman output utk badan.


makanan dan senaman bukan hanya utk sihat fizikal shj.

WHO 2021, menyatakan kesihatan termasuk sihat fizikal, mental dan sosial.

saya nyatakan/kongsikan - kesihatan termasuk sihat fizikal, mental, emosi, spiritual (jari), sosial dan kewangan.

saya banyak berbelanja membeli peralatan utk bersenam, spt ramai org.

tetapi jika kita tidak bersenam (sayalah), alat senaman macam otak - a used less brain, is a useless brain.


gambar adalah step machine saya.









Waktu kerja

Waktu kerja atau jumlah jam kerja standard sehari biasanya 8jam.

Ada termasuk waktu makan/rehat tengahari, ada yg terkecuali.

Biasanya waktu kerja standard seminggu pula 40 jam.


Tapi, tak semua jenis pekerjaan sesuai dgn 40jam/minggu dan 8jam/hari.

Dari mana datangnya standard ini? Tinggalan penjajah?


Ada yg kerja mula 5pagi habis 11 pagi, spt penoreh getah.

Ada yg kerja 7.30pagi hingga 1.30tgh spt cikgu sesi pagi.

Kedua2nya selama 6 jam.


Saya rasa 6jam/hari dan 24jam/minggu dah cukup.

Waktu lain utk diri & keluarga.


C19 dan PKP menunjukkan gaya atau norma baru kehidupan.

Be productive through being creative, innovative.

Networking for Networth

Networking atau jaringan kerja.

Biasa utk tingkatkan hubungan dan hasilkerja.

Networking juga utk hasil kewangan dan bukan kewangan.

Kita wajar wujudkan jaringan dgn keluarga, kawan, kenalan, dan lain2 pihak.

Diantara kemahiran diperlukan selain networking, adalah komunikasi, event management, dan logistic mgt (supply chain mgt).

Bg pelajar, melalui kokurikulum dan kesukarelawan.

Saya amat galakkan anda jadi sukarelawan MERCY Malaysia utk bina jaringan.

Ahad, Oktober 24, 2021

Rekaan Rumah

Dulu2 saya minat nk jadi arkitek. Mungkin sbb suka melukis. Mcm pakcik saya. Alhamdulillah dia seorg arkitek.

Arwah seorg atok dan ayah kpd beliau serta pakcik kpd atok adalah tukang rumah. Buat rumah di kg raja besut. Rumah lama di kg raja, yg diwarisi tapi telah di'runtuh'kan dibina oleh arwah ayah kpd atok.

Bnyk mainan sekrg boleh digunakan utk rekaan rumah. Gambar2 rekaan rumah2 china, india, sst.


 

 






Oktober Bulan Latihan

mengimbau memori dlm fb, baisanya bulan oktober adalah bulan latihan. sama ada sebagai pelajar atau pengajar.

hari ni 24 okt, fb ingatkan memori tentang latighan terakhir 2019 di Langkawi bersama ERT UiTM dengan APM Langkawi, 2016 bersama MERCY Malaysia di Lembah Klang tenaga pengajar dari dalam dan luar negara, dan 2015 sebagai fasilitator bersama FSG di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah.

 



Terima kasih semua yg sudi berkongsi ilmu dgn saya. insyaallah semoga kita dapat hadir secara fizikal utk latihan berkongsi ilmu.

Sekolah Asrama

Ada pelbagai alasan berada di sekolah berasrama. Sama ada asrama penuh atau tidak penuh.

Antara tujuannya, utk fokus kpd akademik, peluang lebih baik berbanding sekolah harian, belajar berdikari, dll. Juga belajar bertolak ansur, selain melahirkan individu 'all rounder'. Bukan bulat sebab berat.

Ada yg ke sekolah asrama sebab dibuang - belajar disiplin. Ada yg sebab larikan diri - utk lebih selesa belajar dgn kemudahan lebih baik dan persekitaran lebih kondusif.

Tapi sekrg, ada yg bertanya, masih relevankah sekolah berasrama penuh?

Melalui Ketua

Sebrg pelantikan utk jawatan, sama ada di dlm organisasi atau di luar organisasi, perlu maklumkan ketua. Tujuan utama utk ketua tahu masa yg kita gunakan, utamakan organisasi. Juga utk elak conflict of interest, elak memberi kesan negatif kpd organisasi.

Ketua atau pegawai tanggungjawab ptj kpd organisasi diamanahkan utk jaga nama baik organisasi. Tapi jika tugas ketua di langkau oleh org lain spt ketua lain, dsbnya, tak adil jika ketua dipersalahkan apabila organisasi hadapi masalah.

Memang, biasa berlaku, ketua tak dibagitau sbb risau ketua tak benarkan permohonan utk jawatan.

Annual Dinner

Annual dinner AD atau majlis makan malam tahunan. Biasa tertunggu2 utk MAD, tapi tiada pada 2020. 

Peluang bertemu kawan2 lama, dan baru. MAD biasanya khusus utk murid2 tua. Pasangan, keluarga hadir jika dibeli kerusi atau meja. Ada juga bukan murid tua hadir, selain keluarga, spt jemputan khas - cikgu, bekas cikgu, pengetua sekolah lain, serta yg ingin turut berada sama.

AD peluang utk networking, bina hubungan jaringan perniagaan, tingkatkan taraf diri. Jadi tidak hairan ada yg bukan drpd bekas murid sekolah yg anjurkan AD turut hadir.

Bagi penganjur, AD peluang utk jana duit bg organisasi. Sebaiknya, ipt berminat utk anjurkan bagi alumni mereka.

Sabtu, Oktober 23, 2021

Be Among The Best

Why not the best?

We may be arrogant, and being the best is not easy.

To be among the best, read Outliers and Gold Mine Effect.

You must want to achieve your target, have a supportive parents (& family, & friend), and a very good coach.

You must be focused. Need to train, practise, compete more than others.

Rasmus says, the more we practice, the better we become. Not just in sports, but also in academic, business, and others.

Practice makes perfect may be right.

Kaya Sebenar

Kaya dikait dgn berjaya

Berjaya biasa dipandangan org lain

Kita dikait dgn kepuasan kita

Jika kita puas, kita kaya

Ramai ingin kaya dunia

Milikki wang berjuta, rumah mahligai, kereta mewah, cuti di luar negara, kehidupan bergaya

Sedangkan di akhirat

Kaya kita tinggal di mahligai tanpa pagar sempadan dan dinding, puas berada berteleku di atas sofa, dgn sebuah piala utk minum apa yg ingin kita minum, makan apa shj yg ingin kita makan

Jumaat, Oktober 22, 2021

Sabar

Pesanan seorg tok sdara, seorg ustaz

Saya dulu seorg panas baran (?)

Sekrg dah 'cool down'

Semasa di itm, saya ingatkan diri saya dgn menulis frasa 'my patience is my motivation' (bukan my patient) di muka surat buku accounting (buku masih saya simpan).

Kesabaran ku adalah motivasi ku.

Mesti sentiasa ingat 'sabar'

Jika perlu, cukup satu shj 😎

Kaya

Maaf jika tajuk berulang

Maaf  jika kandungan berulang

Tadi rasa spt org kaya

Dpt tunjuk kupon kpd rela utk masuk kawasan masjid

Tunjuk kupon kpd jk masjid utk masuk ke ruang solat masjid

Masih dpt berjumpa kenalan satu kariah

Khamis, Oktober 21, 2021

Usaha, jaya, puas

Mcm moto sekolah aje

biasa usaha jaya ...

Sebelum berjaya perlu usaha

Selepas berjaya akan puas

Dan semasa norma baru

Nak dpt solat jumaat perlu usaha 

Antaranya hadir utk isyak di surau pada mlm jumaat

Atau subuh di pagi jumaat, 

utk dpt kupon, spt tiket, paspot utk solat jumaat

Setelah dpt kupon, alhamdulillah puas rasanya

Belum lagi puas boleh berada di masjid utk solat jumaat.

Dan puas setelah dpt solat jumaat.

Oghey Klatey yg Missed Treble Championship Bolasepak di Eropah

 Dlm tv sedang paparkan org tersebut.

Org Gaal. Wan Gaal atau Wan di Gaal.

Atau lebih dikenali sbg Louis Van Gaal.

Molek kito panggil jadi neja di Klatey atau Malaysia?

Pengajaran, dah lantik sbg manager, dll, janganlah campurtangan. 

Dr Kwame

Dr Kwame was a lecturer at FSR UiTM.

He is from Ghana.

After leaving Malaysia, he went to Canada.

But now not sure where this person who likes to tell his students, 'face the wall" is currently residing.

He is one of the lecturers who will still be around at the faculty until 9.00pm.

Malaysia Sejahtera Zahir dan Batin

 Malaysia Sejahtera Zahir dan Batin

 

Malaysia Prihatin budaya kita

Saling membantu sesama kita

Salah dan silap adat manusia

Sentiasa memaafkan kita sejahtera

 

Rakyat Malaysia rakyat prihatin

Sentiasa sedia bekerjasama

Biasakan memaafkan zahir dan batin

Supaya sejahtera akhirat dan dunia

 

Hidup kita perlu bermaruah

Hidup kita perlu sentiasa prihatin

Kita bekerja sentiasa beramanah

Supaya sejahtera zahir dan batin

 

Cubit peha kiri peha kanan terasa

Cubit tangan kanan tangan kiri terasa

Malaysia prihatin bersama-sama kita jaga kita

Zahir dan batin rakyat Malaysia sejahtera.

Malaysia Satu Keluarga

 Malaysia Satu Keluarga

 

Malaysia prihatin sejahtera Malaysia,

Rakyat Malaysia umpama satu keluarga;

Rakyat Malaysia prihatin rakyat Malaysia bahagia,

Kesejahteraan dan kebahagian kita sentiasa kita jaga.

 

Umpama satu keluarga rakyat Malaysia,

Tolong menolong amalan kita bersama;

Matlamat bersama kita hidup bahagia,

Tanpa kita mengira bangsa, dan agama.

 

64 tahun kita telah merdeka,

Kita sentiasa berganding dan berusaha untuk kita bersama bahagia;

Bersama kita lalui suka dan duka,

Sentiasa prihatin adalah amalan rakyat Malaysia.

 

Amalan prihatin amalan rakyat Malaysia,

Sedia berkongsi masa, harta dan tenaga;

Bersama kita lalui susah dan juga bahagia,

Itulah hidup kita rakyat Malaysia sebagai satu keluarga.

BE CLEAR: MORAL REASONING IN SPORTS

IIMOS2021 IIMOS00236

BE CLEAR: MORAL REASONING IN SPORTS 


https://youtu.be/YJKrKWVJuyQ