Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Februari 13, 2013

Maaf Pegawai Tiada Sekarang

maaf pegawai tiada sekarang. antara makluman yg biasa didengar melalui telefon atau dikaunter. lagi angin,'pegawai keluar minum'. pukul 8.30pagi minum. pukul 10pagi minum. pukul 12.30tgh makan. pukul 2.30ptg makan. pukul 4ptg minum.

setiap jawatan ada tugas dan tanggungjawab. ada masa perlu melayan pelanggan secara langsung  dan menjawab pertanyaan atau permintaan pelanggan. kalau tidak, sila tanggung kemudian. pelanggan akan berasa marah atau tidak puashati apabila masa mereka utk mendapat perkhidmatan tidak berbaloi dgn ketiadaan pegawai di tempat tanggungjawab.

kita diberi masa utk melakukan perkara2 tertentu. jadi kalau kita rehat waktu kerja, jawabnya kita tidak hormat kpd ramai. tidak hormat kpd pelanggan. tidak hormat kpd ketua. tidak hormat kpd rakan sekerja yg dimarahi kerana ketiadaan kita.

jika kita benar. jika kita berani. nyatakan di tempat tanggungjawab kita di mana kita berada. jangan harapkan kawan menjawab bagi pihak kita dan kawan kita dimarahi pelanggan, dimarahi ketua dan dimarahi rakan sekerja lain. jika nak rehat banyak drpd bekerja, sila letak jawatan. ramai lagi yg nak bekerja (bukan nak pekerjaan shj).

Tiada ulasan: