Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, April 20, 2013

Aqiqah dan Hari Lahir

selepas zohor tadi ke rumah saudara. ada majlis aqiqah dan sambutan hari lahir. antara dua majlis yg membolehkan kita berjumpa saudara-mara yg biasanya jarang dapat berjumpa kerana tugas harian.

.menu utama adalah kambing. tetapi saya terpaksa menunggu utk merasa sekeping shj drpd pusingan kedua hidangan kambing. semasa sampai dah habis hidangan kambing panggang pusingan pertama. selain drpd kambing panggang ada pelbagai juadah lain.

semalam hadir ke majlis tahlil. ianya mengingatkan bhw mati itu adalah pasti. hari ini majlis aqiqah dan hari lahir kanak2. ianya mengingatkan bhw kitaran hidup adalah berterusan. akan ada yg pergi. dan akan ada yg mengganti.

bagi ibubapa dan keluarga, satu kelahiran adalah satu masa yg menggembirakan. ianya satu permulaan. ianya berkaitan tugas dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak2. ianya berkaitan amanah.

Tiada ulasan: