Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 04, 2013

Tegur Untuk Kebaikan

bukan mudah menegur seseorang. sama ada menegur seorang kawan atau bukan kawan bukannya sesuatu yg suka dilakukan oleh kebanyakan orang. tetapi kita mesti menegur jika utk kebaikan bersama. sebab manusia sentiasa dlm kerugian kecuali ada yg berpesan/mengingatkan.

jika tak ditegur, bagaimana nak betulkan yg tak betul. memanglah jika asyik nak kena tegur aje, memanglah lama2 rasa malas. malas kerana teguran tak diambil endah. atau yg ditegur buat tak kisah. tak ambil pot. kadang2 selambanya aje terus membuat kesalahan atau kesusahan kpd orang lain.

ada pepatah berkata 'jangan jaga tepi kain orang'. tapi walau pun kain tu dah mendedahkan keaiban beliau, kita pun akan terkena juga. akan ada yg kata kita sengaja biarkan seseorang itu buat salah sebab kita yg tak bertanggungjawab. memang kebiasaan untuk mudah pihak lain akan disalahkan. pihak yg buat salah tak ditegur.

bagi sesuatu organisasi atau pusat tanggungjawab (ptj), ketua akan bertanggungjawab kpd hasil yg tercapai atau tak dicapai. jika ketua tak tegur orang bawah, siapa lagi nak tegur. kalau orang bawah tegur orang atas akan nampak tak manis. tapi jika utk kebaikan bersama, utk elak sebab seekor kerbau habis yg lain kena lumpur, sila tegurlah.

Tiada ulasan: