Apa itu ego? Ada yang kata maruah, ada yang kata kesombongan kita, ada yg kata kebijaksanaan kita.
Adakah ego menunjukkan tahap ilmu kita? Mungkin ya, mungkin tak. Tapi kita tahu bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Kita hanyalah hambaNya dan dengan kemurahanNya, kita diberikan ilmu untuk mencari bekalan akhirat. Adakah wajar untuk kita berlagak sombong? Adakah kita berhak berlagak sombong?
Tanda2 ego mungkin apabila kita berlagak seolah2 kita berilmu tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Ikutlah resmi padi, dan jangan jadi lalang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan