Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development

Sabtu, April 13, 2013

Rezeki dan Sedekah

utk mendapat rezeki tak perlu menunjuk2. untuk memberi sedekah tak perlu menunjuk2. menunjuk2 di sini adalah bertindak secara sombong.

hadirkan diri secara ikhlas untuk dapat rezeki. hadirkan diri secara ikhlas utk bersedekah. dan ada dikaitkan rezeki dgn sedekah. jika kita rajin bersedekah secara ikhlas dan jujur, insyaallah kita akan dimurahkan dgn rezeki yg halal.

semalam dan pagi tadi sy hadir ke dua majlis. kedua2 majlis kesyukuran. satu utk pengantin baru. satu lagi utk kelahiran anak baru. kedua2nya membolehkan sy mendapat rezeki - juadah, dan juga kenalan baru. ianya berkaitan dgn kesediaan bersedekah - tenaga dan masa. maka jika kita bersedekah dgn ikhlas, kita dibalas dgn rezeki yg diberi oleh penerima sedekah kita secara ikhlas juga.

tahniah dan terima kasih kpd kedua2 tuanpunya majlis. komplen saya spt biasa apabila hadir majlis yg ada makan - alhamdulillah makanan banyak, dan sedap. risaunya berat badan saya akan bertambah. tapi jangan serik jemput saya lagi.

Tiada ulasan:

Value of Money