Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 07, 2013

Urus Duit

saya kongsi ilmu urus duit dgn pelajar fsr. dulu semua pelajar diploma dan sarjana muda wajib ambil. sekarang tidak lagi. sebab ada yg berpandangan bhw berilmu dlm mengurus duit tidak penting.

tapi bukti menunjukkan sebaliknya. ada yg sanggup bekerja walau pun sakit. sebab nak cari duit. nak bayar belanja. nak bayar hutang. ada utk tambah harta. tapi yg ramai kerana nak bayar belanja dan hutang. maka akan ada yg sanggup buat apa sahaja utk dpt duit tambahan. utk tambah pendapatan. tetapi tidak utk pandai urus duit melalui kurang berhutang. dan ramai yang tak mahu urus duit melalui kurang berbelanja.

sedih juga. sebab sampai ada yg sanggup buat buku ciplak. dan jual utk dapat duit. buat program palsu utk dapat duit. buat tuntutan palsu utk dapat duit. jual ilmu palsu utk dapat duit. maka ramai yg motivasi dapat duit walau pun mungkin salah. ianya kerana duit dijadikan matlamat bukan sebagai alat ke arah kebaikan dunia dan akhirat. jadi jika ada graduan fsr yg jadi sebegini, siapa yg patut dipertanggung jawabkan jika mereka menyatakan mereka tidak diberi peluang belajar urus duit semasa di fsr?

oh ya. saya bukan seorang yg kaya dgn duit. maklumlah saya gred pensyarah. kereta pun beli yg 2nd hand. makan berkira. pakaian yg murah2.

Tiada ulasan: