Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Februari 09, 2013

Kenapa Tidak Suka?

kenapa tidak suka? kita tidak suka kpd sesuatu - orang atau bukan orang kerana pelbagai sebab. ada sebab kerana tidak menguntungkan kita. untung dunia atau untung akhirat bergantung kpd niat kita.

ada yg tak suka kpd cara hidup dan kepercayaan tertentu kerana ianya tidak menguntungkan dirinya. ada yg tidak suka jika judi dilarang. ada yg tak suka jika arak dilarang. ada yg tak suka jika tempat2 tertentu ditutup. ada yg tak suka jika peraturan tertentu dilakukan dan dikuatkuasa.

ramai yg tidak suka sebab ianya berkaitan duit. ianya memberi kesan kpd kekayaan mereka di dunia. ianya berkaitan kerana jahil. ianya berkaitan kerana akan kehilangan kuasa. kebanyakan penolakan atau tidak suka kerana tidak boleh menunjuk2. mereka ini lebih suka pihak lain menderita agar mereka aje yg senang. mereka mahu orang lain sengsara, walau pun lupa kpd yg satu.

kita sepatutnya hidup secara sederhana. kita hidup utk beribadah kpdnya yg satu. tetapi ujian dan dugaan di dunia sentiasa ada. bacalah supaya kita berilmu utk berupaya melalui ujian dan dugaan di dunia dgn jayanya. supaya kita sejahtera dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: