Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 28, 2013

4 Negeri 14 Hari

secara kasarnya saya berada di 4 negeri dalam masa 14 minggu. insyaallah bermula 21 feb lepas sehingga 3 mac, saya akan berada di pahang, selangor, negeri sembilan dan melaka.

di selangor menjalankan tugas hakiki sbg pensyarah fsr uitm. sebelum itu di pahang bersama warga staf fsr untuk program team-building fsr 2013 di taman negara. hari ini dan esok saya di seremban menghadiri bengkel perancangan strategik koperasi uitm bhd. dan esok petang insyaallah saya di asahan melaka untuk program kepimpinan dan kecemerlangan peers 2013.

memang terasa penat dan dijangka penat apabila tiba semula di rumah pada 3 mac. sebab perjalanan pergi dan balik ke tiga2 negeri luar selangor memerlukan saya memandu kereta sendiri. tapi adakalanya memandu kereta sendiri membolehkan tugas lebih mudah dijalankan.

Rabu, Februari 27, 2013

Teraso

teraso. segho. terhiris. terguris. kecik hati. dll lagi mengenai perasaan negatif.

teraso kerana kata2 yg disengaja atau tidak disengajakan. adakala mungkin disebabkan tak dikatakan apa2 tapi cukup dgn tingkahlaku atau mimik muka pihak lain terhadap kita. ianya berkaitan komunikasi. manusia bukan shj mudah lupa. tapi juga mudah terasa. sebab manusia punya perasaan.

terasa seumpama stres. gurisan umpama tekanan. dan pengurusan untuk menangani perasaan akibat diguris bergantung kpd siapa kita. di mana kita. masa gurisan. dan banyak lagi faktor lain. mungkin ada yg terguris akan terus memberi respons pada masa terguris. ada yg akan marah. tapi lebih ramai yg akan sedih, sebak, menangis, dll berkaitan rasa dukacita.

bagi yg tidak menunjukkan respons semasa terguris tidak bermakna mereka tidak terguris. tetapi mereka pendam perasaan sedih tersebut. dan jika dikumpulkan kesannya akan lebih buruk. maka ilmu adalah penting utk elak drpd mengguris dan terguris, atau menangani pengguris.

Sakit dan Refleksi

ada banyak sakit. sakit gigi. sakit mulut. sakit mata. sakit telinga. dan macam2 sakit lagi.

apabila sakit mulut dan sakit tekak, maka banyak yg tak sedap. makan pun tak sedap. nak cakap pun tak sedap. tekak rasa pedih. suara pun serak. nak bercakap pun jadi sakit. tapi ada baiknya sakit mulut dan tekak. cakap kena kurang. kena rehatkan mulut. rehat lidah. mungkin baik juga utk elak cakap yg mengarut. elak atau kurang cakap yg tambah dosa kita. maka diam adalah baik.

tapi ada kalanya, walau mulut dan tekak sakit, terpaksa bersuara juga. ianya utk elak telinga kita sakit. tapi bersuara secara berpada2. cakap pun perlahan2. tak perlu tinggikan suara. sakit beri peluang utk kita sedar dan beringat. kurang cakap lebih baik drpd cakap besar.

Motivasi Diri

kita biasa dgn tingkat keperluan maslow. kita biasa dgn faktor intrinsik dan ekstrinsik mcleland.

bagaimana dgn teori 4spec cebad? ada yg biasa dengar? mungkin ada tetapi dgn nama lain kot. apa itu teori motivasi 4spec? ianya berkaitan motivasi 4 peringkat diri kita. peringkat jasmani, peringkat pemikiran. peringkat perasaan. dan peringkat kerohanian.

kita biasanya terdorong memenui peringkat jasmani. ianya spt makan, minum, berpakaian, berbumbung. kemudiannya kita akan penuhi peringkat perasaan. ianya seperti berkawan, berkeluarga. seterusnya kita akan penuhi peringkat pemikiran. iaitu melalui pembelajaran. akhirnya baru kita cuba penuhi peringkat kerohanian. bagaimana jika kita utamakan kerohanian dahulu?

Tutur Kata

tutur kata. budi bahasa. cara kita bercakap bukan sahaja dgn perkataan dinyatakan tetapi juga cara ianya dinyatakan.

terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata boleh badan binasa. kita mudah lupa apabila berkata2. apabila berbicara perlulah cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. mungkin bagi kita cara kita berkata2 adalah sesuatu yg biasa. yg tiada niat melukakan atau mengguris perasaan pihak lain. tetapi kita tidak boleh biasa dgn hanya mengandaikan pandangan pihak lain terhadap cara kita. kita perlu pandai baca.

memang ada yg bersuara tinggi utk menunjukkan kuasa. tapi sebenarnya nada suara yg rendah lebih berkuasa. malah yg tak bersuara sekarang mungkin lagi besar kuasa apabila mereka berkata2.

Rugi Masa Kerana Cacing Kerawit

di suatu organisasi, seorang kenalan rugi separuh drpd masanya utk selesaikan masalah berkaitan satu duri dlm daging. duri ini sebenarnya yg menyakitkan organisasi. selain sebagai duri dlm daging, dia ni macam cacing kerawit dlm perut kita. kita ingat kita sihat tetapi sebenarnya kita dimakan olehnya dari dalam kita. insyaallah keadilan akan berlaku kpd cacing ini.

di suatu organisasi lain, ada juga duri dlm daging dan cacing kerawit. memanglah terasa tidak selesa dgn adanya cacing ini. ianya asyik menyusahkan kita. ianya membesarkan dirinya sementara membuat organisasi semakin tidak sihat dgn kehidupannya dlm organisasi. ianya juga umpama racun di dlm badan. jadi rawatan perlu dilakukan. banyak masa habis melayan cacing dlm badan kita.

maka kita perlu makan ubat cacing supaya dpt membunuh cacing ini dan badan kita sihat. kalau tidak, badan kita akan sentiasa rasa tak selesa. kita sentiasa rasa sakit. rasa nak buang air. perut kita buncit dan ditertawakan orang lain. kita akan banyak rugi masa dan tak produktif. jadi bertindaklah dgn bijak. berusahalah sambil berdoa kpd allah untuk keadilan drpdnya.

Selasa, Februari 26, 2013

Tindakan Wajar

semalam berbual dgn seorang rakan. tajuk hampir sama dgn yg dibincang dgn rakan2 lain.

tindakan wajar perlu diambil kpd mereka yg tertentu. jangan yg 'kentut' depan kita dirotan, tetapi yg 'berak' di depan kita biarkan shj. dalam dan kuat baunya kenyataan tersebut. balik2 apa yg dikehendaki ramai adalah lakukanlah tindak wajar dan adil. untuk kebaikan organisasi.

saya setuju. jangan kita manjakan mereka yg sedikit yg nak rosakkan organisasi kita. beri surat tunjuk sebab. bagi laporan kepada pihak atasan dalaman.

bagi situasi lain, laporan perlu kpd sprm, pdrm dan suruhan jaya berkaitan. jangan sebab kasihankan anjing yg tersepit, kita yg digigit. anjing terlepas, kita yg sakit. pastikan hukuman seadilnya dikenakan kepada mereka yg tak amanah, tak bertanggungjawab. tanggungjawab kita melakukan tindakan untuk kebaikan organisasi.

Geram..Diam

memang geram. memang tak puashati. dah la sebelum pergi program dia buat bising. dok cucuk sana sini supaya tak sokong program. malah dua hari sebelum program dia dgn lantang meleter sebab diberi surat kerana tak akan berada bersama yg lain semasa program.

malah pada hari pertama program beliau cuba 'racun' lagi supaya tak ikut program. semasa program berjalan, tidak diketahui apa yg dilakukan utk meracunkan lagi program. tetapi dia langgar arahan bos. buat juga perkara yg dah dibagitau jangan buat. mungkin perlu sangat duit kot.

selepas program, hari pertama dah buat orang2 yg ikut program pening. cuba timbulkan pelbagai isu. cuba cari orang lain utk kuatkan benang dia yg basah. dan makin kuat dan banyak beliau cuba racun, makin ramai yg bercakap mengenai dia. memang geram. kita nak kuatkan pasukan. dia nak lemahkan dan hancurkan pasukan.

tetapi petang tadi saya terfikir. lagi banyak kita geram kat dia. kita marah. dan lagi teruk kita kutuk dia. sebenarnya dia menang apabila kita juga bersikap negatif. maka elok kita diam. usah bercakap lagi tentang dia. lagi kita kutuk dia, mengumpat dia, dia dapat pahala. jadi, biar dia umpama luncai dengan labunya. biar dia lagi banyak cakap, lagi kita menyampah.

maaf, jika anda tidak sudi bersama dalam bot kita, sila cari bot lain. kami sedia dan setia berjuang dgn bot yg kami naiki. bersama ketua yg dilantik.

Menangis

kanak2 suka menangis. kanak2 menangis apabila tidak selesa. apabila sakit. apabila lapar. menangis adalah satu cara berkomunikasi. satu cara meluahkan perasaan.

ada yg mengatakan bhw perempuan lebih panjang umur kerana antara perkara yg dilakukan adalah menangis utk meluahkan perasaan. lelaki pendek umur kerana pendam perasaan. selain drpd menangis, perasaan boleh diluahkan melalui bercakap/membebel. selain drpd itu mungkin melalui menyanyi.

meluahkan perasaan boleh merapatkan hubungan. ini membolehkan pihak lain mengetahui isihati kita. walau bagaimana pun, jika melebih2 berkata2 tambah2 lagi spt mencaci dan menghina dan memperli, ianya akan menjauhkan hubungan.

Isnin, Februari 25, 2013

Mahligai

mahligai adalah umpama istana. sebuah bangunan yg besar. di kelantan ada tempat bernama mahligai. ianya berkaitan tempat tinggal makhluk allah yg hanya mereka yg tertentu dapat lihat.

kita dibesarkan dgn impian utk mendapat kediaman seumpama sebuah mahligai. kita diceritakan dan didorong untuk berusaha mendapatkan sebuah mahligai umpama sebuah istana yg tersergam indah. yg mempunyai pelbagai kemewahan di dalamnya. keindahan mahligai dinyatakan seumpama istana raja2, rumah agam pembesar2, rumah mewah orang2 kaya. kita jarang dididik utk berusaha mendapat sebuah rumah yg dapat memenuhi keperluan asas sebagai tempat berlindung.

kita juga jarang atau kadang2 diingatkan oleh mereka yg rapat dgn kita utk mengidamkan mahligai di akhirat. kita juga lupa utk berusaha mendapatkan rumah sementara yg luas di alam kubur. kita biasanya lupa untuk memikirkan dan berusaha utk mendapat mahligai yg luas dan terang di alam barzakh dan alam akhirat. semoga kita berdoa dan berusaha untuk mendapat sebuah mahliagai seumpama rumah allah iaitu surau atau masjid yg terang dan luas, yg kita sentiasa kunjungi.

Usia dan Usaha

setiap saat kita makin bertambah usia diberi peluang hidup di dunia. diberi peluang mendapatkan bekalan untuk sejahtera di akhirat. dan setiap saat juga masa kita menyediakan bekalan semakin berkurangan.

alhamdulillah, hari ini usia saya ikut kalender gregorian adalah 46tahun. jika ikut kiraan tahun hijrah, melalui islamicity.com converter, usia saya adalah 47tahun 4bulan. jika usia nabi muhammad s.a.w adalah sebagai had usia, iaitu 63 tahun ikut tahun hijrah, maka saya hanya mempunyai hanya 15tahun 8bulan shj utk berusaha menyediakan bekalan utk akhirat. itupun jika saya diberi masa dgn dipanjangkan usia oleh allah.

tetapi kita mudah lupa. kita mudah alpa. kita lebih mengejar kejayaan di dunia iaitu spt pangkat, harta dan pelbagai lagi yg dapat dilihat dan dizahirkan di dunia. saya doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki yg halal, sentiasa mendapat rahmat, rahman dan rahimnya utk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Awak Ada Apa?

jika kita ditanya soalan 'awak ada apa?', apakah perasaan anda? jika ditanya dgn nada tinggi sinis seperti memandang rendah kpd kita 'awak ni siapa?', apakah perasaan anda? apakah anda fikirkan terhadap yg bertanya? apakah tindakan yg mungkin anda nak lakukan kpd sibertanya soalan?

jika saya menjawab, maka akan dgn pelbagai jawapan. apa yg saya ada adalah rezeki drpd allah, tuhan yg satu, tuhan yg maha pemurah lagi maha pengasihani. siapa saya adalah berdasarkan takwa, bukan berdasarkan harta, pangkat, isteri-anak-keluarga serta kenalan yg diamanahkan kpd saya. mungkin juga jawapan saya adalah saya mungkin seorang yg lebih disenangi, diterima seadanya oleh kenalan tidak berdasarkan harta, pangkat dsbnya.

juga jawapan saya mungkin, apa saya ada dan siapa saya adalah ujian allah kpd saya. ianya peringatan bhw alam ini hanya milik allah. kita ini adalah hambanya. ilmu bukan berdasarkan tahap kelulusan akademik shj.

Tenang Bersama Kawan

kawan biasanya adalah mereka yg menenagkan kita. apabila kita sedih. apabila kita marah. dan di masa2 lain juga.

kita tenang bersama kawan(keluarga, sahabat, kenalan) apabila kita berbicara dgn mereka. melalui komunikasi membantu kita meluahkan perasaan. membantu kita bertukar pendapat secara positif. membantu kita memilih keputusan terbaik. membantu kita berasa, berfikir dan bertindak secara positif. ada kalanya kita tidak perlu berkata2 dgn seorang kawan. sudah ada persefahaman yg membuatkan kita rasa tenang.

tadi saya mengajak seorang kawan makan tengahari bersama saya. samapi di tempat untuk makan tengahari, seorang lagi kawan muncul. dan seterusnya semasa makan tengahari, seorang lagi kawan muncul. seorang kawan adalah apabila kita berasa selesa bersamanya untuk kebaikan bersama.

Permohonan Tidak Sama Dengan Kelulusan

ramai yg tak faham. permohonan tidak sama ertinya dengan kelulusan.

ramai yg sangka bhw jika telah buat permohonan/permintaan, maka telah boleh buat apa yg dimohon/diminta. sedangkan permohonan/permintaan hanya daripada satu pihak shj. maka perlu mendapat kelulusan/kebenaran drpd pihak yg berkuasa meluluskan atau membenarkan.

ramai yg lakukan tanpa memohon kelulusan. ramai juga yg lakukan setelah memohon tetapi tanpa mendapat kelulsuan atau jawapan pasti. diandaikan shj bhw permohonan telah diluluskan. ada yg suka buat permohonan di saat akhir untuk mendesak diluluskan segera. ada juga yg buat dulu dan kemudiannya memaksa diluluskan permohonan setelah dilakukan sesuatu.

tanggungjawab pelulus atau pemberi kebenaran amatlah besar. keputusan memang akan ada yg mempertikaikan. kita tak boleh puaskan semua pihak pada setiap masa. maka keputusan perlu berasas kpd objektif. ramai yg akan memerhati dan menilai keputusan oleh seorang pemimpin. 'the buck stops with the decision-maker'.

Ahad, Februari 24, 2013

Alamilah Sendiri

kerapkali saudara mara, kawan dan kenalan bertanya 'kenapa asyik pi taman negara' kpd saya. jawapan standard saya 'susah nak saya katakan tetapi kena rasailah sendiri'.

bagaimana nak merasainya? saya akan jawab 'pergilah sendiri ke taman negara'. dan pada 22-24feb 2013, hampir kesemua staf fsr shah alam merasai sendiri keseronokan di taman negara. memanglah, kita tak akan dapat puaskan kesemua pihak. terutamanya pada masa yg sama. program tb fsr di taman negar amatlah sesuai dgn sebah fakulti yg mempunyai kursus rekreasi. janganlah cakap tak serupa bikin. nak ajar tentang rekreasi tetapi takut berekreasi.

memang akan ada komen yg negatif tentang aktiviti di taman negara. drpd mereka yg pergi. dan drpd mereka yg tak pergi. walau bagaimana pun, kepuasan dirasai apabila ada yg menghargai usaha yg dilakukan utk menjayakan program khas utk staf fsr.

17 Bot

perancangan untuk menggerakkan sebilangan orang ke beberapa tempat melalui beberapa bentuk pengangkutan bukanlah satu tugas yg mudah. ditambah lagi masa adalah satu kekangan utama.

ditambah pula apabila pergerakan melibat pelbagai usia, kesihatan, kedua2 jantina, tahap akuran dan pelbagai lagi. maka perancangan sentiasa perlu disemak utk membantu kelancaran dan keakuran kpd jadual asal. keputusan perlu dirujuk dgn beberapa pihak utk menjadikan keputusan bersama.

alhamdulillah. walau pun tidak 100% perancangan tercapai, tetapi beberapa aktiviti asas di taman iaitu tempat serta aktiviti tarikan pelancung di taman negara dapat dinikmati warga fsr dlm tempoh 2hari 1malam. pada satu masa 17 bot diperlukan.

bagi yg sengaja tidak mahu naik bot dan cuba membocorkan bot, semoga anda berjumpa dgn bot anda.

Semakan untuk Kebaikan Bersama

pada minggu lepas telah di adakan semakan kurikulum untuk program fsr di peringkat diploma dan sarjana muda. pada minggu akan datang akan diadakan semakan bagi program pasca siswazah.

antara tujuan semakan kurikulum adalah untuk membantu menghasilkan gradua fsr yg mempunyai ilmu yg akan membolehkan mereka bekerja setelah tamat pengajian dgn jayanya. graduan fsr diharapkan akan menjadi pekerja ataupun majikan (usahawan). ini adalah selaras dgn antara tujuan berkongsi ilmu adalah untuk kebaikan diri, masayarakat dan persekitaran.

walau bagaimana pun, sebelum semakan boleh dilakukan, pandangan saya, beberapa perkara perlu diambilkira. ianya utk mengelakkan semakan kurikulum hanyalah utk syok sendiri shj. maka bagi saya yg pertama adalah melihat pencapaian graduan fsr utk kurikulum semasa di pasaran. apakah tahap peratusan yg bekerja. keduanya mendapatkan maklumbalas drpd graduan, majikan, bakal majikan, dan pebagai pihak lagi.

kemudiannya dilakukan semakan secara profesional iaitu secara berobjektif utk namabaik uitm dan fsr. maka perlu juga disemak kelayakan akademik dan pengalaman berkaitan utk bakal pensyarah bagi kurikulum yg akan dicadangkan. janganlah dicadangkan kursus utk membolehkan seorang itu mengajar tetapi tidak memberi khasiat kpd pelajar, fsr dan uitm. seterusnya dirancangkan juga program utk memantapkan bakal pensyarah utk membantu menghasilkan graduan yg bekerja melalui program fakulti. semakan kurikulum adalah antara amanah seorang staf di fsr dan uitm.

Rabu, Februari 20, 2013

Menguruskan Acara

bukan satu perkara mudah menguruskan sesuatu acara. banyak perkara nak difikirkan, nak dilakukan.

pengurusan disarankan menggunakan polc. rancang, susunatur, pimpin dan kawal. masa diperuntukan untuk keempat aktiviti ini bukanlah seimbang. seeloknya masa utk perancangan diperuntukan masa yg banyak. dan seeloknya diperuntukan sumbar manusia yg berkebolehan melaksanakan pengurusan dgn cemerlang.

kita cuba uruskan secara terbaik. walau sebaik mana niat kita, acara yg dirancang tidak akan dapat memuaskan semua pihak. tambah2 jika dah memang tak berminat daripada awal utk turut serta utk membantu menyatukan warga organisasi. tapi janganlah pula sehingga memburuk2kan niat orang utk kebaikan organisasi.

para peserta hanya akan melihat semasa acara berlaku. masa sebelum dan selepas acara kebiasaannya peserta tidak tahu usaha dan tanggungjawab yg dilakukan pekerja acara.

Jom Pertikai

akan ada yg suka pertikai pelbagai perkara. seolah2 dia aje betul. orang lain silap. niat dan apa yg orang lain buat akan dia pertikai.

memang panas telinga. dan beliau akan suka meninggikan suara untuk menarik perhatian kpdnya. supaya orang mendengar cakapnya. supaya orang ikut apa yg dia minta dan nak.

tapi spt kata ramai, orang lain pun akan pertikai pakar pertikai. orang lain drpd peringkat bawah sampai ke peringkat atas. dan yg pertikaikan pakar pertikai antaranya, betul ke kelayakan dia. ada yg bgtau, pasangannya sekali tengok aje pakar pertikai kata 'orang mcm ni elok kita  tokseh komen apa2'. habiskan masa shj?

Mengaikidokan Masalah dan Isu

tengahari tadi, saya diajukan pelbagai masalah dan isu. ianya drpd pelbagai pihak. ianya berkenaan program hujung minggu ini.

mungkin jika tak biasa akan boleh pening2. boleh migrain. boleh pengsan. alhamdulillah, dgn izinnya, dgn ilmu yg diberi olehnya, dapat sy berhadapan dgn masalah dan isu dgn tenang. tanpa jantung berdegup2 kencang. tanpa jantung terhenti seketika.

bagaimana? dgn izinnya, sy aplikasikan prinsip aikido untuk emnangani amsalah dan isu yg bertalu2 drpd kawan2 yg risau, gemuruh, dan pelbagai lagi. caranya, beri perhatian kpd setiap masalah dan isu secara satu persatu. insyaallah  amsalah dan isu menjadi cabaran utk diatasi decara rasional.

Selasa, Februari 19, 2013

Setia dan Sedia

seronok jika mendengar 'setia dan sedia'. ianya berkaitan persahabatan. ianya berkaitan integriti organisasi.

utk memimpin mesti ada pengikut yg setia. mesti ada yg sedia mengikut arahan. tapi sebelum jadi pemimpin kita mesti tunjukkan bhw kita juga seorang yg setia kpd pemimpin. setia kpd organisasi. kita bersedia mengikut arahan pemimpin. kita sedia menjalankan arahan ketua kita. jika sebaliknya, jika kita angkuh dan enggan setia dan sedia mematuhi arahan, permintaan, tunjuk ajar ketua, bolehkah kita memaksa pengikut atau orang bawahan mematuhi kita?

setia dan sedia berdasarkan ilmu. ilmu utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. 'fiat sapienta virtus'.

Berulang-ulang..Macam Pernah Baca

kita biasa baca benda yg sama. kita biasa tulis benda yg sama. ianya macam kitaran.

tiap2 hari kita ada buat benda yg sama. bangun tidur, solat, makan, kerja/rehat, tidur. ianya berterusan diulang sehingga. kita tidak selesa jika dileter. kita tidak seronok jika diingatkan berulang2 kali. contoh - dengar, dengar, dengar.

tetapi kita faham dan sedar. manusia mudah lupa. manusia perlu diingatkan. rujuklah surah al-asr. bersama2lah kita berusaha untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Sudi Sebab Sedia Setia

kita akan sudi membantu jika seseorang itu sedia membantu kita. kita sentiasa setia membantu jika seseorang sentiasa setia membantu.

begitu juga sebaliknya. jika seseseorang tidak sedia membantu kita atau tidak setia membantu kita, kita akan bertindak atau bertindakbalas serupa. maka sikap tolong-menolong atau bantu-membantu adalah seumpama satu kitaran. seeloknya kita mulakan dahulu. kalau boleh kita berebut nak mulakan sesuatu yg baik seperti membantu pihak lain.

walau bagaimana pun, jika inginkan bantuan perlulah secara baik. perlulah berterus-terang. ini untuk elakkan salahfaham. untuk elakkan membesarkan sesuatu yg sebenarnya remeh. budibahasa amalan dan budaya kita.

Penyelesaian di Pusat Kerjaya dan Kaunseling

awal pagi saya dimaklumkan seorang kawan tak dapat membantu saya untuk satu program. beliau dan keluarga tidak sihat. alamak, awal2 pagi dah ada masalah yg perlu penyelesaian segera.

program pada hujung minggu. setelah berbincang berkaitan fakulti di dsb, saya ke kedai koperasi uitm. walaupun pelbagai perkara dalam kepala, saya cuba berfikiran positif. saya cuba membantu seorang bekas pelajar saya yg sedang memunggah barang, tetapi beliau menolak. kemudiannya dlm perjalanan ke hep saya mengucapkan selamat kpd seorang pensyarah lama sebuah fakulti.

seterusnya saya meneruskan usaha menyelesaikan masalah berkaitan transkrip seorang adik saya. dah lama grad tapi tak ambil transkrip dan diploma. setelah membuat bayaran, saya dimaklumkan bhw kawan saya cuba mendapatkan pengganti beliau. dan semasa saya berjalan2 dan meninjau2 macam inspektor/auditor di pusat kerjaya dan kaunseling, seorang bekas pengajar kaunseling kpd saya menjemput saya masuk ke pejabatnya.

alhamdulillah, apabila dimaklumkan masalah saya, beliau mempelawakan dirinya. terima kasih banyak2 puan. maka jika niat yg baik, dan berfikiran positif bhw insyaallah masalah boleh diselesai dan disertakan usaha seperti berjumpa kaunselor, masalah akan selesai (dengan izinnya). tetapi sebaliknya jika menghadapi masalah kita buat malaslah nak selesaikan, kemungkinan besar masalah tak selesai.

Apabila Ingin Tenang dan Mudah

sesuatu berlaku ada sebabnya. apabila tergendala untuk melakukan sesuatu ada sebabnya.

semalam niat asal nak makan tengahari bersama2 kawan2. tetapi mereka sibuk. elok keluar dari bilik air kedengaran azan zohor dari masjid uitm. maka niat nak tunaikan zohor di masjid uitm. alhamdulillah ada ruang letak kereta di aras bawah spt harapan/doa. di ruang solat ramai pula jemaah. rupa2nya ada program di masjid. patutlah bau nasi minyak. dan alhamdulillah dapat solat disebelah bilal.

setelah solat, terus ke cafe ctss. melihat saya, kawan menjemput saya menemani beliau. doa sy nak jumpa beliau tercapai utk perbincangan. dan saya menerima sedikit arahan/cadangan drpdnya. insyaallah akan saya jadikan satu realiti.

maka apabila berniat dgn baik, solat berjemaah di masjid, insyaallah akan diberi ketenangan olehnya. dan dipermudahkan urusan olehnya. sesungguhnya hanya allah yg maha merancang dan melaksanakan.

Pembantu Bos

tengahari isnin sempat dok bersama seorang pembantu bos. saya join sama untuk makan tengahari.

penat saya lihat beliau. kerana banyak ke sana dan kemari. beliau tanya adakah saya masih dibangunan sama. satu aras dibawah pejabat beliau. saya jawab dah lama saya balik ke fakulti. beliau tanya ada saya mohon untuk jawatan ditawarkan. soalan yg ditanya oleh ramai kawan2. malah ada yg berkata bhw saya ada memohon. saya senyum dan nyatakan bhw saya perlu tamatkan pengajian saya dahulu.

menjadi pembantu bos memang penat. bos bagi arahan satu ayat. tetapi masa utk menjadikan ianya realiti boleh dijadikan sebuah artikel atau blog atau buku jenaka, kisah romantik atau kisah seram. ianya berkaitan berurusan dgn pelbagai pihak untuk membantu bos menjayakan hasratnya utk organisasi.

Betul dan Penting

akan ada yg melihat apa yg orang lain buat sentiasa tidak betul. akan ada yg melihat apa yg orang lain buat sentiasa tidak penting. akan ada yg memikirkan apa yg orang lain fikir sentiasa tidak betul. akan ada yg berfikir apa yg orang lain fikir sentiasa tidak penting.

hanya apa yg dia buat shj betul. hanya apa yg dia buat sahaja penting. hanya apa yg dia fikir shj betul. hanya apa yg dia fikir shj penting. tetapi apa bila hendak minta tolong baru dirasakan orang lain betul. tetapi apabila nak minta tolong baru rasa orang lain penting.

adakah orang lain akan berasa betul utk tolong? adakah orang lain akan rasa penting utk tolong? kerjasama bermakna sentiasa sama2 tolong kerana sama2 betul dan sama2 penting.

Isnin, Februari 18, 2013

Tak Penting

itu tak penting..banyak lagi yg lagi penting. kalau tak berjaya takpe sebab tak penting.

encik, nak tolong ke? tak payahlah, kita tak penting. kalau ditolong nanti berjaya, dia tak suka. biarlah dia sakit. biarlah dia tempang. biarlah dia..sebab kita tak penting untuk membantu berjaya.

lihat sahajalah. dengar sahajalah. bagi mereka apa yg kita buat tak penting. maka arahan saya adalah jelas 'usah pedulikan mereka'. usaha kita tak akan dihargai.

Ahad, Februari 17, 2013

Penilaian dan Masalah

dulu semasa itm, tak ramai nak jadi pelajar. tak ramai juga nak jadi kakitangan. tetapi apabila dah jadi uitm, maka ramai yg nak jadi warga uitm. nak jadi pelajar uitm. nak jadi kakitangan uitm.

walau bagaimana pun, bukan semua yg ingin jadi warga uitm berjaya menjadi warga uitm. yg berjaya adalah mereka yg telah melepasi kelayakan minima. ada yg dgn merit sendiri. ada dgn merit bantuan. tidak semua yg melalui merit sendiri berjaya semasa di uitm. tidak semua yg melalui merit bantuan tidak berjaya di uitm.


yg menjadi masalah adalah apabila menjadi warga uitm tetapi tidak produktif. tidak mematuhi peraturan uitm. maka mereka ini menyusahkan uitm. mereka ada yg menjadi masalah semasa jadi warga uitm. dan ada juga yg menjadi masalah kpd uitm apabila telah berada di luar uitm. seeloknya mereka ini tidak layak menjadi warga atau alumni uitm. sebab tujuan mereka pada asasnya bukan utk kebaikan uitm, sebaliknya hanya menggunakan uitm.

Saiz Kita

saiz kita kerap menjadi perbualan. saiz kita kerap dijadikan perbandingan. saiz kita di sini dirujuk kepada fizikal kita.

setiap drpd kita ingin hidup sihat. kita cuba elak drpd sakit jika terdaya. jika saiz dikatakan besar maka andaian adalah kita tidak sihat. saiz besar dirujuk kpd bentuk dan berat badan. tetapi jika saiz kita kecil iaitu kurus, maka juga diandaikan tidak sihat.

kesihatan kita kaitkan dgn pemakanan dan senaman. bagi ramai orang saya tak pasti mana diantara keduanya lebih senang diuruskan. kita andaikan saiz perut kita sebesar buku lima atau tangan kita yg dikepalkan. maka adakah saiz buku lima kita boleh dijadikan panduan kuantiti utk dimakan pada setiap kali waktu makan?

saiz perut(pinggang) lelaki diandaikan tahap kesihatan. jika berlipat melebihi 1inci (2.5cm) dianggap sudah banyak lemak dan tak sihat. pelbagai senaman boleh dilakukan utk menjaga saiz pinggang kita. cuma nak atau tak nak aje bagi penjagaan kesihatan melalui pemakanan dan senaman.

Kurang Atau Tidak Dihargai

penghargaan ada kaitan dgn pengiktirafan. dan pengiktirafan berkaitan penghormatan. dan penghormatan berkaitan ilmu. ilmu pula boleh dikaitkan dgn maklumat. maklumat dikaitkan dgn ketepatan. dan ketepatan dikaitkan dgn keikhlasan.

maka penghargaan ada kaitan dgn keikhlasan. dlm sebuah pasukan bola sepak, kebiasaannya yg dijadikan sanjungan adalah mereka di barisan penyerang - striker atau forward. iaitu mereka yg menjaringkan gol. ramai drpd peminat bolasepak mengenali dan meminati mereka yg bermain sbg striker/forward. ahli pasukan di posisi lain kurang mendapat tumpuan atau pujian.

yg biasa kurang atau tidak dihargai adalah mereka yg bermain sbg pertahanan. jika gol dijaring oleh pihak lawan, maka pertahanan dikutuk, dimarahi, dikeji dan pelbagai lagi tindakan atau kata2 negatif. jika pasukan menang, jarang pertahanan dipuji. sebabnya kita nampak yg sentiasa dikata2kan. sedangkan pertahanan adalah umpama mereka yg diperingkat asas/tapak/foundation untuk membolehkan pasukan bergerak ke hadapan. pertahanan biasanya adalah mereka yg low-profile atau tidak glamer. dlm organisasi kerja dan keluarga siapakah sbg pertahanan?

Pejabat

apa maksud pejabat? adakah tempat berjabat tangan (handshake dlm bahasa inggeris) sebagai tanda perkhidmatan dilaksanakan?

apabila kita berjabat tangan pada awal pertemuan, ia bermakna kita menerima dan diterima tetamu kita tanpa sebarang maksud tersembunyi. kemudian apabila kita berjabat tangan setelah bersetuju dgn apa yg dibincangkan ianya bermakna kita dgn ikhlas memberi dan menerima cadangan antara kedua penjabat tangan. dan akhirnya apabila kita berjabat tangan apabila tetamu akan meninggalkan pejabat kita, kita sama2 berdoa supaya perbincangan berjaya dan kita turut selamat sejahtera.

untuk membolehkan sesuatu perbincangan menjadi realiti atau sebaliknya, perlu kepada peralatan komunikasi. kalau dahulu kita perlu duduk di pejabat kita untuk dapat maklumat berkaitan. sekarang tidak lagi, kecuali kita masih tanpa peralatan komunikasi terkini. sekarang kita boleh bawa sebahagian besar keperluan kerja bersama kita dgn memilikki alat komunikasi spt 'handphone', 'laptop', dan pelbagai lagi.

jadi, perlukah pejabat yg besar? jika kita banyak di luar pejabat, kenapa nak ada pejabat yg jarang kita ada? mungkin uitm boleh adakan pejabat bergerak bagi warganya yg sentiasa menjalankan tugas di luar kampus (bukan di luar pejabat).

Banyak Cakap Produktiviti Kurang

ada yg berkata jika kita banyak bercakap, tahap produktiviti akan berkurang kerana masa banyak dutumpukan untuk bercakap. maka kurang masa untuk melaksanakan.

saya kurang gemar dipaksa meramaikan majlis jika tujuannya untuk meramaikan majlis. bukan sahaja masa banyak dihabiskan oleh yg bercakap, tetapi yg dipaksa hadir untuk mendengar/meramaikan majlis juga banyak habiskan masa. selalu jemputan paksa lebih banyak habiskan masa. ini kerana masa perjalanan pergi dan balik majlis, masa menunggu apa yg nak disampaikan jemputan utama dan seterusnya masa menunggu 'point' yg nak disampaikan pengucap utama.

siapa patut menjawab pembaziran masa ni? sepatutnya produktiviti bertambah dgn kecanggihan teknologi sekarang. maka tak perlulah nak paksa kita hadir kerana meramaikan majlis bertujuan hanya untuk dengar cakap2 aje. setiap yg dipaksa mendengar ucapan sama boleh mendorong kpd yg hadir berdoa yg negatif terhadap pengucap dan penganjur dan pemaksa meramaikan majlis meludah air liur. pembaziran adalah amalan syaitan?

Sabtu, Februari 16, 2013

Layak Ke?

soalan 'layak ke' adakalanya kita tanya kpd diri kita tentang diri kita atau diri orang lain. ianya boleh menjadi pandangan positif atau pandangan negatif.

utk menjadi pemimpin soalan 'layak ke' sering diutarakan oleh masyarakat. ianya jika kita akan jadi pengikut atau kita akan jadi pemimpin kpd pengikut. soalan 'layak ke' kita tanya jika kita kurang pasti kebolehan kita menjadi pemimpin. kita was-was kebolehan kita memimpin organisasi. kita was-was kemampuan kita menjalan tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah. kita takut kita akan mengecewakan mereka yg menaruh harapan kpd kepimpinan kita.

bagi yg berminat dan sangat yakin terhadap diri sendiri sbg seorang pemimpin, akan juga bertanya jika orang lain dipilih menjadi pemimpin. jika kita tidak berminat sbg pemimpin, kita juga akan bertanya tahap kemampuan calon pemimpin. maka maklumat berkaitan bakal pemimpin perlu dikongsi kpd ramai terutama bakal pengikut. jika kita tahu seseorang itu tidak layak memimpin, kita perlu memaklumkan kpd ramai dan sebab seseorang itu tidak layak.

utk menjadi pemimpin kpd ummah, mesti yg mematuhi agama. yg akan membangunkan ummah bersama nilai2 agama. dirinya dan keluarga serta kenalannya adalah bukti bhw beliau berupaya menjadi seorang pemimpin utk umat islam.

Mungkin Sebabnya

ramai tertanya2 termasuk tuan punya badan, kenapakah perlu berdengki. kenapakah perlu sakit hati? kenapa perlu asyik tak puashati oleh satu pihak kpd pihak lain.

jika dilihat, pihak yg tak puashati lebih banyak yg dia ada dan dapati berbanding pihak yg dia tak puashati. daripada segi rumahnya lagi besar dan mewah. daripada kenderaan lagi banyak dan mahal. daripada segi kemampuan berbelanja lagi banyak duit. daripada segi pangkat dunia dah ada gelaran.

fikir punya fikir. semalam ada tergerak nak tanya yg kena dengki. tapi terlupa. maka andaian lah, mungkin yg tak puashati panas dgn pihak satu lagi sebab satu pihak ada pendinding, satu pihak ada memakai. apabila bertemu maka tidak boleh ngam sebab panas dgn pendinding yg ada? andaian shj.

Mencari Damai

kehidupan harian mempunyai pelbagai cabaran kpd kita. Adakalanya tekanan daripada kehidupan harian menyebabkan kita stres. jika stres tak diuruskan dgn betul, boleh menyebabkan kemurungan dan paling teruk, habis sumbu.

di surau berhampiran dgn rumah, seorang remaja muda adalah antara ahli surau yang hampir setiap waktu berada di surau untuk solat fardu berjemaah. kebiasaannya beliau antara yang terawal berada di surau. waktu zohor tadi pun begitu.

beliau merupakan seorang anak yatim sejak kecil. walau pun kemudiannya mempunyai ibu baru, tetapi beliau mengikut definisi adalah tetap seorang anak yatim. dan secara umumnya jika seseorang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada mereka yg penting dlm hidup mereka, ramai yg mungkin menghadapi masalah tertentu.

kenapakah beliau sering di surau untuk solat fardu? saya tidak tahu jawapan tepat. tetapi saya boleh andaikan bahawa beliau di sana kerana mencari kedamaian. mencari penerimaan dan pengiktirafan. dan kedamaian dan pengiktirafan tertinggi adalah daripada allah, tuhan yang satu, tuhan sekalian alam.

Gelaran

gelaran selalunya untuk menggantikan nama sebenar. gelaran diberi untuk memudahkan kita memanggil atau mengenalpasti seseorang. gelaran diberi boleh jadi positif atau negatif kpd pemberi dan penerima. gelaran ada yg formal dan ada yg tidak formal.

gelaran pertama yg kita guna selalunya kpd ahli keluarga terutama kpd kedua orang tua iaitu emak dan ayah (ikut tempat, daerah, bahasa dll). seterusnya kpd ahli keluarga lain. dan semasa lahir juga kita menerima gelaran seperti anak emak dsbnya. gelaran dlm keluarga kpd kita dan ahli lain akan berubah ikut masa, tempat dan keadaan. anak sulong apabila telah dewasa menjadi abang long, ayah long, tok long dsbnya. gelaran ini tidak perlu penganugerahan pingat.

sekarang ramai suka kpd gelaran yg datang dgn pingat, kelayakan akademik dan pelbagai lagi. berjumpa dgn kawan2 atau kenalan2, antara gelaran diberi adalah spt dato'. dan ada yg berkata gelaran atau panggilan adalah seperti doa. jika baik diberi, maka baiklah kesannya. doa adalah seumpama harapan. agak2 selesakah dgn gelaran dato' berpingat? main futsal kena ke suruh orang panggil kita dato' jika nak minta bola? hehehe..dato' bad...

Anugerah Bintang

bintang dilangit amat dikagumi. maka drpd dulu telah dilakukan kajian seperti pergerakan dll. nama2 bintang selalunya amat gah bunyinya. dan jika kita katakan seseorang itu adalah seorang bintang, kita mengiktirafkan bhw beliau sama ada telah banyak berjasa atau mempunyai potensi besar di masa depan.

penganugerahan bintang oleh ketua negara atau ketua negeri adalah pengiktirafan dari negara atau negeri kpd seseorang individu. dan bagi organisasi spt sekolah atau ipt, akan menganugerahkan gelaran alumni sbg tanda kejayaan akademik seorang lepasan atau graduannya. tetapi anugerah ini biasanya tidaklah datang bersama selempang dan pingat.

sekolah saya ada memberi pengiktirafan 'alumni' kpd bukan melayu sebagai tanda menghargai jasa2 mereka kpd sebuah sekolah melayu. dan penganugerahan ini dilakukan pada majlis yg tidak kurang hebatnya kerana kebiasaannya selain drpd vvip yg hadir, mereka yg menerima jasa2 alumni kehormat ini juga turut hadir. bagi kami, penganugerahan alumni kehormat atau gelaran murid tua kehormat sahajalah yg mampu diberi kpd mereka yg sangat berjasa kpd kami semasa kami melalui alam meningkat kematangan. terima kasih cikgu.

Jumaat, Februari 15, 2013

Urusan Semasa Tiada Pelajar

minggu ini cuti khas bagi pelajar diploma sempena tahun baru cina. di shah alam sunyi drpd majoriti  pelajar uitm kerana majoriti pelajar di shah alam adalah pelajar sarjana muda dan pasca siswazah.

di uitm pun selain drpd pelajar yg bercuti, terdapat juga staf yg bercuti. ini kerana hanya perlu ambil 3hari cuti sahaja utk bercuti selama 9hari, bermula daripada sabtu 9feb yg lepas. pada asalnya saya pun bercadang nak bercuti pada minggu ini. tetapi sebab ada tugasan sebagai ahli panel pada 13-14feb, maka niat tinggal niat ajela.

walau bagaimana pun, urusan 13-14feb berjaya diselesaikan pada 13feb shj. maka semalam sy dapat berjumpa dgn seorang daripada fasilitator program fsr, dan kemudiannya berjumpa penyelia phd saya. seterusnya saya berjumpa dgn penyelia bersama yg dicadangkan. alhamdulillah beliau bersedia menerima sy untuk phd saya. terima kasih banyak2.

pagi ini sy berjumpa lagi penyelia kedua. ianya selepas sy mengambil baucar buku bb1m. kemudiannya ke koperasi uitm meninjau buku sambil menandatangani beberapa cek. selepas solat jumaat mesyuarat bersama jk audit dalam. selepas itu singgah sebentar berjumpa kawan di pejabat lama. dan akhir sekali berjumpa bos2 di fakulti. penuh juga aktiviti saya walau pun pelajar bercuti. maka tugas seorang pensyarah adalah belajar, mengamalkan apa yg dipelajari dan mengajar. ianya kitaran berterusan.

Hutang dan Hubungan

mungkin sudah ada kajian mengenai kaitan antara hutang dan hubungan. bilangan atau jumlah hutang dan tahap keakraban perhubungan (keluarga atau persahabatan atau kenalan).

antara ilmu yg akan dipelajari oleh pelajar fsr setelah kurikulum disemak semula adalah pengurusan kewangan peribadi dan organisasi. hutang termasuk dlm pengurusan kewangan. dan hutang berkaitan tahap kepercayaan diantara dua pihak. kebiasaannya, lebih kita kenali seseorang itu maka akan mempengaruhi nilai hutang yg akan dikongsi. hutang dikongsi bermaksud hutang drpd satu pihak diberi/diterima oleh pihak lain.

hutang di sini biasanya berkaitan duit. bukan hutang budi. dan hutang boleh merapatkan hubungan atau merenggangkan hubungan. pandai2lah menguruskan kewangan dan hutang.

Apabila Kecewa

tidak semua yg diinginkan akan kita dapat. tidak semua yg dirancang akan terlaksana dgn jayanya. ianya ketentuan allah.

tetapi kita mesti berusaha. maka dlm menjalankan tugas akan perlu dilakukan program atau aktiviti utk penambahbaikan organisasi. dan kita tetap akan kecewa apabila ada yg tidak menyokong program yg mematuhi arahan ketua. tadi ada yg meluahkan kekecewaan kerana ada yg tidak menyokong rancangan utk kebaikan organisasi. sebelum ini yg diluahkan adalah drpd yg tidak ingin turut serta. dan pelbagai alasan dsbnya dinyatakan.

jadi apabila mereka yg tertentu menyatakan kekecewaan mereka terhadap mereka yg sentiasa ada alasan utk sendiri untung, saya rasa lega. sebab jika disimpan kekecewaan, ianya akan menyusahkan kita. elok diluahkan.  walau pun bukan kpd pihak yg membangkang atau sentiasa cuba sabotage arahan, luahan tersebut masih melegakan.

'pedulikan mereka' adalah luahan tadi. 'mereka suka fitnah saya' adalah satu luahan lain. allah maha mengetahui dan maha adil. mengikut lantikan saya, saya menerima arahan daripada...

Khamis, Februari 14, 2013

Jangan Cuba Nak Menduga

ada yg suka cuba2..cuba nak tahu setakat mana..ada yg suka nak menduga..menduga setakat mana..

mereka ini suka mencuba dan menduga setakat mana kesabaran seseorang. atau mencuba dan menduga kemampuan seseorang. apabila cubaan atau dugaan menyebabkan mereka sendiri derita, mereka akan minta maaf, kononnya tak sengaja. dan kebiasaan dah jadi satu tingkahlaku mereka yg tidak baik kerana memohon maaf sekadar seperti melepas batuk di tangga. tiada keikhlasan.

beberapa hari yg lepas seorang kenalan memberitahu bagaimana ada yg apabila marah akan berubah rupa. bukan seumpama incredible hulk. sebaliknya yg biasa didengar berkaitan orang dari seberang. jadi kalau masih yg nak cuba menduga tu, silakanlah. cuma bersedialah untuk menerima seadanya dgn izin allah, tuhan yg satu, tiada tuhan melainkan allah.

Mudahkan..Insyaallah Dipermudahkan

berdoalah 'rabbi yassir wa la tu assir, ya karim'. mohonlah drpd allah utk dipermudahkan urusan kita dan jangan disusahkan olehnya.

saya cuba mudahkan urusan pihak lain. niat baik saya dgn syarat urusan pihak lain dgn niat yg baik. baik utk diri dan baik utk masyarakat. juga baik utk alam milik allah. pepatah inggeris ada mengatakan bhw jika kita lakukan kebaikan kpd pihak lain, insyaallah kita akan dapat kebaikan juga. mungkin bukan secara langsung drpd pihak yg kita bantu. dan mungkin bukan dlm masa yg cepat.

kita diingatkan utk lakukan kpd pihak lain sbgmana kita inginkan pihak lain lakukan kpd kita. maka sebarang urusan berkaitan tugas hendaklah kita permudahkan niat pemberi tugas dan arahan spt ketua kita. dan juga mudahkan rakan sekerja menjalankan tugas mereka. insyaallah apabila tiba masanya utk kita jalankan tugas kita atau minta arahan kita dipatuhi, ianya akan dipermudahkan oleh pihak lain. kita merancang utk yg terbaik bagi yg ramai.

Dah Banyak Lemak

antara ayat seorang cikgu dulu,'kamu ni dah banyak lemak'. ianya apabila kami memberi alasan untuk menggantikan kemalasan.

banyak lemak berkaitan jika diberi arahan atau permintaan, kita menjawab atau membalas dgn pelbagai alasan iaitu respons negatif. banyak lemak sebenarnya tanda tidak sihat. jadi kalau dah jadi sedemikian, iaitu kita dah jadi malas, maka kita ni tak sihat kpd diri kita. kpd keluarga? kpd kawan? kpd organisasi?

bagaimana nak kurangkan lemak? atau biasanya kita kata bakar lemak? dlm kaunseling jika ingin menukar tingkahlaku boleh dimulakan dgn niat, pemikiran, perkataan. bergantunglah kpd diri kita.

Apabila Tidak Boleh

amat mudah berkata tidak boleh. ianya seperti berkata tak nak.

ianya berkaitan tarikan. berkaitan tolakan. berkaitan motivasi. berkaitan pengalaman. berkaitan pengetahuan. berkaitan kejahilan. juga berkaitan keperluan. ada berkaitan kehendak. berkaitan keizinan. berkaitan niat. dan pelbagai lagi kaitan dan alasan.

apabila dilakukan atau dikatakan berkali2 ianya menjadi satu peneguhan. jadi bagaimana kalau kita tukar dgn boleh..insyaallah. nak..insyaallah. terima kasih dgn kepercayaan. hendak seribu daya. tak hendak seribu dalih.

Selera dan Selesa

selera mengikut masa, tempat dan keadaa. ianya juga ada kaitan dgn siapa bersama kita pada masa tersebut.

jika kita tidak selesa kerana masa, tempat, keadaan atau teman, kita mungkin tidak berselera dgn hidangan di depan kita. walau pun lauk banyak, kos dikenakan mahal, tetapi kita tidak selesa maka juadah ajdi tidak menyelerakan. kalau yg teruk akan mengeluarkan ucapan 'rasa nak muntah'.

kalau kita selesa, makanan yg ringkas dan murah lagi menyelerakan berbanding yg banyak dan mahal. jika kita selesa dgn ruang yg ringkas, masa yg tidak terkejar2, dan mereka yg sangat kita suka menemankan kiat menjamu juadah bersama, kita akan sangat berselera menikmati juadah terhidang. maka keakraban persaudaraan dan persahabatan antara intipati yg menyelerakan kita semasa menikmati rezeki allah.

Maaf..Sila Minta Bantuan Orang Lain

berbudi dan berbahasa. banyak maknanya. ayat senang, 'anda gosok belakang saya, saya gosok belakang anda' atau dalam bahasa inggeris, 'you scratch my back, i scratch your back'. jika diterjemahkan dgn kasar, anda cakar belakang saya, saya cakar belakang anda. ada bermaksud positif, dan ada maksudnya negatif.

ada yg berkata, 'hari ini hari awak, esok hari saya'. jika maksud positif, jika hari ini anda susah, saya tolong awak dan jika esok saya susah, awak pula tolong saya. jika maksud negatif, jika hari ini anda senang tak tolong saya, esok saya senang saya tak tolong awak. yang manakah yg kita hendak.

jika hidup melihat kpd keperluan dan kehendak diri shj, lupa kpd kebaikan umum, maka maksud negatif akan terpakai. jadi jika sedemikian pemikiran kita, maka jangan terkejut jika pada masa, pada tempat atau pada keadaan tertentu dimana kita memerlukan pertolongan dan sokongan orang lain, jawapan diberi kpd kita 'maaf ya, sila minta bantuan orang lain. sila jumpa dgn kawan awak'.

Rabu, Februari 13, 2013

Maaf Pegawai Tiada Sekarang

maaf pegawai tiada sekarang. antara makluman yg biasa didengar melalui telefon atau dikaunter. lagi angin,'pegawai keluar minum'. pukul 8.30pagi minum. pukul 10pagi minum. pukul 12.30tgh makan. pukul 2.30ptg makan. pukul 4ptg minum.

setiap jawatan ada tugas dan tanggungjawab. ada masa perlu melayan pelanggan secara langsung  dan menjawab pertanyaan atau permintaan pelanggan. kalau tidak, sila tanggung kemudian. pelanggan akan berasa marah atau tidak puashati apabila masa mereka utk mendapat perkhidmatan tidak berbaloi dgn ketiadaan pegawai di tempat tanggungjawab.

kita diberi masa utk melakukan perkara2 tertentu. jadi kalau kita rehat waktu kerja, jawabnya kita tidak hormat kpd ramai. tidak hormat kpd pelanggan. tidak hormat kpd ketua. tidak hormat kpd rakan sekerja yg dimarahi kerana ketiadaan kita.

jika kita benar. jika kita berani. nyatakan di tempat tanggungjawab kita di mana kita berada. jangan harapkan kawan menjawab bagi pihak kita dan kawan kita dimarahi pelanggan, dimarahi ketua dan dimarahi rakan sekerja lain. jika nak rehat banyak drpd bekerja, sila letak jawatan. ramai lagi yg nak bekerja (bukan nak pekerjaan shj).

Hebatnya Saya?

tadi saya makan malam bersama 2rakan sekerja di fsr. kami makan malam bagi program yg telah selesai petang lagi, tetapi makan malam tidak boleh dibatalkan. caj tetap akan dikenakan walau pun tiada yg hadir utk makan malam tadi.

semasa berborak2, seorang kawan menyatakan kpd tuan rumah bhw saya ni seorang yg hebat sebab boleh memaksa peserta hadir ke satu program fakulti. saya senyum sambil menyatakan bhw kalau begitu anggapan ramai, maka saya hebat 3 kali. pertama kerana memaksa bos utama luluskan program dan bajet di luar kawasan. hebat kedua kerana memaksa bos utama mewajibkan semua warga fsr hadir. dan hebat ke3 adalah memaksa bos utama wajib hadir ke program tersebut.

saya nyatakan bhw saya nak tunjuk hebat ke4 iaitu dgn memaksa bos utama memotong kek saya sbg meraikan kejayaan saya. dan mungkin hebat tambahan ialah bergambar dgn bos utama sambil beliau menunjukkan tanda hebat kpd saya. oops lupa, hebat tambahan lagi adalah memaksa bos utama memperkenalkan bos akan datang? hebat..hei bad..

Bau dan Memori

bau antara deria yg mengingatkan kpd kisah lampau. jadi adakalanya apabila terbau sesuatu akan mencetus perasaan nostalgia.

tadi saya ke tesco extra shah alam. nak beli roti kopi. tapi takde rezeki, dah habis utk hari ini. niat juga nak cari kabinet buku. nak buat 5s kat bilik di fsr. tapi xde rezeki juga, dah habis, mungkin sebab sangat murah berbanding harga biasa dan di tempat lain.

semasa di tesco semasa bersenam sambil menolak troli, ada pelbagai bau yg mengingatkan kpd masa2 yg seronok. antaranya bau cat baru. ianya mengingatkan kpd berada di rumah baru atau rumah baru dicat utk sambut hari raya. kemudiannya terbau juga bau2 yg mengingatkan kpd keseronokan membeli barang2 utk menyukakan diri. bau2 di bahagian perkhemahan mengingatkan keseronokan berkhemah. bau di bahagian peralatan kemasan kereta mengingatkan kpd bau kereta baru atau yg baru dicuci.

boleh menghidu bau antara nikmat allah kpd kita. setiap kali selsema, kurang atau tiada nikmat utk menikmati juadah walaupun mahal kerana tidak dapat menghidu baunya menaikkan nafsu makan.

Selasa, Februari 12, 2013

Jika Tak Boleh Tegur

ramai yg sensitif apabila ditegur. silap haribulan akan melenting. suara menjadi kuat. mata memandang dgn tajam. muka macam nak makan orang.

setiap manusia ada buat silap. kita tak sempurna. jadi kalu kena tegur, kita seeloknya bawak bertenang dahulu. walau pun yg menegur tu mungkin seseorang yg kita tak suka, tetapi kemungkinan niat menegur kita itu adalah niat yg baik. niat nak menjadikan kita lebih baik.

saya suka melihat reaksi mereka yg ditegur. saya juga suka melihat bagaimana seseorang menegur orang lain. baru2 ini alhamdulillah, seorang telah menegur seorang lain yg saya berkira2 nak tegur. yg nak ditegur saya tu, jika saya tak tegur, saya risau mungkin dia akan terus buat kesilapan.

tapi biasalah. ego manusia. rasa diri lebih betul. diri lebih baik. maka apabila ada yg menegur, kita pangkah balik orang yg menegur kita. adakah ini tanda diri kita masih kurang berilmu apabila tak boleh ditegur? anggaplah teguran adalah peringatan.

Bau Hypermarket

tadi ke aeon big (nama lama carrefour). dah lama tak pi berkedai. dan pi berkedai di hypermarket (supermarket gandadua?) satu cara berjalan berlangkah2 utk kesihatan badan tapi tak semestinya sihat duit.

semasa berada diruang pasar basah, bau2an ikan mentah, ayam mentah dll mengingatkan dulu2 ketika ke pasar di pj lama (oldtown). bau bawang, rempah mengingatkan juga kpd kedai runcit. bau roti segar dan kek mengingatkan kpd kedai kek dan roti. sementara bau 'pop corn' mengingatkan semasa berada di supermarket di kuala kangsar.

maka pelbagai bau di hypermarket membawa kita ke zaman dulu2 di mana kedai2 dan pasar terletak berasingan. mungkin hypermarket bermaksud pelbagai market/kedai/pasar di satu lokasi.

Kos Keperluan Kehidupan Harian

panjangnya kos keperluan kehidupan harian. ringkasnya kos harian.

berapakah kos harian kita? kiraan kos harian minima, iaitu kos yg membolehkan kita meneruskan hidup ke hari esok. saya suka gunakan teori maslow berkaitan peringkat keperluan. mengikut maslow, peringkat keperluan asas antara lainnya adalah makan&minum, rehat (tempat tinggal). jadi secara umumnya kita perlu kpd perkara yg menjaga tubuhbadan kita.

apakah kos minima utk makanminum, pakaian dan tempat tinggal? sekarang di lembah kelang minima utk sekali makan minum purata adalah rm5. jika makan dan minum minima 2kali sehari (pagi dan petang) maka kita perlu minima rm10. pakaian minima sekarang baju dan seluar (dalam dan luar) dan sehari 2set dan dipakai semula selepas hari ketiga. setiap set pakaian diandaikan boleh tahan setahun. maka 6setpakaian diandaikan (seluar rm25sehelai, baju rm20sehelai, pakaian dalam rm25sehelai) kos rm70x6=rm420. sewa bilik (termasuk air, letrik, dsbnya) anggaran rm10sehari. jadi secara kasar keperluan minima setahun (tak termasuk sepatu dan pengangkutan) adalah rm7,720 iaitu bersamaan rm21.15 sehari.

jika diambilkira sepatu (kasut dan sandal/seliper) rm60setahun dan pengangkutan kenderaan rm10sehari, maka kos pengangkutan setahun ialah rm3,710. dan dicampur kos makan/minum, pakaian dan tempat tinggal, jumlah kos tahunan seorang adalah rm11,430. ianya bersamaan rm31.32 kos harian. jadi kos harian minima ini bagi saya boleh dianggap garis kemiskinan. untuk lebih mudah, kita andaikan kos harian minima adalah rm36.50. kos tahunan minima bersamaan rm13,322.50 iaitu bersamaan kos bulanan minima rm1,110,21. bolehkah  rm1,110.21 dijadikan garis kemiskinan di malaysia?

Memilih Ahli Pasukan

bukan mudah nak menentukan ahli pasukan. ahli pasukan terdiri drpd ketua dan pengikut.

siapakah yg sesuai memilih ketua satu pasukan? ketua atasan? ahli dlm pasukan sendiri? atau diri sendiri? sebab memilih ketua dan ahli pasukan berkaitan dgn keselesaan utk bekerjasama. dan matlamat bekerjasama dlm satu pasukan adalah untuk matlamat organisasi.

yg membuat pilihan ada alasan tersendiri. dan semasa membuat pilihan, kita tidak akan dapat memuaskan kesemua pihak. tetapi lebih baik keputusan memilih ahli pasukan termasuk ketua dilakukan berdasarkan pilihan majoriti untuk kebaikan majoriti dan yg penting kebaikan organisasi.

adakalanya kita perlu beri kuasa kpd ketua utk memilih ahli pasukan yg pada pandanganya akan membantunya mencapai matlamat organisasi. kerana ketua yg akan bertanggungjawab terhadapa hasil organisasi.

Isnin, Februari 11, 2013

Makan Malam Di Bangi

alhamdulillah. tadi makan malam bersama keluarga di bangi.

melalui bandar bangi untuk ke kedai makan dan selepas makan, terasa macam sebuah bandar di kelantan. kebanyakan atau hampir kesemua nama kedai menunjukkan dimilikki atau diusahakan oleh umat islam. semasa makan malam tadi pun, pelanggan2 yg hadir dan yg kelihatan di kedai2 makan lain adalah majoritinya umat islam. kedai2 makan yg was2 status halalnya dijauhi oleh umat islam.

ianya tanda bahawa umat islam memang boleh berniaga jika diberi peluang. dan antara keperluan utama adalah pelanggan muslim. pelanggan muslim bijak memilih kedai2  makan yg halal hidangannya. perlu diingatkan kos bangunan sama ada harga jualan atau sewa hendaklah yg tidak menghindar umat islam drpd berniaga di negara sendiri. janganlah sebab segelintir yg nak untung di dunia, majoriti kos kehidupan umat islam tergadai.

cuma yg tak sedap rasanya, jalan2 seolah2 kurang diselenggara pihak berkuasa. lampu2 jalan kurang menerangkan jalan2 di waktu malam. bagi yg diberi tugas dan tanggunjawab, jalankanlah dgn amanah.

Hibur dan Libur

apa makna hibur? apa makna libur?

sefaham saya hibur adalah sesuatu utk senangkan hati. sefaham saya libur adalah sesuatu utk senangkan hati. yg mana masa? yg mana aktiviti? yg mana diperlukan? yg mana tidak diperlukan? yg mana melalaikan? yg mana menyusahkan bukan menyenangkan?

adakah sukan satu hiburan atau liburan? adakah rekreasi satu hiburan atau liburan? seeloknya kita lakukan sesuatu pada masa tertentu tanpa meleburkan diri. tanpa menghibakan diri.

Kaya dan Miskin

siapa seorang yg kaya? biasanya kita diajar atau dibagitahu seorang yg kaya adalah seorang yg berjaya. dan seorang yg kaya adalah yg ada rumah besar. ada perabut yg banyak dan cantik dlm rumah. ada kereta besar dan mahal dan berjenama. boleh makan tanpa risau nak membayarnya. boleh bercuti ke tempat2 yg jauh.

maka kita diajar utk cari harta yg banyak. kumpul harta yg banyak. jangan dipedulikan mereka yg meminta2. jangan dipedulikan mereka yg susah. jangan dipedulikan mereka yg miskin. maka kita diajar supaya kaya sendiri. diajar utk senang sendiri. diajar menjadi sombong. diajar menjadi boros. diajar jika lagi kaya lagi berjaya di dunia.

sejarah arab awalnya ahli masyarakat saling menjaga sesama sendiri. kerana keadaan kehidupan yg tak menentu, yg kaya tahu jika tak ditolong yg miskin, apabila kaya jadi miskin, mungkin yg dulunya miskin pula akan menolong mereka. maka jika kaya, semua akan senang. sehingga satu masa, yg kaya nak lagi kaya dan lupa tanggungjawab bermasyarakat. maka masyarakat menjadi tidak aman.

dan zaman sekarang pun sedemikian. yg pernah miskin nak jadi kaya. yg kaya nak jadi lebih kaya. tapi utk kepentingan sendiri. bukan utk kebaikan masyarakat. maka berlakulah penipuan. berlakulah salahguna kuasa kerana terlupa bahawa kita akan dipersoalkan diakhirat tentang kekayaan kita. adakah kaya didunia sebenarnya miskin diakhirat? 

Masa Dlm Sehari

bagaimana membahagi masa dlm sehari? masing2 ada cara tersendiri.

masa boleh dibahagi 2. masa siang dan masa malam. masa boleh dibahagi 3. masa bekerja. masa bersama keluarga dan masa rehat. masa boleh dibahagi ikut waktu solat. masa subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. masa juga boleh dibahagi ikut masa berpuasa dan masa tidak berpuasa. ada yg bahagi masa spt masa tidur dan masa bangun daripada tidur.

teapi setiap masa adalah masa utk beribadah. masa menyerahkan diri kpdnya. masa mencari rezeki utk keredhaannya. masa persediaan utk masa selama2nya.

Ahad, Februari 10, 2013

Nasi Dgn Budu

tadi sy ke rumah saudara yg dapat ahli keluarga baru. dijemput utk makan malam bersama ahli keluarga baru.

semasa jemputan diberitahu, antara menu adalah masakan nogori. pucuk ubi masak lomak. dan apabila sampai di rumah saudara, lauk kelantan ada juga. petai, peria, jagung celur. ikan tenggiri bakar, dll. dan..budu.

saya dan beberapa saudara duduk di meja makan aje. lebih selesa untuk makan nasi dgn budu. ada yg sampai berpeluh2. bukan sebab masak lomak tapi sambal belacan yg guna cili api. alhamdulillah. sodap. makan nasi dgn budu.

Serabut

serabut macam sabut. mcm pukat dan jala yg berpintal2 dan bercampur aduk. bahasa inggeris boleh diertikan sbg perasaan 'cluterred'.

bilik saya memang berserabut dgn barang. di rumah dan di pejabat, sama shj. tetapi apabila dh biasa, tiada serabutnya bg sy. bg orang lain, akan berasa serabut apabila berada di bilik sy. serabut dikaitkan juga dgn kandungan yg ttidak teratur dan bertaburan. menyusahkan utk mendapat apa yg diingini.

tetapi kebanyakan rumah sekarang suka kpd perhiasan. ada yg banyak. ada yg sangat banyak. dan bagi saya perhiasan di rumah yg kurang keperluan atau fungsinya membuat saya serabut. mungkin kerana di masjid atau surau, kurang barang2 perhiasan menyebabkan kita rasa tenang apabila berada di situ.

Mencari Antara Yang Terbaik

kita suka yg terbaik. jika dapat. spt makan, minum, tempat tinggal, pekerjaan, kelayakan akademik, kenalan, dsbnya. tetapi ia bergantung kpd pandangan kita. kecuali kita dimaklumkan sama ada secara langsung atau tidak langsung..

secara umum kita nak kaya. secara umum, ramai nak kaya di dunia. kaya di dunia nampak hasilnya dgn cepat. tetapi kaya di akhirat susah bg ramai drpd kita nak gambarkan. maka kita sentiasa mencari yg terbaik di dunia. hasil di dunia mudah dilihat.

semasa mantan dekan fsr dahulu memegang jawatan di bangunan pengurusan tertinggi uitm, saya pernah melawat dan berjumpa beliau. dan pada satu perjumpaan, beliau mengajak saya ke masjid uitm. kemudiannya beliau mengajak saya solat di saf pertama iaitu kalau boleh, bersebelahan dgn bilal.

ini mengingatkan saya semasa sekolah berasrama dahulu. semasa tingkatan satu, kami berebut nak di saf pertama. 'booking' tempat adalah dgn meletakkan songkok. mencampak songkok berebut tempat di saf pertama menjadi kenangan. sekarang, tidak perlu melakukan sedemikian sama ada di masjid atau di surau. caranya, pergilah awal, insyaallah akan mendapat tempat utk mencari antara hasil yg terbaik di akhirat.

Masjid Besi

pagi tadi sy di masjid besi putra jaya. sy hadir utk majlis akad nikah seorang saudara.

hujung minggu yg panjang, putrajaya nampak lenggang. atau mungkin sebab waktu pagi hari ahad tiada orang lagi di masjid besi. atau sebab putrajaya adalah sebuah kawasan pekerjaan di pejabat.

ianya kali pertama sy ke masjid besi. ruang solat, letak kereta dibawah ruang solat, dll kelihatan luas. mungkin kerana rekaan yg asas iaitu berbentuk empat segi. soalan yg banyak ditanya,'kenapa dipanggil masjid besi?'

Sabtu, Februari 09, 2013

Masa dan Cuti

bermula hari ini sehingga selasa, kebanyakan negeri di malaysia bercuti selama 4hari. ianya selaras dgn sambutan tahun baru cina. dan bagi uitm, minggu depan adalah minggu cuti khas bagi pelajar.

secara umumnya cuti dikaitkan dgn masa utk rehat. bagi ramai orang, cuti panjang digunakan utk pulang ke kampung atau berkumpul bersama keluarga, walau pun tidak menyambut cuti perayaan tersebut. masa yg didapati drpd cuti biasanya digunakan juga utk mengadakan majlis kebesaran keluarga spt majlis perkahwinan. insyaallah seorang kerabat akan mendirikan rumahtangganya esok.

masa cuti juga bagi setengah2 orang digunakan utk mengejar tugasan yg belum siap. maka bagi mereka ini, walau pun secara umumnya patut bercuti, tetapi keperluan menyelesaikan tugas dan tanggungjawab akan menjadikan masa cuti bukanlah sebenarnya utk bercuti. pengurusan masa amatlah penting bg kita semua supaya masa digunakan mengikut masa yg diberikan. kalau cuti kita tak cuti, ada kemungkinan masa kerja kita tak kerja?

Buku Tentang Rasulullah s.a.w

alhamdulillah, sy telah terima buku yg dipesan melalui internet berkaitan rasulullah s.a.w dan juga islam. ianya sebanyak 3buah. buku2 ditulis oleh seorang penulis bukan islam. beliau menerima penghormatan drpd persatuan muslim sebuah negara sebagai mengiktiraf usaha beliau menulis buku berkaitan islam.

antara tujuan penulis menulis buku2 tersebut adalah sebahagian drpd buku2 berkaitan agama di dunia. dan antara buku2 berkaitan islam adalah untuk mengurangkan jurang kefahaman dikalangan bukan islam dgn islam. walau bagaimana pun, kerana penulis adalah bukan islam, walau pun berdasarkan rujukan tertentu, penulisannya tidaklah sempurna. jika sempurna dan ditulis dgn penghayatan, saya andaikan beliau akan menjadi seorang muslim.

ada banyak tulisannya yg saya tidak setuju. sebagai bukan muslim, beliau tidak boleh menerima tentang kebenaran alquran dan alhadith. beliau tidak menerima ayat2 alquran sbg wahyu dari allah tetapi sbg hasil pemikiran oleh nabi muhammad s.a.w. utk menyelesaikan masalah yg dihadapi. beliau mempertikaikan beberapa sejarah rasulullah s.a.w.

namun saya membaca buku2 tersebut sehingga tamat. dan allah bg kaum arab (bukan islam) adalah tuhan tertinggi. setelah kedatangan islam, allah adalah tuhan yg maha esa bagi kaum arab. dan bagi kaum lain juga, setelah kedatangan islam, allah adalah tuhan yg satu, tiada tuhan melainkannya. cuma yg bukan islam tidak mahu sembah allah, tuhan yg satu, tiada tuhan melainkan allah.

Kenapa Tidak Suka?

kenapa tidak suka? kita tidak suka kpd sesuatu - orang atau bukan orang kerana pelbagai sebab. ada sebab kerana tidak menguntungkan kita. untung dunia atau untung akhirat bergantung kpd niat kita.

ada yg tak suka kpd cara hidup dan kepercayaan tertentu kerana ianya tidak menguntungkan dirinya. ada yg tidak suka jika judi dilarang. ada yg tak suka jika arak dilarang. ada yg tak suka jika tempat2 tertentu ditutup. ada yg tak suka jika peraturan tertentu dilakukan dan dikuatkuasa.

ramai yg tidak suka sebab ianya berkaitan duit. ianya memberi kesan kpd kekayaan mereka di dunia. ianya berkaitan kerana jahil. ianya berkaitan kerana akan kehilangan kuasa. kebanyakan penolakan atau tidak suka kerana tidak boleh menunjuk2. mereka ini lebih suka pihak lain menderita agar mereka aje yg senang. mereka mahu orang lain sengsara, walau pun lupa kpd yg satu.

kita sepatutnya hidup secara sederhana. kita hidup utk beribadah kpdnya yg satu. tetapi ujian dan dugaan di dunia sentiasa ada. bacalah supaya kita berilmu utk berupaya melalui ujian dan dugaan di dunia dgn jayanya. supaya kita sejahtera dunia dan akhirat.

Kejayaan Dunia

ramai yg hanya inginkan kejayaan di dunia. kejayaan di akhirat dilupakan. mungkin sebab ramai yg hanya rasa hidup hanya di dunia. maka perlu berjaya dgn kaya di dunia shj.

ramai terjemahkan kejayaan dgn kekayaan. kekayaan di dunia adalah tanda seseorang itu berjaya. maka kekayaan di kejar dgn pelbagai cara. ada secara halal ikut islam. ada secara tidak halal ikut islam. bagi yg islam berjaya di dunia mestilah secara halal supaya mendapat ganjaran (kekayaan) di akhirat.

jika kita kaya tetapi saudara mara kita miskin, ianya bermakna kita miskin. jika kita boleh makan lebih drpd keperluan tetapi saudara kita payah nak cari makan setiap hari, ianya tanda kita miskin. jika kita berasa selamat tetapi saudara kita tidak berasa selamat, ianya tanda kita miskin.

maka kekayaan seseorang bukanlah diterjemahkan dgn ia mempunyai rumah besar, harta yg banyak, mampu makan setiap hari, simpanan yg banyak di bank, isteri yg cantik/suami yg tampan, anak2 yg berjaya di dunia. tetapi seorang itu kaya jika kekayaannya dan kesenangnya dikongsi dgn saudara-maranya. setiap muslim adalah bersaudara. kekayaan bersama adalah bukti kejayaan.

Sebab Kejar Jawatan Ketua?

secara umum untuk memegang jawatan ada beberapa syarat perlu dipenuhi. membaca kisah2 lampau, antara syarat2nya adalah banyak harta, latarbelakang keluarga dan mcm2 lagi.

sejarah menceritakan bgmana seseorang menentang seorang ketua kerana antara lainnya sikejar jawatan adalah orang tempatan. sebaliknya ketua baru adalah pendatang. penkejar jawatan percaya bhw beliau telah dipilih oleh ketua sebelumnya. ketua baru diplih oleh pihak lain. penkejar jawatn yakin dia lebih layak jadi ketua kerana hartanya sedangkan ketua baru kurang berharta berbandingnya.

maka penkejar jawatan akan sentiasa menentang ketua dilantik bukan sebab ketua tidakadil atau ketua tidak bijak. penkejar jawatan juga sentiasa cuba menimbul huruhara supaya ketua tidak dihormati. penkejar jawatan akan sentiasa mencari penyokongnya utk menentang ketua.

oh ya. ini kisah junjungan besar kita. tetapi ada mirip2 keadaan sekarang? cadangan saya, sbgamana dilakukan oleh sejarah, tarik jawatan penkejar jawatan. utk kebaikan organisasi dan majoriti.

Geram

apabila masih lagi cuba tak sudi bersama rakan sekerja utk menjayakan aktiviti kebaikan organisasi, maka ramai yg geram. ramai yg tak sabar melihat tindakan kpd mereka yg merasakan diri lebih baik, lebih besar, dan mcm2 lebih drpd rakan sekerja.

cadangan sy..terima kasih kerana sudi memegang jawatan. tapi oleh kerana sikap yg membuat ramai geram dan juga marah kpd anda, serahkanlah jawatan anda kpd ketua. ini lebih baik drpd dimalukan dgn penarikan jawatan. sebab dah ramai yg ditarik (ada yg sedar, ada yg tak sedar) jawatan kerana tiada keikhlasan bertugas utk kebaikan organisasi. yg tak sedar2 masih melakukan perkara yg menyebabkan ketua dll geram.

geram juga ada kaitan dgn rasa hormat. jika geram hampir sama dgn marah kerana asyik menyusahkan organisasi, maka geram akan menyebabkan orang kurang hormat kpd kita. bawalah kereta mahal pun, pakailah pakaian berjenama dan perhiasan mahalpun, berkelayakan tinggi pun, tapi jika keikhlasan tiada utk kebaikan organisasi, rasa hormat akan berkurang atau lagi teruk kita akan diabaikan.

Boleh dan Nak

jika kita nak kan sesuatu, kita akan berusaha sehingga boleh. sehingga dapat. jika kita tak nakkan sesuatu, kita berusaha sehingga kita dapat juga? maka sama ada kita nak atau tak nak, kita kan berusaha sehingga niat tercapat.

ianya adalah berkaitan niat. jika niat tu dah ada sama ada baik atau tak baik, dan diikuti dgn usaha, akan besar kemungkinan niat akan tercapai melalui usaha. maka akan ada pelbagai alasan utk tidak bersama dlm program atau aktiviti yg dirancang sebab dah niat tak mahu ikut serta.

seelok2nya niat dan matlamat utk berkaitan bersama. kebaikan organisasi yg berteraskan kebaikan bersama. bukan utk sekejap tapi sehingga masa hadapan. jika dah tak mahu bersama utk kebaikan organisasi, maka elok aje dipulangkan pengiktirafan drpd organisasi sbg pemegang jawatan.

Khamis, Februari 07, 2013

Habis Sumbu dan Produktiviti

habis sumbu adalah 'burnout' sy melayukan. ianya boleh disamakan mcm dah letih. dah penat. dah malas. dah tak larat. boleh dikaitan dgn perkara2 negatif berlawanan dgn keingin atau motivasi utk melakukan sesuatu.

berdasarkan kajian dan buku, kebanyakan burnout dialami oleh mereka yg produktif. ketua akan meminta orang yg sama utk menjalankan tugas. sebab pengalaman menunjukkan orang yg sama boleh menjalankan tugas dgn jayanya. tetapi sampai bila seorang yg cemerlang dan produktif boleh terus cemerlang dan produktif.

seorang kawan pada petang tadi komen kpd saya bhw beliau terasa macam dah burnout. saya andaikan beliau dah bosan dgn arahan secara 'last minute' drpd pemberi arahan. memang ada diantara kita seronok diberi cabaran. tetapi sbg manusia biasa kita ada had kemampuan. seorang ketua yg bagus akan maklumkan awal kpd pengikutnya kerja yg dieprlukan. ini akan memboleh persiapan dilakukan dgn lebih baik supaya hasil adalah sebagaimana diharapkan ketua.

Dengar..Dengar..Dengar

dengar..dengar..dengar dulu. sebab kebiasaan kita hendak bercakap dulu. tak ramai yg sudi mendengar dahulu.

ada yg apabila orang lain bercakap, dia pun nak bercakap. tidak faham adab berbual. biarlah yg mula percakapan habis bercakap. jika ingin juga bercakap, minta izin dgn memberi isyarat. janganlah nampak sangat kurangnya ilmu (bahasa biasa kurang ajar). maka antara seseorang itu berilmu adalah dia boleh mendengar.

tapi jika sudah tetap utk tidak mendengar, memang susah nak suruh seseorang mendengar. begitu juga dgn arahan. jika seseorang dah memang tak nak dengar atau terima arahan, pelbagai alasan akan diberi utk tidak mematuhi arahan. walau pun dah berkelayakan lebih tinggi drpd kelayakan sekolah (diploma, sarjana muda, sarjana, sarjana tua dll), tetapi jika tak patuh arahan utk kebaikan organisasi, maka seolah2 masih lagi seolah2 belajar ditadika.

Sama dan Berbeza

tadi sy bersolat maghrib di surau dekat rumah. semalam sy solat maghrib di masjid uitm. solat waktu yg sama. solat di tempat yg berbeza. solat di uitm bersama makmum terdiri drpd warga uitm. solat di surau bersama warga kejiranan. sama secara berjemaah tetapi beza jemaah.

semasa sy sampai ke masjid uitm semalam sy disambut oleh bilal. semasa sy sampai di surau rumah saya disambut dgn bilal. sambutan oleh bilal = sama. semasa sy sampai di masjid, selain drpd bilal, hanya sy yg sampai dulu di ruang berwuduk dan seterusnya hanya sy di ruang solat. di surau tadi selain bilal, hanya sy diruang wuduk dan saya selain bilal = sama. semasa solat hendak dimulakan dan solat dilakukan di masjid semalam, saya berdiri disisi kiri bilal. tadi di surau begitu juga, saya di sisi kiri bilal, kedudukan solat = sama. selepas solat semalam sy sempat berbual dan bersalaman bersama kenalan. tetapi di surau tadi, sy bersalaman bersama kenalan sebelum solat. berkenalan dan bersalaman=berbeza.

dlm hidup ini ada perkara yg sama berlaku. ada perkara yg berbeza berlaku. kita boleh perbaiki jika kita sedar dan berkeinginan. sewaktu solat, pangkat, nama, kekayaan dunia diketepikan. kita semua sama iaitu hamba kpd yg satu, allah maha esa, tiada tuhan selain allah.

Itu Saya Tahu

itu saya tahu. saya pernah ke sana. saya pernah buat. saya dulu akan dibagitahu.

itulah antara tanda atau kenyataan orang penting. kebiasaannya. tetapi jika realiti adalah sebaliknya, maka ianya menunjukkan atau mendedahkan tahap sebenar kredibiliti dan integriti seseorang. malah, jika arahan dan makluman pun baca tapi tak faham, ianya menambahkan lagi ketidak bolehpercaya kpd seseorang.

betullah. kalau tong tu lagi kosong, lagi kuat bunyinya. dan ianya amat suka dipalu atau diketuk sebab ingin didengar oleh orang lain. walau pun tiada isi di dalam. mereka suka jadi perhatian (walau pun perhatian berbentuk kemualan).

risau kalau orang yg rasa dia serba tahu dan semua tahu dibawa bersama. mungkin akan lebih susah drpd menjaga budak. jaga budak lagi senang sebab kalau tak ikut arahan, kita cubit atau piyak aje.

Baca..Baca..Baca

sy berpendapat baca membawa pelbagai maksud. jika kita ingin cemerlang dlm sesuatu kena baca 3kali.

baca kali pertama untuk belajar. kita ulang atau ikut apa yg dibacakan kepada kita. bacaan atau ulangan atau pelakuan percubaan kita akan dinilai. baca kali kedua untuk kita buat apa yg dibacakan kpd kita. kita amalkan pembelajaran yg kita terima. apabila kita lakukan maka kita sedang menilai dan dinilai adakah apa yg kita belajar kita lakukan dgn betul atau mengulanglaku dgn betul. dan bacaan terakhir adalah kita ajarkan atau kongsi ilmu yg kita terima, pengajaran kita akan dinilai dan kita nilaikan.

maka bacaan kita akan berterusan. bacaan adalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran. ianya adalah kitaran dalam hidup. kita berdoa agar kita tidak dilabelkan sebagai tidak tahu membaca (tidak berilmu).

Hukum Talqin Kepada Mayat

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-talqin-kepada-mayat

Tarikh Keputusan: 
14 Aug, 1997
Keputusan: 
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan. 2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.
3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
a) membid"ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.
4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
11 Sep, 1997
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U 11
Negeri/Group:

Rabu, Februari 06, 2013

Resah Risau

ramai kawan2 bertanya mengenai program ke taman negara. apa perlu dibawa? apa yg ada di sana? dan pelbagai soalan.

ini adalah perkara biasa apabila kita belum pernah sampai ke suatu tempat. atau apabila kita belum berpengalaman menghadapi sesuatu. persoalan adalah utk persediaan. ianya berkaitan ilmu pengetahuan. ianya seumpama cahaya dan kegelapan. ilmu adalah cahaya untuk menerangi kegelapan kejahilan.

bagus apabila bertanya. mungkin soalan ditanya macam soalan kurang bijak. tapi yg berani bertanya lebih bijak drpd yg hanya diam membisu utk mengelak dikatakan kurang bijak. jika tak bertanya akan jadi seumpama pepatah 'malu bertanya sesat jalan'.

satu soalan yg sering ditanya kpd saya, 'kenapa cebad selalu ke taman negara?'. dan jawapan biasa saya adalah, 'pergilah ke sana utk jawapannya'.


Ma ka

ma ka dlm loghat kelate adalah memakai. apabila saya bercerita tentang ma ka, ramai kawan2 di pejabat salah faham.

memakai bermaksud bukan memakai baju. tetapi ada pendamping. dan pendamping ini mungkin kita sedar. mungkin kita tak sedar. ada pelbagai sebab menyebabkan ada yg memakai. ada utk tujuan baik. ada utk tujuan kurang baik. ada yg tujuan utk memikat. apabila orang lain tengok pemakai, akan terpikat kpd pemakai.

sebenarnya tadi sy ingatkan kpd kawan2, jika ada yg memakai, eloklah ditinggalkan. jangan dibawa ke taman negara. kan nanti ada yg bergomol. dan yg akan kita nampak pemakai yg jadi sasau. jadi mungkinkah ada yg ada pantang tak mahu ke taman negara?

Jika Matlamat Adalah Duit..Angkuhlah Kita

jika matlamat adalah duit, maka akan ada yang cuba menghalalkan sebarang cara mendapatkan duit. walau pun proses mendapatkan duit mungkin sebenarnya salah.

jika matlamat adalah duit, ada kemungkinan hanya nampak pencapaian kebahagiaan di dunia shj. dan pencapaian di dunia menjadi kemegahan. apabila sudah megah, maka lupa kpd tugas dan tanggungjawab kpd yg maha esa, allah tuhan yang satu.

maka akan ada berbangga dgn perhiasan di dlm rumah. perabut dan perhiasan yg mahal. yg ramai drpd kita hiaskan rumah utk menunjuk sbg bukti sudah berjaya. tetapi ramai yg lupa di dlm kubur tiada perhiasan dunia tetapi yg diperlukan adalah teman dan cahaya. maka keangkuhan adalah satu kelemahan. bukannya satu kekuatan. keangkuhan adalah kemiskinan, bukannya satu kekayaan.

Mesyuarat dan Mengajar

antara dua tugas sbg pensyarah adalah mengajar dan hadir ke mesyuarat. setelah bermesyuarat perlu melaporkan kpd bos atau pihak yg kita wakil.

minggu ini walaupun pelajar sarjana muda tiada di kampus tetapi pelajar diploma masih ada kuliah. rutin sbg pensyarah adalah mengajar, belajar, mesyuarat dll. dan ditambah dgn penyelidikan dan khidmat universiti iaitu selain drpd khidmat pengajaran dan pembelajaran.

memang bagi yg kurang tahu akan mengandaikan pensyarah tiada kerja semasa pelajar sarjana muda tiada di shah alam. tetapi proses pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan tiga peringkat iaitu persediaan sebelum berjumpa pelajar, perjumpaan dgn pelajar, dan penyemakan setelah berjumpa pelajar.

mesyuarat adalah aktiviti persediaan dan penyemakan. jika perancangan perjumpaan dgn pelajar atau pihak lain tidak ditepati, maka ianya akan memberi kesan kpd aktiviti sebelum dan selepas.

Ayat Kursy

Ujian Orang Kaya

seorang kawan bertanya tentang agama. beliau bertanya soalan dan perkara yg saya risau nak jawab. jika salah jawab kemungkinan menjejaskan akidah saya. jika salah jawab mungkin akan jejaskan akidah beliau.

terkejut apabila ditanya tentang agama. beliau pernah bertanya berkaitan agama beberapa bulan yg dulu. spt beberapa bulan yg dulu, sy masih berasa kurang selesa hendak berbicara tentang agama dgnnya. begitu beberapa hari ini ada kenalan yg bertanya tentang agama. bertanya tentang perkara yg dianggap sensitif.

memang lagi kaya dgn harta, lagi tinggi ujian drpdNya. lagi tinggi dan kaya dgn ilmu, lagi tinggi ujian drpdNya. lebih kaya kita dgn sanak saudara, lagi besar ujian drpdNya. saya berdoa semoga kawan saya mendapat pentunjuk drpdNya supaya beliau tetap di agama yg benar. saya berdoa juga semoga saya, keluarga, kawan dan kenalan serta pembaca blog sentiasa mendapat rahman dan rahimNya.

Selasa, Februari 05, 2013

Maghrib di Surau

jika ke surau pada waktu maghrib, yg ramai kelihatan adalah mereka yg telah berpencen drpd bekerja. mungkin di tempat saya? tapi pada hari minggu, pada waktu lain ramai juga drpd kalangan pelbagai peringkat umur lain.

teringat zaman sekolah menengah. waktu maghrib kami mesti ke masjid bersebelahan dgn sekolah. memang ada yg 'kurang sihat' utk ke masjid pada waktu maghrib. pelajar tingkatan satu akan maghrib di surau di hostel mereka. itu zaman saya. zaman sekarang saya tak tahu.

solat di surau dan masjid memberi ketenangan berbeza dgn solat di tempat lain. adakah kerana apabila solat di surau dan masjid tiada terasa nak tergesa2 ke tempat lain? adakah ketenangan kerana niat dan fokus utk beribadah kpdNya yg satu?

Semangat Berpasukan

dalam satu pasukan akan ada ketua. dan akan ada pengikut. ketua selalunya seorang yg dilantik oleh pihak atasan. ketua adalah utk memastikan kumpulan/organisasi bergerak ke arah yg lebih baik drpd semalam.

bagaimana jika ada lapisan kedua dibawah ketua yg tidak menyokong arahan ketua di lapisan pertama? tetapi lapisan seterusnya dibawah menyokong ketua. bagi saya jawabnya kenalah tukar lapisan kedua yg tak menyokong lapisan pertama. majoriti lapisan kedua menyokong lapisan pertama. dan yg penting adalah lapisan ketiga iaitu lapisan bawah yg menjadi lapisan asas menyokong ketua di lapisan atas.

semangat berpasukan adalah semangat utk melihat kejayaan organisasi berjaya sbg satu pasukan. jika tiada semangat tersebut, maka elok ajelah ke organisasi lain. terima kasih utk sumbangan selama ini (jika ada).

Takut Dimalukan?

masih lagi dicuba supaya prg yg telah diluluskan bos diberi pengecualian kpd mereka yg tertentu. pelbagai alasan diberi. antaranya perlu berpegang kpd prinsip. prinsip apa sy tak tahulah.

maka komen yg tak suka kpd ketua alasan adalah, 'memang tak hormat bos'. mungkin sebab bos takde semasa mensyuarat? jadi ada yg cadangkan supaya diminta satu organisasi utk arahkan supaya dikecualikan mereka yg setia bukan kpd organisasi yg beri gaji bulanan drpd terlibat dlm prg utk kebaikan organisasi yg bagi makan gaji tetap.

adakah tidak ingin hadir ke prog tersebut sebab takut? takut dimalukan? takut diketahui bhw selama ini mereka ini juga manusia biasa. ada kelemahan. perlu kpd pertolongan org lain walaupun diberi rezeki lebih drpd yg lain di organisasi. spt sy kata, penilaian adalah 360darjah. kalau cakap tak serupa bikin, maka akan ada yg cium lumpur dan minum air sungai.

Tak Peduli

kasar bunyinya jika jawapan adalah tak peduli. lembut sikit tapi lebih kurang maksudnya adalah tak sudi.

ianya berkaitan setiakawan. kesediaan bekerjasama. sedia untuk dinilai bukan shj oleh ketua, pihak luar tetapi juga oleh rakan sekerja. jadi program dirancang utk membolehkan penilaian kesediaan bekerjasama utk dilakukan penambahbaikan berterusan.

tetapi spt biasa ada yg mohon dikecualikan. dan lagi tak elok dibabitkan pihak lain turut dikecualikan supaya tidaklah nampak yg sebenarnya hanya dia yg tak sudi. memang lah bos marah. cuma bos sbg seorang yg susah nak marah tidak menampakkan kemarahan sbgm mereka yg biasa atau suka marah. bos tak menjerit2 menyatakan kemarahan. tetapi ditunjuk melalui kekecewaan.

kalau bos pun tak dihormati dan anak buah pun tak dihormati, bagaimana nak bekerja sbg satu pasukan? alasan tak mahu turut serta bersama kenalan sekerja adalah tidak munasabah. macam tu baik pi sarawak ajelah, bertugas di seberang laut.

Tak Mahu Tanggung dan Jawab

perkara yg kita cuba elakkan adalah terpaksa menjawab dan dipertanggungjawabkan kerana tugas pihak lain. dan jika kita kurang kuasa berbanding pihak lain, maka kebiasaannya kita akan dipersalahkan atau dijadikan 'punching bag'.

kuasa datang dgn tanggungjawab. jika kita benar2 berkuasa, maka kita mesti berani menanggung risiko yg berkaitan. ketua yg bagus adalah ketua bertanggungajwab. bakal ketua yg bagus adalah seseorang yg bertanggungjawab. seseorang yg bagus, cemerlang, matang aadalah yg sedia bertanggungjawab dengan keputusan dilakukan.

tetapi spt biasa, akan ada yg baling batu sorok tangan. akan ada yg keluarkan surat di saat akhir dan memaksa ketua meluluskan. jika berlaku masalah, itu masalah ketua. ini adalah sikap seseorang yg tak bertanggungjawab dan tak mahu menjawab. sebab mereka spt ini takut dimarahi tetapi suka memarahi. mereka spt ini akan kehilangan rasa hormat drpd ketua, rakan sekerja dan staf bawahan.

Isnin, Februari 04, 2013

Orang Tengah

biasanya orang tengah di pandang serong. sebab kebiasaannya diandaikan orang tengah yg banyak ambil untung dlm hal perniagaan. orang tengah akan ambil sikit dari sebelah kiri dan akan ambil sikit dari sebelah kanan. kadang2 diandaikan orang tengah yg untung dan pihak lain yg rugi.

banyak hal memerlukan orang tengah. saya dimaklumkan bagaimana ramai pengusaha pelancungan orang kita bergantung kpd orang tengah untuk mendapatkan pelanggan. terutamanya pengusaha penginapan. dan banyak saya baca serta dimaklumkan bagaimana apabila pelancung tak paushati, yg dimarahi adalah pengusaha. contohnya tentang urusan makan minum. pelancung merungut kerana makanan disediakan tidak memadai dgn bayaran diberi melalui orang tengah.

maka perlulah pengusaha pelancungan dan lain2 pengusaha berbincang dgn orang tengah pembahagian kutipan daripada pelancung terlebih dahulu. ini utk elakkan keluarga berpecahbelah. juga utk elakkan namaburuk dikalangan pelancung dan bakal pelancung ke tempat kita. yg jadi orang tengah pun berpada-padalah ambil untung. seeloknya janganlah sehingga menyusahkan pengusaha. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. hidup bermuafakat membawa berkat.

Tegur Untuk Kebaikan

bukan mudah menegur seseorang. sama ada menegur seorang kawan atau bukan kawan bukannya sesuatu yg suka dilakukan oleh kebanyakan orang. tetapi kita mesti menegur jika utk kebaikan bersama. sebab manusia sentiasa dlm kerugian kecuali ada yg berpesan/mengingatkan.

jika tak ditegur, bagaimana nak betulkan yg tak betul. memanglah jika asyik nak kena tegur aje, memanglah lama2 rasa malas. malas kerana teguran tak diambil endah. atau yg ditegur buat tak kisah. tak ambil pot. kadang2 selambanya aje terus membuat kesalahan atau kesusahan kpd orang lain.

ada pepatah berkata 'jangan jaga tepi kain orang'. tapi walau pun kain tu dah mendedahkan keaiban beliau, kita pun akan terkena juga. akan ada yg kata kita sengaja biarkan seseorang itu buat salah sebab kita yg tak bertanggungjawab. memang kebiasaan untuk mudah pihak lain akan disalahkan. pihak yg buat salah tak ditegur.

bagi sesuatu organisasi atau pusat tanggungjawab (ptj), ketua akan bertanggungjawab kpd hasil yg tercapai atau tak dicapai. jika ketua tak tegur orang bawah, siapa lagi nak tegur. kalau orang bawah tegur orang atas akan nampak tak manis. tapi jika utk kebaikan bersama, utk elak sebab seekor kerbau habis yg lain kena lumpur, sila tegurlah.

Sihat dan Sakit

apa khabar? satu pertanyaan biasa apabila berjumpa dgn orang lain. dan seterusnya kita akan bertanya/ditanya kesihatan ahli keluarga/kawan/kenalan.

ada yg akan bertanya 'ada sihat?'. ada yg akan bertanya 'sakit apa?'. pertanyaan 'sakit apa' selalunya drpd doktor perubatan apabila kita ke klinik/pusat kesihatan atau hospital. tapi orang biasa pun akan bertanya kpd kenalan soalan 'sakit apa' apabila mendapat berita seseorang yg rapat atau kenalan kpd kenalan tidak sihat.

apabila tidak sihat, kebiasaan di era moden kita akan ebrjumpa doktor. tapi ada juga yg akan cuba perubatan tradisional dahulu. ada pelbagai alasan diberi kenapa tidak berjumpa doktor. antaranya sebab takut. mungkin pengalaman menyebabkan seseorang takut berjumpa doktor.

walau bagaimana pun, jumpalah doktor jika sakit. jika doktor kata tiada sakit biasa, barulah ikhtiar cara lain. jangan sebaliknya. nanti menyesal.

Bijaksana Sebagai Pengguna Jalanraya

tiada maaf dipohon kpd pembaca drpd saya kerana terus membebel tentang penggunaan jalanraya dan lain2 laluan kenderan darat. alfatihah kpd ruh arwah staf ined yg kembali kpdnya akibat kemalangan jalanraya pd minggu lepas.

arwah meninggal kerana terlanggar kenderaan yg berhenti di laluan kecemasa. saya tidak tahu siapa yg salah. adakah kerana tiada laluan khas utk motorsikal? adakah kerana kereta berhenti tanpa menyalakan lampu 'hazard'? adakah keadaan yg menyebabkan tahap penglihatan kurang jelas kpd arwah. allah jua yg maha mengetahui dan maha adil.

pagi tadi semasa ke pejabat, sy perasan sebuah kereta mini memandu dgn lampu dinyalakan. apabila berjumpa di pejabat dgn pemandu kereta mini tadi, sy puji beliau kerana menggunakan jalan secara bijaksana. dgn menyalakan lampu. kereta beliau akan menyalakan lampu secara automatik mengikut suasan cuaca. cuaca yg kelam memerlukan lampu kenderaan dinyalakan utk membolehkan kita nampak jelas perjalanan kita dan pengguna yg lain juga nampak kita dgn jelas.

sy juga menyalakan lampu pagi tadi. sy nak pastikan pengguna lain nampak kereta sy. ianya sbg langkah keselamatan. gunakanalah jalanraya dgn bijaksana. mudahkan laluan kita dan org lain.

Taklimat Blended Learning

pagi tagi sy hadir ke taklimat blended learning. ianya dibentangkan oleh pengarah ilearn uitm. tak semua pensyarah fakulti yg hadir. mungkin sibuk.

antara tujuan blended learning atau pembelajaran pelbagai (?) adalah utk membolehkan pengurangan penggunaan ruang bilik kuliah. para pensyarah digalakkan berkongsi ilmu dgn pelajar di ruang maya. dan sasaran adalah 30% p&p menggunakan bl. masa p&p tidak terhad kpd suasana fizikal shj. maka tenaga pengajar perlu seiring dgn teknologi terkini utk tidak ketinggalan dlm p&p.

ada bagusnya. ada tak bagusnya. spt biasa, yg pandai dan rajin akan berusaha utk menggunakan bl utk capai keputusan terbaik. bagi yg tidak pandai dan tidak rajin akan bagi pelbagai alasan apabila tidak lulus.

Tugas Hakiki

semasa mendapat tawaran utk bertugas sbg pensyarah, tidak disenaraikan tugas hakiki seorang pensyarah mengikut gred dm41. semasa saya melaporkan diri saya sbg pensyarah kontrak dm41, saya juga tidak menerima senarai tugas hakiki secara bertulis/bertaip/bercetak.

setelah mendapat tawaran sbg pensyarah dm45 dan juga melaporkan diri sbg pensyarah dm45 di uitm, sy masih belum menerima sebarang senarai tugasan hakiki secara bercetak. setelah bertahun2 menjadi pensyarah uitm dm45, saya masih belum menerima senarai bercetak tugasan hakiki saya. yg selalu dinyatakan adalah mengajar, melakukan penyelidikan & penerbitan, dan terbaharu membina jaringan dgn pihak luar.

beberapa tahun yg lalu, melalui amanah tugas pensyarah, dinyatakan bidang tugas seorang pensyarah mengikut gred. pensyarah perlu menjalankan minima 39jam dlm seminggu. ada 3bidang pilihan bagi gred 45. sy memilih kepimpinan akademik. jadi tugas hakiki sy untuk mengajar dlm seminggu hanya 8jam (syarahan 3jam). menyelia 3pelajar (penyelidikan) utk 6jam, penyelidikan sendiri dll 8jam, dan 17jam berkhidmat kpd universiti dll.

Ahad, Februari 03, 2013

Refleksi di Kedai Gunting Rambut

tadi saya pergi ke kedai gunting. nak berbojeng sebab minggu depan ada sdara akan kahwin. saya ke kedai gunting memakai 'contact lens'.

semasa di kerusi utk digunting rambut, saya dapat perhatikan diri saya dgn lebih jelas berbanding jika ke kedai gunting berkaca mata. dgn berkanta sesentuh, penglihatan tidak kabur semasa rambut saya digunting. jadi sempatlah buat refleksi diri.

cermin di kedai gunting menunjukkan dgn jelas siapa saya. ianya menunjukkan seorang yg makin hampir ke separuh abad. masa yg tinggal di dunia secara logiknya lebih pendek drpd masa yg telah dilalui di dunia ini. maka perlu lebih banyak masa digunakan utk persediaan bekalan di akhirat. keseronokan di dunia makin kurang jadi pilihan utama dgn masa yg ada.

Manja

ungkapan yg seringkali dinyatakan kpd kita sekarang. tidak kira muda atau tua, kita skrg amat dimanjakan.

antara cara kita dimanjakan adalah melalui subsidi. atau bantuan pengurangan kos melalui pemberian drpd kerajaan. maka ada yg hidup sentiasa mengharapkan dimanjakan. mengharapkan bantuan pihak lain. mengharapkan tongkat utk berjalan, berdiri dll.

ada baiknya dimanjakan. ada tidak baiknya dimanjakan. jika sentiasa mengharapkan dimanjakan, maka kita mungkin akan kurang berusaha. kita mungkin akan kurang motivasi berusaha. dan akhirnya kita berkemungkinan menyalahkan orang lain jika apa yg kita hendak tidak dipenuhi oleh pihak lain.

manja boleh dikaitkan tidak ingin bertanggungjawab. ingin menyalahkan orang lain. dan yg manja selalunya akan berperangai kebudak-budakan.  ilmu adalah untuk menunjukkan tahap kematangan kita. setelah berumur 2tahun, maka sudah boleh dikurangkan kemanjaan dgn penjaga. sudah boleh bertanggungjawab terhadap najis yg dibuang.

Bihun Goreng dan Taman Sekebun Bunga

semalam ke gerai makan pi beli bihun goreng. dulu2 sebut meehun goreng.

gerai makan tu memang buat amsakan siam. pemili/pengusaha saya andaikan orang kelate. pekerja pun saya andaikan majoriti orang kelate atau siye. jadi pesanan dibuat dlm baso klate.

beberapa malam lepasa pi beli 2bungkus xcukup apabila dibawa balik ke rumah. semalam bawa balik 2bungkus, berlebih pula. mungkin sebab dah ada menu lain. mungkin sebab dah ada yg makan makanan lain terlebih dahulu.

makan bihun goreng ala kelate/siye mengingatkan saya kpd semasa saya berada di rumah arwah nenek di kota bharu. saya akan berada di sana semasa cuti sekolah. pada waktu petang lebihkurang jam 5 (kalau sekarang 5.30ptg), arwah nenek akan tanya saya nak makan apa utk malam. saya akan jawab sama ada bihun goreng atau nasi kuning. dan arwah nenek akan minta saudara saya tolong belikan. tahun70an, sebungkus bihun goreng kalu tak silap saya 50sen. semalam saya beli harganya rm4 sebungkus.

Berkuasa Tidak Semestinya Betul

kuasa didapati secara formal atau tidak formal. kuasa yg formal biasa dikaitkan dgn jawatan yg dipegang. kuasa secara tidak formal spt jika dah lama berada di suatu tempat walau tanpa pelantikan rasmi, orang tersebut diikuti.

kuasa dikaitkan dgn keputusan. kuasa dikaitkan dgn peraturan. kuasa sepatutnya utk kebaikan yg ramai. kuasa utk membantu mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. tetapi ramai yg berkuasa salah guna kuasa. kuasa disalhguna utk kepentingan peribadi atau mereka yg tertentu. dan ianya menjejaskan keharmonian ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

ramai yg salah anggap bhw jika yg ada kuasa tentulah tak buat silap. tetapi kita adalah manusia, makhluk ciptaan allah, yg akan buat silap. sebab sbg manusia biasa yg diberi amanah di dunia, kuasa yg kita ada dan gunakan tidak semestinya betul pada setiap masa.

Tidak Jujur

tidak jujur satu pernyataan yg lembut. ianya boleh juga dikatakan sbg terlibat dgn rasuah. tapi lebih baik digunakan tidak amanah. perkataan2 lain selalu dikaitkan adalah tentang integriti dan kredibiliti.

ada pepatah inggeris yg menyatakan 'either we join them or we beat them'. ianya boleh membawa maksud dlm sesuatu hal kita sama ada turut sama atau kita kalahkan satu kumpulan atau organisasi. jika organisasi yg baik, tentulah kita akan memilih utk bersama. tetapi jika organisasi yg tidak baik, mak kita mesti kalahkan organisasi itu supaya ianya tidak menjadi ikutan yg tidak baik kpd org lain.

jika kita ada pilihan, kita perlu tinggalkan kumpulan yg tak jujur jika kita tiada upaya utk mengalahkannya atau memperbetulkan ketidakjujuran dari dalam. tetapi jika kita ada upaya atau tiada pilihan meninggalkan kumpilan tersebut, maka teruslah bersama di dalam organisasi dan berusaha utk menukar budaya tidak jujur yg diamalkan oleh organisasi.

Sabtu, Februari 02, 2013

Biar Pecah Di Perut

ada pepatah melayu yg mengatakan 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut'. adakah ianya sama dgn 'biar mati anak, jangan mati adat'. adakah ianya sama dgn prinsip perakaunan 'substance over form'?

maksud biar pecah di perut.. adalah biarlah sesama kita shj yg tahu. jangan bagitahu pihak lain. kalau tahu susah kita. kalau orang lain tahu akan malu kita. walaupun apa yg diketahui adalah perkara salah yg telah dilakukan oleh organisasi. tak silap saya dlm mafia adalah 'omerta'. pepatah biar pecah di perut.. juga bermakna biarlah sehingga perut terburai iaitu kita mati, namum nama baik (jika ada lagi) organisasi mesti dijaga. malah ugutan sanggup dilakukan supaya rahsia disimpan.

banyak organisasi saya tahu pepatah ini diamalkan. tapi sebenarnya utk menjaga namabaik (?) ahli yg terlibat atau ketua2 yg terlibat. maka rela diperam perkara yg tak elok sehingga perut membusung dan pecah sendiri. rahsia di dunia boleh disimpan sampai mati. tapi di akhirat akan diketahui lagi ramai dan hukuman lagi adil daripada allah yg maha adil.

Surah Al-'Asr - سورة العصر

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Demi Masa!
  
A002 Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
  
A003 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ujian dan Nikmat

memang tulisan akan ada berulang2. mungkin ada yg suka. mungkin ada yg tak suka. sebab setiap manusia akan lakukan kesalahan. tiada yg sentiasa betul pada setiap masa.

antara ujian allah kpd kita adalah harta, keluarga dan pangkat. kesemuanya adalah kekayaan. kaya harta, kaya saudara-mara, kaya jawatan. kesemuanya berkaitan kaya kuasa. kuasa melalui harta. kuasa melalui saudara. kuasa pangkat. tetapi setiap nikmat allah adalah juga ujian dari allah. dan kita akan dipersoalkan bagaimana kita gunakan nikmat allah semasa di dunia adakah dgn amanah. sebab kesemuanya adalah nikmat sementara.

spt ujian di sekolah dan ipt, ilmu adalah penting utk menghadapi dan melalui ujian dgn cemerlang. tetapi ilmu juga adalah amanah.

Asrama

asrama. hostel. dorm. tinggal beramai2 mengikut peraturan.

sy sedang belajar dan mengenang semula hidup disekolah berasrama melalui cerita tare zameen par yg sedang ditayangkan sekarang (dari jam 2ptg hari ini) di astro 108. ianya menceritakan kisah seorang budak yg bermasalah belajar di sekolah rendah. cara terakhir bagi ayahnya adalah menghantar budak tersebut ke sekolah berasrama penuh.

banyak kenangan semasa bersekolah di sekolah asrama penuh. kenangan ini seringkali dikongsikan bersama kawan2 yg sama2 bersekolah di sekolah melayu jalan stesen. walau pun belajar di tahun berbeza, tetapi pengalaman di sekolah tersebut secara umumnya akan difahami oleh lepasan sekolah melayu jalan stesen.

ianya juga dikongsi melalui konsert tahunan pada majlis makan malam tahunan pada setiap tahun. walau pun telah jadi lepasan, tapi kami tidak melepaskan ikatan dgn sekolah tersebut. 'tak ku lupakan jasa2 mu, oh kolej melayu'.

Selera

selera biasanya dikaitkan dgn makan. selera makan biasanya dikaitkan dgn jenis makanan. selera makan juga dikaitkan dgn selesanya kita masa nak makan. ada kalanya perkata selera dan selesa diguna bersama atau diguna membawa maksud yg sama.

apabila tiada selera makan akan menyebabkan pelbagai andaian. andaian makanan tak sedap. andaian badan tidak sihat. andaian suasana tidak selesa utk menjamu selera. ungkapan ingggeris 'right time, right place, right people' juga boleh dikaitkan dgn selera utk makan dan lain2 selera. maka selera ada kaitan besar dgn selesa.

ada kala tak selera makan sebab perut dah kenyang. atau sebab makanan tidak sesuai dgn kesukaan kita. tetapi sebelum membuat keputusan perlu berdasarkan kpd ilmu. bukan kpd apa yg nampak shj. mungkin makanan bukan pilihan kita tetapi utk menjaga hati pihak lain, kita paksa juga utk makan.

seeloknya, jika mampu, nyatakan perasaan kita. ianya mungkin tidak baik di mata penerima pernyataan kita, tapi kita bertanggungjawab jika tak maklumkan perasaan dan pengetahuan kita. setelah dimaklumkan, tanggungjawab sudah berpindah kpd pembuat keputusan.