Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, April 30, 2013

Jawatan dan Harga Diri

ada yg bertanya kpd saya, 'kenapa ada yg masih pegang jawatan walau sekian lama? bukankah jawatan itu bukannya tetap dan berpencen?'. ada yg tanya juga, 'ada yg dah lama pegang jawatan, tapi hasilnya tidak seberapa atau masih tiada hasil atau kebaikan kpd organisasi dan masyarakat'.

memang ada organisasi yg jawatan disandang adalah sehingga pemegang jawatan pencen atau bertukar jawatan. ada organisasi dimana jawatan adalah bergilir2. ada yg diberi jawatan kerana kelayakan. ada yg diberi jawatan kerana tiada lain yg layak. ada yg diberi jawatan kerana tiada lain yg sanggup. ada yg diberi jawatan kerana meminta jawatan. kesan baik atau buruk, dinilai oleh mereka yg berada di sekitar pemegang jawatan.

bolehkah jawatan dianggap seumpama sama nilai dgn harga diri seseorang? atau bolehkah hasil drpd jawatan yg diamanahkan disamakan dgn harga diri pemegang jawatan? seorang yg berilmu sedar bhw jika sudah kurang atau tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah, akan meletak jawatan.

Kalo Nok Nunjuk

apabila kaya, yg kaya akan rasa nak menunjuk2. sebab ada rasa risau akan ada yg tak tahu bhw dia telah kaya. ianya naluri seorang manusia. sebab manusia tidak sempurna.

ianya berkait dgn didikan dari kecil. didikan mereka disekeliling kita. berkait dgn budaya kita. berkait dgn tahap kesedaran kita (sama ada betul atau salah). maka penjenayah pun akan rasa nak menunjuk2 juga. kalau tak buat apalah penjenayah lakukan jenayah. penjenayah nak tayang2kan hasil yg didapat (walau pun secara tidak betul).

apabila menunjuk2, maka diharapkan orang akan kagum. diharapkan orang akan hormat dgn kejayaan dgn kekayaan harta. mungkin nk bgtau kpd yg tiada 'kau ada?'. tapi bagi yg sedar, kpd mereka yg menunjuk2 akan terasa meluat. dan rasa kurang hormat sebab menunjuk2 boleh ditafsir sbg menghina mereka yg tak kaya seperti penunjuk.

sedarlah harta adalah ujian. harta adalah amanah.

Bawa Cerita

bawa cerita. buat cerita. ianya berkaitan komunikasi. ianya berkaitan media.

ianya berkaitan tugas. ianya berkaitan tanggungjawab. ianya berkaitan amanah. jika betul cerita, bagus. jika cerita tak betul, maka pembawa berita atau tukang cerita telah buat fitnah. memang sedap buat cerita. sedap lagi ditambah2 kpd cerita. dan akhirnya cerita asal yg betul bertukar jadi tak betul.

alasan cerita tak betul kerana jalankan kerja utk rezeki, maka halalkah rezeki tu? bolehkah disamakan yg bgtau cerita tak betul sama tanggungan dgn pembuat cerita tak betul? cerita sepatutnya sebagai panduan utk kebaikan diri dan masyarakat dunia dan akhirat.

Isnin, April 29, 2013

Sedia Dinaikkan Pangkat

ada yg suka naik pangkat. ada yg tak suka dinaikkan pangkat. masing2 dgn pelbagai alasan.

memang naik pangkat datang dgn pelbagai keseronokan. antara seronoknya sebab pendapatan bertambah.ada yg seronok sebab kuasa bertambah. tetapi ada juga yg tak seronok sebab dgn kenaikan pangkat datang dgn tugas dan tanggungjawab yg lebih besar. amanah yg lebih banyak.

jika berfikiran positif, kenaikan pangkat akan membolehkan kita mempunyai lebih banyak sumber utk berbuat kebaikan kpd diri dan masyarakat. dgn syarat jangan lupa diri. kenaikan pangkat adalah satu ujian hidup. allah murahkan rezeki kpd sesiapa yg dia kehendakki. jangan lupa utk bersyukur kpd allah.

Kaya dan Berjaya

ramai ingin kaya. ramai ingin berjaya. ramai yg kata jika kita kaya maka kita sudah berjaya. ada yg kata sebaliknya.

semalam di surau tajuk kuliah adalah ujian. dan apabila kita kaya sebenarnya kita diuji oleh allah. kaya di sini adalah kaya hartabenda. tapi ada juga kaya dgn pangkat. ada yg kaya dgn anak. kesemuanya adalah ujian kpd kita. lagi kaya kita, lagi banyak tanggungjawab. lagi banyak akan ditanya bagaimana kita beramanah dgn kekayaan kita.

orang kaya ada tanggungjawab kpd yg miskin. miskin boleh bawa kpd kekufuran. ada yg kata miskin harta. ada yg kata miskin ilmu. maka jika kita kaya harta tapi miskin ilmu, adakah kita seorang yg berjaya?

Khamis, April 25, 2013

Masa dan Kerja

masa kita terhad. maka dgn adanya pelbagai 'gadget' sepatutnya membolehkan kita selesaikan tugas dan tanggungajwab kita tentang kerja tanpa alasan perlu kpd 'overtime'.

itu sepatutnya. itu secara logik. tetapi ujian sentiasa datang. antara puncanya adalah apabila ada yg tak senang lihat kita ada masa. atau ada yg fikir negatif bila melihat kita ada masa. atau ada yg suka memberi kerja kpd yg cekap uruskan masa. maka kesannya jika kita pandai urus masa, masa yg berbaki hasil usaha bijak kita diminta oleh orang lain. maka akhirnya kita masih tak cukup masa utk selesaikan kerja.

dan apabila kerja tambahan diberi tak selesai, kita dipersalahkan. mereka lupa kpd tugas asas kita.

Selasa, April 23, 2013

Tanya dan Takut Kepada Kebenaran

ada yg suka kepada kebenaran. ada yg tak suka kpd kebenaran. ada yg suka kpd salah. ada yg tak suka kpd yg betul. Yg mana satukah kita?

bagus banyak bertanya. banyak bertanya membolehkan kita bertambah tahu. bertanya soalan juga membolehkan kita diketahui apa yg kita tidak tahu. ada yg tak risau jika orang tahu kita tak betul. sebab ianya memberi peluang utk kita dibetulkan. tetapi ada juga yg takut orang tahu dia tak betul. sebab samaran yg digunakan akan menyebabkan terbuka dan kurang atau tiada hormat kpd penyamar.

jika betul kita buat utk dapatkan sesuatu, maka kenapa nak tanya dan takut kpd kebenaran?

Isnin, April 22, 2013

Fikir Kereta

saya suka beli majalah kereta. saya suka tengok website kereta utk dijual. saya suka tengok kereta utk dijual.

saya suka tengok ajelah gambar kereta utk dijual. realitinya, nak dibeli kena fikir berkali2. fikir kemampuan nak bayar duit muka. fikir nak bayar bulan2. fikir kemampuan 'maintain'. fikir nak beli utk apa.

memang apabila dilihat gambar kereta terfikir nak beli. fikir seronoknya dapat miliki kereta yg mewah. tentu ramai nak tumpang. tentu ramai terpegun. tapi fikir punya fikir, kalau sebab nak riak, baik tak payah beli. terus menumpang ajelah.

Ada Betul?



Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)

Ahad, April 21, 2013

Kursus Wajib Di Sekolah dan IPT

tadi ada kuliah selepas maghrib. tiada kaitan politik dunia. alhamdulillah. ianya berkaitan hal wajib utk kita. ianya berkaitan solat.

ianya berkaitan solat jamak dan qasar. mendengar perkongsian tadi menyedarkan diri bhw banyak perlu dieprbaiki. selama ini terdapat silap pemahaman.

seeloknya sekolah dan ipt memfokuskan kursus melakukan solat secara betul. solat adalah rukun islam kedua. kalau solat tak betul, bagaimana nak ambil kira yg lain. bagi fsr dan fakulti yg punya program seumpamanya, iaitu banyak mermusafir, elok dipastikan ada buku atau taklimat utk solat jamak dan qasar. bersama kita perbaiki diri untuk hari kemudian kita.

maka dlm program mesra siswa baru dan sebagainya, mesti diadakan bagaimana nak bersolat wajib dan bersolat sunat.

Kalau Nak Jadi Ketua

kalau nak jadi ketua atau pemimpin, dalam islam ada contoh syarat perlu dipenuhi. bukannya pilih ikut suka shj. bukannya yg nak jadi ketua suka2 desak dia layak jadi ketua tapi tak penuhi syarat.

pilihlah ikut 4 sifat rasulullah s.a.w. sidik - boleh dipercayai dan membenarkan apa orang lain kata. cakapnya berfakta. apabila dia berkata, kita boleh yakin kebenarannya. bukan cakap ikut sedap shj. fatanah - berilmu, berfakta juga. bukan cakap kosong. amanah-jujur dan ikhlas menjalankan tugas, bukan niat utk kepentingan diri shj, bukan makan gaji buta. tabligh - menyampaikan, berkongsi ilmu yg bawa kebaikan kpd diri dan organisasi.

jadi boleh dikatakan senang nak cari ketua berdasarkan 4 sifat. kalau takde yg layak dlm organisasi, cari di luar. pengikut pun bertanggungjawab. tak boleh lepas tangan. sebab mereka yg terdesak suka salahkan orang lain.

Anak dan Amanah

majlis aqiqah berkaitan kesyukuran menyambut ahli keluarga yg baru. ibubapa, kaum keluarga dan kenalan akan gembira dgn kehadiran ahli yg baru.

yg gembira akan cuba nak bgtau setiap pencapaian anak. drpd mula lahir sehingga kejayaan lain, direkodkan dgn gambar. sambutan hari lahir diadakan dgn gembira. dan pelbagai lagi cara meraikan kegembiraan dgn kehadiran seorang anak. anak seumpama kekayaan kpd ibubapa.

tapi bukan semua gembira menerima anak. ada yg tak suka kerana dapat anak bukan jantina diharapkan. ada yg tak suka sebab memang tidak mahu anak. dan pelbagai lagi alasan jika tak suka apabila dapat anak.

yg pasti, ramai terlupa. anak adalah ujian kpd ibubapa. anak adalah amanah. ibubapa yg mencorakkan masa depan anak. jika salah didikan, ibubapa akan tanggung bukan shj di dunia tetapi di akhirat. tak guna memanjakan anak jika bukan dgn cara betul. anak boleh menarik ibubapa dari ke syurga pergi ke neraka (spt satu hadith - sila betulkan jika saya silap). ingatlah anak adalah amanah.


Sabtu, April 20, 2013

Ada Yg Menghargai

penghargaan berkait penghormatan. penghormatan berkait pengiktirafan. pengiktirafan berkait ilmu dimiliki.

ada yg mengatakan bhw apa yg ada sy lakukan adalah tidak betul. ada yg mengatakan bhw saya akan dipandang rendah oleh ramai dgn apa yg telah saya lakukan. dan pelbagai andaian negatif.

walau bagaimana pun, sebenarnya hanya beberapa org shj yg berpandangan negatif. ianya berkaitan kepentingan peribadi. berkaitan mendapat duit tambahan. berkaitan harapan tidak dipindahkan. tetapi yg memberi komen positif adalah jauh lebih ramai. ramai yg bersetuju dgn apa yg telah saya lakukan. ramai yg kata patut dah lama dilakukan oleh mana2 pihak. yg bersetuju secara diam pun ramai. ramai yg menghargai. terima kasih.

ada yg berkata, yg tak buat sebelum ni sebab tak berani. walaupun tindakan adalah betul. takut kpd suara tinggi. takut kpd gelaran. takut kpd jelingan. tapi bak kata ramai, apa nak risau jika kita betul. yg perlu risau jika apa yg dilakukan adalah salah. dan tindakan yg bakal diambil ke atas tindakan yg salah.


Aqiqah dan Hari Lahir

selepas zohor tadi ke rumah saudara. ada majlis aqiqah dan sambutan hari lahir. antara dua majlis yg membolehkan kita berjumpa saudara-mara yg biasanya jarang dapat berjumpa kerana tugas harian.

.menu utama adalah kambing. tetapi saya terpaksa menunggu utk merasa sekeping shj drpd pusingan kedua hidangan kambing. semasa sampai dah habis hidangan kambing panggang pusingan pertama. selain drpd kambing panggang ada pelbagai juadah lain.

semalam hadir ke majlis tahlil. ianya mengingatkan bhw mati itu adalah pasti. hari ini majlis aqiqah dan hari lahir kanak2. ianya mengingatkan bhw kitaran hidup adalah berterusan. akan ada yg pergi. dan akan ada yg mengganti.

bagi ibubapa dan keluarga, satu kelahiran adalah satu masa yg menggembirakan. ianya satu permulaan. ianya berkaitan tugas dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak2. ianya berkaitan amanah.

Jumaat, April 19, 2013

Tahlil dan Kita

selesai solat isyak tadi, imam memaklumkan bhw ada jemputan utk majlis tahlil di rumah dalam kariah. sesiapa yg berkelapangan dijemput hadir.

alhamdulillah, ramai drpd jemaah isyak di surau yg turut hadir walaupun bukan semua. dan di rumah yg diadakan majlis penuh dgn tetamu saudara dan kenalan arwah. walaupun sebuah rumah teres, masih selesa utk majlis tahlil. ayah saya mengetuai majlis. alhamdulillah.

majlis tahlil dan talkin mengingatkan kpd yg masih hidup bahawa janji allah - mati adalah benar. yg kaya dan yg miskin akan mati. yg rumah besar dan rumah kecil tetap akan mati. yg gaji besar dan gaji kecil akan mati. yg kereta besar dan yg kereta kecil akan mati. yg berpangkat besar dan yg pangkat kecil akan mati.

jadi tak perlulah nak berebut harta. berebut pangkat. jika niat utk senang di dunia shj. jika nak menunjuk2 di dunia shj. sedarlah bhw kita semua akan mati. emas, permata, pakaian mahal, bintang dan pingat, kelayakan akademik, jawatan, semua adalah nikmat dan ujian di dunia. dan akan dipersoalkan bagaimana kita dapat dan gunakannya secara amanah.

Khamis, April 18, 2013

Gelaran

gelaran bukan nama sebenar. ianya mungkin diberi kerana sesuatu perkara, sesuatu usaha, atau macam2 lagi.

ada yg suka dpt gelaran. ada yg tak suka. ada yg gila gelaran. sampai sanggup marah2 jika dipanggil tanpa diletakkan gelarannya. ada yg tidak suka menunjuk2 atau sengaja tidak mewar2kan gelaran yg ada. di luar negara mereka yg ada phd lebih selesa dipanggil dgn nama mereka shj. berbanding kita di malaysia akan memanggil secara penuh prof dato hj ...

tadi saya hadir majlis di surau. tuan rumah adalah anak kpd tan sri. kedua2 ayah dan ibunya adalah tan sri. tapi anak mereka tidak meletak namanya ...bin tan sri... sebaliknya hanya ... bin .... lagi dihormati ramai sebab tak menumpang gelaran ayah dan ibu.

Rabu, April 17, 2013

Diam Tak Diam

adakalanya lebih baik diam. adakalanya elok berkata2.

adakala diam tanda betul. tapi adakalanya diam mungkin tidak betul. jadi perlu tak diam. perlu berkata2. sebab ada yg beranggapan bhw jika kita diam bermakna betullah kita tak betul. sebagaimana dikatakan oleh pihak lain. dan anggapan atau andaian tidak semestinya betul jika hanya mendengar sebelah pihak shj, kemungkinan apa yg dikatakan adalah berat sebelah.

maka walau pun niat nak diam shj. tapi sbgmana pengalaman, elok juga tak diam. maka apabila berkata2 kepada yg bertanya, maka jelas kpd yg bertanya bhw siapa yg betul. siapa yg pandai guna tipudaya. siapa yg ada kredibiliti. siapa yg hanya seorang pseudo atau menyamar shj.

sekali terkena mungkin sebab pada awalnya berfikiran positif kpd pihak lain. tapi terkena kali kedua dan seterusnya, kita seolah2 tidak berilmu atau kurang berilmu. maka jangan guna alasan 'janganlah bagitau orang lain masalah kita' kerana alasan ini kelak akan merobohkan organisasi. jika yg buat salah tak kita ambil tindakan sewajarnya, maknanya kita turut bersubahat.

Jomla Kalau Berani

best bunyinya. macam nak gaduh. hehe..ingat saya takut.

biasanya ayat 'jomla kalau berani' membawa pelbagai maksud. lain yg menyatakannya, lain maksudnya. lain yg menerimanya, lain kefahamannya. jika saya menerima ayat di atas, saya akan terima dgn positif. dah biasa. kalau betul berani dan berani betul, jomla.

tapi pastikan anda faham peraturan. anda perlu betul2 bersedia. jangan hangat2 tahi ayam aje. pastikan cukup stamina. jangan sekerat jalan suruh orang lain ganti.

maka bagi yg berminat, silakan. maklumkan awal kpd saya. supaya geng2 saya bersedia. kita lawan habis2. jangan sampai menyesal. tapi pastikan geng pakai baju sama warna. nanti pening kepala nak bezakan mana geng sendiri, mana geng lawan semasa bermain futsal.

Jika Betul Jangan Risau

kita biasanya akan risau jika kita lakukan kesilapan dan kesalahan yg akan atau diketahui pihak lain. apabila pihak lain tahu kita buat silap atau salah maka kita risau tindakan sewajarnya akan diambil terhadap kita.

tapi jika kita buat kerja dgn betul. buat kerja dgn jujur. buat kerja dgn ikhlas. buat kerja utk kebaikan organisasi dan diri. buat kerja semaksima dgn kemampuan kita. perlukah kita risau? perlukah kita persoalkan jika kerja pihak lain secara betul, telus, tepat, ikhlas, untuk kebaikan organisasi kita persoalkan?

jika kita betul kenapa perlu kita risau. jika orang buat kerja dgn betul kenapa perlu kita risau. untuk pastikan kita betul kita perlu ada panduan. jika tak betul maka perlu dibetulkan. tapi jika niat kita buat kerja drpd awal bukan secara betul maka memang kita perlu risau. risau bukan shj tindakan sewajarnya di dunia tetapi juga di akhirat.

Ibu dan Anak

ada panggil ibu. ada panggil mama. ada panggil mummy. ada panggil bonda. ada panggil emak. dan ianya dirujuk panggilan kepada seorang yg melahirkan kita.

ada yg bangga dgn ibu mereka. ada yg tak bangga. ada sebab masing2. mungkin sebab kebolehannya. mungkin sebab kenalannya. mungkin sebab hartanya. mungkin sebab cara ia membesarkan kita. mungkin sebab kelayakan akademiknya.

kelayakan akademik diandaikan menandakan tahap ilmu pengetahuan seseorang secara formal. jika kelayakaan akademik anak2 dikira sebagai kelayakan akademik seorang ibu, maka seorang ibu boleh ada 2kelulusan doktor perubatan, 3sarjana dari um, 1sarjana dari uitm, kelayakan akademik dari malaysia, scotland, england, india, german dan north ireland.

tapi yg menggembirakan dan yg lebih penting bagi seorang ibu adalah anak yg hidup dan matinya sbg seorang muslim. solat 5waktu. tidak lupa kpd kedua orang tua. jangan jadi tanggang.

Perlu Jawab?

apabila kita lakukan sesuatu, akan ada yg bertanya. kenapa? buat apa? perlu ke? dan macam2 lagi. ada bertanya dgn niat baik. ada bertanya dgn niat tak baik.

jadi, perlukah semua soalan saya jawab. tak perlu. sebab ada soalan yg tak perlukan jawapan. dah terang lagi nak bersuluh. rugi tenaga dan masa. serta duit bateri utk lampu suluh.

saya suka yg datang jumpa saya terus. tadi ada yg berjumpa saya. dia dengar macam2 berkaitan saya dgn seorang tertentu. dan spt kata yg jumpa saya, manusia biasanya akan menyebelahi kaum perempuan. manusia akan andaikan yg teraniaya adalah kaum perempuan. maka sbg seorang yg terpelajar dan berpendidikan, beliau ingin kepastian drpd saya. tentang gosip. sebab dia pun turut terasa apabila dinyatakan 'orang takde anak tak tahu', 'kenapa masa yg ada tak pi cari jodoh'.

setelah saya jelaskan tentang keadaan berdasarkan persepsi saya, pelawat saya berpuashati. dia gembira sebab mendengar drpd dua belah pihak. dia sudah dapat menilaikan yg mana betul, yg mana kaki tipu. maka yg menipu makin kurang dihormati. alhamdulillah.

Geng atau Tak Geng

maksudnya 'kawan atau bukan kawan'. jika kawan kita jaga kebaikan bersama. jika bukan kawan sila jauhkan diri utk kebaikan sendiri.

dalam masyarakat dan organisasi, biasalah kita akan berpuak2. kita akan duduk, berborak, pi makan dan pelbagai lagi aktiviti bersama kawan kita. dgn mereka yg kita rasa selesa berada bersama. dan kita akan jauhkan diri drpd bersama mereka yg tak ikut kehendak kita. yg tidak akan menyenangkan kita. saya banyak kali berada dlm situasi di mana saya akan lebih suka melarikan diri (tak geng) drpd turut serta melakukan benda yg tak betul (spt tipu claim).

tidak kira usia, jantina, pendidikan, dll. kita biasanya akan bertindak mencari utk bersama mereka yg menyeronokkan kita. mungkin sebab kawan adalah secara umumnya kita andai mereka yg hanya mengiyakan apa kita kata. kawan adalah mereka yg sentiasa menyokong kita. tetapi kita biasa lupa, dalam berkawan perlu ada yg mengingatkan dan memperbetulkan kita. jika tidak kita jadi umpama 'luncai dgn labunya'. selepas luncai tenggelam, kehidupan masih diteruskan.

Selasa, April 16, 2013

Mencari Jerami

mencari jerami atau 'grasping fo a straw'. ianya berkaitan tindakan oleh seseorang apabila kesilapan dan kesalahan yg mungkin terlepas daripada pandangan atau tindakan sudah mula disedari atau akan diambil tindakan terhadap pesalah.

mungkin pada awalnya tiada yg nak ambil tindakan sebab nak bagi peluang berubah melalui kesedaran. mungkin tiada yg nak ambil tindakan sebab apabila dipersoalkan tindakan yg silap dan salah, pelaku akan meninggikan suara dan menyergah yg berani mempersoalkan beliau. kononnya beliau sentiasa betul dan orang lain shj yg buat salah.

dan apabila akan berlaku tindakan terhadap kesilapan dan kesalahan, mulalah meroyan. marah sana sini. orang lain salah. kemudian cuba dapatkan simpati. 'kenapa dia? tak kasihankan dia?' ini adalah reaksi biasa pesalah. bahagian penyelidikan psikologi dah faham sangat kerenah pesalah.


Tingkap Yang Pecah

saya pernah katakan berkaitan perkara tingkap yg pecah. teori 'broken window'.

jika tingkap yg pecah tak dibaiki atau diganti, akan berlaku kerugian lebih besar. dan kerugian ini mungkin sehingga tahap kerugian nyawa. buka shj kerugian duit. jadi janganlah sebab nak ebrjimat sedikit, tak mahu tukar cermin tingkap yg pecah, akhirnya rumah dimasuki perompak. lagi teruk pembunuh memasuki rumah kita melalui tingkap yg pecah. pengajarannya, perbaiki lah kesalahan atau kekurangan walaupun sedikit.

sekarang ni dah banyak penjaga atau tuan rumah melakukan pertahanan utk kebaikan diri dituduh melakukan jenayah. contohnya seorang mangsa rogol dijatuhkan hukuman kerana mencederakan perogol. atau tuanpunya rumah dikenakan hukuman bunuh kerana membunuh sebagai mempertahankan diri dan harta. maka berlaku persoalan tentang keadilan dan kebijaksanaan manusia.

utk kebaikan bersama perlu ada yg mulakan sesuatu walaupun pahit. walaupun ada yg mencerca. tapi kebenaran akan terserlah di pihak yg benar. kalau tak di dunia, insyaallah di akhirat.

Isnin, April 15, 2013

Masa Pantas Berlalu

semakin hari semakin cepat rasanya bagi saya masa berlalu. insyaallah jika panjang umur, 4tahun lagi usia mencecah 50tahun.

sehari cepat berlalu. bermula dgn thumb-in, membaca, brunch (jimat duit dan masa?), kelas, dah nak thumb-out. selepas makan malam hanya sekejap aje masa utk menonton tv. seminggu terasa cepat apabila dah masa nak solat jumaat. sebulan terasa cepat apabila senarai kedatangan pelajar perlu diedarkan yg baru. kalender islam yg menjadi penanda adalah bulan puasa, syawal dan hari raya korban.

maka masa terus berlalu. bekalan masih belum cukup. hutang2 banyak lagi. dunia perlu diketepikan supaya bukan matlamat utama. masa yg abadi adalah di akhirat.

Betul dan Salah

ianya berkaitan pilihan. ianya berkaitan keputusan. ianya berkaitan tanggungjawab. ianya berkaitan amanah.

betul dan salah. akan ada yg sentiasa kata dia betul. akan ada yg sentiasa kata dia salah. akan ada yg kata kadang2 dia betul, kadang2 dia salah. ianya berkaitan dgn ilmu. ianya berkaitan dgn kesedaran. ianya berkaitan dgn keinsafan (insight?). ianya berkaitan ego. ianya berkaitan hubungan.

jika kita betul. alhamdulillah. jika kita salah. mohon maaf. ianya peringatan bahawa kita bukan sempurna. kita hamba allah. dan betulkanlah yg salah. jika diberi peluang utk betulkan yg salah, alhamdulillah. allah maha mengetahui dan maha adil.

Ahad, April 14, 2013

Lompat ke Rumusan

lompat ke rumusan atau terus membuat andaian. dlm bahasa inggeris adalah 'jumping to conclusion'. ianya sesuatu yg ramai drpd kita lakukan.

walaupun ramai lakukan, ianya tak semestinya tindakan yg betul. walau apa pun alasan utk buat lompatan, ingat pepatah inggeris juga 'look before you leap'. lihat dulu sebelum melompat. tidak kiralah lompat pagar atau sebagainya. ini utk mengelak drpd mendapat kesan negatif apabila membuat sesuatu tanpa berilmu atau secara kurang berilmu.

kita terbiasa buat andaian berdasarkan beberapa sebab. antaranya nak cepat. dan kebiasaannya juga sebab peribadi. maka ada yg kata saya lakukan sesuatu utk balas dendam. kenapa saya nak berdendam? jika silap saya, saya terima. jika bukan silap saya, yg buat silap akan malu. yg buat andaian yg silap akan turut malu.

membuat lompatan ke rumusan mencerminkan tahap ilmu kita. betulkan yg biasa. biasakan yg betul.

Kerja Orang Sama dan Kerjasama

ada beza antara kerja orang sama dan kerjasama. kerjasama melibatkan ramai orang. kerja orang sama hanya melibatkan kerja oleh orang yang sama shj.

dlm mana2 organisasi, kita harapkan kerjasama drpd pelbagai pihak. lagi bagus jika semua pihak dlm organisasi. maka sama2 rasa susah. dan sama2 menikmati kesenangan hasil payah bersama.maka sama2 akan puashati dgn hasil kerja bersama. kepuasan hati atau sebaliknya dirasai drpd ketua sehingga yg paling bawah. sama2 faham tanggungjawab masing2 apabila bekerjasama.

tapi kalau kerja orang sama aje. akan ada pelbagai komen drpd yg tak turut bekerja. dan komennya selalu negatif. bagi orang sama yg bekerja (bukan ambil nama), lama2 akan burn out. sebab bila time nak buat kerja, akan panggil atau arah orang yg sama. tidak kira kerja disuruh buat selepas waktu pejabat atau di hujung minggu atau di hari cuti. itulah padahnya jika kita pandai buat kerja.

yg tak buat atau tak pandai buat kerja akan tetap dapat gaji bulan2 dan naik gaji tahunan. malah mereka yg tak produktif juga boleh naik pangkat atau dapat gelaran. yg buat kerja tetap buat kerja. dan jika dapat bos yg tak faham, tak akan terima cadangan atau pandangan utk bersama menaikkan organisasi. kajian ada menunjukkan bagaimana mereka yg cemerlang atau produktif meninggalkan organisasi sebab mempunyai bos yg tak berilmu memimpin.

maka saya tak bersetuju dgn konsep kerja secara tetap dan berpencen. ianya menggalakkan organisasi mempunyai pekerja yg seumpama biawak hidup atau yg perasan seumpama gajah putih. pemimpin atau ketua akan ditanya bagaimana kuasa diamanahkan digunakan.

Sabtu, April 13, 2013

Kuasa dan Amanah

ramai yg nak kuasa. walau pun kita tak nak kuasa tetapi sebenarnya kita semua ada kuasa. cuma kuasa kita terbatas. yang maha berkuasa adalah allah shj.

manusia dijadikan utk beribadat kpd allah. dan manusia dilantik menjadi khalifah di muka bumi. sebagai pemimpin. dan sbg pemimpin mempunyai kuasa yg tertentu. kuasa yg ada pada makhluk allah adalah amanah. maka kita akan perlu bertanggungjawab dgn cara dan utk apa kuasa yg kita ada. lagi tinggi gelaran, pangkat dan jawatan, maka selalunya makin tinggi dan besar kuasa.

tapi setinggi dan sebesar mana pun jawatan kita, kita perlu jawab kpd allah. kita kena ingat. jadi apabila nak buat keputusan atau arahan, ianya melibatkan hal amanah. jika arahan membazirkan sumber duit atau melibatkan duit (spt tenaga, masa) yg diamanahkan kpd kita, maka sedarlah kita perlu jawab. jika sumber disalahguna atau dibazirkan atau melibatkan hak orang lain, kena jawab juga. mungkin terlepas di dunia. tapi beratlah bila kena jawab di akhirat.

Rezeki dan Sedekah

utk mendapat rezeki tak perlu menunjuk2. untuk memberi sedekah tak perlu menunjuk2. menunjuk2 di sini adalah bertindak secara sombong.

hadirkan diri secara ikhlas untuk dapat rezeki. hadirkan diri secara ikhlas utk bersedekah. dan ada dikaitkan rezeki dgn sedekah. jika kita rajin bersedekah secara ikhlas dan jujur, insyaallah kita akan dimurahkan dgn rezeki yg halal.

semalam dan pagi tadi sy hadir ke dua majlis. kedua2 majlis kesyukuran. satu utk pengantin baru. satu lagi utk kelahiran anak baru. kedua2nya membolehkan sy mendapat rezeki - juadah, dan juga kenalan baru. ianya berkaitan dgn kesediaan bersedekah - tenaga dan masa. maka jika kita bersedekah dgn ikhlas, kita dibalas dgn rezeki yg diberi oleh penerima sedekah kita secara ikhlas juga.

tahniah dan terima kasih kpd kedua2 tuanpunya majlis. komplen saya spt biasa apabila hadir majlis yg ada makan - alhamdulillah makanan banyak, dan sedap. risaunya berat badan saya akan bertambah. tapi jangan serik jemput saya lagi.

Jika Kena Pindah

jika kena pindah maka... post berkaitan jika saya kena pindah mendapat bacaan yg tinggi. kenapa?

tapi jika kena pindah jauh2,,ada yg tawarkan, buat apa nak pi jauh2? mai la balik ke ctss. kalau tak pun ke intekma. kalau tak pun ke sek 17. jauh sikit ke putrajaya?

hmm, yg tawarkan tempat2 ni kpd saya ni sebab apa? tapi saya yakin (insyaallah) bukan sebab saya tak buat kerja. bukan sebab saya tak pandai buat kerja. bukan sebab sy tak tahu atau pandai berhubungan dgn orang. bukan sebab saya bawa kereta kecil. bukan sebab saya pangkat rendah. terima kasih kpd yg yakin dgn kemampuan sy utk menjalankan tugasan dgn kemampuan saya.

yg pandai menilai adalah yg pandai. yg ada ilmu. bukan kerja ikut emosi. bukan keran id dlm psikoanalitik. mungkin kerana ego spt didefinisikan freud.

Jumaat, April 12, 2013

Tugasan dan Kepakaran

apa itu tugasan? sesuatu yg perlu dilakukan dgn sebaik kita mampu. apa itu kepakaran? sesuatu yg boleh dilakukan dgn sebaik kita mampu. maka seeloknya satu tugasan diberi kpd mereka yg pakar berkaitan tugas tersebut.

contoh, seeloknya yg ajar akaun ada asas akaun. yg ajar matematik ada asas matematik. yg ajar sejarah ada asas sejarah. asas di sini dikaitkan dgn pendidikan formal seperti sijil, diploma dan sarjana muda. sebab kita andaikan bhw jika sijil akaun maka minima kita belajar asas satu akaun. jika diploma akaun maka minima belajar asas dua akaun. dan jika ada sarjana muda akaun kita andaikan belajar asas tiga atau lanjutan akaun.

ianya berkaitan minat, bakat dan kebolehan. jika hanya ada minat tetapi tiada kebolehan, ada kemungkinan tugasan tidak selesai. atau selesai lambat. atau selesai tetapi tiada atau kurang kualiti. tanggungjawab kembali kpd ketua memastikan dipilih yg terbaik utk satu2 tugasan. sebab hasil kerja berbalik kpd ketua juga.

tetapi adakalanya sebab ketua dah takde pilihan lain maka dipilih seseorang utk tugasan tertentu. kita harapkan pilihan sebab positif dan kesan positif.

Suara dan Kuasa

ada yg kaitkan suara dgn kuasa. jika kita bersuara besar, diandaikan kita berkuasa besar.

maka diandaikan bhw jika suara kita lebih besar, maka kuasa kita lebih besar. satu tanggapan biasa. maka jika bersuara besar dgn orang lain diandaikan kita berkuasa lebih drpd org yg bercakap dgn kita. ada betul. ada salah. bergantung kpd keadaan.

ada orang tidak perlu bersuara besar. atau pun bercakap besar. utk tunjukkan kuasa yg ada. kita sebenarnya lagi risau kalau bos berbicara dgn kita dgn suara yg rendah. bukan bermakna bos kita tiada atau kurang kuasa berbanding kita. sebaliknya apabila kita perlu bersuara rendah atau kecil utk menunjukkan kuasa kita tanda bahawa kuasa kita adalah tersurat dan tersirat. dan kuasa kita dihormati kerana ilmu dimiliki kita dan mereka yg berbicara dgn kita.

dlm psikologi jika kita perlu tunjuk 'kebesaran' kita, kita masih ditahap kebudakan usia maksima 6tahun. bacalah terapi psikoanalitik.

Khamis, April 11, 2013

Keno Pindoh?

gamok2nyo ambo keno pindoh kot. lepah ado oghe jupo bos besar komplen pasal ambo? ada yg nyatakan kpd saya '...u buatlah kerja u...' yg seolah2 bermakna saya tak buat kerja saya.

pagi tadi saya berbicara dgn no1 hea. selepas itu berbicara dgn no1 anak syarikat uitm. kemudiannya berbicara dgn no1 koperasi uitm. petang pula dgn no1 di fakulti. mungkin saya banyak masa dan tak buat kerja maka saya mudah berbicara dgn mereka ini kot.

ada yg bgtau saya, 'cebad cuba dptkan utk uitm ...'. ada juga yg berkata,'bad, u continue dgn ceo...'. ada yg berpesan,'bad u buat phd lepas tu minta prof madya terus...'. jadi saya lebih percayakan yg mendorong saya dan meminta bantuan saya secara positif utk kebaikan diri dan organisasi. yg lain2 tu, sila bayar balik kerugian kpd uitm. kemudian pindah dari uitm.

Letih Layan Budak2 - 2

budak2 selalunya buat tanpa guna akal. maklumlah kurang berakal. atau bahasa betulnya kurang ilmu.

maka utk kebaikan bersama, kita dan budak, perlulah ditegur. jika tak ditegur, maka kita akan dipersalahkan iaitu ditanya kenapa tak tegur kesalahan dilakukan. tapi budak tetap budak, apabila ditegur kesalahan, akan bertanya kenapa perlu tegur. atau ditanya kenapa tegur saya. atau ditanya kenapa tegur saya sahaja. macam2 lagi soalan ditanya. jika budak bagus dia bertanya soalan utk peringatan. jika budak kurang bagus akan bertanya utk menunjukkan keangkuhan dan kebudak2annya.

memang letih melayan budak2. letih lagi layan yg bukan budak tapi perangai macam budak. bagus juga belajar psiko-analitik dan ego-defense mechanism. ianya mengelak kita drpd melatah dan turut jadi budak2.

Kita dan Kawan

itulah kebiasaan. kita akan tolong kawan kita. dan kawan kita akan tolong kawannya. jika kita baik, kawan kpd kawan kita adalah diri kita. maka kita berkawan utk kebaikan diri dan kawan kita.

selalunya kawan adalah mereka yg kita suka. seeloknya yg kita suka utk kebaikan bersama, pihak lain dan lain2. dan sebaiknya kita berkawan utk kita sejahtera dunia dan akhirat. seeloknya berkawan bukan sebab kepuasan material/dunia. maka seeloknya berkawan bukan berdasarkan kekayaan dunia seseorang.

keikhlasan dlm berkawan adalah penting. jangan hipokrit. memang ada yg berkawan berdasarkan jawatan. berdasarkan harta dunia. itu semua dunia bak kata kak Intan (kawan saya yang berpangkat datin). pilih lah kawan yg setia. kawan yg jaga kebaikan kita dunia dan akhirat. jangan pilih yg tidak asli dlm berkawan.

Rabu, April 10, 2013

Jika Untuk Bermegah

saya terfikir. jika sesuatu dikejar untuk bermegah, maka adakah elok dikejar?

ada yg nakkan jawatan kerana bermegah dgn jawatan tersebut. kerja tak nak buat. amanah tak dijalankan. tetapi nak menunjuk2 kpd orang lain bhw dia ada jawatan. ada kuasa. maka dia kononnya lebih tinggi taraf drpd orang lain.

ada yg nakkan kelayakan akademik kerana nak bermegah dgn kelayakan akademik yg ada. tapi ilmu akademik berkaitan tiada atau kurang. kalau ditanya akan ditengking balik. gunakan ego-defense mechanisme. malah ada yg membeli kelayakan akademik. asalkan ada kelayakan akademik di belakang nama atau paling tinggi di depan nama.

maka jika sesuatu dikejar utk bermegah, ambillah. saya tidak sakit hati. saya tak berdengki pun. janji jangan ambil hak saya. jika ambil hak saya, saya akan tuntut di akhirat. dan jika kejar sesuatu utk bermegah, bagi saya tak perlulah saya kejar. tak minat pun.

Hutang dan Hak

hutang bermakna perlu dibayar. hutang berkait dgn hak. jika hutang tak dibayar di dunia, maka akan dituntut di akhirat.

hutang biasanya dikaitkan dgn duit. maka jika kita dah ambil duit yg sepatutnya milik orang lain sama ada seperti mencuri, merompak, dll, tuan milik asal berhak menuntut hutang daripada kita. contoh lagi, katakan kita sepatutnya terima rm500 tetapi yg memberi kata kita hanya layak dapat rm250. baki rm250 diambil pemberi kononya dia lebih berhak. jika bukan rezeki kita, kita redha. tetapi bagi saya jika ianya adalah rezeki saya tetapi diambil/dirampas oleh orang yg tak beramanah, maka saya akan tuntut di akhirat.

di dunia orang yg kononnya bijak boleh mengkaburi mata orang lain. boleh menjadikan hak orang lain jadi hak dia dgn kata2 atau perbuatan tidak jujur atau ikhlas. tetapi kita tahu bahawa allah maha mengetahui dan maha adil. kita akan dibenarkan menuntut hak kita di akhirat. tunggu ajelah

Selasa, April 09, 2013

Matlamat Kita

apakah matlamat kita? apakah motivasi diri kita? adakah sejahtera dunia? adakah sejahtera akhirat?

matlamat memainkan peranan penting dlm hidup. dlm kaunseling, penetapan matlamat adalah penting. adakalanya dgn kesedaran, matlamat bertukar. atau matlamat tetap sama tetapi usaha dan jalan mencapai matlamat berubah.

apakah matlamat anda? matlamat saya adalah sejahtera dunia dan akhirat. saya ingin mengelak drpd berhutang yg dituntut kpd saya yg mana saya perlu jelaskan di akhirat. tapi akhirat mana nak dapat duit nak bayar hutang. dan saya rasa tak akan ada yg nak bagikan pahala yg dia ada utk bayar hutangnya. sebab kita inginkan sebanyak mungkin pahala dan seminima mungkin dosa.

maka rujuklah kpd kitab yg benar sbg panduan dan paduan hidup kita. semoga kita semua sejahtera dunia dan akhirat.

Heaven or Oven

heaven or oven. bermakna sejahtera atau derita. juga mungkin syurga atau neraka.

saya merujuk kepada suhu dan suasana di bilik saya. alhamdulillah setelah dibaiki, 'aircond' bilik saya sudah beroperasi semula. sebelum ini saya menggunakan 3buah kipas utk merendahkan suhu di bilik saya. rekabentuk tingkap pula tidak sesuai untuk tiupan angin drpd luar masuk ke bilik saya. maka saya perlu membuka pintu. mereka yg lalu-lalang di depan bilik saya biasanya akan menjengok ke dalam bilik saya. jika yg kenal akan tegur saya.

ada bagus ada tidak bagus semasa aircond tak berfungsi. orang lain mudah mengetahui keberadaan saya di bilik saya. cuma kurang 'privacy'. biar lambat asal terbaiki. terima kasih kpd yg terlibat menjadikan bilik saya seumpama heaven semula.

Ahad, April 07, 2013

Urus Duit

saya kongsi ilmu urus duit dgn pelajar fsr. dulu semua pelajar diploma dan sarjana muda wajib ambil. sekarang tidak lagi. sebab ada yg berpandangan bhw berilmu dlm mengurus duit tidak penting.

tapi bukti menunjukkan sebaliknya. ada yg sanggup bekerja walau pun sakit. sebab nak cari duit. nak bayar belanja. nak bayar hutang. ada utk tambah harta. tapi yg ramai kerana nak bayar belanja dan hutang. maka akan ada yg sanggup buat apa sahaja utk dpt duit tambahan. utk tambah pendapatan. tetapi tidak utk pandai urus duit melalui kurang berhutang. dan ramai yang tak mahu urus duit melalui kurang berbelanja.

sedih juga. sebab sampai ada yg sanggup buat buku ciplak. dan jual utk dapat duit. buat program palsu utk dapat duit. buat tuntutan palsu utk dapat duit. jual ilmu palsu utk dapat duit. maka ramai yg motivasi dapat duit walau pun mungkin salah. ianya kerana duit dijadikan matlamat bukan sebagai alat ke arah kebaikan dunia dan akhirat. jadi jika ada graduan fsr yg jadi sebegini, siapa yg patut dipertanggung jawabkan jika mereka menyatakan mereka tidak diberi peluang belajar urus duit semasa di fsr?

oh ya. saya bukan seorang yg kaya dgn duit. maklumlah saya gred pensyarah. kereta pun beli yg 2nd hand. makan berkira. pakaian yg murah2.

Khamis, April 04, 2013

Jika Niatnya Baik

insyaallah, jika niat kita baik, kita akan dipermudahkan usaha yg dilakukan. insyaallah hasil dicapai sebagaimana niat.

dua malam lepas semasa perasmian agm peers 2013, pak su soder, ketua pkk bercerita pengalaman beliau dan usaha beliau utk mendapatkan parkir. dgn doa dan bacaan tertentu, insyaallah harapan mendapatkan parkira berjaya. dan mengikut beliau, alhamdulillah, ianya berjaya sehingga kini.

tadi saya terfikir bhw saya akan lambat sampai ke rumah. sebab kerja yg belum selesai. dan saya terfikir nak telefon maklumkan bhw saya akan lambat. jadi ayah tak perlu tunggu saya untuk ke surau. alhamdulillah, kerana niat yg baik, saya berjaya sampai ke rumah sebelum maghrib. walau bagaimana pun, hanya dapat ke surau selepas solat maghrib di rumah dgn ayah sbg imam.

maka sentiasalah berniat baik, berusaha, berdoa kpd yg maha esa, dan bertawakal. insyaallah, niat akan tercapai.

Selasa, April 02, 2013

Jika Sudah Tak Ikhlas

jika bekerja tidak ikhlas. makin lama makin terserlah kpd ramai orang.

jika selama ini bermuka2. makin lama akan kelihatan wajah sebenar. tingkah laku yg tersurat dan tersirat. apabila tidak ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab, makin lama makin kurang dihormati. gelaran, pangkat, jawatan tidak lagi dihormati orang lain. cakaplah sekuat mana. tingkahlaku yg sebenar lebih kuat di'dengar' drpd suara yg dilontarkan.

maka jika tidak mahu bertanggungjawab, perangai akan spt budak2. baling batu sorok tangan. kemudian akan sentiasa salahkan orang lain. sebab tidak amanah dlm menjalankan tugas. ianya berkaitan kejujuran dan keikhlasan.

Seperti Biasa La

tuan. arahan seperti biasa? ya. arahan seperti biasa.

tugas macam mustahil nak berjaya. tetapi apabila kita biasa berjaya melaksanakan tugas yg mustahil bagi pihak lain, maka tugas diberi kepada kita. dan ya, arahan seperti biasa. arahan adalah umum. arahan adalah tidak jelas. arahan adalah kita tidak boleh gagal. tapi seperti biasa, tiada sokongan diterima. tiada panduan diberi.

maka ya, arahan adalah seperti biasa. kejayaan milik bos. kegagalan milik kita. tiada alasan jika gagal. tiada pujian jika berjaya.

arahan baru. arahan saya. hidup adalah ujian. setiap sakit adalah dugaan dan peluang membersihkan kesalahan. berdoalah kepada allah. berniat kerana allah. jadi buatlah termampu.

Diam, Diam...

bertentangan dgn dengar..dengar.. diam, diam .. adalah arahan diberi oleh pemeriksa kepada barisan yg diperiksa. ianya tanda usaha meluruskan barisan adalah berjaya. adalah betul.

tapi diam tidak menjawab tidak semestinya kita setuju dgn apa yg dikatakan orang lain. adakalanya kita setuju. adakalanya kita tak setuju. jika tak setuju sebab kita dah malas nak hangatkan keadaan. sebab cakap pun tak guna. mungkin sebab kita tak betul macam mana nak betulkan orang lain. mungkin sebab jika kita betul pun, orang tersebut tak nak dengar kita. jadi kita diam ajelah. biarkan 'luncai terjun dgn labunya'. lagi dia terus bercakap, lagi terserlah ketidakbijaksaannya. lagi terserlah dia tidak pandai. tidak pandai membaca. tidak pandai berkata2.

dan ada yg mengatakan, 'jika kita tak boleh bercakap baik tentang seseorang atau dgn seseorang, lebih baik kita diam shj. malas dah nak layan. biarlah dia bercakap sendiri.

Isnin, April 01, 2013

Arahan Bos

'ok, awak terima lantikan ini. jika hasil baik, saya punya usaha. jika hasil tak baik, itu usaha awak'.

senang jadi bos. susah jadi kuli. perkara biasa. jika boleh buat kerja, bos dan yg perasan bos akan cari. sebab bos akan gembira ambil nama kejayaan. dan bos serta perasan bos akan marah serta jauhkan diri jika kita gagal.

situasi paling teruk ialah apabila bos bagi arahan tidak jelas atau tiada arahan khusus. arahan diberi hanya umum. dan hasilnya kuli kena tanggung apabila ada ahli pasukan yg cedera atau mati. seorang bos bekerja dgn tidak penuh tanggungjawab dan tidak amanah.