Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 30, 2008

Malam Raya

Dum2 bunyi mercun. Beep2 bunyi mesej sms raya masuk. Tidak kira masa. Semalam pada jam 1.30pagi ada sms saya terima.

Apakah sebenarnya makna aidil fitri? Bilakah sebenarnya rasa paling seronok bg kita? Masa sampai di kampung halaman? Berbuka puasa bersama keluarga? Bersama2 berkumpul dgn sanak saudara? Bersama2 membuat persiapan akhir sebelum fajar syawal?Bg saya antaranya adalah bila dpt berkumpul ramai2. Syukur kpd Allah kerana kami semua selamat sampai dan dpt berkumpul ramai2.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H. Maaf Zahir dan Batin. Drpd saya col.bud.company E.panthera tigris.

Takbir Malam Raya

AlhamdulIllah, baru sekejap tadi ahli2 surau dekat rumah telah datang ke rumah saya untuk bertakbir raya. Rumah kami antara 8buah rumah dilawati utk bertakbir.

Hidangan adalah kuzi ayam dgn roti. Minuman pelbagai. Disediakan oleh bonda dan dibantu oleh akauntan, pakar ortopedik dan aktuaris. Maklumlah org2 rumah tak ada. Walau pun kelam kabut mula2, tetapi alhamdulIllah, segalanya berjalan dgn lancar.

Ziarah pd Syawal bukanlah menikmati hidangan sbg tujuan utama. Tetapi yg penting adalah merapatkan silaturrahim. Jika beraya di kampung senang, hampir kesemua saudara2 rapat memang ada dalam rumah yg sama. Cepat bersalam2 dan memohon maaf. Tetapi tahun ini masing2 menanti di rumah masing2.

Ucapan Hari Raya

SMS saya terima bertalu2. Kenalan (saudara dan sahabat dan kawan dan lawan?) mengucapkan salam 1 syawal 1429H.

Terima kasih saya ucapkan. SMS lebih cepat, tepat dan murah. Letih membalasnya. Jika ada yg tidak saya balas melalui sms juga, bacalah ucapan saya di blog ini. Terima kasih kerana mengingati kehadiran saya di bumi Allah.

Jangan lupa mengucapkan BismIllah, pada awalnya, dan AlhamdulIllah pada penghujungnya. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Krisis Kewangan

Muka depan suratkhabar hari ini memaklumkan krisis kewangan di AS. Bailout USD700bilion telah ditolak oleh mereka yg bertanggungjawab kpd negara.

Bagaimanakah krisis ini berlaku? Antara puncanya adalah pemberian pinjaman kpd mereka yg tak layak dapat pinjaman. Mereka2 ini sebenarnya tiada upaya menjelaskan hutang mereka. Kesannya, mereka yg hanya pentingkan keuntungan melalui pemberian pinjaman turut merana. Penerima pinjaman yg pentingkan materialistik adalah sangat terjejas.

Apakah kaitan dgn kita? Kita dijangka menerima tempias pada 2009. Tetapi krisis kewangan yg paling hampir adalah setelah kita balik semula ke tempat kerja selepas raya. Beringat2 sebelum berbelanja.

I Syawal 1429H

InsyaAllah, esok 1 oktober 2009 adalah 1 Syawal 1429H. Maka ini bermakna kita akan cukup 30hari berpuasa pada Ramadan 1429.

Tahun ini, saya dan ahli2 keluarga (clan) akan beraya di Lembah Klang sahaja. Ini setelah bertahun2 menyambut Syawal di Kelantan. Terasa amat berbeza suasana menyambut raya pada tahun ini. Tiada kelam kabut dan keseronokan nak balik kampung. Semacam nak sambut Aidil Adha sahaja.Bila beraya di kampung, kerja2 digabungkan. Maka kerja dan tanggungjawab menjadi ringan. Pangkat ditolak ke tepi.

Kita semua hamba Allah. Selamat Menyambut 1 Syawal 1429H. Semoga kita dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadan 1430H.

Isnin, September 29, 2008

Budaya Islamkah?

Hari Raya Aidil Fitri amat dinanti2kan oleh semua. Ibubapa menanti kepulangan anak2, menantu2 dan paling diingati cucu2.Duit raya adalah hadiah yg amat dinanti2kan oleh kanak2.

Tetapi adakah betul apa yg kita amalkan? Adakah raya bermakna mesti beri dan terima duit raya? Kanak2 berkunjung ke rumah2 bukan dgn tujuan utama merapatkan silaturrahim. Tetapi lebih kepada mengharapkan duit raya daripada tuan rumah. Dan ada yg demand tak mahu terima RM1. Duit raya di pagi raya macam angpow nampaknya. Mercun sambut raya macam tahun baru cina. Lampu pelita dinyalakan macam deepavali.

Kesan sebenarnya adalah pembaziran. Ramai yg merana selepas raya kerana perbelanjaan dan kos2 tambahan yg tidak patut diamalkan. Jika ingin bersedekah, lakukanlah di bulan Ramadan.

Puasa

Puasa di bulan Ramadan adalah tuntutan dalam Islam. Ini berdasarkan ayat2 AlQuran, sila rujuk surah AlBaqarah.

Tetapi berapa ramaikah antara kita benar2 berpuasa? Adakah kita hanya lapar dan dahaga daripada makan dan minum sahaja? Adakah kita berjaya mendapat berkat bulan Ramadan? Adakah kita merebut peluang yg telah Allah sediakan semasa bulan Ramadan?

Ramai yg berbangga dgn badan yg kurus atau berat berkurangan hasil berpuasa dalam Ramadan. Tetapi berapa ramaikah yg bersyukur dgn peluang menambahkan persediaan untuk ke akhirat?

Kad Raya(2)

Teringat kisah kad raya masa sekolah rendah. Cikgu saya cadangkan anak2 muridnya menghantar kad raya kpd pembesar2 negeri dan negara.

Saya pun hantar kpd sultan2 tanah melayu. Budak2 lagi. Ikut cadangan cikgu tanpa soal jawab. AlhamdulIllah, saya terima beberapa kad raya daripada beberapa orang raja2 melayu. Seronok rasanya. Dapat kad potret raja2 dan ahli keluarga. Tapi kad2 tersebut saya tak simpan.

Selepas beberapa tahun, saya terfikir. Adakah tuanku2 sendiri yg baca kad saya dan membalas secara peribadi? Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Sabtu, September 27, 2008

Kad Raya

Saya menerima beberapa keping kad raya. Ada daripada pelajar, rakan sekerja dan juga bekas rakan di itm dahulu. Terima kasih banyak2.

Setiap tahun makin kurang saya terima kad raya. Saya juga makin kurang mengirimkan kad2 raya kpd rakan dan saudara. Saya akan menggunakan sms sebagai pengganti kad raya. Prinsip berjimat dan cepat dan tepat. Saya juga mengirimkan ucapan syawal melalui emel. Komunikasi moden dan berkesan. Selalunya juga saya gunakan transparency kad raya di bilik kuliah. Tetapi tahun ni saya tak jumpa transparency tersebut.

Walau apa pun caranya, ucapan hari raya adalah untuk menyambut syawal dan memohon maaf zahir dan batin. Jadi saya harap saudara dan sahabat tidak terkilan jika tidak menerima kad raya daripada saya. Yang penting adalah niat kita. Selamat Berbuka 27Ramadan 1429H.

Kena Tegur

Petang semalam, semasa saya nak balik untuk berbuka di rumah, saya kena tegur. Staf keselamatan menahan kereta saya, kemudiannya beliau menegur saya. Saya telah tidak mematuhi peraturan lalulintas. Kesannya, tetamu masuk ke intekma menghadapi sedikit masalah lalulintas.

Saya maklumkan bahawa saya ingatkan selepas waktu pejabat tiada lagi laluan sehala. Oleh kerana saya telah salahfaham dan menyusahkan orang lain, maka saya wajarlah memohon maaf. Staf keselamatan menjalankan tugas yg diamanhkan kpdnya. Syabas dan terima kasih. Maaf kerana menyusahkan.

Sebagai seorang manusia, kita bukanlah sempurna. Kesilapan dan kesalahan akan dilakukan. Tetapi penting teguran (aduan atau maklumbalas) disampaikan. Ini bertujuan untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

Jumaat, September 26, 2008

Warna Blog

Apakah maksud warna blog saya? Tentu ramai yg tertanya2 dan terteka? Mungkin dah ramai yg betul tekaan, mungkin ramai yang salah teka.

Warna blog ini macam warna carpet dlm surau aje. Tapi warna macam ni dah jarang digunakan dalam surau atau masjid. Ada berkata sebab sensitif. Tetapi bagi saya warna ini tiada kaitan dengan warna carpet di surau atau masjid. Ianya tiada kaitan dgn mana2 pertubuhan dsbnya.

Warna blog ini adalah mengenangkan tempat yg banyak berjasa kpd saya. Tempat tersebut memberi peluang untuk saya memajukan diri saya.Banyak kenangan di tempat tersebut. Tempatnya adalah ... Institut Teknologi MARA. ITM B-)

Hijrah

Belum lagi awal muharram ataupun maal hijrah. Tetapi kita digalakkan berhijrah jika ada keperluan.

Adakala hijrah tidak mendatangkan hasil yg kita ingini. Maka mungkin kita ingin hijrah kembali ke tempat asal. Tetapi bagaimana jika dgn penghijrahan kita telah mengamankan (Amin) tempat asal kita? Perlukah kita hijrah kembali? Cukuplah kebinasaan yg telah dilakukan di mana2, tempat asal atau tempat baru.

Tempat asal tidak sudi menerima pencetus kebinasaan. Mungkin cara terbaik adalah pencen sahaja. Tetapi ingatlah bahawa pastikan mencari rezeki yg halal sahaja di mana2.

Perlukah Dilihat Dgn Teliti?

Rezeki kita mestilah yg halal. Jadi kita mesti berusaha mendapatkan rezeki yg halal. Matlamat mendapatkan rezeki tidak menghalalkan caranya.

Satu tanda perlu semakan atau siasatan adalah apabila berlakunya 'claim' yg tidak nampak kebiasaannya. 'Claim' adalah berlebihan. Tidak sepadan dgn tugas yg diamanahkan. Maka logik akan digunakan untuk memastikan ketelusan dlm mendapatkan 'claim'.

Pejabat Bendahari telah berkali2 komplen bhw terdapat staf yg buat 'claim' berlebihan. Tetapi jika tiada tindakan daripada pihak pengurusan, maka adakah ini bermakna kita pun bersubahat? Janganlah puasa makan dan minum, tetapi rezeki yg tidak diberkati masih dicari.

Khamis, September 25, 2008

Belanja Berhemah

Sebagai warga organisasi, kita mesti pandai belanja berhemah. Belanja berhemah adalah berbelanja secara bijak. Yg baik baiknya, berbelanjalah menepati keperluan agama.

Perlukah kita menyebabkan organisasi kita mengeluarkan belanja yg besar untuk kita seorang sedangkan untuk nilai yg sama, boleh kita dapt khidmat lebih daripada seorang. Maka produktiviti pun akan berganda. Perlukan tiket kelas business, hotel 5bintang tanpa had kos bilik, tetapi produktiviti sedikit ataupun tiada. Adakah kita ini amanah kepada organisasi kita?

Sebagai pemimpin, kita perlu prihatin tentang perkara ini. Sebagai seorang Islam kita tahu membazir adalah amalan syaitan. Adakah kita ingin menjalankan tugas atau untuk mendapatkan 'claim'? Allah Maha Mengetahui.

Reputasi kita

Reputasi adalah imej kita. Ia mencerminkan kita. Jika buruk reputasi kita, lambat laun akan diketahui orang juga.

Kita tidak perlu mendabik dada atau berkokok. Jauh sekali mencanang akan 'pentingnya' kita. Maka kita pun terduduk apabila reputasi sebenar kita diketahui masyarakat. Kita mula rasa rimas dan tidak selesa apabila kokok kita tak dilayan. Kita mula menjadi gagap apabila kita dikenalpasti sebagai kerbau yg membawa lumpur. Kita juga serbasalah apabila kita diketahui sebagai nila yg merosakkan susu.

Bagi yg sedemikian, eloklah cuba rezeki ditempat lain. Mungkin anda boleh memulakan hidup baru yg bersih. Sebab ditempat semasa anda tidak akan diterima kerana sikap merosakkan masyarakat setempat.

Kuliah 25 Ramadan 1429H

Hari ini beberapa pelajar telah pun balik ke kampung dantidak hadir ke kuliah. AlhamdulIllah, masih ramai yg ada, jadi kuliah diadakan seperti biasa.

Lagu raya dipasang semasa kuliah semasa pelajar melakukan latihan. Saya terima kad raya daripada pelajar, (terima kasih). Selesai kuliah, saya lihat kelas saya yg terakhir kot pada hari ini berbanding kumpulan lain. Amanah perlu dijalankan kerana selepas raya mungkin ada kuliah terganggu.

Selamat Menyambut Syawal 1429H kepada semua pelajar saya dan pembaca blog. Maaf zahir dan batin. Saya doakan kita semua selamat menyambut hari lebaran dan sentiasa dilindungi Allah Yang Maha Esa.

Rabu, September 24, 2008

ETR 300

Setiap pelajar di FSR wajib mengambil kursus ETR300. Ini adalah kursus berkaitan keusahawanan. UiTM prihatin bahawa bukan semua graduan akan makan gaji dengan majikan. ada yg ingin jadi majikan ataupun bos sendiri.

ETR300 mengandungi 4 komponen utama yg perlu disediakan dalam 'business plan'. Komponen tersebut adalah: pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan. ramai pelajar akan hadapi masalah penyediaan perancangan untuk kewangan. Saya pernah mengajar ETR300 berdasarkan latarbelakang saya dalam perakaunan.

Maka, InsyaAllah akan bermulalah daripada sekarang sehingga tarikh pembentangan oleh pelajar kepada panel penilai ETR300, perjumpaan atau perundingan mereka dengan saya. Kepada para pelajar ETR300, sila rujuk kembali kepada kursus SRB201 dan SPS233. Ini membuktikan perlunya ada pengetahuan asas dalam perakaunan dalam setiap graduan.

24 Ramadan 1429H

Tinggal 5 atau 6 hari sahaja lagi ramadan 1429H. Esok dah 25 Ramadan 1429H. esok juga adalah kuliah terakhir saya bersama2 pelajar2 saya sebelum cuti Hari Raya pelajar bermula.

Agak2 berapa ramailah yang ada esok? Ada yang dah balik. Alasan kerana tiket tarikh dikehendakki dah habis. Walaupun seorang pelajar yg ada, kuliah yg diamanahkan mesti dijalankan. Kuliah tidak boleh dibatalkan tanpa alasan yg kukuh. Pensyarah batal kuliah kerana nak balik beraya awal tidak dibenarkan. Tetapi ada rakan2 yang akan mula balik ke kampung pada 26 Ramadan, Jumaat. Nak mengelakkan kesesakan lalulintas yg dijangka pd 27 dan 28 Ramadan, sabtu dan Ahad.

Kepada semua, selamat berbuka pada hari ini. Bersyukurlah kpd Allah dengan rezeki yg kita ada. Tetapi jangan lupa berusaha untuk rezeki yg halal.

Bajet Raya

Selalunya bila balik beraya kita akan banyak berbelanja. Belanja selalunya berganda daripada biasa. Maklumlah, baju baru, kasut baru, kuih2 raya, duit raya, ada juga kereta baru.

24sep kakitangan kerajaan dapat gaji bulan sept dan bonus 1/2 bulan gaji. Bank penuh, mesin ATM panjang orang beratur. lambat2 boleh habis duit di ATM. Persoalannya, perlukah kita berbelanja berganda2 pada raya? Perlukah baju2 baru, pinggan mangkuk baru, kasut baru, songkok baru (jarang2 pakai dalam setahun)?

Kisah sedih akan bermula selepas cuti raya. Duit nak berbelanja sehingga tarikh gaji seterusnya tak cukup. Sebab terlebih berbelanja. Janganlah pulak bila nak balik dari kampung, kita pula meminta duit daripada orang tua. Topik bajet untuk srb201 dan sps233 akan bermula selepas raya, InsyaAllah.

Buka Puasa SRW655

Cadangan awal untuk berbuka dengan para pelajar dan bekas pelajar SRW655 di bawah seliaan saya. Ianya sebagai mengeratkan hubungan antara pelajar semasa dan pelajar terdahulu saya.

Walau bagaimana pun, di saat2 akhir, niat tidak dapat dilaksanakan untuk berbuka pada hari ini. Saya mohon maaf berbanyak2 kpd para tetamu saya. InsyaAllah, seperti dicadangkan, kita buat perjumpaan Hari Raya. Mungkin lebih sesuai dengan tanda hampirnya tamat pengajian para pelajar SRW655 dibawah seliaan saya? Para tetamu, jangan lupa berlaram dan lagi penting jangan lupa kuih raya.

Majlis adalah perkumpulan untuk mengeratkan silaturrahim. Maka tiada majlis hukum gantung, atau majlis merompak. Semoga majlis di kampung meraikan hari raya akan lebih mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Permudahkan (2)

Selain daripada bermain mercun, ada satu perbuatan yang banyak menyusahkan org lain dan kita juga. Perbuatan ini adalah cara kita berperangai semasa berada di jalan. Iaitu sama ada kita berjalan, menunggang motorsikal, memandu kenderaan atau di dalam kenderaan.

Pada musim cuti raya ni polis kena adakan operasi keselamatan jalanraya yang berganda2. Kenderaan di jalanraya akan meningkat berganda2. Tambah2 lagi bermula pada 26Sep, Jumaat ni. Objektif sampai ke tempat di tuju akan mengkaburi keselamatan diri dan org lain. Akan ada yg meminjam atau menyewa kenderaan seperti kereta utk balik ke kampung. Ada diantara pemandu ini akan memandu kali pertama ke kampung.

Berhati2lah di jalanraya. Elakkan pagi raya kaum keluarga melawat kita di tanah perkuburan, bukannya kita melawat ahli keluarga yang sudah disemadikan. Permudah suasana di raya ini.

Selasa, September 23, 2008

Permudahkan Jangan Menyusahkan

Peraturan dan undang2 untuk memudahkan hidup kita. Ianya untuk membolehkan kita menjalani hidup di dunia dan akhirat dengan aman dan sentosa. Ianya membolehkan kita hidup dengan mengurangkan kos ditanggung pada kadar optimum.

Larangan bermain mercun adalah satu contoh. Bila dah sakit atau kudung anggota, akan menyusahkan ramai pihak. Pesakit, pesalah (jika berbeza) ahli perubatan, ahli keluarga pesakit dan pesalah, dan ramai lagi. Jika tak bermain mercun, ramai org kita tak susahkan. Kurang juga yg hilang pahala puasa kerana memarahi pemain dan peminat mercun.

Agaknya, apakah hukumnya daripada Islam bermain mercun? Duit dibakar. Buat bising. Menimbulkan kemarahan orang. mengganggu orang lain. Permudahkan hidup kita dan orang lain.

Mercun

Semalam selepas berbuka, suasana di luar rumah tiba2 menjadi amat2 bising. Ada anak dan cucu jiran bermain mercun. Saya memang tak gemar dengar mercun.

Bunyi mercu memang menyakitkan hati. Mengganggu ketenteraman kejiranan. Bukan budaya orang Melayu atau orang Islam bermain mercun untuk menyambut kedatangan syawal. Ini budaya bangsa dan agama lain. Bunyi mercun juga boleh menyebabkan banyak salah faham. Bunyinya seperti tembakan pistol. Maka ia boleh mengelirukan orangramai jika ada jenayah berlaku. Dan mercun juga selalunya akan mencederakan peminat2nya.

Kepada para pembaca blog saya, janganlah bermain mercun. Silap haribulan, ada yang melatah dan membalas dengan tembakan bukan mercun. Sayangilah tubuh badan anda. Semoga kita dapat beraya dengan sihat sejahtera.

Isnin, September 22, 2008

Kerinduan Makin Hampir

Semakin hampir dengan penghujung ramadan, ramai yang semakin rindu kepada keluarga. Rindu untuk beraya bersama. Rindu kepada bulan syawal.Maklumlah, selalunya hanya pada raya puasa dapat berkumpul ramai2.

Tetapi kita lupa bahawa ramadan yang akan pergi meninggalkan kita. Berapa ramaikah yg akan berasa kerinduan kpd ramadan 1429h? Ramadan yang banyak berkatnya kpd kita seorang Islam. Hampir setiap yg kita lakukan di bulan ramadan kita mendapat ganjarannya. Kalau di bulan lain, tiada atau kurang pahalanya, tetapi di bulan ramadan kita akan dapat pahala ataupun bertambah pahala kita.

Adakah kerinduan kpd ramadan yg akan meninggalkan kita akan terubat? Bagaimanakah kita akan mengubat kerinduan kpd ramadan? Maka masa yg masih ada bersama ramadan 1429h, kita tingkatkan lagi usaha mendapat sebanyak pahala yg termampu.

Model E C D G

InsyaAllah, esok akan mula aksi model2. Jadi, bersedialah dengan yang terbaik. Imej anda mencerminkan imej keluarga.

Agak2nya berapa ramai yang ingin menjadi model esok. Semasa majlis berbuka puasa dgn pelajar sr221/1 dan sr223/1, ramai yg jadi model dan jurugambar. Ada yg sendiri model, sendiri jurugambar. Saya akan cuba paparkan suasana yang ceria yang berlaku semasa saya menjalankan tugas saya. Tetapi mungkin pesanan penaja pada awal kelas mungkin tiada kerana iklan tiada bayaran.

Seperti saya katakan, ramai yang salahfaham tentang FSR. Ramai yg ingat bahawa sesiapa sahaja boleh jadi warga FSR. Fakulti bermaksud berilmu pengetahuan. Jadi perlulah persediaan untuk mendapatkan ilmu di FSR.

Minggu Terakhir Berpuasa 1429H di UiTM

Pada minggu ini mungkin dah ramai tidak fokus kepada tugas sebagai pelajar dan pengajar. Fokus mungkin lebih kepada nak beraya di kampung.

Ada yang dah akan balik kampung sebelum cuti rasmi bermula. Alasan utama adalah tiket dah habis untuk tarikh2 hampir raya. Ada yang akan balik ke uitm setelah hampir 10hari bercuti raya. Alasan sama adalah tiket sebelum kuliah bersambung dah habis.

Walau bagaimana pun, perlu fokus kepada kuliah kita. Jangan dah tak mahu ke uitm sebab dah sibuk berbeli dan bersiap untuk raya. janganlah bergolok bergadai hanya untuk bergaya pada hari raya.

Aikido di UiTM

Sudah lama saya tak hadir latihan aikido di uitm. Persatuan aikido uitm pun dah lama tertidur. Kenapa?

Saya tak dapat hadir latihan kerana pada hari dan masa latihan diadakan, saya mempunyai kuliah bersama2 pelajar saya. Jadi fokus kepada tugas hakiki dahulu. InsyaAllah, saya akan cuba aktif semula. Persatuan pelajar pula pasif kerana tiada pelapis. Adakah sesiapa yang sudi menjadi ajk persatuan aikido uitm? Penasihat bersama adalah PM Zulkifli Abd Kadir. Boleh pi tengok dia berlatih di gym fsr.

AlhamdulIllah, aikido berjaya diadakan di uitm. Pada mula2nya, ada yang cuba 'sabo'. Pelbagai alasan dan halangan cuba dilakukan. Bagi saya senang aje, kita jawab dengan lurus kalau ada bertanya siapa yang minat sangat menjadi 'pakar sabo'. AlhamdulIllah, 'pakar2 sabo' tidak dapat menjayakan niat 'sabo' walau dicuba berulang2 kali. Tuhan Maha Adil dan Maha Berkuasa.

Ahad, September 21, 2008

Bersedia untuk menjadi Model

Setelah lama berhajat, tadi saya beli sebuah kamera. InsyaAllah akan saya gunakan untuk merakamkan mereka yang sudi (dan tidak sudi) dipaparkan dalam blog ini. Maka harap2 anda semua bersedialah.

Semua kita boleh jadi model. Tidak perlu 'pan-asian look'. Sebenarnya pada setiap hari dan masa kita adalah model. Harapan saya agar model yang dipaparkan adalah satu cara saya 'market'kan model2 ini untuk menunjukkan kelebihan dan kebaikan mereka kepada orang lain. Jika kita memodelkan perkara yang positif, insyaAllah akan mendapat pulangan yang positif.

Jadi, bagi para pembaca blog, bersedialah untuk melihat aksi2 pelajar, rakan dan saudara saya. Yang menonjol secara positif akan memberi reputasi yang positif. Tapi janganlah bersiap2 diri secara tidak 'natural'. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'.

Berbuka dengan Rakan Sekolah

Semalam saya berbuka dengan rakan dan saudara seperguruan. Mereka adalah antara yang saya percaya dan yakin dalam bekerja berpasukan. Sudah hampir 30tahun berkenalan.

Kami berbuka di sebuah restoran milik salah seorang daripada rakan saya. Tidak semua dapat hadir. Tetapi majlis tetap meriah. Ada yang berjaya, ada yang sangat berjaya, ada yang sangat2 berjaya. Kesemuanya adalah rezeki ditentukan Allah.

Begitu cepat masa berlalu. Tahun 1980 adalah tahun pertama kami semua mula menjadi rakan dan saudara seperguruan. InsyaAllah, saya berdoa untuk dapat berbuka pada tahun ke50 kami semua mula berkenalan. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk dapat terus beribadah dan menjadi hambaNya yang Islam dunia dan akhirat.

Majlis Berbuka Peers 1429H (2)

AlhamdulIllah, dapat saya hadir ke majlis berbuka peers 1429H. Ini adalah program pertama saya bersama peers pada sem ini. Program lain tak dapat saya hadir kerana komitmen tugasan lain.

Ramai juga staf pusat kerjaya dan kaunseling yang hadir. Ada juga tetamu daripada HEP. Ada juga alumni peers yang hadir. Terima kasih ya. Peers dan kaunselor2 serta staf pkk telah bersama2 menyediakan bubur lambuk. Juadah ini turut dapt di rasai warga canseleri. Tahniah kepada peers dan warga pkk. Selepas berbuka kecil, kami ramai2 solat maghrib berjemaah di surau hep. Peluang hanya sekali setahun untuk solat di surau hep ni.

Oh ya. Menu utama majlis berbuka adalah ... Nasi Tomato. Maka saya berbuka dengan nasi tomato di uitm buat kali ke4 sem ni. Rezeki saya. Juadah lain termasuklah dadih dan rojak buah (bestnya). Sekali lagi, terima kasih kpd tuan rumah kerana sudi menjemput saya.

Jumaat, September 19, 2008

Kerja Berpasukan

Saya akan menarik diri daripada sesuatu kumpulan jika saya tidak yakin dengan komitmen ketuanya. Saya pernah lakukan berkali2. Telah terbukti bahawa ketua2 berkenaanmemang tidak boleh jadi pemimpin. Mereka tiada 'kompetensi' untuk memimpin kumpulan atau organisasi. Mereka hanya pandai bersandiwara sahaja.

Sebagai pensyarah, saya sentiasa cuba menerapkan prinsip ini kepada pelajar saya. Walau pun semua manusia adalah pemimpin di dunia, tetapi bukan semua adalah pemimpin yang boleh memimpin. Kerja berpasukan memerlukan sikap saling percaya, yakin dan amanah dalam pasukan. Jadi, jika saya tidak percaya kepada ketua atau pengikut, saya akan keluar daripada kumpulan kerja.

Tugas diberikan kepada saya sehingga 2010 amatlah besar. Maka saya tidak perlu ahli kumpulan atau pasukan yang saya tidak percaya dan yakin kebolehan dan keikhlasannya. Sekali di'tipu' dan melihat kerja secara tidak jujur dan amanah, akan dijadikan pengajaran dan peringatan untuk masa hadapan.

Percaya dan Yakin

Bekerja dalam sesuatu organisasi perlu kepercayaan dan keyakinan. Ini untuk membolehkan amanah yang diberi dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Jadi, percaya, yakin dan amanah adalah saling berkait.

Apabila diberi tanggungjawab, maka perlulah kita lakukan dengan sebaik2nya. Kita perlu menjawab (account) terhadap amanah yang diberi. Jika silap atau salah, kita tanggung hukumannya. Jika tepat dan betul kita terima hasilnya. Maka amatlah penting kita dapat bekerja dengan mereka yang boleh kita percaya dan yakin kebolehan mereka menjalankan amanah yang diberi.

Saya telah maklumkan kepada bos2 saya, saya telah sediakan perancangan untuk mencapai tugas yang telah diamanahkan kepada saya oleh bos2. Syaratnya, beri saya ahli kumpulan yang boleh bekerjasama dengan saya. Saya TIDAK MAHU ahli yang tiada komitmen kepada saya.

Kerja

Hari Jumaat adalah hari terakhir bekerja dalam seminggu bagi warga negeri2 tertentu di Malaysia. Di negeri2 lain hari Jumaat adalah cuti umum. Ada orang pada cuti umum pun bekerja. Ada orang pada hari bekerja tidak bekerja.

Ramai dinasihat bekerja dengan kerajaan.Gaji pasti dapat pada hujung bulan. Kalau ada rezeki, dapat bonus tahunan lagi. Jadi ramai bercita2 selepas tamat pengajian (sekolah, u, dsbnya) untuk bekerja dengan kerajaan. Ramai berpuas hati dengan suasana kerja sebagai kakitangan kerajaan.

Tapi janganlah setakat nama sahaja sebagai pekerja kerajaan. Tetapi kerja tidak dilakukan dengan amanah. Amatlah penting seorang pemimpin memilih mereka yang 'competent' dan amanah sebagai pekerja di organisasi mereka. Janganlah pilih yang 'banyak cakap, tapi habuk pun tarak'.

Khutbah Jumaat 19 Ramadan 1429H

Cepatnya masa berlalu. Dah hari jumaat lagi. Jumaat ketiga dalam bulan Ramadan 1429H. Tinggal satu Jumaat lagi, InsyaAllah.

Khutbah hari ini berkaitan dengan Nuzul Quran. Peranan penguasaan bahasa Arab adalah penting untuk memudahkan pemahaman kandungan AlQuran. Seorang saudara saya, seorang profesor sedang giat meningkatkan pemahaman kandungan AlQuran untuk kebaikan dunia dan akhirat beliau, keluarga dan kawan2.

Elok jika kita (diri sendiri, keluarga dan rakan2) dapat menguasai lebih daripada satu bahasa, iaitu selain bahasa melayu. Antara bahasa dicadangkan adalah bahasa inggeris, bahasa arab, bahasa mandarin. Bagi kita warga uitm, peluang terbuka melalui kursus bahasa dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB). Rebutlah peluang yang ada untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Khamis, September 18, 2008

Majlis Berbuka Peers 1429

InsyaAllah, petang ni majlis berbuka peers pula. Ianya akan diadakan di foyer hep. Apa agaknya menu utama? Nasi tomato? Atau mungkin rezeki saya kali ini berbuka di uitm bukan lagi nasi tomato?

Walau apa pun menunya, antara tujuan utama majlis berbuka bersama adalah membolehkan ahli berjumpa di satu majlis khas. Selalunya majlis peers akan turut dihadiri oleh senior peers (bekas ahli peers yang telah tamat pengajian di uitm). Maka majlis seperti ini dapat merapatkan silaturrahim di antara ahli semasa dan bekas ahli peers. Manafaat bukan hanya perut diisi, tetapi jaringan kenalan dikukuhkan lagi.

Kepada ahli peers, senior peers dan para penasihat peers, serta para penyokong peers, bersama2lah kita hadir di majlis pada petang 19sep ini. Bersama kita bantu diri kita dan diri orang lain melalui peers.

Parking Di Kampus Shah Alam

Saya tidak dapat hadir ke sebuah majlis pagi ini di kampus induk uitm. Setelah hampir 15 minit berpusing2 untuk cari tempat letak kereta (saya tiada pemandu), saya terpaksa pulang ke pejabat saya. hampa, tiada tempat kereta yang kosong.

Di tempat letak kereta bertingkat dekat DSB, kereta diletakkan bukan sahaja diruang yang disediakan. Malah di persekitaran kampus kereta begitu banyak sekali dan tidak sepadan dengan ruang letak kereta yang ada. Pandulah secara sangat berhati2 untuk mengelakkan kemalangan.

Kenapakah masalah ini berlaku? Hampir setiap kali saya melawat ke jabatan/fakulti, antara maklumbalas utama adalah masalah letak kereta. Mungkin ketidakhadiran saya di satu majlis tidak akan menjejaskan majlis. Tetapi bagaimana jemputan lain pada majlis ini dan majlis lain yang tidak dapat hadir kerana tiada ruang meletak kereta mereka?

Majlis Berbuka Staf FSR

AlhamdulIllah, semalam dapat berbuka dengan staf FSR. Staf yang hadir terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran. Yang tak dapat hadir mungkin kerana telah ada komitmen lain terdahulu. Kesemua pengurusan FSR hadir di majlis ini.

Diantara yang hadir termasuk ahli keluarga staf dan para pelajar sem1 diploma SR113. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Sebelum berbuka, tazkirah selama 20minit telah disampaikan oleh seorang ustaz daripada CITU. Dan apabila azan berkumandang menandakan waktu maghrib, doa berbuka telah dibaca dan diaminkan bersama. Juadahnya? Rezeki saya nampaknya setiap kali berbuka di uitm makan nasi tomato(?). Setelah berbuka, kami beramai2 solat maghrib berjemaah di surau baru FSR.

Ucapan terima kasih daripada Dekan amat bermakna dan dihargai warga staf yang hadir. Ianya menunjukkan bahawa kehadiran staf pada majlis adalah satu komitmen kepada organisasi.

Kursus Perakaunan di FSR

Di FSR ada kursus perakaunan. Ianya ditawarkan kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Kursus ini berkaitan penyata kewangan dan bajet. Ianya adalah kursus wajib fakulti.

Berkongsi pengetahuan dalam perakaunan di FSR berbeza dengan cara perkongsian di fakulti lain. Kita kena faham cara pelajar FSR belajar. Bukan macam pelajar fakulti perakaunan yang boleh duduk diam2 di tempat masing2. Jadi saya akan buat 'short lecture' diikuti oleh latihan. Pelajar2 digalakkan bergerak dan berdiskusi dengan kawan2. Kalau perlu, rujuk kepada saya. Memang kelas perakaunan di FSR adalah kecoh dan riuh rendah. Perbincangan hangat antara pelajar dan sekali sekala merujuk kepada pensyarah. Saya akan cuba ambil gambar kelas saya untuk dikongsikan dengan pelawat blog saya.

Sudilah kiranya bekas pelajar saya, pelajar saya atau pembaca blog saya komen tentang keperluan dan kepentingan pengetahuan dalam perakaunan amnya dan di bidang sukan rekreasi. Ini untuk mengetahui maklumbalas pihak lain tentang perakaunan.

18Ramadan 1429H

InsyaAllah sekejap lagi ada majlis berbuka di FSR untuk staf oleh staf. Tapi sebelum tu ada tazkirah dulu. Bersama2 kita meriahkan majlis.

Sesuatu yang seronok dilakukan akan terasa sekejap sahaja. Tetapi yang tidak seronok dilakukan akan terasa begitu lama masa untuk menamatkannya. Puasa kita pada hari2 pertama mungkin kita terasa lambatnya masa nak berbuka. Tetapi semakin hampir dengan Syawal, terasa tersangat cepat pula waktu di bulan Ramadan ini.

Begitu juga pada kelas perakaunan saya. Pada awalnya terasa lambatnya nak cukup dua jam. Tetapi apabila pelajar diberi latihan untuk dibuat perkiraan, masa terasa begitu cepat sekali. Alangkah nikmatnya jika puasa di bulan ramadan tidak terhad hanya sebulan. Lagi lama bulan Ramadan, lagi lama kita dapat menikmati rahmat, rahman dan rahim Allah yang ada di bulan Ramadan. Selamat Berbuka 18Ramadan 2008.

Tahniah Encik Hisyam Che Mat BSc,MEd?

Tahniah dan syabas kepada che Hisyam Che Mat. Beliau telah mendapat sarjananya secara formal di majlis konvokesyen yang dijalankan di KL pada isnin 15sep.

Kisah che Hisyam memang menarik.Banyak dugaan ditempuhi beliau. AlhamdulIllah, beliau berjaya menempuhi dugaan dan cabaran dengan rahmat, rahman dan rahim Allah. Gagal sekali bukanlah bererti gagal selama2nya. Jika satu jalan tiada penyelesaian, cari dan usahalah untuk dapatkan jalan penyelesaian yang lain. Kejayaan kita bukanlah usaha kita seorang sahaja. Ianya juga memerlukan sumbangan daripada ahli keluarga dan sahabat2. Dugaan daripada lawan adalah biasa. maka kita perlu lawan dugaan tersebut.

Next? Kita berdoa agar che Hisyam akan mendapat PhDnya sebelum berumur 40tahun. InsyaAllah. Best kan kalau kita baca kelayakan berdasarkan kepakaran seperti berikut: Assoc.Prof Dr Hisyam Che Mat, BSc (Recreation), MEd (Outdoor..), PhD (Outdoor and Recreation). InsyAllah. Kita sama2 berdoa.

Rabu, September 17, 2008

17 Ramadan 1429

Hari ini Selangor cuti sebab Nuzul Quran. Baru dua hari bekerja dah cuti balik. Baru ada 'mood' nak buat macam2, dah cuti. Ada baiknya, ada kurang baiknya.

17 Ramadan adalah tarikh dimana Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita telah menerima ayat2 pertama dari Allah melalui Malaikat Jibrail. Bagi yang dah terlupa, ayat2 itu adalah ayat dalam Surah Al-Alaq (Iqra' ...). Bacalah. Bacalah dengan Tuhanmu. Bacalah surah tersebut dan seeloknya bacalah terjemahannya. Sesiapa yang sudi, sedekahkanlah sebuah terjemahan AlQuran kepada mana2 surau atau masjid.

17 Ramadan juga bermakna kita ada antara 12 atau 13 hari sahaja lagi di bulan yang mulia ini. Teruskanlah berusaha memperbanyakkan ibadah kita di bulan mulia ini. Rahmat dan pahala adalah berganda2 berbanding di bulan lain.

Tawaran Percuma (2)

Tadi saya terima tawaran 'percuma' atau 'diskaun' lagi. Mengikut yang menelefon saya, nombor telefon saya didapati daripada sahabat saya. Kepada sahabat2, terima kasih tetapi cukuplah ya. Saya tidak gemar menerima tawaran2 seperti ini.

Ada yang bagitau saya bahawa mereka dapat nombor telefon daripada syarikat kad kredit. Kalau begitu, macam mana saya nak saman syarikat kad kredit kerana telah salahguna maklumat yang mereka ada tentang saya? Ada yang berkata bahawa nombor saya adalah kerana kad kredit telah di'blacklist'. Bila pulak ya? Setahu saya, 'limit' saya telah dua kali dinaikkan. Maka apa yang dinyatakan adalah sesuatu yang tidak tepat. Bagaimana saya nak saman mereka yang telah 'misrepresent' saya?

Bagi pelawat2 blog saya, ucapkan terima kasih sahaja kepada pemanggil telefon atau pelawat 'tawaran percuma'. Jika dikira, kos yang akan dikeluarkan jika kita menerima tawaran percuma adalah lebih berganda2 kepada kita. Kalau ingin kepastian, hubungi saya.

Banyaknya Majlis Berbuka Puasa

Semalam 16Sep, InED turut mengadakan majlis berbuka puasa. Saya ke InED selepas solat maghrib. Sempat juga merasa satay ayam, ikhsan Mizan (EO Unit Modul). Maaf kerana tiada pada waktu berbuka.

Majlis berbuka adalah antara majlis tidak formal bagi pelajar dengan pensyarah, diantara staf dengan keluarga staf. Janganlah kedekut atau berkira tentang kos untuk dikongsi. Ianya adalah sedekah yang mendapat pulangan segera dan di hari kemudian. Juadah yang terhidang adalah hasil kutipan sokongan yang hadir dan tidak hadir. Bersyukur kepada Allah ke atas nikmat rezeki yang kita terima.

Tadi saya terima jemputan berbuka daripada Peers UiTM untuk Jumaat 19sep ni. InsyaAllah saya akan hadir. Tetapi saya akan berbuka dengan pelajar SRW655 dibawah seliaan saya dahulu. Sebelum tu, Khamis 18sep, ada majlis berbuka di FSR. Murahnya rezeki kita.

Terima Kasih SR221/1 dan SR223/1

AlhamdulIllah, semalam saya telah berbuka puasa dengan pelajar SR221/1 dan SR223/1 di FSR. Kami makan nasi tomato dengan gulai kawah sebagai lauk tambahan. Minum air 'cocktail' buah campur2. Terima kasih kepada pelajar2 saya kerana sudi menguruskan majlis berbuka bersama saya.

Semalam saya turut menjemput beberapa pensyarah untuk turut bersama tetapi mereka tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain. InsyaAllah di lain kali. Majlis berbuka amat meriah. Ramai pelajar perempuan berbaju kurung (baru?). Kalau tengok mesti tak percaya mereka pelajar FSR. Manis dan ayu bergaya. Pelajar lelaki seperti biasa dengan cara 'macho' mereka.

Semoga majlis semalam dapat mengurangkan kesayuan tidak berbuka dengan keluarga di kampung/bandar. Pelajar SR221 dan SR223 yang lain bila ya? Kenapa ada yang kata nak 'join' tetapi di saat akhir tak jadi?

Selasa, September 16, 2008

Ilmu Pengetahuan

Tidak sama orang yang berilmu pengetahuan dan orang yang tidak berilmu pengetahuan.

'Katakanlah: Adakah sama orang2 berilmu pengetahuan dan orang2 yang tidak berilmu pengetahuan' Az-Zumar , 9.

Kita sebagai manusia, hamba Allah yang diamanahkan sebagai pemimpin di dunia perlu mempunyai ilmu pengetahuan. Pemimpin yang berpura2 berilmu pengetahuan tetapi sebenarnya tiada ilmu pengetahuan dalam bidang yang diamanahkan kepadanya telah tidak amanah kepada pengikutnya dan mereka yang melantik pemimpin tersebut.

Kita di uitm mempunyai peluang menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Janganlah kita sombong untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Amat ketara perbedaan mereka yang berilmu berbanding mereka tanpa ilmu dalam pertuturan dan pelakuan.

Berbuka Puasa Pelajar SR221 dan SR223

InsyaAllah petang ini saya akan berbuka dengan pelajar SR221/1 dan SR223/1. Para pelajar lain dijemput sama. InsyaAllah beberapa pensyarah lain akan turut hadir.

Bagi saya majlis berbuka adalah antara masa yang sesuai untuk pensyarah berkenalan dengan pelajar di luar bilik kuliah. Kita bergaul sebagai umat Islam. Mungkin terubat bagi yang jauh daripada keluarga apabila ada peluang berbuka bersama2. Walau pun juadah tidak sama seperti masakan bonda di kampung kita, yang penting adalah suasananya. Jika ada lebih rezeki, kita merasa yang lebih. Bersama kita nikmati rezeki daripada Allah. InsyaAllah kita merasa sikit gulai kawah.

Tetapi saya terpaksa bergegas ke InED selepas berbuka dengan pelajar saya. Ini kerana InED juga mengadakan majlis berbuka pada hari ini. Semoga majlis kita sentiasa diberkati dengan rahmat, rahman dan rahim Nya.

FSR di Bernama

Jam 10.23malam semalam saya terima sms daripada Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan FSR. Beliau muncul sebagai tetamu Helo Malaysia. Beliau dijemput berasaskan kepakaran beliau. Kepakaran beliau diiktirafkan oleh pihak luar uitm.

Ada yang mempertikaikan barisan pengurusan muda organisasi. Mereka berkata bahawa orang muda tidak layak menjadi ahli pengurusan. Ada yang walau pun telah tiada di uitm masih cuba mempertikaikan pengurusan muda organisasi. Ada yang berada di dalam uitm pun masih mempertikaikan pengurusan muda ini. Ada yang sanggup menyuruh mereka, pengurusan meletak jawatan kerana usia muda. Sebenarnya kita tahu bahawa mereka yang bising2 ini adalah mereka yang berkeinginan menjadi ahli pengurusan. Gila pangkat dan jawatan. Atau kerana tidak boleh mengajar di universiti.

Pelantikan sebagai ahli pengurusan adalah pengiktirafan kepakaran dan kebolehan seseorang. Kepakaran tidak kira usia. kepakaran berdasarkan ilmu yang kita ada. Ada kalanya orang yang lebih berusia mempunyai tahap ilmu yang lebih cetek atau tiada langsung berbanding mereka yang lebih muda usianya.

Cekap dan Tepat

Saya akan sentiasa mempertahankan mereka yang bertugas dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada kalanya mereka ini adalah mereka yang sanggup menggadaikan nyawa untuk orang lain.

Petang semalam, dalam perjalanan balik ke rumah, saya lihat dua anggota PDRM kita menjalankan tugas dengan cepat, cekap dan tepat. Mereka telah berjaya menangkap seorang pencuri berhampiran dengan rumah saya. Tahniah dan terima kasih.

Adalah wajar tindakan PDRM terhadap mereka yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Jika tiada tindakan dilakukan, atau tugas dilakukan sambil lewa, masyarakat akan kehilangan kepercayaan terhadap mereka yang diberi amanah oleh masyarakat. Pastikan rezeki yang kita dapat adalah wajar kita dapat dan halal.

Isnin, September 15, 2008

Sedia dan Setia Berkhidmat

Terkejut apabila sahabat memberi tabik. Ini berlaku diakhir tugas dijalankan. Pada saya, sahabat dan saya adalah pada aras (rank) yang sama. Kenapa tiba2 memberi tabik?

Tabik tanda hormat. Tabik tanda sedia dan setia berkhidmat. Ianya tanda kita bersedia menerima dan menjalankan arahan diberikan kepada kita. Ianya tidak bermakna kita bersedia menjalankan tugas secara membuta tuli. Seorang pemimpin perlulah menjaga pengikutnya. Tetapi mengikut batas dan peraturan, terutamanya lunas agama. Seorang pengikut akan ikhlas menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh seorang pemimpin yang amanah dan ikhlas.

Pada konvokesyen InED yang lalu, seorang tetamu kecil memberi tabik kepada mereka yang duduk di atas pentas. Tetamu tersebut memberi tabik kepada kami semasa kami turun dari pentas. Adakah ini tanda hormat dan terima kasih kerana tugas yang telah kami berikan kepada keluarga beliau melalui perkongsian ilmu? Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Pemimpin dan Kesetiaan

Pemimpin adalah contoh kepada pengikut.Pemimpin adalah 'role-model'.Setiap kita adalah pemimpin. Setiap pensyarah adalah pemimpin kepada pelajarnya.

Jika pemimpin berkelakuan betul, pengikut akan berkelakuan betul. Jika sebaliknya? Pengikut akan setia dengan pemimpin. Tetapi kesetiaan pengikut ada hadnya. Janganlah apabila pemimpin berkelakuan bertentangan dengan peraturan, pengikut masih setia dengan pemimpin tersebut. Pengikut perlulah berilmu supaya dapat membezakan pelakuan pemimpin sama ada patut masih setia dengan pemimpin tersebut, atau sebaliknya.

Seorang yang bijak menikam dari belakang tidak wajar menjadi pemimpin. Pengikut yang setia membuta tuli tidak wajar menjadi pengikut. Sebagai ahli masyarakat yang berilmu, perlu kita tegur jika pemimpin atau pengikut yang berkelakuan tidak betul. Jika sudah tidak mampu, berdoalah kepada Allah, dan jauhkan diri daripada mereka.

Epilog Cinta Dari Bromley

Sebuah lagu Sohaimi Mior Hassan. Saya meminati lagu ini sejak 1984. Terikut-ikut minat seorang pakcik. Minat ini berbeza daripada minat kawan2 sekolah yang pada masa itu kepada lagu2 inggeris berbentuk rock.

Lagu ini berkenaan seorang perantau yang bertemu dengan seorang gadis inggeris. Gadis tersebut telah jatuh hati kepada perantau melayu. Walau bagaimana pun, cinta gadis tidak dibalas oleh perantau melayu kerana berlainan agama.

Bercinta memanglah seronok. Tetapi janganlah sampai kita sanggup gadaikan kepercayaan kita. Bacalah surah Al-Kaafiruun, surah ke 109.
"Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku". Ayat 6, surah Al-Kaafiruun.

Doakan agar kita di dunia dan diakhirat sebagai umat Islam.

Tawaran Percuma

Saya baru terima panggilan telefon berkenaan tawaran percuma. saya ditawarkan penginapan percuma bernilai RM600. Tetapi kos perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan (hotel) dan makanan adalah tanggungan saya. Saya juga perlu hadiri satu latihan beryuran.

Saya tidak marah atau salahkan pemanggil jika beliau menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur. Beliau tidak patut disalahkan kerana ingin mencari rezeki yang halal. Tetapi dukacita saya maklumkan kepada beliau walau pun tugas saya memerlukan saya banyak berjalan (amanah), semuanya diuruskan oleh pejabat.

Kebiasaan kita akan teruja bila ditawarkan sesuatu dengan percuma. Tapi kita perlu lihat dan dengar betul2 sama ada tawaran tersebut betul2 percuma atau kita perlu keluarkan duit lebih daripada benda percuma yang ditawarkan kepada kita. Jangan terus menerima tawaran tanpa berbincang dengan mereka yang terdekat dengan kita.

InsyaAllah

Kita tidak pasti apa akan berlaku esok. Allah yang menentukan segalanya. Maka kita dinasihatkan untk menyatakan "InsyaAllah" berkaitan pekerjaan akan datang.

'Dan janganlah engkau mengatakan akan sesuatu (pekerjaan) bahawa 'Aku akan mengerjakannya esok, kecuali (dengan mengucapkan) 'InsyaAllah'...
Al-Kahfi 23-24.

Kita tidak akan pasti bahawa kita masih lagi diberi masa pada esok hari bagi membuat persediaan untuk hari kemudian. Gunakanlah masa yang ada sebaik2nya. Tambah2 lagi masa di bulan Ramadan ini. Cukuplah kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.

SIFE dan Taman Negara

Assalamualaikum. Hari ini kembali bertugas di uitm. Pada jumaat 12 sep, saya telah ke Kuala Tahan untuk program SIFE di Taman Negara Pahang. Kami bertolak jam 3.30ptg dari Shah Alam.

Saya jangkakan perjalanan selama 4jam. Hampir tepat. Kenderaan hanya mampu 90km/j. Maka lambatlah sedikit kami berbuka. Pada waktu berbuka 7.15mlm, kami berada hampir 30km dari R&R, tempat kami akan berbuka. AlhamdulIllah, kami sampai pada 7.30mlm++. Kami berbuka dengan masakan tempatan. Walau pun makruh makan petai, tapi saya belasah juga.

Tujuan SIFE ke sana adalah persiapan untuk pertandingan peringkat antarabangsa. InsyaAllah, Kuala Tahan dan Taman Negara akan dibantu oleh SIFE sebagai sebahagian khidmat sosial uitm kepada penduduk tempatan.

Jumaat, September 12, 2008

Terjemahan Al Quran 12.09.08

'Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh. Janganlah kamu turuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu'
Al Baqarah, 208.

Saya galakkan kita mempunyai sebuah kitab AlQuran yang besertakan terjemahannya. Ianya akan membuat kita lebih memahami isi kandungan AlQuran. Janganlah kita hanya fasih menghafalnya sahaja. Jika kita kurang faham dengan terjemahan AlQuran, carilah mereka yang boleh membantu kita.

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah setiap masa. Tidak sama orang yang berilmu dibandingkan dengan seorang yang tiada ilmu. Tingkahlaku orang berilmu adalah berbeza dengan mereka yang tiada ilmu. Pastikanlah kita mendapat ilmu yang sebaik-baiknya.

Imej Kita (2)

Peraturan manusia boleh ditukar2. Peraturan yang telah ditetapkan Allah adalah tetap. Peraturan manusia perlulah mengikuti peraturan Allah. Rujuklah AlQuran dan Hadith.

Jalanilah hidup kita dengan mudah. Untuk bersolat kita perlu tutup aurat. Jangan jadikan alasan bahawa kita tiada pakaian untuk bersolat. Pilihlah pakaian yang memudahkan kita mendirikan solat. Mereka yang tidak gemar dengan Islam akan gembira apabila kita tidak menutup aurat. Sedih Ianya memudahkan menjadikan pakaian yang dipakai tidak membolehkan individu itu mendirikan solat.apabila ada umat Islam sendiri yang berbangga dengan tidak menutup aurat.

Walau pun pakaian kita tidak menunjukkan sama ada kita seorang yang sentiasa menjalankan kewajipan bersolat, tetapi ia tetap akan mencerminkan secara kasar akan kesediaan kita mendirikan solat. Nasihatilah mereka yang kita kasihi untuk menjaga aurat mereka. Elakkan aurat hanya ditutup setelah kita dipanggil untuk mengadapNya.

Zakat Fitrah

Khutbah Jumaat hari ini berkisar tentang kewajipan berzakat. Pada bulan puasa kita wajib menunaikan zakat fitrah. Ianya mengikut bilangan tanggungan kita. Khutbah hari ini padat dan cepat. Apakah maksud zakat fitrah? Sila rujuk kepada ustaz, pusat Islam dan mereka yang pakar dalam pengertiannya sepenuhnya.

Kita digalakkan bersedekah di bulan yang mulia ini. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Kita boleh bersedekah dalam bentuk barangan. Meraikan orang berpuasa juga sebagai sedekah. Tetapi tidak perlulah berbelanja berlebih-lebihan, walau pun kita mampu. Yang pentingnya, nikmat berbuka puasa.

Bagaimana pemberian zakat fitrah daripada rezeki yang tidak halal? Adakah ianya diterima? Saya sarankan silalah bertanya kepada yang berpengetahuan dalam hal ini.

Khamis, September 11, 2008

Fokus

Saya dinasihatkan untuk fokus dalam setiap tugas dan tanggungjawab. Ini bermaksud tahu menyenaraikan kepentingan yang utama untuk diselesaikan dahulu. Fokus juga bermakna tahu objektif kita dengan jelas.

Masa kita adalah terhad. Fokus menggunakan masa kita untuk memperolehi produktiviti daripada kekuatan kita. Perbaiki kekuatan kita. Pulangan daripada kekuatan adalah berganda2 berbanding pulangan daripada kelemahan kita. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahannya. Setiap organisasi ada warga yang merupakan kekuatan organisasi. Jika sijahil adalah kelemahan kepada organisasi, maka membantu sijahil kurang faedahnya daripada membantu yang jujur dan ikhlas dalam organisasi.

Seorang pemimpin yang cemerlang tahu siapa kekuatan organisasi dan siapa kelemahan organisasi. Sumber kita adalah terhad. Gunakanlah sebaik2nya. Selamat Berbuka 11 Ramadan 1429H.

Bangga Dengan Kejahilan

Sedih apabila melihat atau mendengar seseorang bangga dengan kejahilannya. Kejahilan ini adalah terus melakukan kesalahan dan kesilapan walau pun telah ditegur. Adakah ini 'Bodoh Sombong'?

Apabila kesilapan dan kesalahan itu menguntungkan dirinya, insan tersebut berbangga dengan rezeki yang diperolehinya. Beliau pula melihat orang lain yang melakukan tugas dengan jujur dan ikhlas sebagai seorang yang tidak bijak. Insan yang menegur insan yang jahil pula dipersalahkan atau dipermain-mainkan.

Sayu juga bila melihat seorang yang jahil ingin terus jahil. Niat ingin membantu pada mulanya bertukar akhirnya kepada 'Biarlah luncai terjun dengan labu2nya'. Bila sijahil mengalami kesusahan, tiada lagi perasaan untuk membantu sijahil. Berbaktilah kepada mereka yang menghargai usaha kita.

Rezeki Kita (2)

Kita dimestikan mencari dan mendapatkan rezeki yang halal. Tidak ada gunanya berbangga dan bermegah dengan rezeki yang tidak halal. Matlamat tidak menghalalkan caranya.

"Janganlah kamu memakan harta orang lain dengan cara yang batil dan (jangan) dibawa kepada hakim agar dapat memakan sebahagian harta itu dengan cara berdosa, sedang kamu mengetahuinya" AlBaqarah, 188

Janganlah kita berbelanja untuk memberi orang lain berbuka dengan rezeki yang tidak halal. Janganlah kita bersedekah dengan rezeki tidak halal. Allah Maha Mengetahui.

Buka Puasa Di FSR

InsyaAllah, pada 18 sep, khamis akan diadakan majlis berbuka puasa di FSR. Majlis ini adalah di kalangan staf FSR. Ada kod etika berpakaian.

Pada tahun lepas saya tidak dapat berbuka bersama staf FSR. Saya telah dijemput menghadiri majlis berbuka dengan peers uitm di HEP. Tetapi kawan2 di FSR membekalkan untuk saya bawa balik sedikit juadah berbuka FSR. Jadi pada tahun ini, saya berdoa agar saya dapat bersama majlis 18sep ini.

Begitu cepat masa berlalu. Setahun amat cepat sekali. Adakah kita selalu membandingkan pencapaian kita dan juga persediaan kita dalam masa yang begitu pantas menuju ke hari pembalasan? Cukuplah segala kesalahan dan kesilapan lampau. Berubahlah untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.

Rabu, September 10, 2008

Cabaran Seorang Insan

Sebelum saya ke kuliah semalam, datang seorang pelajar ingin berjumpa dengan saya. Pelajar ini bagi saya mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dan maju dalam hidupnya.

Semasa saya mengajar beliau, pada awal semester beliau aktif dalam kelas saya. Tetapi makin lama makin kurang aktif. Beliau bukanlah daripada kalangan yang berada. Beliau terpaksa bekerja sambil belajar. Dia maklumkan kepada saya yang dia hanya makan dua kali sahaja sehari. Berjimat. Ini mengingatkan saya kepada seorang profesor yang telah dimurahkan rezeki oelh Allah. Profesor ini semasa belajar di U pun terpaksa ikat perut kerana keluarga kurang mampu membolehkan beliau makan tiga kali sehari.

AlhamdulIllah jika kita dapat makan 3kali sehari. Jadi ketika akan berbuka, beringat2lah kepada mereka yang kurang bernasib baik berbanding kita. Janganlah membazir. Selamat berbuka 10 Ramadan 1429.

Seorang Pemimpin

Kita semua adalah pemimpin. Tak perlu nak melobi atau memberi hadiah untuk dilantik sebagai pemimpin. Tidak perlu mencerca menggunakan agama sebagai 'topeng'. Pemimpin yang dimaksudkan adalah sebagai khalifah di bumi Allah.

Dengan gelaran sebagai seorang manusia, kita dilantik sebagai pemimpin di bumi Allah. Tiada ganjaran nyata dapat dilihat sebagai pemimpin lantikan Allah. Tiada takhta khas. Tiada pakaian dan pingat 'bersisik'. Cukuplah dengan berpakaian menutup aurat. Tetapi lantikan ini oleh Allah ada amanahnya. Kita dikehendakki memakmurkan bumi Allah. Tetapi mengikut Al-Quran dan Hadith.

Balasannya yang tetap akan diterima adalah di akhirat nanti. Maka pangkat lain di dunia ini hanya sementara dan memberi beban tambahan. Langkah pertama, jadilah hambanya yang menyaksikan bahawa "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah".

10 Ramadan 1429

AlhamdulIllah, hari ini hari ke 10 kita di bulan Ramadan. Hanya tinggal 19 atau 20 hari sahaja lagi untuk kita menambahkan ibadah kita sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini. Berbanyaklah kita beribadah untuk persediaan hari kemudian

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu akan diriKu, (katakanlah) Aku sentiasa hampir (dengan mereka). Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila dia meminta kepadaKu. maka hendaklah menunaikan perintahKu dan berimanlah kepada Ku. Mudah-mudahan mereka
mendapat petunjuk." Al-Baqarah, ayat 186


Banyakkan juga berdoa kepada Yang Maha Esa.

PEERS UiTM

Siapakah PEERS UiTM? Peers adalah singkatan untuk Badan Peer Kaunselor. Ianya sebuah persatuan di bawah HEP UiTM Shah Alam (SH004).

Peers bermula pada tahun 1983. Ahli2 adalah terdiri daripada para pelajar yang berminat dengan kaunseling. Tujuan utama adalah untuk membantu sambil belajar. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh peers pada setiap semester. Antara aktiviti dijalankan adalah lawatan ke kampus cawangan untuk bertukar2 maklumat dengan persatuan peers cawangan. Saya mula bergiat dengan peers pada 1987 lagi melalui kokurikulum.

Para pelajar UiTM Shah Alam yang berminat menjadi ahli bolehlah mendapatkan borang keahlian di HEP (Bangunan Budi Siswa) sama ada di kaunter Unit Kegiatan Pelajar ataupun daripada Encik Khairuddin Thani, Kaunselor UiTM. Bersamalah kita memajukan diri dan masyarakat.

Selasa, September 09, 2008

Bersyukur Dengan Usia Kita

AlhamdulIllah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia kita sehingga ke hari ini. Dapat kita meneruskan ibadah puasa dan insyaAllah akan berbuka dalam masa sejam nanti.

Kumpulan Iltizam telah pun kehilangan seorang ahlinya semasa belajar di UiTM. Pelajar tersebut sedang mengambil kursus saya pada masa tersebut. Beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Bersamalah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau dan umat Islam yang telah kembali kepada Nya.

Kita dipanggil kembali kepadaNya tidak mengenal usia. Andaiannya adalah selalunya yang tua. Tetapi ada juga yang muda. Maka janganlah kita lupa persediaan kita sebelum kembali kepada Nya.

Gambar Berbuka Dengan Iltizam

Inilah gambar saya berbuka dengan Iltizam pada 6sep 2008. Tiada banyak perubahan kepada bekas pelajar saya. Bayangkan mereka bertshirt iltizam atau belumut.

Begitu cepat masa berlalu. Dahulunya dipanggil saudara/saudari. Sekarang encik/cik/tuan/puan. Mereka bekerja di pelbagai bidang bukan hanya di bidang sukan dan rekreasi sahaja. Ini menunjukkan bagaimana silibus atau kurikulum FSR menyediakan para graduan untuk melibatkan diri bukan sahaja dalam sukan dan rekreasi.

Ada penulis mengatakan bahawa ada empat kursus asas perlu diambil dan dipelajari oleh setiap pelajar di sebuah institusi pendidikan tinggi: pengurusan (management), undang-undang (law), pelaburan dan perniagaan (investment and business) dan perakaunan (accounting). Jika salah satu tidak dipelajari, maka tidak lengkaplah pengetahuan asas yang patut ada pada setiap graduan.

9 Sep 2008

Semoga dipanjangkan usia PM Dr Madya Zul Kadir. Beliau menyambut ulangtahun ke 48 pada hari ini. Kita doakan beliau menjadi PM Dr Zul Kadir sebelum berusia 49.

PM Zul seorang yang berpengalaman dalam 'strength n conditioning'. Beliau bertanggungjawab membangunkan gimnasium di MSN. Beliau juga bertanggung jawab membangunkan gym di FSR. Beliau juga adalah salah seorang penasihat persatuan aikido di uitm. Ramai anak didik beliau sedang bertugas di bidang kepakaran beliau.

Anak didik dilihat kecemerlangannya berdasarkan gurunya. Tetapi kita juga tahu bahawa guru bukanlah seorang yang sempurna. Sebagaimana saya suka nyatakan, saya di uitm adalah untuk mengajar dan belajar. 'Kalau salah sila tunjukkan'

Isnin, September 08, 2008

Surau FSR

Tahniah kepada FSR kerana akhirnya mempunyai surau sendiri. Ini memudahkan lagi warga FSR untuk solat berjemaah. Surau ini terletak di tingkat 2, atas pejabat am FSR.

Terima kasih kepada pihak2 yang berusaha mendapatkan surau untuk FSR. Walau bagaimana pun, keadaan di dalam surau baru FSR masih belum bersih dan selesa untuk mendirikan solat. Tadi saya berpeluang berjemaah di surau FSR selepas berbuka puasa. Mohon kerjasama warga FSR untuk turut menderma atau sedekahkan peralatan dan pakaian yang boleh membuat surau kita lebih selesa untuk beribadah.

Sebarang sedekah atau derma untuk surau kita adalah pelaburan kita untuk masa hadapan. Selain daripada menderma, hidupkanlah surau kita dengan kehadiran kita. Walau pun surau kita kecil, tetapi ianya lebih selesa daripada setengah tempat tinggal orang lain. Bersyukurlah kepada Allah dengan kemudahan yang kita dapat.

Tetamu Berbuka Dengan SR113/3

Sebenarnya ramai pensyarah dan pentadbir yang saya jemput untuk turut berbuka pada hari ini. Dukacita ramai tidak dapat hadir kerana telah ada komitmen atau hal keluarga di saat akhir. InsyaAllah, kita berbuka dengan kumpulan lain.

Saya menjemput pensyarah dan pentadbir untuk dapat saling berkenalan dengan pelajar saya. Meraikan tetamu bermakna kita menghormati tetamu. Menerima jemputan bermakna kita menghormati tuan rumah. Jadi majlis berbuka juga untuk mengeratkan silatturahim dan meningkatkan lagi budaya saling menghormati diantara warga FSR.

Di kalangan pelajar SR113/3 julai2008, terdapat ramai yang cemerlang di bidang sukan dan juga akademik. Sebagai pensyarah, saya hanyalah seperti satu 'checkpoint' dalam perjalanan hidup pelajar saya. Saya adalah tetamu dalam hidup mereka, dan mereka adalah tetamu dalam hidup saya. Semoga anda semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Berbuka dengan SR113/3

AlhamdulIllah, tadi saya berbuka puasa dengan kumpulan penasihat akademik saya, pelajar SR113/3 jul2008. Terima kasih kepada mereka semua kerana sudi menerima saranan saya untuk mengadakan sedikit juadah untuk berbuka bersama saya.

Hidangan utama adalah nasi tomata berlaukkan ayam masak tomato(?). Minuman adalah tembikai susu dan oren (?). Terdapat buah kurma, karipap dan donut. Nasi tomato dimasak oleh ibu kepada seorang pelajar dalam kumpulan. Tetamu jemputan yang turut hadir adalah en Din Suunto, dan en Shahril AR Pentadbiran. Tetamu 'surprise' (dia yang tak sangka2 dijemput) adalah PM Dr Anuar Suun (Dekan FSR Jul 2005-Jun 2007). Terima kasih juga kepada tetamu2 yg sudi hadir.

Tujuan berbuka adalah untuk bersama menikmati suasana berbuka diantara pensyarah dan pelajar. Cukuplah hidangan sebagai pengganti tenaga. Tadi seorang pelajar sem3 bacelor bertanya kepada saya 'ce bad, bila kita pelajar sem3 boleh berbuka dengan cebad seperti tahun lepas?'. InsyaAllah, saudara2 rancangkanlah dan maklumkan kepada saya.

Bercakap Benar (2)

Bercakap adalah seperti perjanjian. Janji adalah amanah. Janji mesti dikota.

Elakkan daripada bercakap sahaja pandai. Tetapi perlakuan adalah sebaliknya. Usahlah kita berkata kita sentiasa setiakawan dan bersedia membantu. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Janganlah didepan kita memuji, tetapi di belakang kita mengeji. Berani kerana benar. seorang pendidik, cakapnya selalunya akan didengar, dan diikuti. maklumlah, pendidik selalunya adalah 'role-model'.

Usahlah kita cuba bermuka2.Akan tiba masanya dimana muka sebenar kita akan terpampang. Bukan sahaj dalam bulan Ramadan mesti bercakap benar, malah sebagai seorang Muslim, mesti pada setiap masa.

Bercakap Benar (1)

Integriti mencerminkan kita secara keseluruhan. Sahsiah kita boleh mencerminkan diri kita. Percakapan kita juga boleh mencerminkan kita.

Apabila bercakap, bercakaplah dengan jujur. Janganlah lain dikata, lain pula yang dilakukan. Janganlah jadi seorang hipokrit (sila cari maksud dalam kamus), atau lebih teruk lagi seorang munafik. Orang kelantan kata 'cakap berdegar2, tapi...'. memang dizaman Nabi dahulu ramai penyair Arab yang memang petah bercakap dan bersyair. Malangnya anugerah kelebihan berkata2 telah disalahguna untuk memperlekehkan Nabi dan Islam.

Ada yang berkata, 'Jika tiada perkara baik untuk diperkatakan tentang seseorang, lebih baik kita diam sahaja'. Tetapi bagaimana jika kita diam, perkara tidak benar akan berterusan?

Al Fatihah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Segala Puji kepada Allah, Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Pemerintah di Hari Pembalasan,
Kepada Engkau kami sembah,dan kepada Engkau kami mohon pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukannya jalan yang dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat

Bacalah sekurang2nya 17kali dalam sehari

Allah Tuhan Yang Maha Esa

Sesungguhnya, tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku Mengaku Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Aku Mengaku Bahawa Muhammad itu Rasul Allah.

Semoga kita sejahtera dunia dan akhirat.

Sabtu, September 06, 2008

Taman Negara

InsyaAllah pada 12 sep, jumaat ini saya akan bertugas di kuala tahan. Tengah standby, tunggu arahan. Bonda bertanya 'Bulan puasa pun kena masuk hutan?'. Jawab saya, ' Terpaksa, amanah'.

Taman Negara Pahang tidak akan jemu bagi saya ke sana, InsyaAllah. Saya bukan seorang pakar di dalam hutan. Bolehkah saya mengajar kursus tentang taman negara? Seorang kenalan, seorang pakar dalam hutan menghembuskan nafasnya di campsite. Saya tidak terlibat untuk membawa jasadnya keluar dari hutan kembali ke tempat asalnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Saya sentiasa berada dalam keadaan ingin belajar tentang alam milik Allah. Bacalah surah Al-Fatihah. Cuba fahamilah terjemahannya. Betapa kerdilnya kita di alam milik Allah.

Sudah Dewasa

Berbuka dengan kumpulan Iltizam mengingatkan saya kepada mereka semasa masih pelajar saya. Ada yang sentiasa ditegur oleh saya cara mereka berpakaian semasa menjadi pelajar saya. Mungkin ada tadi yang kurang selesa dengan pakaian mereka bila bersama saya?

Amanah sebagai pendidik adalah memproses pelajar supaya yang kurang baik menjadi baik, yang dah baik jadi lebih baik. Ada yang pernah ingin berhenti daripada belajar, tetapi AlhamdulILLAH, berjaya juga mendapat diploma. Tadi ada yang ingin menyambungkan pengajian ke peringkat Bacelor. Teruskan niat anda. Ingat, belajarlah sehingga ke akhir hayat kita.

Ada juga tadi mengucapkan terima kasih kepada saya kerana tugasan saya menyebabkan mereka ada simpanan sekarang. Sama2. Teruskan menyimpan untuk masa hadapan. Jangan lupa untuk sentiasa menyediakan penyata kewangan dan juga bajet.

Rezeki Berbeza

Sebelum saya meletak kereta saya untuk hadir majlis berbuka puasa dengan kumpulan Iltizam, saya tersilap ke pusat belibelah Summit. Saya terpaksa menunggu lama sebelum dapat ke hotel Summit. Penumpang sebuah bas sedang melintas masuk ke pusat belibelah Summit.

Sayu rasanya memerhatikan gelagat penumpang2 bas melintas di hadapan saya. Kebanyakannya berpakaian serupa. Saya andaikan mereka adalah daripada sebuah rumah kebajikan, barangkali rumah anak yatim. Yang paling muda saya jangka usianya dalam tahun pertama dan yang paling tua dalam belasan tahun. Mungkin ada di antara mereka berbuka kali pertama dengan pelbagai juadah. Semoga Allah membalas sebaik2nya kepada mereka yang sudi meraikan mereka yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadan ini.

Kita mestilah selalu bersyukur kepada Allah kerana rezeki yang kita dapat daripada Nya. Jika kita mempunyai rezeki yang lebih, hulurkanlah kepada yang kurang bernasib baik berbanding kita. Berusahalah untuk kita sentiasa mendapat rezeki yang halal.

Berbuka dengan Iltizam

AlhamdulILLAH, tadi saya berbuka puasa dengan graduan SR111 dan SR112 kumpulan ILTIZAM. Selain daripada saya, pn Rezian-na dan en Arshad (Bekas pensyarah FSR) turut hadir. Majlis diadakan di hotel Summit USJ.

Saya mendapat tempat letak kereta VIP. Paling hampir dengan lobi. Disebelah kereta saya sebuah merc sport dua pintu. Kereta saya? Pelajar saya tahu jenis apa B-) Seronok berjumpa semula dengan bekas pelajar saya di majlis berbuka tadi. Saya pernah mengikuti mereka ke Gunung Belumut. Tshirtnya masih saya ada. Ada yang sudah mempunyai anak. Tahniah.

Bagi yang ingin melanjutkan pengajian melalui epjj, hubungilah pn Jamatul. FSR akan memerlukan ramai pakar dalam rekreasi. Kami perlu pakar rekreasi sejati. Sekali lagi, terima kasih kepada kumpulan ILTIZAM keranan menjemput saya untuk sama2 berbuka puasa.

Jumaat, September 05, 2008

Kesetiaan dan Penghargaan

Esok graduan fsr akan mengadakan majlis berbuka puasa. Mereka antara graduan yang aktif dan banyak membantu encik Hisyam (Boss Perlu) menjalankan aktiviti rekreasi. Dukacita encik Hisyam tidak dapat hadir sama.

Encik Hisyam adalah antara pensyarah yang pakar dalam rekreasi. Beliau antara pensyarah yang mengerakkan Perlu. Beliau banyak membimbing pelajar untuk menjadi lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam rekreasi. Encik Hisyam seorang yang sangat berpengalaman dalam rekreasi.

Walau bagaimana pun, masih ada yang memperlekehkan encik Hisyam. Malah mereka ini turut memperlekehkan Perlu. Bagi saya, encik Hisyam dan Perlu banyak membantu dalam membangunkan dan memajukan rekreasi di dalam dan luar uitm. Usah dipedulikan 'pakar' yang tiada kepakaran.

Berhati-hati Berkenderaan di Bulan Ramadan

Beberapa hari yang lepas berlaku kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan khas motorsikal berhampiran batu tiga shah alam. Hari ini pihak polis menyaman penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan khas motorsikal berhampiran tempat yang sama.

Tindakan oleh pihak polis telah lama dinantikan. Penunggang motorsikal nampaknya tidak lagi mengendahkan peraturan jalanraya. Tujuan peraturan adalah untuk kemudahan dan keselamatan bersama. Pihak UiTM turut mengadakan kempen keselamatan jalanraya di dalam uitm susulan kepada kemalangan maut yang berlaku beberapa minggu lepas di dalam uitm.

Tetapi masih ramai pelajar yang tidak patuhi peraturan penggunaan kenderaan di dalam uitm. Mereka seolah-olah tidak tahu membaca papan kenyataan yang dipamerkan. Adakah ini mencerminkan imej seorang pelajar sebuah universiti?

Khutbah Jumaat 5 Sep 2008

AlhamdulIllah, hari ini masjid cepat dipenuhi oleh makmum. Tetapi ada juga yang masih sampai setelah solat dimulakan. Khutbah Jumaat pada setiap Jumaat pertama puasa selalunya tentang ibadah puasa.


Ayat 183 Surah Al-Baqarah adalah seruan menjalankan ibadah puasa. Puasa bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam sahaja. Tetpi kita tahu bahawa umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadan. Selain berpuasa di bulan Ramadan, kita mesti membayar zakat fitrah.

Saya sempat juga membayar zakat fitrah selepas solat Jumaat di Masjid UiTM. Tahun ini RM5.20. memang banyak kemudahan yang disediakan untuk umat Islam di UiTM. Terdapat juga kemudahan membuat potongan bulanan untuk zakat pendapatan. Kita bukan hanya mesti membayar zakat fitrah sahaja.

Imej Kita

UiTM mempunyai peraturan sahsiah rupadiri. Peraturan ini mencerminkan sahsiah atau imej pelajar UiTM. Islam pun mempunyai peraturan berpakaiannya.

Saya sentiasa mengingatkan pelajar saya supaya mematuhi sahsiah rupadiri mengikut peraturan uitm. Saya sebagai staf perlu mematuhi sahsiah sebagai staf. Seorang lelaki tidak boleh berpakaian seperti seorang perempuan, seorang perempuan tidak boleh berpakaian seperti seorang lelaki. Saya berterima kasih kepada pelajar saya yang mematuhi sahsiah sebagaimana disarankan uitm dan Islam.

Imej pelajar juga mncerminkan imej kedua ibubapa mereka. Juga mencerminkan imej pensyarah mereka. Ada yang berkata,'berpakaianlah sebagaimana siapa yang kita ingin jadi" (Dressed for who you want to be).

Khamis, September 04, 2008

Majlis Berbuka

InsyaAllah pada hari sabtu ni ada majlis berbuka anjuran graduan sr111/sr112. InsyaAllah saya akan cuba hadir. Pada Isnin 8sept, insyaAllah akan diadakan majlis berbuka pelajar2 SR113 di dlm kumpulan penasihat akademik saya.

Majlis berbuka tidak semestinya dengan pelbagai lauk pauk, kuih muih. Cukuplah untuk menggantikan tenaga kerana berpuasa. Masjid dan surau turut mengadakan majlis berbuka dan seterusnya more selepas terawih. UiTM Segamat aktif mengadakan majlis berbuka di masjidnya. Ianya bermula sebelum Ramadan lagi. Tahniah kepada Prof Kamil.

InED akan mengadakan majlis berbuka pada 16sep. FSR bila ya? Selamat berbuka puasa 4 sep/4 ramadan 1429.

Rezeki di Bulan Ramadan

Petang semalam semasa membeli lauk untuk berbuka puasa di carrefour, saya ditegur oleh dua pelajar saya Adlin dan Anis. Saya minta maaf tak dapat nak berbuka bersama mereka. Lauk yang saya beli kerana pesanan adik saya yang bertugas di ISN.

Rezeki adik saya daapat makan ayam golek. Walau pun dia pesan untuk dibelikan di stadium shah alam, tetapi saya maklumkan masalah trafik. Sebelum balik ke rumah untuk berbuka, saya lihat Ali, graduan fsr masih setia di gerainya. Ali beritahu saya yang dia akan berbuka di situ. Ali telah lama saya berjumpa bekerja di situ. Sejak sebagai pelajar saya lagi. Mencari rezeki yang halal.

Bulan puasa adalah bulan yang menggalakkan orangramai untuk menambah rezeki. Sama ada untuk belanja berhari raya, atau sebagainya. Selain menambahkan rezeki, kita perlu pandai menguruskan rezeki yang kita ada. Elakkan berboros di bulan puasa ini.

Sudahkah Anda Bersedekah?

Bulan Ramadan ini amat sesuai untuk kita tambahkan pahala sebagai persediaan ke hari kemudian. Selain daripada melakukan solat terawih dan witir, bersedekah adalah antara amalan yang akan membolehkan kita mendapat ganjaran dari Allah (InsyaAllah).

Bagaimana kita nak bersedekah? Walau pun kita seorang pelajar, kita pun boleh bersedekah. Tidak perlu sedekah berpuluh2 atau beratus2 ringgit. Cukuplah sekadar yang kita mampu. bagi yang sudi, jom ikut serta pelajar saya berbuka puasa. Pelajar yang tidak mengikuti SRB201 pada semester ini turut dijemput berbuka dengan pelajar yang mengambil SRB201 pada semester ini. Bagi yang tak dapat puasa pun dijemput sama. Kepada profesor2, dekan2, timbalan2 dekan dan lain2, dijemput sama. Tetapi, maklumkanlah kepada saya dahulu.

Kita berbuka ala kadar sahaja. InsyaAllah ada karbohidrat, protein dan fibre. Kemudian kita solat jemaah di surau baru kita. InsyaAllah.

Futsal Bi Bulan Ramadan

Tadi setelah tamat kuliah, seorang pelajar menjemput saya untuk berfutsal malam ini. Terima kasih. Maaf kerana tak dapat menerima pelawaan anda semua, walaupun saya berminat.

Ramadan bukanlah penghalang untuk kita bersukan atau berekreasi. Cuma janganlah ianya mengganggu kita menjalankan ibadah di bulan Ramadan. Ada yang berfutsal selepas terawih dan seterusnya bersahur. Pelawat ke gim FSR berkurang dengan amat ketara sekali. Maklumlah, pelawat selalunya mengunjung gim FSR antara jam 5 ke 9 malam. Tapi saya dimaklumkan PM Zul Kadir setia di gim. Tahniah PM Dr Madya Zul. Kalau guru tak tunjukkan, bagaimana anak murid nak ikut.

Saya sekadar mengangkat besi ala kadar sahaja pada bulan puasa ini. Kalau rajin, buatlah sedikit 'tendangan'. Bagi yang ingin menguruskan berat badan dan kesihatan, teruskan bersukan atau berekreasi pada bulan Ramadan ini.

Kewibawaan Di Persoal

"Who are you?" Soalan yang sentiasa menjadi peringatan kepada saya. Soal saya balik "Who are you to ask me that question?".

Antara taktik biasa untuk menutup kekurangan diri adalah 'be on the offensive'. Jadi saya dipersoalkan tentang perlantikan saya oleh NC UiTM. Jawapan saya kepada mereka ini, "Jom kita pi jumpa dato' seri". Saya juga tambah, "Jangan lupa bawa kelayakan anda bersama". Ini untuk memastikan perlantikan anda adalah sah mengikut syarat2 perlantikan. Jika sebaliknya, bersedialah didenda oleh organisasi (diturun pangkat, bayar balik gaji terlebih bayar kerana kelayakan tidak sepadan dengan jawatan dilantik, dsbnya).

Saya risau jika seseorang yang tidak layak memegang jawatan atau lantikan tertentu masih terus dengan angan2nya, akan menyebabkan organisasi yang menerima padah. Cukuplah dengan drama rekaan semata2. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Adil.

Rabu, September 03, 2008

Persiapan Diri

Sebelum berbuka kita telah pun merancang juadah untuk berbuka. Seterusnya kita akan sedaya upaya mendapatkan juadah idaman. Sebelum hari raya, kita sibuk buat perancangan untuk menyambut hari raya. Kita kemudiannya akan sibuk bersedia memastikan perancangan kita tercapai di hari raya.

Bagaimana dengan hari kemudian. Sudahkah kita merancang dan bersedia menghadapinya? Sudahkah kita bersedia menyambut panggilan Illahi untuk kembali kepadanya? Bagaimana jika kita tahu tarikh kembali kita kepadaNya? Apakah yang akan kita lakukan?

Doakanlah semoga kita dalam keadaan bersedia menemuiNya. Antara persiapan kita adalah bersedekah di bulan yang mulia ini. Kongsi-kongsilah dengan mereka yang kurang kemampuan berbanding kita. Selamat Berbuka 3 Ramadan 1429.

Penambahbaikan Berterusan

Kita hendaklah lebih baik pada hari ini daripada semalam. Kita hendaklah lebih baik pada esok berbanding pada hari ini. Ini adalah proses penambah baikan berterusan.

Jika kita tidak baik pada hari ini, maka kita mestilah bercadang untuk menjadi baik pada esok hari. Kalau hari ini kita dah baik, kita hendaklah berada dalam keadaan lebih baik daripada hari ini. Janganlah kita mudah berpuas hati dengan keadaan kita. Janganlah kita dah senang di dunia, kita dah tak nak senang di akhirat. Akhirat adalah hari esok kita. Dunia adalah hari ini kita.

Penambah baikan berterusan perlu kepada maklumbalas dalaman dan juga luaran. Dapatkanlah pandangan daripada pihak lain tentang keadaan kita. Berfikiran positif terhadap pandangan orang lain terhadap kita.

Berbuka Puasa

Berbuka puasa selalunya sesuatu yang meriah dalam keluarga saya. Sebagaimana saya nyatakan, waktu berbuka dapat menyatukan ahli keluarga untuk bersama menikmati rezeki Allah. Pada waktu2 lain, selalunya susah nak menemukan ahli keluarga di meja makan pada waktu yang sama, kerana tugas dan hal masing2.

Makanan sama ada disediakan di rumah ataupun dibeli di bazar Ramadan. Semalam seorang pelajar memaklumkan kepada saya harga sekeping murtabak adalah rm2.50. Nampaknya harga telah naik sekali ganda berbanding dahulu. Bagaimana dengan harga juadah lain? Saya tidak tahu kerana semalam hanya menikmati masakan bonda sahaja.

Sama ada di masa senang ataupun susah, kita mestilah sentiasa beringat2. Berbuka dan melakukan apa2 sahaja secara bersederhana. Saya tak galakkan kita berbuka di mana kita perlu bayar berpuluh2 ringgit. Ianya akan menggalakkan pembaziran sahaja.

Selasa, September 02, 2008

Azan

Azan adalah panggilan atau laungan menandakan masuknya waktu solat. Laungan azan amat syahdu jika tiada bunyi2 lain. Dengarlah azan pada waktu subuh.

Azan juga adalah seorang rakan dan saudara saya. Azan adalah seorang pelari pecut. Dia adalah yang terpantas di kalangan kami. Walau bagaimana pun, Azan bukanlah yang pertama di antara kami yang pergi menyahut panggilan ILLAHI. Dua orang telah pergi lebih dahulu daripada Azan.Azan meninggal dunia pada bulan Ramadan.

Bersyukurlah setiap kali kita mendengar azan berkumandang. Ini bermakna kita masih lagi berpeluang membuat persediaan untuk hari kemudian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Azan dan saudara Islam kita yang telah kembali kepada Nya.

Pemimpin atau Ketua

Setiap kita adalah pemimpin.Kita dijadikan pemimpin di dunia ini. Kita diamanahkan untuk memakmurkan dunia ini.

Ada slogan "Kepimpinan Melalui Teladan". Adakah ianya bermakna 'Leadership through Role-Modelling'? Seorang pemimpin tidak mampu melakukan semua tugas secara peribadi. Adalah penting seorang pemimpin mesti tahu melakukan 'delegation' atau mewakilkan. Jika kita bijak memilih ahli dalam kumpulan yang kita pimpin, maka kita mestilah yakin dengan kebolehan ahli kita.

Elakkan hendak menjadi pemimpin atau ketua hanya pada nama. Lama2 pengikut dan orang lain akan tahu keikhlasan dan kebolehan sebenar kita, dan reputasi kita akan menjadi negatif berpanjangan.

Isnin, September 01, 2008

Juadah di Ramadan

Pada bulan Ramadan, kita dapat berjimat wang kerana makan masa berbuka dan sahur sahaja. Masa pun banyak kita jimatkan kerana tidak keluar minum pagi, makan tengahari dan minum petang.

Kita juga perlu pandai mengelakkan godaan pada Ramadan. Godaan yang biasa adalah ingin berbelanja dan membeli bermacam juadah di bazar Ramadan. Memang banyak tarikan di bazar Ramadan. Kuih beraneka warna. Lauk pauk bermacam aroma yang begitu menggoda diri dan poket kita. Janganlah jadikan Ramadan untuk berpesta makan. Ramadan untuk kita belajar menghadapi godaan.

InsyaAllah, pelajar saya SR113 dan SR221/SR223 akan mengadakan majlis berbuka puasa di FSR. Sesiapa yang ingin turut serta atau bersedekah, hubungilah saya. Kita berbuka yang asas sahaja. Jangan lupa kesihatan semasa Ramadan.

Masa di Ramadan

Masa untuk kita amatlah terhad.Satu hari hanyalah ada 24jam. Seminggu hanyalah 7hari. Setahun hanyalah 365 hari sahaja (tahun masihi) atau 355 hari sahaja (tahun hijrah).

Pejam celik, pejam celik, dah kita berpuasa semula. AlhamdulILLAH, kerana berpeluang bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. InsyaAllah, dapat bertemu Ramadan tahun hadapan. Pada bulan Ramadan, bagi saya ada masa tambahan. Masa untuk menambahkan ibadah kita kepada Allah. Masa untuk makan bersama keluarga lebih kerap berbanding bulan2 lain. Masa untuk persediaan sebelum ke akhirat.

Dirikan solat secepat yang boleh, seeloknya setelah azan dilaungkan. Akan terasa banyak masa setelah kita bersolat. Gantikanlah solat yang tertinggal pada masa yang diberikan di Ramadan. Lakukan amalan2 sunat sebanyak yang termampu. Tambahkanlah sedekah untuk bekalan hari kemudian kita.