Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 14, 2013

Kerja Orang Sama dan Kerjasama

ada beza antara kerja orang sama dan kerjasama. kerjasama melibatkan ramai orang. kerja orang sama hanya melibatkan kerja oleh orang yang sama shj.

dlm mana2 organisasi, kita harapkan kerjasama drpd pelbagai pihak. lagi bagus jika semua pihak dlm organisasi. maka sama2 rasa susah. dan sama2 menikmati kesenangan hasil payah bersama.maka sama2 akan puashati dgn hasil kerja bersama. kepuasan hati atau sebaliknya dirasai drpd ketua sehingga yg paling bawah. sama2 faham tanggungjawab masing2 apabila bekerjasama.

tapi kalau kerja orang sama aje. akan ada pelbagai komen drpd yg tak turut bekerja. dan komennya selalu negatif. bagi orang sama yg bekerja (bukan ambil nama), lama2 akan burn out. sebab bila time nak buat kerja, akan panggil atau arah orang yg sama. tidak kira kerja disuruh buat selepas waktu pejabat atau di hujung minggu atau di hari cuti. itulah padahnya jika kita pandai buat kerja.

yg tak buat atau tak pandai buat kerja akan tetap dapat gaji bulan2 dan naik gaji tahunan. malah mereka yg tak produktif juga boleh naik pangkat atau dapat gelaran. yg buat kerja tetap buat kerja. dan jika dapat bos yg tak faham, tak akan terima cadangan atau pandangan utk bersama menaikkan organisasi. kajian ada menunjukkan bagaimana mereka yg cemerlang atau produktif meninggalkan organisasi sebab mempunyai bos yg tak berilmu memimpin.

maka saya tak bersetuju dgn konsep kerja secara tetap dan berpencen. ianya menggalakkan organisasi mempunyai pekerja yg seumpama biawak hidup atau yg perasan seumpama gajah putih. pemimpin atau ketua akan ditanya bagaimana kuasa diamanahkan digunakan.

Tiada ulasan: