Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Jun 30, 2009

Ada Kala Suka Ada Kala Duka

Khabe Kushe Khabe Gam. Hidup ini ada kala kita suka, ada kala kita duka.

Cabaran dan dugaan adalah lumrah. Seperti kata seorg kawan, ini hanya dunia sahaja. Maka jangan lupa akhirat adalah kehidupan yg kekal. Dunia untuk persediaan. sahabat dan saudara membantu kita melalui liku2 hidup. Musuh sentiasa cuba menghalang dan menyusahkan kita.

Kesusahan adalah cubaan. Tuhan akan menduga kita dgn kemampuan kita. Maka kpd seorg sahabat yg berduka pagi hari ini, jangan cepat putus asa. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kesedihan pada hari ini. Berdoalah kpdNya untuk dipermudahkan hidup ini.

Tanggung Jawab Siapa?

Itulah soalan diajukan penceramah MQA. Siapa sepatutnya bertanggungjawab jika graduan salah laku semasa kerja?

Adakah graduan disalahkan? Adakah universiti yg keluarkan graduan? Adakah silibus yg diikuti graduan? Adakah pengajar yg pernah mengajar graduan?Silibus akan disemak untuk apstikan sentiasa yg terkini. Tapi yg penting adalah dipastikan tenaga pengajar adalah benar2 layak mengajar kursus yg diambil pelajar. Jika pengajar kurang atau tiada ilmu berkaitan dgn kursus diambil pelajar, kemungkinan akan berlaku ajaran sesat.

Siapa yg nak jawab nanti? Jika kita tahu tanggung dan jawab kita, kita akan pastikan kita telah jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin.

Kuasa

Allah Sahaja Yang Maha Berkuasa.

Tetapi ada makhluk2Nya lupa. Mereka berasa bahawa mereka lebih berkuasa. Mereka yang menentukan rezeki orang lain. Mereka yg menentukan kejayaan seseorang. Sampai ada yg berasa bhw mereka berkuasa terhadap hidup mati orang lain. Ini adalah tanda2mereka yg kurang ilmu. Manusia mudah lupa.

'Mereka merancang, Allah pun Merancang. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Perancang'.

Jumaat, Jun 19, 2009

Tasik Kenyir 02


InsyaAllah pd 23 Jun saya di Tasik Kenyir. Tugasan sbg pegawai penyelidik kpd bos2 saya di uitm.

Kali terakhir saya ke sana pd tahun 2008. Seronok. Itulah juga kali pertama saya ke Tasik Kenyir. Saya diamanahkan bertugas di sana berdasarkan kepercayaan bos saya. Seperti kata seorang pembentang di AICFAFC, reputasi dan integriti adalah penting. Dulu saya diamanahkan bertugas dgn tnc dan pengarah pahang di taman negara. Kali ini bersama pengarah ined dan timbalan pengarah terengganu.

Tugasan ini memanglah penat. Kita perlu pastikan keselesaan dan keselamatan bos. Itulah sebab kita perlu latihan dan ilmu berkaitan. Gambar tu semasa tugasan tahun 2008.

Rezeki Lagi


Saya hadir ke mesyuarat agung koperasi kedai buku uitm tadi. Biasalah nak tahu prestasi koperasi dan dividen tahunan.

AlhamdulIllah, saya juga berjaya memenangi satu hadiah cabutan bertuah. Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rezeki kepada hambaNya. Saya cadang untuk kongsi rezeki ini dgn kawan2 sepejabat di DW3 InED. Hamper tu kandungannya adalah makan dan minuman ringan. Jadi kalau bawa balik rumah pun tak ada yg akan lompat2 seronok.

Tahun ini tahun kedua saya dimurahkan rezeki melalui cabutan bertuah koperasi. InsyaAllah, tahun depan ada lagi kot.

Khamis, Jun 18, 2009

Burnout

Seorang rakan menyatakan bahawa dia terasa burnout. Kerja dibuat, orang lain ambil nama.

Burnout juga hasil drpd perasaan tidak puashati dgn ganjaran diterima untuk kerja dibuat. Lain diharapkan, lain diterima. Jika saya kata bukan rezeki kita akan ada kawan yg tak puashati juga. yalah, kita inginkan rezeki untuk hidup selesa. Tapi keinginan untuk rezeki tak akan cukup. Tamak dan Ego antara punca ketidakadilan.

Saya pun ada masanya terasa burnout. Saya ingatkan diri saya, kehidupan di dunia seumpama sehari sahaja berbanding kehidupan diakhirat. Bersamalah kita bersedia untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tugas dan Rakan Sekerja

Pemimpin perlu ada pengikut yg sedia mengikut. Bekerja perlu ada rakan sekerja.

Bukan senang nak jadi pemimpin. Bukan senang nak jadi pengikut kepada pemimpin. Saya pernah beberapa kali menarik diri bila saya rasa ketidaserasian antara saya sebagai pengikut dgn yg ingin jadi pemimpin saya. Integriti dan reputasi amat penting sebelum kita jadi pemimpin dan juga pengikut. Begitu juga bila memilih (jika boleh) rakan sekerja, Perlu ada keserasian.

Jika kita sama ada sebagai pemimpin atau pengikutv tidak serasi, tugas tidak dapat dilakukan dgn terbaik. Begitu juga jika kita tiada serasi dgn rakan sekerja. Saya faham kenapa ada kawan dan kenalan terus memilih untuk menyendiri di dalam hutan.

KL Tower


Saya di KL Tower pada 16 dan 17 Jun. Program AICFAFC anjuran fakulti perakaunan.

Kali pertama saya di bangunan tersebut. Walau pun saya pernah bekerja berhampiran dgn menara tersebut, saya belum pernah menaikinya. RM38 sebg bayaran masuk mungkin antara sebabnya. Seronok juga pengalaman di KL Tower. Selain konferens di situ, majlis makan malam pun di situ juga. Makan tengahari di restoran berputar (memang berputar kepala saya). Cantik pemandangan KL, walau pun berjerebu.

Terima kasih kpd fakulti perakaunan kerana mengadakan program di sana. lepas ni ke mana kita?

Isnin, Jun 15, 2009

Bersaudara Rupanya

Saya ada seorang kawan dan isterinya yg sangat aktif dlm rekreasi luar. Dari laut ke dlm hutan kami pernah berekreasi bersama.

Beliau amat rapat dgn seorang drpd pakcik saya. Laut diselami, hutan diredah, dan pelbagai pengalaman kita lakukan. Di rumah seorang pakcik saya semasa jamuan makan durian, emak saya bagitau yg isteri kpd kawan saya dan pakcik saya ni sebenarnya ahli keluarga kami juga. Keluarga dari Melaka.

Patutlah sangat ngam. Next trip kami cadang ke Kuala Gandah. Ada kawan yg uruskan chalet di sana.

Pakcik Saya

Saya punyai ramai pakcik2. Semasa berada di Kota BHaru, saya sempat berjumpa dgn seorang drpd mereka bersama isterinya, makcik saya.

Saya cadangkan kpdnya untuk mendaftar untuk mendapatkan Master. Beliau seorang yg amat bijak bg saya. beliau adalah seorang yg kreatif. Beliau pernah mengambil program perubatan di UM. Tetapi oleh kerana sebab2 tertentu, beliau bertukar bidang pengajian. Hampir 2jam saya berbincang dgn pakcik dan makcik saya tentang ilmu.

Walau pun kedua2nya telah pencen, mereka masih lagi menghadiri majlis ilmu. Masa yg ada lebih banyak ditumpukan kpd ilmu2 agama utk kebaikan bersama dunia dan akhirat.

Makan Durian Lagi

Ahli keluarga saya memang suka makan durian. Ada yg ada dusun sendiri. Ada yg baru beli dusun sendiri.

kami akan berkongsi kelebihan yg ada dgn mereka yg kekurangan. Biasalah. Bukan setiap masa orang yg sama berada dlm kelebihan. Jadi apabila kita berkongsi dan tiada berdengki, keakraban kekeluargaan sentiasa wujud. selepas makan petang, kami bersolat magrhib berjemaah. Terasa macam bulan puasa pula.

Saya mempunyal ahli keluarga yg ramai. Saya juga mempunyai sahabat2 yg ramai. Ini adalah antara nikmat daripada Yang Maha Esa. AlhamdulIllah.

Pasar Wakaf Che Yeh

Pasar WCY ni terletak di Kelantan. satu tempat yg akan jadi tumpuan mereka yg sama ada balik atau melawat Kelantan.

Saya ke pasar WCY pada jumaat lepas. Bersama2 team dari Pejabat Pesuruh jaya Sukan. Pada asalnya saya tak nak ikut, tetapi kawan2 ajak, saya pun p sama. memang ramai pengunjung kerana antara malam2 akhir cuti sekolah. Saya hanya beli seluar askar sahaja setelah sekian lama tidak membeli pakaian dipasar wcy.

Keadaan pasar WCY lebih bersih dan teratur. walau bagaimana pun, pengunjung dinasihatkan berhati2 dgn penyeluk saku, peragut beg tangan dan peminta sedekah. kawan saya dimarahi kerana tidak mahu 'bersedekah'. Orang alin buat salah, orang lain dimarah. Pelik2.

Jumaat, Jun 12, 2009

Berita

Bukan suatu yang mudah untuk sampaikan berita yg tidak baik. Yg buruk. Yang Sedih. Berita kematian.

Jika kita diamanahkan menyampaikan berita seperti ini kpd mereka yg tersayang, kita akan turut trauma. Kita akan turut sebak apabila melihat keadaan mereka yg menerima berita yg kita sampaikan. tapi jika ianya tugas kita, maka kita terpaksa jalankan. Dan kita adakalanya akan kelihatan tiada perasaan semasa menyampaikan berita tersebut.

Ramai sahabat2 saya dan juga saudara ada kalanya perlu menyampaikan berita yg tidak baik kpd ahli keluarga yg berkenaan. Saya faham perasaan penyampai berita. Jadikanlah peringatan kpd kita untuk bersedia mengadap NYA.

Yang Pasti

Jodoh tidak pasti. Rezeki tidak pasti. Yang pasti hanyalah kembali kepadaNya.

Sehingga sekarang, empat orang sahabat saya seperguruan telah kembali kepadaNya. Dua sebelum usia mencapai 20tahun. 3 semasa masih bujang. Dan kini, seorang sahabat telah dikenalpasti mengidap barah. Beliau mengerjakan haji tahun lepas. Dan baru2 ini disahkan mengidap barah. Beliau menerima ketentuan Allah dgn tabah.

Bagaimana pula dgn kita yg masih belum tahu masa kita kembali kpdNya? Adakah kita masih leka dgn mengejar pangkat, harta dan sebagainya. Yang pasti, masa kita kembali kepadaNya semakin hampir setiap saat berlalu.

Khamis, Jun 11, 2009

Tahniah Pid

Semalam saya tertanya2? Ke mana Raja Firhad (Ketua Program SR223) akan pergi.

Pagi ni, soalan saya terjawab apabila saya membaca blog Che Hisye. Pid akan menjadi jurulatih (fitness?) untuk pasukan Laos. Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan terhadap bakat dan kebolehan yg ada pada Pid. Tahniah juga kepada 'guru2' Pid. Anak didik mu diiktiraf bermakna guru pun diiktiraf. Pelantikan Pid membuktikan pakar2 yg ada di FSR. Ramai lagi pakar di FSR bersedia memegang amanah di luar UiTM jika dilantik. Tetapi ada yg kita tidak dapat 'lepas'kan lagi kerana mereka lebih diperlukan di FSR.

Jika kita berilmu, lambat laun kita akan dikenali juga. Jika kita tidak atau kurang berilmu, sama juga, lambat laun orang lain akan tahu siapa kita sebenarnya.

Pembantu Rumah

Bukan senang nak dapat pembantu rumah. Bukan senang nak dapat pembantu rumah yg baik dan tuan rumah yg baik.

Banyak sungutan daripada tuan2 rumah (TR)yg katakan dapat pembantu rumah (PR) yg tak baik. Dpt PR yg kurang rajin, tak pandai memasak, tak pandai buat kerja yg disuruh dsbnya. Begitu juga sekarang kita lihat, baca dan dengar bgmana PR didera oleh TR. Dan kes didengar untuk diputuskan mengambil masa yg lama.

PR yg tidak baik memburukkan nama negara mereka. TR yg tidak baik memburukkan nama kita. Kedua2 pihak beramanah terhadap sesama sendiri. Jalankanlah amanah dgn terbaik.

MBK 01

Apa ni MBK? Bukan bermaksud Majlis Bandaraya Kelang tetapi Minat, Bakat dan Kebolehan. Dikatakan sebagai 3 ciri yg perlu dimiliki utk berjaya dlm bidang yg kita ceburi.

Saya selalu berkongsi tentang 3 ciri ini dgn pelajar2 saya. Ianya dinyatakan dalam kaunseling kerjaya. Kalau kita tak minat dlm kerja tersebut tetapi ada bakat dan kebolehan, kita tak seronok buat kerja tu. Samalah jika kita tiada sama ada bakat atau kebolehan, maka walau bagaimana minat kita kpd kerja tu, kemungkinan kerja tidak atau kurang berkualiti.

Jadi persoalannya, adakah kita minat jadi pensyarah? Adakah kita ada bakat jadi pensyarah? dan adakah kita berkebolehan jadi pensyarah? Tepuk dada (jangan kuat2) dan tanyalah sendiri.

Rabu, Jun 10, 2009

Anugerah Pingat

Saya belum dapat sebarang pingat kebesaran daripada mana2 pihak. Yg pernah dapat hanya pingat untuk sukan.

Tahniah kpd seorang saudara saya kerana dianugerahkan pingat oleh YDP Agung. Saya pernah bertugas dgnnya sebelum saya ke uitm. Maka sekarang ada dua org di organisasi lama saya yg telah mendapat pingat drpd YDPA. Seorang drpd saudara saya, yg bertanggungjawab menubuhkan organisasi tersebut tidak mahu sebarang pingat anugerah. Katanya,'susoh nok gi minum keda kopi'.

Saya teringat kpd arwah moyang saya. Beliau sangat bangga kerana seorang daripada anaknya bergelar 'tan sri'. Tentu dia juga akan berbangga dgn anugerah 'datuk' kpd seorang daripada cucunya.

Lantikan Lagi

Gila kuasa betul saya ni. Baru minggu lepas dilantik sebagai pemeriksa kira2 PERKAMA.

Minggu depan dilantik sebagai pegawai khas kpd seorang profesor luar negara. Beliau akan terlibat dgn konferens peringkat antarabangsa anjuran Fakulti Perakaunan UiTM. Nampak gayanya, saya kena berlatih cakap 'oreng puteh'. Terima kasih kpd pensyarah yg beri kepercayaan kpd saya. Dan tadi satu tawaran untuk lantikan berkaitan kualiti peringkat uitm. Saya kata, terima kasih dan setuju terima.

Bila la nak jadi pensyarah? Di UiTM, sebenarnya saya lebih sebagai pekongsi ilmu.

Kejayaan Seorang Pemimpin

Seorang pensyarah adalah juga seorang pemimpin. Seorang pensyarah memimpin pelajar2nya dgn menggunakan ilmunya yg dimilikinya.

Apabila pelajar berjaya ianya mencerminkan kejayaan kepada pensyarah juga. Maka jika pelajar gagal, akan ada kesan kepada pensyarahnya (bukan mencerminkan 100% kewibawaan pensyarah). Tingkahlaku, pemikiran dan emosi serta spiritual graduan mencerminkan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi drpd pensyarahnya.

Jika graduan bertindak kurang memuaskan, saya sebagai bekas pensyarahnya akan rasa terkilan. Dimanakah kekurangan kepimpinan saya semasa berkongsi ilmu dgnnya?

Tugas Kita

Adakah tugas sama dgn kerja? Ada yg sama, ada yg tidak.

Bagaimana nak jalankan tugas dgn baik? Perlu ada perancangan dan semakan. Jika tugas yg perlu diselesaikan tiada perancangan, kemungkinan masa yg dihadkan untuk lakukan tugas dgn baik tidak akan cukup untuk tugas diberi. Disinilah pentingnya kepimpinan. Seorang pemimpin yg baik akan membuat perancangan dan seterusnya menyemak (check bukan trouble/rubbish) perjalanan tugasan yg diberikan kpd pasukan.

Tugas yg terhasil bukan sahaja melambangkan kebolehan petugas tetapi juga kewibawaan pemimpin. Jika ketua tidak berilmu alamatnya tugasan dihasilkan kurang bermutu.

Selasa, Jun 09, 2009

Tahniah Saudara dan Sahabat

Semalam saya dimaklumkan seorang daripada sahabat saya dilantik ke jawatan no.1 sebuah organisasi. latarbelakangnya seperti saya, perakaunan.

Tugas barunya memang mencabar. Jadi no.1 di sebuah organisasi swasta yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Imbuhan daripada tugasan baru memanglah tinggi. Tapi harapan hasil amanah diberikan adalah amat2 tinggi. Selamat menjalankan amanah saudara dan sahabatku.

setiap jawatan yang kita pegang daripada yg paling bawah hingga ke paling atas mempunyai amanah tersendiri perlu dipenuhi. Kita perlukan ilmu yang sesuai untuk membolehkan amanah dijalankan dgn terbaik.

Jawatan Baru?

Dapat jawatan baru ke? Cadangan penukaran kepada Ketua Pengarah ...

Kalau betul, seronok ke ni? Jawatan baru ni mungkin lebih2 tinggi. Tugas dan tanggungjawab bertambah kot. Kalau ya, alamat jawabnya, AMANAH pun lagi BESAR. Kalau ya, seronok juga. Dapatlah jadi Ketua Pengarah ...

Apa ada pada nama? Mungkin seronok sementara sahaja. Mohon petunjuk terbaik daripada Yang Maha Esa.

Suka & Kerja

Ada macam2 maksud suka. Seronok jika kita kerja di tempat yg kita suka. Orang2 pun suka kita dan kita suka orang2 sekerja dan apa yg kita buat.

Tak seronok jika kita kerja bukan sebab suka kepada kerja yg kena buat tetapi kerana imbuhan material sahaja. Kita ada pelbagai keperluan yg ingin dipenuhi. Keperluan fizikal, mental dan emosi, serta spiritual. Sukanya kalau kita kerja di tempat yg membolehkan kita dapat keempat2 keperluan diri ini.

Bukan mudah untuk dpt kerja yg penuhi keperluan 4 perkara di atas. Jika kita dapat memanglah rezeki kita. kalau tak dapat, kita ada pilihan untuk mengubah suasana atau ubah tempat kerja.

Isnin, Jun 08, 2009

PECIPTA 2009

AlhamdulIllah, saya dipilih oleh RMI untuk turut serta dalam PECIPTA 2009 di KLCC. Kali ini penyertaan saya melalui ABC Bina Usahawan.

Pada tahun ini, dgn penyertaan di PENCIPTA, hasil cipta, inovasi, dll saya telah dipilih menyertai 3 pameran. MTE 2009 pada bulan April, ITEX 2009 pada bulan Mei, dan PECIPTA 2009 pada bulan Oktober nanti. Terima kasih kepada mereka yg percaya dgn kebolehan saya, usaha saya dan sentiasa sudi membantu.

Seperti biasa, saya berdoa untuk mendapat pingat. InsyaAllah.

Durian dan Perut

Bukanlah satu kombinasi yg menarik. memang bila dah makan durian, keadaan perut dilupakan.

Durian menghasilkan gas di dalam perut. maka perut akan kembong. Dan kalau tersilap pula dimakan sambil minum air karbonat, jawabnya.. perut kita akan membulat dgn cantiknya. Satu eksperimen yg tidak bijak. Elak daripada mencuba eksperimen ini. memang tidak dinafikan makan durian best, tapi perlulah berpada2.

Walau bagaimana pun, bila lah ada peluang ke Lenggong. Satu ekspedisi durian dan bertemu binatang2 liar spt ular sawa.

Ahad, Jun 07, 2009

Durian dan Keluarga

Saya ke rumah pakcik memenuhi jemputannya untuk makan durian. Sama2 menyumbang modal untuk beli durian.

Orang kelantan makan durian dgn pulut. Supaya tak banyak durian dimakan. Tetapi kesannya tetap memenuhkan dan membesarkan perut. Memang keluarga saya suka berkumpul sambil makan2. Minggu lepas kami berkumpul untuk makan nasi sumatera atau dikenali juga sebagai nasi padang (?). Jika ada yg rezeki dimurahkan, maka ahli keluarga yg lain turut merasa.

Tak sabar untuk ke Lenggong untuk aktiviti di kebun durian. InsyaAllah pada bulan hadapan.

Bagan Lalang

Semalam saya di Bagan Lalang Sepang. Program Perlu Selangor. 4 pensyarah FSR dan ahli keluarga serta alumni FSR dan rakan2 hadir sama.

Program bermula daripada jumaat. Tetapi saya ada urusan pd pagi sabtu dan hanya dapat join pd petang sabtu. Aktiviti banyak di pantai. Sabtu malam kami adakan BBQ. Macam2 ada. Syukur kpd Allah kerana rezeki dariNya.

Terima kasih kpd penganjur. Terima kasih kpd yg sudi hadir.

Jumaat, Jun 05, 2009

Ego dan Ilmu

Apa itu ego? Ada yang kata maruah, ada yang kata kesombongan kita, ada yg kata kebijaksanaan kita.

Adakah ego menunjukkan tahap ilmu kita? Mungkin ya, mungkin tak. Tapi kita tahu bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Kita hanyalah hambaNya dan dengan kemurahanNya, kita diberikan ilmu untuk mencari bekalan akhirat. Adakah wajar untuk kita berlagak sombong? Adakah kita berhak berlagak sombong?

Tanda2 ego mungkin apabila kita berlagak seolah2 kita berilmu tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Ikutlah resmi padi, dan jangan jadi lalang.

Erti Kehidupan

Frankl, seorang teoris kaunseling menulis tentang erti kehidupan. Manusia tidak akan menyerah masanya yg ada jika dia tahu erti kehidupannya di dunia atau objektif kehidupan di dunia.

Kita sebagai umat Islam diingatkan melalui ayat al-Quran yg bermaksud,'tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku'. maka tujuan kita di dunia ini adalah untuk beribadah kepadaNya, Yang Satu. Kita juga menyediakan bekalan untk kehidupan abadi di akhirat. Kuasa tidak akan menjadi bekalan kita. Yang penting adalah pahala. Kita tidak mahu dibekalkan dengan dosa melebihi pahala semasa di akhirat.

Maka kita diberi masa untuk menyediakan bekalan akhirat. Adalah amanah kita untuk memastikan kita lakukan yg terbaik untuk diri dan lain-lain dgn masa yg ada di dunia ini.

Mabuk Buku

Semalam saya cuti. Saya ke KLCC.

Saya berada di kedai buku Konikuya (?), sebuah kedai buku yg amat2 besar bagi saya. Seronok rasanya bila berada ditengah2 ilmu yg terkumpul. Jarang saya dapat lihat koleksi buku2 sukan, ketenteraan dan sebagainya terkumpul dgn banyaknya di sebuah kedai buku. Walau bagaimana pun, harga tidak mendorong saya membeli sebarang buku. Bajet telah digunakan membeli buku semasa konvensyen perkama di UPM.

Impian saya ingin emmpunyai mii library di rumah saya. Mungkin saya jadikan sebuah bilik khusus untuk menempatkan buku2 milik saya.

PERKAMA

Perkama adalah ringkasan persatuan kaunseling malaysia. Ahli2 adalah mereka yg mempunyai kelayakan dlm kaunseling dan diiktiraf oleh akta kaunselor.

Pada 2-3 jun 2009, konvensyen ke14 perkama telah diadakan. Pada 2jun petang, telah berlangsung mesyuarat agung perkama. Presiden adalah Tan Sri Nordin Kardi, NC UUM. Naib presiden adalah Datuk Dr Ismail Adam, KP JPA. Dan seorang daripada Pemeriksa Kira2 adalah...Encik Badrul Hisham Hussein, UiTM.

Maka saya pun menerima satu lagi lantikan yang diamanahkan kpd saya. Terasa janggal bila berada bersama mereka yg amat tinggi keilmuannya (hampir kesemua ada dr. di depan nama). InsyaAllah, saya akan lakukan sebaiknya.

Pemimpin 101

Pemimpin mesti boleh memimpin dengan ilmu. Pemimpin perlukan orang untuk dipimpin.

Bagaimana jika kita tidak ingin dipimpin oleh orang yg nak sangat2 jadi pemimpin kita? Apa boleh kita buat? Apa terjadi jika yg nak jadi pemimpin tiada yg sudi dipimpin oleh orang tersebut? Akan sentiasa ada orang yg tiada pengikut tetapi nak jadi pemimpin. Gila kuasa?

Kuasa adalah amanah. Jangan lupa. Kita akan menjawab setiap yg kita lakukan. tapi ada yg tak kisah. Saya tidak sudi dipimpin oleh seorang yg cakap tak serupa bikin. Tambah2 lagi kalau yg kurang ilmu tapi nak menunjuk2 macam ada ilmu yg tinggi.

Pemimpin Jun 2009

Setiap daripada kita adalah pemimpin. Sama ada kita suka atau pun tidak.

Tetapi ada yg boleh memimpin, dan ada yg tidak boleh memimpin. Perkataan asas adalah pimpin. Maka kita pimpin daripada hadapan. Bukannya memimpin daripada jauh. Kepimpinan perlukan ilmu yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka jika kita tiada ilmu, janganlah nak juga jadi pemimpin. Rosak diri dan masyarakat.

Sebagai pemimpin, kita juga perlu bertanggungjawab mengenalpasti pengganti kita. Jika kita silap pilih, pilihan kita akan menjadi beban kepada kita.

Isnin, Jun 01, 2009

Jualan Gudang Adidas

Pada sabtu 30mei, saya ke jualan gudang peralatan sukan adidas. Saya nak cari boot bola untuk pertandingan pada bulan ogos.

Rezeki saya, dapat beli boot berharga rm60, model F10wf. warnanya, kuninglah macam baisa. Tapi sama macam yg adik saya beli, beza hanya saiz sahaja.tak sabar2 nak cuba boot baru. Adik saya bgtau, harga biasa rm200++.

Dah lama tak beli boot bola untuk padang. kali terakhir tak silap saya semasa di sekolah menengah. Sekarang selalu pakai boot futsal. tu pun, mungkin kena cari yg baru. Nak sesuaikan dgn court.

Syukur Kepada Allah

Kita adalah hambaNya. Kita mesti sentiasa bersyukur kepadaNya.

Kita hidup di dunia untuk beribadah kepadaNya. Jodoh, Ajal, Rezeki ditentukan olehNya. Maka kita tidak perlu takut selain hanya kepadaNya. Ada yg cuba menyekat rezeki halal orang lain. Mungkin sebab takut dgn bayang2 sendiri? Maka pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyekat rezeki org lain. Maka akan ada yg sentiasa tidak selesa apabila terpaksa berdepan dgn saya.

'Manusia merancang, Allah merancang. Allah adalah sebaik2 Perancang.'

Kenduri Keluarga Lagi

Pada Ahad 31 Mei, saya hadiri kenduri kahwin saudara saya. Jauhnya, di bandar Nusaputra, Puchong.

Semasa kecil, saudar saya ini banyak dugaan. Ahli keluarga ramai, dan hanya ayah sahaja bekerja. Alhamdulillah, hampir kesemua adik-beradik saudara saya ini berjaya dlm kehidupan mereka. Ada yg jadi jurutera, ada yg jadi doktor, dan pelbagai lagi. Antara asas utama untuk berjaya saya dapati adalah pendidikan formal dan tidak formal (agama dll drpd ayahanda).

Tahniah kepada pengantin. Tahniah kpd Datuk dan nenek saudara saya kerana berjaya membesarkan anak2 dgn sebaik2nya dan dgn unsur agama.

Jumpa Kawan Lama

Pada 30Mei, Sabtu saya berjumpa dgn kawan2 lama semasa sekolah rendah. Ada 16orang + seorang isteri kpd kawan.

Dibandingkan dgn semasa darjah 6 dahulu, tak banyak perubahan ketara kecuali fizikal. Ramai dah jadi org besar2, samada fizikal ataupun jawatan. Komen kawan saya tentang saya, saya masih seperti dulu. Harap2 komen yg positif. Seronok berjumpa yg pernah kita minati, dan yg pernah minati kita.

InsyaAllah, kita akan adakan pertemuan spt ini seberapa kerap yg boleh. Tetamu lain tengok kumpulan kami dgn pelbagai andaian. Maklumlah, org tua2 berkumpul macam budak2 berkumpul. Terima kasih sahabat2 yg sudi hadir.