Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 11, 2013

Makan Malam Di Bangi

alhamdulillah. tadi makan malam bersama keluarga di bangi.

melalui bandar bangi untuk ke kedai makan dan selepas makan, terasa macam sebuah bandar di kelantan. kebanyakan atau hampir kesemua nama kedai menunjukkan dimilikki atau diusahakan oleh umat islam. semasa makan malam tadi pun, pelanggan2 yg hadir dan yg kelihatan di kedai2 makan lain adalah majoritinya umat islam. kedai2 makan yg was2 status halalnya dijauhi oleh umat islam.

ianya tanda bahawa umat islam memang boleh berniaga jika diberi peluang. dan antara keperluan utama adalah pelanggan muslim. pelanggan muslim bijak memilih kedai2  makan yg halal hidangannya. perlu diingatkan kos bangunan sama ada harga jualan atau sewa hendaklah yg tidak menghindar umat islam drpd berniaga di negara sendiri. janganlah sebab segelintir yg nak untung di dunia, majoriti kos kehidupan umat islam tergadai.

cuma yg tak sedap rasanya, jalan2 seolah2 kurang diselenggara pihak berkuasa. lampu2 jalan kurang menerangkan jalan2 di waktu malam. bagi yg diberi tugas dan tanggunjawab, jalankanlah dgn amanah.

Tiada ulasan: