Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 19, 2013

Penyelesaian di Pusat Kerjaya dan Kaunseling

awal pagi saya dimaklumkan seorang kawan tak dapat membantu saya untuk satu program. beliau dan keluarga tidak sihat. alamak, awal2 pagi dah ada masalah yg perlu penyelesaian segera.

program pada hujung minggu. setelah berbincang berkaitan fakulti di dsb, saya ke kedai koperasi uitm. walaupun pelbagai perkara dalam kepala, saya cuba berfikiran positif. saya cuba membantu seorang bekas pelajar saya yg sedang memunggah barang, tetapi beliau menolak. kemudiannya dlm perjalanan ke hep saya mengucapkan selamat kpd seorang pensyarah lama sebuah fakulti.

seterusnya saya meneruskan usaha menyelesaikan masalah berkaitan transkrip seorang adik saya. dah lama grad tapi tak ambil transkrip dan diploma. setelah membuat bayaran, saya dimaklumkan bhw kawan saya cuba mendapatkan pengganti beliau. dan semasa saya berjalan2 dan meninjau2 macam inspektor/auditor di pusat kerjaya dan kaunseling, seorang bekas pengajar kaunseling kpd saya menjemput saya masuk ke pejabatnya.

alhamdulillah, apabila dimaklumkan masalah saya, beliau mempelawakan dirinya. terima kasih banyak2 puan. maka jika niat yg baik, dan berfikiran positif bhw insyaallah masalah boleh diselesai dan disertakan usaha seperti berjumpa kaunselor, masalah akan selesai (dengan izinnya). tetapi sebaliknya jika menghadapi masalah kita buat malaslah nak selesaikan, kemungkinan besar masalah tak selesai.

Tiada ulasan: