Seorang pensyarah adalah juga seorang pemimpin. Seorang pensyarah memimpin pelajar2nya dgn menggunakan ilmunya yg dimilikinya.
Apabila pelajar berjaya ianya mencerminkan kejayaan kepada pensyarah juga. Maka jika pelajar gagal, akan ada kesan kepada pensyarahnya (bukan mencerminkan 100% kewibawaan pensyarah). Tingkahlaku, pemikiran dan emosi serta spiritual graduan mencerminkan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi drpd pensyarahnya.
Jika graduan bertindak kurang memuaskan, saya sebagai bekas pensyarahnya akan rasa terkilan. Dimanakah kekurangan kepimpinan saya semasa berkongsi ilmu dgnnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan