Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 02, 2013

Biar Pecah Di Perut

ada pepatah melayu yg mengatakan 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut'. adakah ianya sama dgn 'biar mati anak, jangan mati adat'. adakah ianya sama dgn prinsip perakaunan 'substance over form'?

maksud biar pecah di perut.. adalah biarlah sesama kita shj yg tahu. jangan bagitahu pihak lain. kalau tahu susah kita. kalau orang lain tahu akan malu kita. walaupun apa yg diketahui adalah perkara salah yg telah dilakukan oleh organisasi. tak silap saya dlm mafia adalah 'omerta'. pepatah biar pecah di perut.. juga bermakna biarlah sehingga perut terburai iaitu kita mati, namum nama baik (jika ada lagi) organisasi mesti dijaga. malah ugutan sanggup dilakukan supaya rahsia disimpan.

banyak organisasi saya tahu pepatah ini diamalkan. tapi sebenarnya utk menjaga namabaik (?) ahli yg terlibat atau ketua2 yg terlibat. maka rela diperam perkara yg tak elok sehingga perut membusung dan pecah sendiri. rahsia di dunia boleh disimpan sampai mati. tapi di akhirat akan diketahui lagi ramai dan hukuman lagi adil daripada allah yg maha adil.

Tiada ulasan: