Terkejut apabila sahabat memberi tabik. Ini berlaku diakhir tugas dijalankan. Pada saya, sahabat dan saya adalah pada aras (rank) yang sama. Kenapa tiba2 memberi tabik?
Tabik tanda hormat. Tabik tanda sedia dan setia berkhidmat. Ianya tanda kita bersedia menerima dan menjalankan arahan diberikan kepada kita. Ianya tidak bermakna kita bersedia menjalankan tugas secara membuta tuli. Seorang pemimpin perlulah menjaga pengikutnya. Tetapi mengikut batas dan peraturan, terutamanya lunas agama. Seorang pengikut akan ikhlas menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh seorang pemimpin yang amanah dan ikhlas.
Pada konvokesyen InED yang lalu, seorang tetamu kecil memberi tabik kepada mereka yang duduk di atas pentas. Tetamu tersebut memberi tabik kepada kami semasa kami turun dari pentas. Adakah ini tanda hormat dan terima kasih kerana tugas yang telah kami berikan kepada keluarga beliau melalui perkongsian ilmu? Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan