Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 03, 2013

Refleksi di Kedai Gunting Rambut

tadi saya pergi ke kedai gunting. nak berbojeng sebab minggu depan ada sdara akan kahwin. saya ke kedai gunting memakai 'contact lens'.

semasa di kerusi utk digunting rambut, saya dapat perhatikan diri saya dgn lebih jelas berbanding jika ke kedai gunting berkaca mata. dgn berkanta sesentuh, penglihatan tidak kabur semasa rambut saya digunting. jadi sempatlah buat refleksi diri.

cermin di kedai gunting menunjukkan dgn jelas siapa saya. ianya menunjukkan seorang yg makin hampir ke separuh abad. masa yg tinggal di dunia secara logiknya lebih pendek drpd masa yg telah dilalui di dunia ini. maka perlu lebih banyak masa digunakan utk persediaan bekalan di akhirat. keseronokan di dunia makin kurang jadi pilihan utama dgn masa yg ada.

Tiada ulasan: