Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 26, 2022

Teknologi dan Manusia

Teknologi utk bantu manusia. Terutama utk bantu manusia capai matlamat ditetapkan. Teknologi utk kerja lebih efisien dan efektif.

Teknologi tanpa had sesuai dgn jentera yg akan cuba dibangunkan sentiasa. Tapi manusia ada kemampuan yg terhad. Manusia bukan jentera.

Teknologi bagus jika ianya tidak simpangkan atau sesatkan atau lalaikan manusia drpd amanah sbg seorg manusia.

Kerja & Produktiviti

Biasa kerja dikaitkan dgn produktiviti. Hasil kerja yg bermanafaat. 

Biasa juga dulu2 kerja dikaitkan dgn cekap dan berkesan, atau dimodenkan sbg efisien dan efektif. Maka polisi dan prosedur ditetapkan.

Dlm buku berkait etika dan sukan, ada isu berkait teknologi utk hasil kerja. Dinyatakan, teknologi akan terus maju dan berkembang, tetapi sumber manusia ada hadnya.

Ahad, September 25, 2022

Salam

Salam ada pelbagai makna. Yg biasa kita faham, salam adalah memberi salam, mengucap selamat sejahtera.

Salam boleh dlm pelbagai cara. Melalui ucapan, melalui doa, melalui perbuatan. Semasa di sekolah, kita diajar ucapkan salam kpd pelajar lebih tua. Tapi biasa terdengar ucapan secara sengaja, atau tidak sengaja, 'salam kum bang'.

Antara rezeki dan nikmat adalah masih dapat beri salam dan terima salam drpd kedua ibubapa kita. Selain ucapkan salam, bersalam lah juga, menghulurkan tangan menggenggam secara lembut tangan kedua ibubapa kita.

Bazir dan Boros

Kita biasa bazir dan boros. Ianya mungkin sbb naluri dan persekitaran.

Kita dikatakan berjaya jika kaya. Kita dikatakan kaya jika punya rumah besar, kereta berjenama mewah, pakaian mewah, gaya hidup mewah.

Perlukah? Kita perlu ubah minda diri utk amanah. Elak bazir dan boros.

Pendidikan Satu Perniagaan

Sejak dulu, telah wujud perniagaan berasaskan pendidikan. Dari peringkat pra sekolah sehingga pasca sekolah.

Jika dilihat dgn bilangan institusi swasta dlm pasca sekolah, bolah diandaikan ianya satu industri yg sangat menguntungkan. Andaian kadar keuntungan bersih 20%?

Ada ipt awam sangat2 beri subsidi kpd pelajarnya. Ada yg berkata kos minima utk setahun pengajian tertentu di ipt adalah rm10k. Sampai bila mampu subsidi diteruskan?

Bajet & Amanah

Bajet iaitu perancangan kewangan penting utk sempurnakan amanah. Jika bajet tidak cukup, matlamat disasarkan kemungkinan besar tidak akan dapat dicapai. Jika dicapai, mungkin tidak berkesan spt dirancang.

Dulu utk capai 150k, bajet 2.5b. Kemudian bajet dikurangkan, tapi matlamat ditingkatkan dan dipelbagaikan. Dulu nisbah rm17k:1. Sekrg hanya rm7.5k:1. Bajet hanya 44% drpd asal.

Secara logiknya, produktiviti hanya 44% drpd asal. Perancang memang merancang nak tamatkan kelestarian secara sengaja?

Jumaat, September 23, 2022

Sibuk & Berjaya

Sibuk itu bagus. Berjaya itu memang diimpikan. Ramai sibuk utk berjaya.

Tapi jika sibuk melalaikan kita drpd matlamat sejahtera akhirat? Jika hanya ingin berjaya di dunia? Sibuk dan berjaya pihak tertentu mungkin nak lalaikan kita?

Kita suka dipuji. Tapi jika pujian melalaikan kita drpd matlamat asal kita, kita tidak bijak, membazir, tidak amanah.

Pakar v Umum

Bahasa inggeris, specialist v generalist. Biasa tak digemari Mat Semua Buat, atau Jack of all trades. Maka digalakkan utk jadi Master of Something/one thing.

Tapi sekarang, belajar utk jadi pakar satu bidang, kerja macam2. Buat semua, dan jika tidak bagus, salah kerana tidak mampu jadi semua.

Ada yg boleh jadi meserba - multitasker. Tapi jika semua nak dibuat, maka ramai yg jadi malas, bosan, lesu, letih, burnout.

Khamis, September 22, 2022

Bertanding

Sukan berkait pertandingan
Etika sukan beri kita pilihan utk pertandingan
Kita bertanding ikut peraturan
Kita bertanding dgn ubah peraturan
Kita tidak bertanding

Biasanya bertanding utk menang
Jika peraturan menyusahkan kita
Dan/ atau beri kesan negatif,
Lebih baik kita tidak bertanding.

Ada berkata, kita bertanding atas dasar semangat kesukanan, menyokong pertandingan yg diadakan.
Tapi jika kita tidak perlu bertanding, atau lebih baik kita tidak bertanding, janganlah bertanding.

Belajar dan ilmu

Belajar utk berilmu. Lagi banyak kita belajar. Lagi banyak kita andaikan kita berilmu dan tahu.

Dan yg berilmu juga tahu, lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tahu yg banyak lagi ilmu yg kita tidak tahu.

Belajarlah utk lebih banyak ilmu yg baik2. Sbg bekalan sejahtera dunia dan akhirat.

Ahad, September 18, 2022

Belajar dan Kesusahan

Belajar biasanya bukan mudah. Banyak cabaran, halangan dan dugaan. Sama ada dlm bentuk material atau bukan material.

Antara sebab saya pilih ke sebuah ipta di shah alam adalah faktor pembiayaan pengajian. Alhamdulillah, diperingkat diploma lanjutan dapat pinjaman mara. Alhamdulillah dah lama bayarbalik pinjaman tersebut.

Kita belajar dari kesusahan. Kita belajar utk kurangkan kesusahan, dan utk keluar daripada kesusahan. Setiap kesusahan ada kesenangannya.

Solat dan Seorang Muslim

5 rukun islam dikatakan 2 kalimah syahadah, solat, zakat, puasa di bulan ramadan, dan tunaikan haji jika mampu.

Semua secara umum, mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi jika tidak solat dlm sehari, kemungkinan ada yg tidak mengucap 2 kalimah syahadah pada satu hari.

Sedekah dan berdoa juga amat digalakkan dlm islam. Bacaan dlm solat membolehkan kita memca minima satu surah dlm alquran. Selepas solat, di dlm doa boleh kita hadiahkan kpd diri dan org lain.

Sabtu, September 17, 2022

Surah Al-Asr

Ada berkata surah ini berkait dgn waktu asar. Nabi bagitahu, kita berada di waktu asar. Waktu terakhir sebelum hari akhirat, iaitu bermula dgn waktu maghrib, biasanya waktu bermula hari yg baru, bulan yg baru, tahun yg baru.

Surah ini juga berkait dgn kita, berada dlm kerugian. Masa dihabiskan dgn leka dan lalai utk dunia. Ingin utk kepuasan segera.

Maka kita perlu saling menegur dan mengingatkan diri dan orang lain.

Sabtu, September 10, 2022

9 Sep

9 sep atau 09.09. Arwah ayah ikut ic lahir 09.09.1938. Semlm jika arwah masih ada, usia 84tahun hijrah.

Tiada lagi sambutan hari lahir dgn kehadiran fizikal ayah. Kami bacakan yasin dan bersedekah makanan di surau utk makan tengahari selepas solat jumaat.

Semoga Allah ampunkan dosa arwah ayah. Semoga Allah terangkan dan luaskan kubur ayah spt bercahaya dan seluas alam milik Allah. Semoga arwah ditemani dgn alquran didlm kuburnya. Semoga kita dapat bertemu semula di syurga.

Pemilihan Ahli Pasukan Bolasepak

Pada 1980, semasa di tingkatan 1, ada perlawanan bolasepak antara kelas. Saya kelas 1c.

Entah macam mana, saya antara yg ke depan kelas utk catitkan bakal pemain mewakili kelas. Mungkin sebab sedar, kebolehan dan kemampuan saya setakat waterboy berbanding kawan2 lain.

Pemilihan bermula dgn mereka yg pernah wakil negeri, diikuti wakil daerah, kemudiannya wakil sekolah. Yg pernah wakil kelas semasa sekolah rendah spt saya memang bukan dlm 11pemain utama, dan 4 pemain simpanan.

Matlamat Kejadian

Manusia dijadikan Allah utk beribadah kpd Allah. Surah Adzariyat, ayat 56. Itulah matlamat hidup kita. 

Tapi, akan ada yg cuba sesatkan kita, gelincirkan kita, lalaikan kita drpd kita penuhi dan laksanakan matlamat kejadian kita.Kita akan digoda dgn nikmat2 dunia. Utk kita lalai, tergelincir, sesat drpd capai dan sampai ke matlamat kejadian kita. 

Pentingnya kita berilmu dan saling mengingati kpd diri dan org lain tentang amanah kita sbg manusia. 

Rabu, September 07, 2022

Cakap & Pangkat

Seorg penceramah tadi berkata, org spt dia, yg bnyk cakap, bnyk tegur yg xbetul, susah naik pangkat. Terasa saya.

Ada yg naik pangkat, sbb setuju dgn apa ketua kata. Utk selamat. Jadi, apa yg ketua kata, akan diiyakan shj.

Seorg ketua bertanggungjawab kpd pengikutnya. Dan seorg pengikut bertanggungjawab kpd ketuanya. Kedua2 perlu saling menegur utk jaga amanah masing2.

Homestay

Atau inapdesa. Ramai yg keliru. Ramai salahguna terma homestay.

Ramai yg tawarkan rumah atau bilik utk disewa, tapi diiklankan sbg homestay. Mereka sebenarnya sewaka guesthouse atau guestroom. Umpama motel, rumah tumpangan, mini hotel.

Homestay bermaksud, tetamu tinggal bersama tuan rumah, nikmati juadah bersama tuan rumah, sekelompok rumah menawarkan khidmat secara bersama, dan ada aktiviti tempatan spt budaya, ekonomi utk dilihat, dirasai tetamu.

DR

Di awal kursus hari ini, saya tulis nama saya di kertas pengenalan utk dipamerkan kpd penceramah, urusetia dan peserta lain. Saya juga tulis nama saya di kad kursus yg digantung di leher.

Saya mula tulis nama saya dgn huruf2 D, R. Kemudiannya saya tambah U, L di belakang, dan B, A di depan D, R. 

Senang utk pastikan nama saya ditulis di tengah2. Tapi masih xsama berat.