Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, November 28, 2008

Jika Tidak Amanah

Janganlah jadi pendidik jika tidak amanah. Sebagaimana khutbah Jumaat hari ini, seorang pendidik mempunyai amanah yg besar.

Amanahkah kita jika kita tiada kelayakan mendidik dalam perkara yg kita didik? Amanahkah kita jika mengambil harta pelajar? Amanahkah kita jika kita mengambil harta pendidik lain dan kita gunakan utk mengajar supaya kita dilihat sebagai pakar dlm perkara yg dididik? Amanahkah kita jika kita mengambil harta pendidik lain dan kita mengaku sebagai hasil kita untuk mendapat ganjaran dunia?

Jika kita berkawan dgn mereka yg sedemikian, adakah kita juga tidak amanah? Janganlah di hari kemudian, bekas pelajar kita melihat kita dgn penuh kebencian kerana sifat dan sikap kita yg tidak amanah.

Tahniah En Hisyam

Hari ini en Hisyam, sifu recreation di FSR telah dikurniakan Allah cahaya mata ke3. Seorang puteri (yg ke2).

Semoga Allah mencucuri rahmatNya kpd kedua ibubapa dan puteri yg baru lahir. Saya doakan semoga puteri dan keluarga sentiasa mendapat perlindungan Allah, dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Kelahiran puteri en Hisyam sesuai dgn khutbah Jumaat hari ini. Pendidik beramanah kpd yg dididik. Selain guru di sekolah, ibubapa adalah pendidik utama untuk anak2.

Ibubapa adalah teladan terbaik bg anak2. Jika seseorang itu kelihatan baik, kita andaikan beliau terima didikan yg baik drpd ibubapanya. Jika berkelakuan sebaliknya, maka kita andaikan ibubapanya yg telah mendidiknya sedemikian.

Makin Menjadi

MasyaAllah. Makin banyak dan makin menjadi ketidakjujuran.

Selama ini dimaklumkan sahaja oleh pihak2 tertentu. Hari ini dimaklumkan secara bukti bgmana ada yg cuba memudaratkan organisasi kerana kepentingan peribadi kumpulan). Antara sebabnya adalah untuk kuasa dan wang. Kesan kepada pihak lain tidak dihiraukan. Memang cakap tak serupa bikin. Jika sudah salah gunakuasa maka 'tuan inspektor sila jalankan tugas dengan bukti yg ada, tuan pencegah sila jalankan amanah untuk kebaikan orangramai'.

Kepada saudara dan sahabat saya yg terutamanya ilmu yg diberi Allah adalah sumber rezeki kita, pastikan 'intellectual property' kita tidak diambil dan disalahguna oleh pihak tertentu. Mereka ini adalah penyamun yg tidak kenal malu.

Khamis, November 27, 2008

Keikhlasan dan Kejujuran Bekerja

Semakin hari semakin banyak ditemui bukti ketidakjujuran atau keikhlasan pihak tertentu dlm menjalankan amanah di organisasi kita.

Bukanlah sengaja dicari kesalahan atau kesilapan, tetapi Allah ingin mendedahkan kpd kita tahap kejujuran dan keikhlasan pihak tertentu. Maka pihak tersebut jika boleh cuba mengelakkan dirinya daripada bertemu. Seronoknya jika dapat berkata,'kami telah dapat bukti bhw anda telah melakukan kesalahan yg nyata semasa diberi tugas dan tanggungjawab, silalah terima balasan setimpalnya'.

keikhlasan dan kejujuran kita mungkin dilihat di dunia, mungkin dilihat kemudiannya. Tetapi mereka yg masih lagi sombong dgn kejahilan dlm menjalankan tugas secara ikhlas, jujur dan amanah janganlah kita jadikan sebagai teladan dan sahabat kita.

Sahabat Yang Setia

Ada yg bertanya kpd saya 'kenapa tak diberi pengiktirafan kerja yg telah dilakukan? Kenapa org lain yg diberi pengiktirafan?'.

Seperti kata seorg sifu saya,'Rezeki Allah sahaja yang tentukan'. Tetapi lambat laun, kebenaran akan diketahui juga. Yang benar tetap benar. Jalankan amanah yg telah kita terima dgn ikhlas dan jujur. InsyaAllah, jika rezeki sebagai balasan usaha kita tidak diterima kita di dunia, ianya akan diterima kita di akhirat nanti. Tapi janganlah dijadikan ketidakadilan oleh manusia sebagai penghalang daripada kita menjalankan tugas dan amanah kita di dunia.

Kepada sahabat saya yg bertanya kpd saya, saya ucapkan terima kasih kerana beliau sebenarnya telah mengiktirafkan usaha dan kerja saya. Saya lebih dan amat menghargai pengiktirafan daripada seorang yg jujur dan ikhlas. Allah Maha Adil.

Tahniah UiTM

Tadi UiTM menerima pengiktirafan pengurusan secara berkualiti di tempat kerja dgn memenangi AKPM utk 2008. Tahniah UiTM.

Bagi warga kerja yg telah secara sukarela dan paksarela menyumbangkan masa dan tenaga (dll), terima kasih. Bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan AKPM. Namun kita telah lama ketahui bhw pada umumnya, UiTM mempunyai kualiti dlm membantu bumiputera meningkatkan ilmu pengetahuan di peringkat lepasan SPM.

Usaha yg diberi pengiktirafan sewajarnya amatlah manis bg warga kerja yg telah berusaha. Bukan mudah nak mendapatkan warga kerja yg sedia bekerja secara berkumpulan utk kebaikan bersama.

Rabu, November 26, 2008

Pasukan dan Kerja

Dalam satu kertaskerja mendapati banyak organisasi menggunakan prinsip kerja berpasukan. Ini kerana kerja berpasukan memberi keputusan yg lebih efektif dan efisien.

Saya mengadakan bengkel untuk memudahkan audit di organisasi saya. Yg hadir muka sama sahaja. Saya ceritakan kisah 'The little red hen' satu dongeng rakyat rusia. Moral cerita adalah, manusia selalunya nak senang aje, akan cuba mengelak drpd buat kerja, tetapi jika kita ada hasil, mereka yg malas bantu kita datang berjumpa kita dan meminta sebahagian atau kesemua hak kita yg seolah2 adalah hak mereka.

Bukan senang mendapat pasukan kerja yg baik utk kita bekerjasama. Berpersatuan semasa belajar di uitm adalah satu cara kita belajar bekerja secara berpasukan.

Aikido dan Futsal

Saya telah lama tak ke kelas aikido. Saya jangka, bila saya berjumpa sensei, saya akan dibaling seperti biasa.

Sebelum ni saya tidak sedar yg banyak prinsip dlm aikido saya amalkan dlm kehidupan seharian. Antaranya semasa futsal semalam. Aikido bermaksud harmoni. Sesuaikan diri dan pergerakan kita dgn persekitaran. Contohnya, jika kita berlanggar semasa berfutsal, secara fiziknya, kita akan jatuh. Tetapi jatuhlah secara baik dan cuba kurangkan kecederaan yg akan dialami.

Seronok berfutsal semalam setelah lama mendiamkan diri. 'Touch' saya masih berbisa. Contohnya: 'Ala Bad aje..' tetapi susulan kpd komen tersebut antara jaringan saya yg menyeronokkan saya.

Selasa, November 25, 2008

Futsal Malam Rabu

InsyaAllah malam ini saya akan berfutsal. Dgn kawan2 dan saudara2.

Saya tidak galakkan kawan2 atau saudara2 membawa penonton yg boleh mengganggu futsal kami. Memang ada yg bawa kawan2 atau saudara2 semasa futsal kami. Seeloknya saya doakan tiada kesan buruk drpd menghadiri futsal, sama ada secara fizikal, mental atau emosional. Futsal untuk bergembira. Untuk melepaskan penat bekerja. Di gelanggang futsal kita letakkan pangkat di luar gelanggang.

Setelah tamat futsal, pakailah semula pangkat kita dan teruskan dgn amanah kita. Janganlah dijadikan futsal suatu yg serius krn bg saya ianya adalah satu bentuk rekreasi.

Reputasi Kita

Reputasi kita mungkin akan lebih lama drpd usia kita. Reputasi kita mungkin kerana perkara yg telah lama berlaku.

Jika reputasi kita baik, InsyaAllah balasan baik akan berpanjangan. Jika sebaliknya, bagaimana? Mungkin org ingin bersahabat dgn kita krn reputasi kita. Mungkin sebaliknya. Reputasi boleh dibentuk berdasarkan ilmu. Dan ilmu hendaklah didasarkan kpd keinginan kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Saya mengenali seorg yg mempunyai reputasi terjun drpd kapal terbang walau pun dia patah kakinya. Yg seorg lagi terjun untuk balik ke rumah datuknya. Saya akan tersenyum setiap kali berjumpa mereka ini.

CSAR 01

Aktiviti mengembara banyak memberi pengalaman kpd saya. Ada yg manis, ada yg kurang manis, dsbnya.

Antara aktiviti yg saya ingat adalah aktiviti di Ledang. Sbgmana saya kongsikan terdahulu, banyak cerita dalam cerita. Pada program tersebut saya tidak bercadang utk mendaki Ledang, cukuplah di base camp shj. Tetapi spt biasa, kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. 2330 kami terpaksa melakukan csar krn mereka yg mendaki ke puncak tidak tiba di base camp spt dijanjikan pd 1800. AlhamdulIllah, setelah selama 1/2jam mendaki, mereka yg kepenatan telah kami temui.

Seorg fasi bgtau saya bhw semasa mereka menunggu utk dipertemukan semula, dia yakin bhw kami akan datang mendapatkan mrk. Saya ingatkan kpd beliau dan lain2, Yang Tetap dan Yg Menentukan adalah Allah. Kami hanyalah hambaNya sahaja.

Isnin, November 24, 2008

Sentiasa Memerhatikan

Dalam perjalanan pulang dari kerja hari ini saya mendengar satu ceramah agama berkaitan saling memerhatikan. Perhatikan yg lebih tinggi drpd kita, dan perhatikan yg lebih rendah drpd kita.

Siapakah yg lebih rendah drpd kita? Mereka adalah yg rezekinya kurang drpd kita. Maka kita perlu bersyukur dgn apa yg kita ada di dunia ini. Siapakah yg lebih tinggi drpd kita? Mereka adalah yg melakukan amal ibadah utk akhirat yg lebih drpd kita krn mengharapkan balasan di akhirat. Maka kita perlulah berusaha utk mengikuti amalan golongan ini.

Janganlah kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat. Maka bersamalah kita saling mengingati untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Kebesaran Berilmu

Adakah kita berilmu jika ingin sentiasa membesar2kan diri kita? Atau adakah kita sebaliknya, seorg yg besar pd pandangan org lain jika kita berilmu?

Seorg yg berilmu akan terserlah keilmuannya melalui pemikiran, emosi dan tingkah lakunya. Kita berdoa semoga kita menjadi seorg yg berilmu supaya dapat menikmati kebaikan dunia dan akhirat. Itulah antara sebabnya mungkin kenapa ayat pertama bermula dgn 'Iqra..'.

Ada yg akan mencuba sedaya yg boleh untuk menunjukkan bhw dia seorg yg berjaya di dunia dan mesti dihormati kerana kejayaannya. Adakah ini mengingatkan kita kpd Firaun yg tidak dpt menerima kebesaran Nabi Musa A.S. )yg telah diberi ilmu iaitu 'Tiada Tuhan Melainkan Allah')?

Kesedaran

Berani kerana benar. Takut kerana tidak benar.

Tetapi ada yg berani kerana tidak benar. Kerana seseorg itu mungkin percaya bhw jika ditunjukkan sifat agresif akan menyebabkan pihak yg benar akan mengalah. Itu sebenarnya satu bentuk 'defence mechanism'. Ada yg apabila sedar bhw ketidakjujuran dan ketidak ikhlasan semakin terserlah kpd org ramai, akan menggunakan sifat agresif. Sebenarnya sifat agresif itu menunjukkan kelemahan seseorg, bukannya kekuatan seseorg itu.

Langkah yg amat penting adalah memberi kesedaran kpd seseorg. Tetapi ada yg tidak mahu sedar2. Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pengasihani.

Maklum Balas

Maklum balas adalah penting. Sama ada ianya positif atau negatif, ianya membantu kita.

Ada yg perlu diberi maklumbalas secara langsung. Ada yg kena diberikan secara tidak langsung. Yg penting, maklumbalas dapat memperbaiki diri kita. Yg sedihnya, jika maklumbalas utk menambahbaik diri tetapi tidak diterima oleh penerima maklumbalas.

Jika kita melihat sesuatu keburukan berlaku, dan kita tidak melakukan, menegur ataupun berdoa untuk mencegah atau mengurangkan keburukan tersebut, maka kita telah tidak menjalankan amanah kita.

Ahad, November 23, 2008

Diperhatikan

Sahabat saya mengatakan bgmana dia dikatakan mempunyai cara yg sama spt saya bila menikmati makanan. Saya akan makan semulut, letak sudu garfu, bercakap, dan sambung balik makan.

Saya tidak sangka ada yg mengkaji saya. Saya ingatkan saya sahaja mengkaji org lain. Ada org mengkaji org lain utk dijadikan teladan. Ada utk dijadikan sempadan. Ada krn mempunyai 'inferiority complex'. Ada yg krn takut rahsianya dipecahkan, walau pun setiap hari makin ramai yg mengetahui. Ini adalah contoh 'takut dgn bayang2 sendiri'.

Allah Maha Adil. Ada org diberi kelebihan olehNya utk dpt menilai keikhlasan dan kejujuran org lain. Maka mereka yg bersifat talam dua muka, munafik, hipokrit akan sentiasa resah gelisah jika dilihat oleh mereka yg diberi kelebihan ini oleh Allah. InsyaAllah.

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci

Petang tadi saya berjumpa dgn saudara yg akan ke tanah suci esok. Selepas maghrib, saya ke rumah pm Zul Kadir yg akan ke tanah suci pd 25nov ini.

Di rumah pm zul, ramai tetamu yg hadir. Terima kasih kpd crew bbq yg terdiri drpd pelajar fsr. Terima kasih kpd krew sokongan yg terdiri drpd graduan fsr.Terima kasih kpd timbalan dekan fsr, en.Hash dan staf fsr yg turut hadir. Selalunya yg akan ke tanah suci diraikan, tetapi pm zul mengadakan solat hajat bersama dgn sedikit jamuan.

Ramai yg bgtau saya, mereka mula2 ingat tersilap rumah krn ada khemah spt kenduri kahwin. Memanglah, hidup di kota tiada halaman spt di kampung. Kpd pm zul, selamat menunaikan ibadah haji dan semoga diberkati Allah.

Jumaat, November 21, 2008

Sentiasa Bersyukur

Saya suka melihat tingkahlaku org lain. Saya suka kaji tingkahlaku mereka.

Tadi saya ke tesco. Saya perhatikan gelagat keluarga dan pelawat ke tesco. Saya cuba andaikan taraf kehidupan mereka. Melihat mereka yg saya andaikan kurang berkemampuan berbanding saya akan mengingatkan saya untuk sentiasa bersyukur kerana rezeki yg saya terima drpd Allah. Saya pernah berkira2 dan tak cukup duit utk beli mee goreng mamak berharga rm1.20.

Jadi, setelah dimurahkan lagi rezeki saya, saya akan beringat2 dalam menguruskan kewangan saya. Memang ada masanya terasa juga nak makan makanan yg mahal2. Itu adalah nafsu kita. AlhamdulIllah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Bersyukur

AlhamdulIllah, tiga kali makan pada waktu pejabat adalah sebahagian daripada menjalankan tugas hari ini. Selalunya saya hanya akan sekali sehari semasa di pejabat.

Saya amat bersyukur kpd Allah yg memurahkan rezeki saya. Mungkin pd pandangan org lain, rezeki yg saya terima adalah sedikit. Ini jika dibandingkan dgn rezeki yg mereka dpt. Jadi mungkin mereka memandang rendah kpd saya kerana rezeki saya terima sedikit drpd rezeki yg mereka terima. Itu bukan masalah saya.

Saya mudah tersentuh apabila melihat mereka yg menjalankan amanah untuk rezeki yg halal. Walau pun mungkin pangkat mereka rendah drpd saya, saya hormati mereka berbanding dgn mereka yg dapat rezeki lebih2 drpd saya dan pangkat lebih drpd saya, tetapi tidak menjalankan tugas dgn penuh ikhlas, amanah dan jujur.

Reputasi dan Amanah (2)

Pada tahun ini saya berpeluang menjalankan amanah di Taman Negara dgn vvip uitm. Saya diamanahkan menjaga beliau.

Sebelum ke taman negara, beliau meminta senarai pakaian dan peralatan untuk dibawa. Pesan beliau, 'Tapi kau jangan rendam aku. Aku tak nak berenang'. Saya senyum aje. Seronok melihat keseronokan semasa beliau bersama2 tetamu uitm berada di taman negara. Sebelum beliau balik, 'Best datang ke taman negara. Aku nak datang lagi. Bila aku datang dgn family, aku nak kau bawa kami'. Insya Allah.

Memang seronok jika kita diiktiraf sbg baik dlm sesuatu hal. Tetapi setiap kali pujian diberi, akan meningkat amanah kita.

Reputasi dan Amanah

Saya pernah berpeluang menjalankan amanah dgn seorang yg bernilai rm100juta. Amanah dijalankan bukan sahaja dgn individu tersebut, tetapi dgn keluarganya.

Agak2nya, bolehkah saya jadi spt beliau.Duit RM50 dlm poket bajunya (segumpal) mungkin RM1ribu. Upah diberi kpd pemandu2 bot saya lihat amat lumayan jika dibandingkan dgn gaji pemandu2 bot kami. Kata beliau 'untuk beli rokok dan minum kopi'. Saya tak tahu berapa kali minum kopi dan banyak mana rokok dihisap dgn upah diterima oleh pemandu2 bot.

Sebelum pulang ke rumah masing2, beliau berkata, 'Bad, lain kali jika anak2 saya nak ke Taman Negara, saya nak you bawakan mereka'. Jawab saya, 'InsyaAllah Dato'.

Terima Kasih Bos

Saya berterima kasih kpd bos saya yg sudi memberi peluang utk saya meningkatkan kerjaya saya. Saya diingatkan, jawatan diadakan bukan utk saya.

Saya sangat teruja kerana mendapat bos2 yg sangat berilmu dlm bidang mereka.Ini membuatkan saya berasa bhw saya bekerja dlm suasana yg membolehkan saya sentiasa meningkatkan ilmu saya. Saya jug akan sentiasa cuba berkongsi ilmu saya dgn bos2 saya, peers saya, dan staf2 saya. Iqra' memerlukan kita sentiasa belajar, melakukan apa yg kita belajar, dan mengajar apa yg kita tahu.

Saya bersyukur kerana berpeluang belajar dgn bos2 (yg saya iktirafkan sbg bos) di uitm. Ianya memberi rasa kepuasan berada di sebuah organisasi berteraskan keilmuan.

BBQ Kambing

AlhamdilIllah, tadi saya sekeluarga dapat menikmati juadah bbq di rumah. Adik2 saya sbg chef.

Jika makan diluar mungkin kosnya rm50 seorg. Bila masak sendiri, lebih kurang rm50 utk 6 orang. Tapi bila kita makan diluar, kita hanya perlu order sahaja dan pastikan mampu membayar untuk pesanan kita. Bayaran juga bukan utk makanan tetapi juga utk khidmat dan suasana di tempat makan.

Saya dahulunya ingin menternak kambing. Mungkin utk memudahkan mendapatkan kambing utk bbq. Para nabi2 ramai yg menjadi pengembala kambing.

Perabut Baru

Terima kasih kpd yg berusaha. AlhamdulIllah, semalam saya terima perabut baru di pejabat saya.

Macam tahu2 pulak yg memesan perabut saya. Warnanya memang warna kegemaran saya. Terima kasih kpd yg sudi membantu menanggalkan plastik di perabut baru saya. Semakin bersemangat saya menjalankan amanah dan tugas di pejabat. Maklumlah, bukan tiap2 tahun dpt perabut baru. Sesiapa yg nak merasa perabut baru saya, silalah ke pejabat saya.

Bagi setiap org, rasa seronok mendapat sesuatu barang dan barang yg memberi keseronokan kpd setiap org adalah berbeza. Saya bersyukur kerana saya berada di tempat kerja yg memudahkan saya makan dan minum, mempunyai kemudahan membersihkan diri, dan memudahkan saya mendirikan solat.

Pemimpin

Kita adalah pemimpin. Ianya adalah satu tanggungjawab dan amanah yg berat.

Saya bersyukur jika dpt bertugas dgn seorang pemimpin yg jujur dan ikhlas. Sepanjang bekerja ada pemimpin yg saya jadikan sebagai teladan. Ada yg saya jadikan sempadan. Ada yg tak nak jadi pemimpin yg saya jadikan sbg teladan. Ada yg nak sangat2 jadi pemimpin yg saya jadikan sempadan.

Pemimpin akan memilih pengikutnya. Pengikut akan turut memilih pemimpinnya. Saya telah ditawarkan satu jawatan baru oleh seorg pemimpin. Jika rezeki saya dgn jawatan baru itu, saya terima. Tetapi dgn setiap jawatan ada amanahnya.

Selesai Amanah

AlhamdulIllah, saya telah selesaikan amanah saya untuk sem ini. Penilaian kesemua pelajar saya telah saya selesaikan.

Walau bagaimana pun, Isnin ini, saya akan merancang amanah untuk dijalankan pada 2009 dan 2010. Kalender saya utk kedua2 tahun tersebut telah pun mula berisi. Bila dilihat oleh staf saya, 'Bila masa cebad sbg pendidik?'. Tugas saya yg lain juga adalah sbg pendidik.

Saya bersyukur kpd Allah, kerana diberi peluang utk meningkatkan ilmu saya utk memudahkan saya menjalankan amanah saya di dunia. Antara peluang yg saya terima adalah melalui belajar drpd pemimpin2.

Reputasi Kita (2)

Reputasi mungkin cerminkan diri kita. Reputasi juga mungkin cerminkan saudara dan/atau sahabat kita.

Reputasi mungkin bermakna airmuka dan maruah. Jadi, jika baik reputasi kita, mungkin ianya turut cerminkan reputasi saudara dan sahabat kita. Ramai ingin menghampiri orang lain kkerana reputasi. Sama ada diharapkan reputasi kita melekat kepada kenalan ataupun sebaliknya. Kita tidak boleh memilih siapa saudara kita. Tetapi kita boleh memilih siapa sahabat kita.

Adakalanya reputasi kita bukan sebab seseorang mnegenali kita secara langsung, tetapi kerana dimaklumkan oleh pihak lain. Jika maklumat adalah baik, maka kita akan dianggap baik oleh pihak lain yg belum benar2 kenali kita. Ataupun sebaliknya.Reputasi juga adalah amanah kita kpd saudara dan sahabat kita.

Khamis, November 20, 2008

Makanan Halal

Apakah makanan yg halal bg seorg muslim? Pernahkah kita fikirkan makanan yg kita makan itu halal bg kita?

Adakah makanan yg disediakan oleh bukan muslim halal bg kita makan atau minum? Soalan ini diajukan kpd saya semasa perbincangan dgn seorg bos saya. Kenapakah tidak kita labelkan makanan yg tidak halal sbg haram? Mungkin kita hanya tahu bhw binatang tertentu haram untuk kita makan.

Apakah kesan jika kita makan makanan yg haram atau daripada rezeki yg haram? Mohon ada yg dapat membantu.

Isnin, November 17, 2008

Hanyut

Itulah perasaan saya sekarang. macam sedar tak sedar.

Ini kesan daripada melawat ke pusat kesihatan uitm pada petang tadi. Saya telah diberi ubat untuk menyembuhkan batuk saya. Doktor menasihati saya bahawa ubat diberi akan menyebabkan saya mengantuk. Saya tidak tahu berapa saya dapat jimatkan uitm dgn ke pusat kesihatan uitm dan tidak ke klinik perunding uitm. saya amat bangga dgn kualiti perkhidmatan yg cepat dan tepat daripada staf pusat kesihatan uitm.

Saya sarankan saudara dan sahabat di uitm agar sentiasa membuat ujian dan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Janganlah tunggu sampai teramat sakit, ianya mungkin terlambat. Seperti kata penceramah bengkel stres tempohari, 'kalau makan ubat dah tak sembuh, bersedialah untuk menyahut panggilan Illahi'.

Peperiksaan SRB201 dan SPS233 Okt2008

AlhamdulIllah, telah selesai peperiksaan kursus srb201 dan sps233 sebentar tadi. Akan ada yg seronok dan ada yg tak seronok.

Saya harapkan pelajar saya berjaya memahami konsep dan prinsip dalam perakaunan. Saya harapkan tiada yg menghafal 'step' sahaja. kalau hafal 'step' sahaja, kemungkinan jika berdepan dgn situasi berbeza sedikit, akan ada yg hilang 'step'.

Gunakanlah pendekatan Iqra'. Belajar, buat dan ajar. InsyaAllah, ianya akan menambahkan pengetahuan kita dalam sesuatu bidang.

Pangkat (2)

Memang seronok berpangkat. Pangkat boleh mencerminkan status kita.

Tetapi jika kita tidak bertindak selaras dgn pangkat yg kita pegang, maka kita sebenarnya memalukan pemegang2 pangkat yg sama. Ada yg pergi haji kerana nak pangkat haji. Betul ke tujuan pergi haji tu? Saya seronok membaca buku tulisan saudara saya. Beliau adalah contoh bagaimana menjalankan ibadah dan menyahut panggilan Illahi telah merubah seorang insan Muslim. Bagaimana dgn yg lain? Adakah pangkat haji atau hajah telah menginsafi kita untuk bekerja dgn jujur dan ikhlas? Atau kita masih seperti dahulu atau lebih teruk lagi perangai kita?

Seronok bila pangkat ditunjukkan di pakaian kita. Lebih seronok jika pangkat kita diiktirafkan oleh orang ramai.

Tujuan Kita

Sebelum melakukan sesuatu, kita mesti ada tujuan. ianya akan mengelakkan pembaziran dan kerja sia2.

Apakah tujuan kita dijadikan Allah? Apakah tujuan kita di muka bumi ini?
Apakah tujuan kita berada di organisasi kita? Adakah keberadaan kita di organisasi memakmurkan atau sebaliknya? Jangan hanya fikir tentang diri sahaja. Mungkin jika kesan negatif tak kena kpd kita sekarang, ianya akan terkena kepada orang persekitaran kita pada masa yg sama atau kemudian.

UiTM ditubuhkan untuk memperkayakan bumiputera dgn ilmu supaya dapat bersaing dgn pihak lain. Jika kita berada di uitm dan mengkhianati uitm, maka kita sebenarnya juga mengkhianati bumiputera. Tetapi seeloknya, tujuan kita melakukan sesuatu adalah kerana Allah Ta'ala sahaja.

Ahad, November 16, 2008

Pangkat

Pangkat tanda kejayaan. Pangkat mungkin bukan tanda kejujuran.

Saya hormat kepada saudara dan sahabat yg berjaya dlm profesion masing2. Antaranya bergelar profesor, dato' dsbnya. Ada yg tiada gelaran rasmi tetapi jutawan. Tetapi pangkat jarang membezakan kami kerana keakraban yg wujud. Kami tahu siapa yg berjaya secara jujur, dan sebaliknya. Saya amat susah untuk berpura2 gembira dgn kejayaan dicapai secara tidak jujur. Maka pangkat diterima tidak wajar dihormati.

Memanglah sekarang pelajar saya dalam persediaan mengejar pangkat yg akan ditentukan melalui peperiksaan esok. Jadi, pastikan pangkat diterima adalah secara jujur. Jangan malukan kompeni.

Majlis Makan Malam

Pada khmais malam jumaat, 13 nov yg lepas saya hadir ke jamuan makan malam bekas organisasi saya. Tidak ramai yg saya kenal hadir.

AlhamdulIllah, pengasas organisasi saya turut hadir menyambut ulangtahun ke40 organisasi yg ditubuhkan beliau. Dalam ucapannya, beliau bangga organisasi berjaya menghasilkan mereka yg berjaya dlm profesion masing2. Tidak ramai seperti saya, yg menjadi seorg pensyarah. Bukan mudah menolak pendapatan tahunan ratusan ribu ringgit. Memang saya di marahi oleh pengasas bekas organisasi saya.

Masing2 mempunyai definisi kejayaan. Saya bangga jika seseorang berjaya kerana ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas dan amanah. Jika tidak jujur dan amanah, busuk hati, gunting dalam selimut, " Allah Maha Adil dalam pembalasanNya".

Ujian dan Peperiksaan (2)

InsyaAllah, esok para pelajar saya akan menduduki peperiksaan untuk kursus saya ajar. Saya doakan mereka berjaya berdasarkan usaha dan niat jujur dan ikhlas mereka.

Saya menduduki peperiksaan pada pagi tadi. Walau pun masa 3jam, rasa2 macam tak cukup kerana banyak lagi nak ditulis. Tawakal kpd Allah setelah berusaha melalui persediaan. Saya doakan agar dapat A. Seronok jika dapat A. Tambah2 lagi jika kita melakukan secara ikhlas dan jujur. Ianya mencerminkan kefahaman sebenar kita.

Ujian dan peperiksaan sebagai pelajar berbeza ujian dan peperiksaan sebagai pekerja. Maka kepada para pelajar saya, nikmatilah keindahan hidup sebagai pelajar sebelum memulakan tugas sebagai pekerja.

Ujian dan Peperiksaan

Dalam hidup kita akan sentiasa di uji. Bila kita hidup kembali, kita akan diperiksa apakah yg telah kita lakukan semasa hidup di dunia.

Dalam kehidupan sebagai pelajar, ujian dan peperiksaan berlaku semasa menjadi pelajar. Kita tak akan diperiksa setelah kita bukan lagi pelajar. Tujuan ujian dan peperiksaan adalah untuk mengetahui tahap kefahaman kita tentang sesuatu kursus atau subjek. Jika tahap pemahaman kita baik, kita akan diberi markah yg sewajarnya (A, dsbnya). Tetapi ada yg dapat markah bukan kerana faham, tetapi kerana tidak jujur. Maka hasil kemudian berdasarkan ketidakjujuran asal adakah baik bg kita dan orang lain? Bagaimana sebab kita tak jujur, kita telah mengambil hak org lain (spt jawatan, dsbnya)? Adakah rezeki yg kita dpt halal?

Kejujuran dlm ujian dan peperiksaan tidak mengira usia dan peringkat pengajian. Apakah tanggapan org terhadap kita jika markah kita dapat A, tetapi ilmu kita paling tinggi C?

Khamis, November 13, 2008

Malaysia Kita

Kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kita juga berbeza daripada budaya dan tahap ekonomi.

Itu adalah antara kandungan ucapan mantan PM. Kita tidak boleh ubah bangsa. Tiada paksaan dalam memilih agama. Budaya kita pelajari daripada keluarga dan masyarakat. Maka yg paling mudah adalah menukarkan status sosio-ekonomi untuk kesejahteraan semua. Kita sanggup melakukan pelbagai usaha untuk tingkatkan ekonomi kita. Ada yg buat betul, ada yg buat salah. Ekonomi berkaitan rezeki.

Antara alat paling berkesan merubah tahap ekonomi adalah tahap ilmu kita. Itulah antara tujuan penubuhan itm. Jadi. mereka yg cuba binasakan organisasi kerana kepentingan peribadi adalah pengkhianat kpd kita.

Tan Sri

Letih semalam nak membezakan tan sri atau datuk atau mcm saya shj. Saya rasa lebih ramai tan sri drpd datuk dlm majlis yg saya hadiri semalam.

Terdapat beberapa kenalan keluarga dlm majlis tersebut. Memanglah saya tidak dikenali, tetapi ahli keluarga saya mereka kenali. Saya ditegur mereka kerana memakai tali leher yg kami selalunya pakai pd hari Rabu. Dan yg menegur mengaku mereka sepatutnya memakai tali leher pd semalam, tetapi ada pelbagai alasan.

Majlis semalam menyatakan kpd saya penting ilmu untuk memajukan diri dan masyarakat. Tanpa ilmu, payah nak berharta. Tanpa harta, kita akan sentiasa rasa tidak selesa dan sejahtera.

Panggilan ke Tanah Suci

Masa sekarang adalah masa umat Islam menyahut panggilan ke tanah suci. Saya pun ada niat untuk menyahut seruan tersebut, tetapi masanya belum tahu.

Seorang saudara saya diberkati Allah hajinya dgn perubahan yg ketara setelah pulang ke negara asal. Beliau menulis buku dan berjaya mengingatkan orang lain untuk kembali kepada Islam. Dukacita, ada yg hanya berpura2 baik dgnnya untuk kebaikan dunia shj. Maka apabila saudara ini dilihat tidak dpt membantu dlm mencapai cita2 kuasa dan takhta, maka saudara saya diperkatakan pelbagai tohmahan yg tidak baik. Biasalah, kalau dah biasa tikam belakang.

Saya bangga dgn perubahan positif yg dialami saudara saya. InsyaAllah, saya doakan saudara2 dan sahabat2 yg akan menyahut panggilan Illahi ke tanah suci akan menjadi insan Muslim yg lebih baik setelah pulang ke negara asal. Saya doakan semoga mereka tidak tergolong dlm mereka yg gila kuasa yg sanggup lakukan apa sahaja kerana dunia shj.

Selasa, November 11, 2008

Angsi Dirindui

Gunung Angsi pun ada ceritanya. Che Hisyam ada berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau tentang Angsi.

Rakan yg dihantar buat survey ceritakan bgmana ahli di belakang terserempak dgn tapak pak belang semasa turun dari puncak. Syukur tiada pertarungan. Tapi lepas tu, kami daki juga dgn kumpulan utama. Semasa makin hampir dgn puncak, kami terdengar bunyi yg pelik. Bunyi loceng. Ada tok guru loceng ke di puncak?

Sampai di puncak, kami lihat di trek satu lagi ke arah gergasi hijau kuning. Giant hypermarket. Bunyi loceng tadi adalah bunyi loceng penjual aiskrim di Giant.

Ledang Dirindui

Saya di gunung ledang pada 1996. Bersama peers uitm.

Masa tu, heboh dgn seorang lelaki dijumpai mati dibelit ular sawa di johor. Lelaki tersebut hanya dapat ditelan ular sawa setakat bahunya sahaja. Maka kumpulan saya yg mendaki ledang bercerita pelbagai pengalaman kpd saya setelah kami keluar dari kawasan ledang. Antaranya, 'point' terserempak dgn seekor ular besar berlingkar di tepi trek. Tapi ahli2 lain tak nampak.

Memang bukan kita sahaja makhluk Allah. Tetapi kita dijadikan Allah sebaik2 kejadian. Bersyukurlah kepadaNya selalu.

Futsal Dirindui

Dah lama tak turun padang. Badan pun dah berkembang kerana berada di inst.perkembangan ...

Mula2 ada niat nak turun malam ni. Masa dlm perjalanan nak sampai ke rumah, tukar niat. Fikir pasal exam hujung minggu ni. InsyaAllah, minggu depan turun kot ke padang. Kawan2 dok bertanya. Mungkin rindukan skil saya yg banyak membantu memenuh padang dgn larian berpenghujung di jaring sempadan?

Saya bercadang untuk adakan court basketball di intekma. Mungkin sempat saya bermain sebelum dan selepas waktu pejabat sekurang2nya sehari dlm seminggu. Nak tiru Obama kot?

Robohnya Kota Melaka

Memanda bercita2 tinggi. Memanda telah lama memendam rasa ingin menjadi raja.

Maka memanda sanggup menjual kota, agama, bangsa untuk kuasa sementara. Bangsa asing dirapati. Bangsa sendiri, bangsa seagama dianaktiri, dihasaddengki dan disakiti. Akhirnya kota, agama, bangsa tergadai oleh sebab memanda yang durjana. Maka Robohlah kota Melaka.

Adakah sejarah akan berulang? Adakah memanda seperti dahulu akan bertindak merobohkan kota kita. Siapakah berani mempertahankan kota kita. Demi agama, bangsa dan negara. Memang penat jika berjuang hanya seorang diri.

Pentingnya Sejarah

Adakah Jebat penderhaka? Adakah Tuah bijaksana?

Pateh Karma Wijaya gilakan kuasa. Dia dengki terhadap Tuah yang mendapat perhatian dan pujian Sultan. Maka dirancangkan agar Tuah teraniaya. Maka Tuah dihukum bunuh. Sultan berdukacita kerana mungkinkah telah tersilap perintah paduka.

Jebat mengamuk kerana mempertahankan Tuah. Apa sebenarnya jadi kepada PKW? Tuah muncul membunuh saudara. Kemudiannya Tuah hilang tiada berita.

Kebenaran Makin Terserlah

Sedih dan duka. Marah pun ada.

Peristiwa lama berulang lagi. Habis madu sepah dibuang. Maka sejarah berulang lagi. 1,2,3, dan 4 mantan pemimpin organisasi dipermain2kan, diperkecil2kan dan dihina. Tidak lain dan tidak bukan, kerana gila kuasa. Dahulunya semasa memegang tampuk organisasi, bukan main manis lagi bibir berdepan dgn ketua. Tetapi setelah dilihat mereka tidak akan membolehkan dia (Wormtongue atau Saruman ke ni?) mencapai hasrat menjadi raja, maka ditikam semasa di atas takhta atau setelah tiada lagi di atas takhta.

Adakah ini seperti sejarah Melaka? Akhirnya kerana gilakan kuasa, negeri, maruah bangsa dan agama digadaikan.

Mencari Ilmu

Tugas saya memerlukan saya berkongsi ilmu yang ada. Tidak adil jika dikongsi ilmu yang basi dan lapuk.

Maka saya seronok menjalankan tugas yg memerlukan saya sentiasa meningkatkan ilmu saya. Maka saya akan emncari sifu atau siking yg sudi menjadikan saya sebagai 'disciple'nya. Di tempat sekarang, saya bersyukur kpd Allah kerana berupaya mempunyai ramai sifu dan sikong. Tapi yang sedihnya jika sifu2 dan sikong2 saya tidak serasi jika bersama. Maka saya sebagai anak murid perlu memainkan peranan mententeramkan keadaan. Pernah di satu majlis, saya terpaksa duduk di antara dua sifu kerana mereka berdua payah nak ngam.

Maka saya akan dukacita dan marah jika ada yg sengaja nak lagakan sifu2 dan sikong2 saya. Apakah perlu saya lakukan kpd 'batu2 api' ini?

Isnin, November 10, 2008

Pengurusan Stres

Saya hadir ke bengkel pengurusan stres anjuran pusat kerjaya dan kaunseling uitm. Saya telah dijemput oleh seorang sifu kaunseling saya, Pn Hajah Siti Aluyah.Saya mula berguru dgn pn aluyah sejak 1987. Beliau layak dipanggil sikong ataupun grandmaster.

Seronok mengikuti bengkel tadi yg diterajui oleh dr robiah. Terasa bhw masalah bukannya payah utk diselesaikan. Yg amat diperlukan adalah kita berilmu menghadapi dan menangani stres. Stres adalah satu tajuk penyelidikan saya selia untuk pelajar srw655. Saya pernah memberi kursus pengurusan stres kpd staf pendidikan MARA untuk ptk mereka.

Ada beberapa cara uruskan stres. Antaranya, hapuskan punca stress yg negatif. Lakukan atau tegur/katakan atau berdoa kepada Yang Maha Esa, Allah Ta'ala.

Hanya Di ...

Hanya di radio, ... sebuah lagu nyanyian headwind pada tahun 80an. Seronok mendengar lagu tu.

Seorg rakan bertemu dgn saya pd minggu lepas. Dia berkata,'payah jumpa ce bad skrg. hanya dpt baca blog shj'. Terima kasih kerana ada yg sudi baca blog saya. Blog adalah satu cara saya luahkan perasaan terbuku di dada. Ianya satu cara pengurusan stres bg saya. Tapi saya lihat ramai kawan2 yg telah lama tak kemaskini blog mereka.Kenapa?

Banyak lagu headwind yg saya minati. Lagu2 zainal setelah dia tinggalkan headwind yg says minati adalah 'Hijau'.

Wormtongue

Satu watak dalam cerita Lord of the Ring: Two Towers. Walaupun cerita dongeng, ianya banyak pengajaran untuk kita.

Siapakah Wormtongue (WT)? Dia penasihat kepada Raja (Pasukan Berkuda). Akibat terlampau percaya kepada WT, raja tidak hiraukan keadaan negaranya. Sampai saat kematian anak yang disayanginya pun tidak dihiraukan kerana WT bercita2 untuk mengganti raja. WT ingin jadi raja di negara tersebut.Tetapi cita2 WT tak tercapai. Gandalf berjaya memulihkan dan menyedarkan raja niat buruk dan tindakan buruk WT selama ini.

Adakah WT dalam organisasi kita? Apakah tindakan kita sebagai yg berilmu untuk memastikan ketua kita sedar niat dan tindakan buruk WT? Atau adakah kita bersubahat dan bersahabat dengan WT?

Sabtu, November 08, 2008

Bertukar Tempat Bertugas

Encik Shahril, mantan penolong pendaftar pentadbiran FSR akan memulakan tugas di tempat baru pada Isnin ini. Siapa pengganti beliau, masih belum diketahui (saya).

Banyak tugas saya diringankan oleh en.Shahril. Terutama sekali berkaitan kualiti di FSR. Ding-dong2, akhirnya antara mereka yg selalu pikul beban kualiti adalah beberapa orang yg sama shj, termasuk en. Shahril dan saya (macam dongeng Ayam Merah). Ada yg menghargai sumbangan en.Shahril, ada yg tidak. Bagi saya, secara peribadi dan profesional, saya sangat menghargai sumbangan en.Shahril semasa beliau bertugas di FSR.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati en.Ahmad Shahril Azwan. Juga, selamat bakal pengantin baru kepada beliau.

Misai dan Janggut

Ramai yg menegur saya tentang misai dan janggut saya. Ada teguran positif, ada teguran negatif.

Ada yg bertanya 'kenapa simpan misai dan janggut?' kepada saya. Ada tugas memerlukan kita bermisai dan berjanggut. Antara sebabnya, nak dapat pahala. Kalau senang dapat bonus atau hasil, kita berebut2 buat sesuatu. Maka ini juga persiapan untuk hari kemudian. Tetapi bg kaum hawa, janganlah pulak pahala macam ni dikejar. Banyak lagi pahala. Banyak juga atau cara nak elak dosa.

Saya teringin nak simpan jambang (macam dr anuar suun). Ianya sesuai bertugas di laut samudera.

Ilmu Perakaunan

Ada yang beranggapan mempunyai pengetahuan dalam perakaunan tidak penting. Itu hak individu untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka.

Ada yang berpendapat sedemikian kerana ada kaitan dengan saya. Itu mencerminkan tahap ilmu mereka. Dalam khutbah jumaat semalam, 7 november 2008, khatib memaklumkan pentingnya kita mempunyai perancangan kewangan. Tetapi kalau perancangan tanpa ilmu, hasilnya adalah perancangan tidak berilmu. Adakah ini kualiti graduan yg kita ingin lahirkan. Tepuk dahi dan jawablah sendiri.

Mempunyai ilmu perakaunan tidak menjamin kita akan 'kaya gila'. InsyaAllah, kehidupan kita daripada segi kewangan akan lebih teratur. Allah jua yang menentukan rezeki kita.

Khamis, November 06, 2008

Mr Nobody

Seorang watak 'cowboy' yang saya minati. Beliau sentiasa dipandang rendah kerana orang yg memberi pandangan tentang Mr Nobody mempunyai kurang ilmu.

Mr N seorang yg bersahaja. Tiada bahan material yg menonjolkan akan kebolehan beliau. Maka ramai yg tersilap langkah dgnnya. Mr adalah Mr Low Profile. Perlukah kita nak menunjuk2 kpd org lain pada setiap masa. Jika perlu berkelakuan sentiasa menunjuk2, mungkinkah kita mempunyai 'inferiority complex'? Ada yg sanggup bertindak tidak jujur utk mencapai kejayaan (CGPA yg tingi, Gaji yg tinggi, Kereta besar, rumah besar, exhaust kereta yg besar, dll) supaya mendapat perhatian org lain.

'Respect must be earned honestly.' kita hormati org yg berilmu (yg betul dan benar).

Siapalah Saya Ni

Sentiasalah bermuhasabah akan diri kita. tanyalah akan siapa kita sebenarnya.

Saya membaca kisah empat 'kenalan(?)', Everybody, Somebody, Anybody dan Nobody. Saya tertanya2 siapakah yg mempunyai watak sebgmana 4 kenalan tersebut. Yg penting bg saya, saya merupakan watak yg mana satu. Mr E sibuk2 selalu utk mendapat perhatian, tapi kerja tak buat, asyik harapkan Mr S. Mr S tak buat sebab dia berpendapat bhw dia berstatus tinggi. Mr A tak buat walaupun dia boleh buat. Akhirnya Mr N yg tidak dipandang tinggi oleh Mr E, Mr S dan Mr A (mungkin sebab bukan dlm klik mereka) akan sentiasa buat dan kena buat kerja. Sedihnya, Mr E, Mr S dan Mr A akan sentiasa ke hadapan utk claim kejayaan Mr N. Mr N pula sentiasa dikatakan oleh 'the 3 Stooges' sbg tidak buat kerja.

Saya rasa saya ni Mr Nobody kot. Siapalah saya ni.

Selasa, November 04, 2008

Penyelia dan Pelajar SRW

Pelbagai cerita dan ragam pelajar srw655 saya dengar. Begitu juga ragam dan cerita penyelia srw655, termasuklah saya.

Ada yg bagus, dan ada yg kurang sedap didengar. Ada yg mudah dicari dan berjumpa. Ada yg mudah berurusan. Ada yg sebaliknya. Hanya dpt jumpa sekali sahaja. Lepas tu terus hantar tesis. Wow, hebatnya kedua2 pihak. Betul ke ada macam ni? Ada yg hilang, kemudiannya muncul di penghujung sem utk selesaikan tesis. Pelbagai aduan dan maklum balas yg menggembirakan dan merisaukan.

Sebagai pensyarah dan pelajar, masing2 ada tugas dan amanah yg perlu dlakukan. Jika satu pihak tidak memenuhi amanahnya, kedua2 pihak yg menanggung akibatnya.

Isnin, November 03, 2008

SRW 655 Sem Jul 2008

InsyaAllah 3 drpd 4 pelajar saya akan submit tesis mereka kpd saya pd esok hari. seorang lagi menghadapi masalah yg tak disengajakan dan akan hantar pd minggu hadapan.Pada asalnya, saya 'target' tesis pelajar dihantar kpd saya seminggu selepas cuti aidil fitri. Tetapi setelah berbincang, saya tangguhkan kpd esok hari 4nov 2008.

Tengahari tadi juga saya minta dua pelajar dibawah seliaan saya memaklumkan kpd dua pelajar bakal diselia oleh saya pd sem hadapan cara saya bekerja. Setelah berbincang dgn pelajar yg diselia sekarang, kedua2 pelajar fakulti pendidikan bersetuju diselia oleh saya pd sem depan.

Setiap perjumpaan SRW655 dgn saya mengambil masa antara 1-3jam. Para pelajar juga perlu berjumpa saya setiap 2minggu sekali. InsyaAllah, jika syarat2 saya diikuti, perjalanan pembelajaran SRW655 akan memanafaatkan kedua2 penyelia dan pelajar.

Pinangan

Pagi tadi saya menerima panggilan telefon. Pemanggil memaklumkan tujuan panggilan adalah utk meminang saya.

Seronok juga rasanya. Maklumlah dok tunggu2. Risau juga kalau tak dapat. tapi saya bgtau, sebelum pinangan diterima, jumpalah dgn saya dahulu.Saya nak pastikan kita sesuai. nak elakkan putus di tengah jalan. Maka jam 12.30tgh tadi muncullah yg ingin meminang saya. Dia bagitau bhw yg sorang lagi dlm perjalanan. seterusnya seorang lagi telefon pula bertanya jika saya sudi. Wah! memang seronok ni.

Maka setelah perbincangan dilakukan, saya setuju menerima dan mengambil dua orang pelajar untuk diselia pada semester hadapan. InsyaAllah, seorang lagi akan bertemu saya bersama2 dua rakan yg telah saya terima pinangan terdahulu.

Ahad, November 02, 2008

Kelayakan Akademik

Ada pelbagai peringkat kelayakan akademik. Bermula daripada tadika, sekolah rendah dan seterusnya.

Ada yg dapat kelayakan akademik untuk peningkatan di tempat kerja sendiri. Ada yg dapat kelayakan akademik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tetapi tidak diiktiraf untuk kenaikan pangkat. Tapi ada yg mengkaburi pengurusan berkenaan kelayakan akademik yg dimiliki digunakan utk mendapat pangkat yg tidak sepatutnya diterima. Kesannya,organisasi telah membayar pelbagai manafaat kewangan dan bukan kewangan yg sebenarnya tidak patut diberikan kpd individu tersebut. Juga individu berkenaan sebenarnya tidak kompeten utk menjalankan tugas dan amanah setimpal dgn jawatan disandang. Organisasi porak poranda.

Siapakah yg perlu bertanggungjawab? Janganlah takut jika kita benar. Kita akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Sabtu, November 01, 2008

Mengawas Peperiksaan

Menjadi pengawas peperiksaan adalah antara tugas seorang pensyarah di uitm. Maka tiada yg dikecualikan melainkan kerana ada tugas rasmi yg lebih penting.

Ramai yg beranggapan menjadi pensyarah di uitm hanya beri syarahan atau kuliah shj. Ramai yg ingat, pensyarah hanya bertugas selama 14minggu sahaja pd setiap semester, iaitu hanya semasa kuliah berjalan shj. Anggapan2 ini adalah tidak tepat. Maka ada yg terkejut atau tidak mahu menjadi pengawas peperiksaan. Tugas sebagai pengawas peperiksaan adalah tugas mematuhi 'arahan dari masa ke semasa'. Tugas mengawas peperiksaan adalah antara amanah jika kita menjadi pensyarah sambilan. Tidak boleh menolak.

Sedarlah tanggungjawab dan amanah kita sebagai penstyarah di uitm. Jika tidak ingin menjalankan tugas sebagai pensyarah, elok jangan jadi pensyarah.

Persediaan Untuk Peperiksaan

Saya bertugas mengawas peperiksaan hari ini. Calon terdiri drpd pelajar sepenuh masa dan luar kampus.

Saya lihat ramai calon tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan. Kenapa? Adakah lain diajar dan lain diperiksa? Sila beri maklumbalas untuk penambahbaikan di masa hadapan. Saya lihat juga calon2 yg sama pada setiap semester yg kelihatan tidak bersedia untuk duduki peperiksaan. Kenapa? Adakah anda sebenarnya layak mengikuti program pengajian daripada mula?

Peperiksaan untuk menilai kefahaman kita dalam kursus yg diambil pd setiap semester. Jika kita tidak jujur semasa peperiksaan, sebarang rezeki yg diterima hasil ketidakjujuran berkemungkinan rezeki tidak jujur atau halal.