Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 15, 2013

Urusan Semasa Tiada Pelajar

minggu ini cuti khas bagi pelajar diploma sempena tahun baru cina. di shah alam sunyi drpd majoriti  pelajar uitm kerana majoriti pelajar di shah alam adalah pelajar sarjana muda dan pasca siswazah.

di uitm pun selain drpd pelajar yg bercuti, terdapat juga staf yg bercuti. ini kerana hanya perlu ambil 3hari cuti sahaja utk bercuti selama 9hari, bermula daripada sabtu 9feb yg lepas. pada asalnya saya pun bercadang nak bercuti pada minggu ini. tetapi sebab ada tugasan sebagai ahli panel pada 13-14feb, maka niat tinggal niat ajela.

walau bagaimana pun, urusan 13-14feb berjaya diselesaikan pada 13feb shj. maka semalam sy dapat berjumpa dgn seorang daripada fasilitator program fsr, dan kemudiannya berjumpa penyelia phd saya. seterusnya saya berjumpa dgn penyelia bersama yg dicadangkan. alhamdulillah beliau bersedia menerima sy untuk phd saya. terima kasih banyak2.

pagi ini sy berjumpa lagi penyelia kedua. ianya selepas sy mengambil baucar buku bb1m. kemudiannya ke koperasi uitm meninjau buku sambil menandatangani beberapa cek. selepas solat jumaat mesyuarat bersama jk audit dalam. selepas itu singgah sebentar berjumpa kawan di pejabat lama. dan akhir sekali berjumpa bos2 di fakulti. penuh juga aktiviti saya walau pun pelajar bercuti. maka tugas seorang pensyarah adalah belajar, mengamalkan apa yg dipelajari dan mengajar. ianya kitaran berterusan.

Tiada ulasan: