Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 31, 2012

Masa Silam dan Masa Depan

saya membaca catitan blog saya yg terakhir pada tahun 2008-2011. alhamdulillah saya dapati ada yg saya berjaya capai pada tahun mendatang.

pada hujung tahun kebiasaan kita akan mengimbas sejarah selama setahun yg kita lalui. kemudiannya kebiasaan akan kita sediakan perancangan untuk tahun hadapan. dlm perakaunan bagi yg lepas kita sediakan penyata kewangan. bagi yg akan datang kita sediakan bajet.

sudahkah anda menyediakan penyata 2012 dan bajet 2013 anda? ianya utk memudahkan kita menjalankan amanah kita.

Tahun Baru..Lagi..Masa Terus Berlalu

kalau ikut masa dlm islam, masuk waktu maghrib maka masuklah hari yg baru. maka masuk aje maghrib tadi kira dah masuklah kita ke tahun baru 2013. kita sambut dgn solat.

tapi kalau ikut waktu kiraan bukan islam, hari baru bermula selepas 12tgh mlm. maka ikut waktu malaysia kita akan sambut tahun baru hanya beberapa jam shj lagi. sambutan biasanya dgn nyanyian, mercun dan pelbagai lagi. jarang kita tengok ditunjukkan sambutan tahun baru gregorian dgn dimulakan dgn doa.

tapi kalau ikut waktu asal, semenanjung tanah melayu akan sambut tahun baru sejam kemudian. jika kita ikut waktu asal yg sama dgn waktu bangkok, jakarta, vientiane dll. hmm..knp waktu malaysia tak ikut waktu asal ibunegara iaitu sejam kemudian drpd waktu sekarang.

Maka mungkin kita lebih bertenaga mulakan kerja dan tamatkan kerja? bayangkan jika kita mula masuk ofis 7.00pagi (8.00pagi sekarang) dan tamat waktu pejabat 4ptg (5ptg sekrg). adakah lebih positif secara psikologi, fisiologi dll? maklumlah kita sesuaikan kembali kpd fitrah asal kita.

Salam tahun baru kpd semua. maaf jika menyebabkan anda tidak selesa secara sengaja atau tidak sengaja. semoga kita sentiasa mendapat rahmat allah - dunia dan akhirat. syukur kepada Allah yang masih memberi peluang utk kita lakukan persediaan utk bekalan ke akhirat.

Jumaat, Disember 28, 2012

Pandai atau Rajin

tadi saya ditanya seorang kawan perbezaan antara seorang pelajar yg pandai dgn yg rajin. juga bagaimana saya menilai mereka drpd segi pemarkahan.

pandai bg sy dia tahu jawab apa yg disoal. rajin pula akan kerap berusaha utk tingkatkan pengetahuan sama ada dgn mebuat lebih banyak persediaan, bacaan, ulangkaji, berjumpa dgn pensyarah. maka ada pelajar yg pandai tetapi tak rajin-sekali baca dah faham. ada pelajar yg rajin tapi kurang pandai-kena berulang2 kali membaca dan bertanya utk faham. ada pelajar yg tak pandai dan tak rajin - rugi masa dan duit aje. dan yg terbaik pandai dan rajin - pelajar 1st class, selalu dpt anugerah dekan pada setiap sem, buat lebih drpd minima yg diminta.

kebetulan saya dpt contoh dgn pelajar srw saya pada sem ini. yg pandai akan jumpa beberapa kali ikut minima yg saya tetapkan dan hantar tesis pada masanya dgn kandungan cukup utk lulus sehingga gred tertinggi. yg rajin akan berjumpa berulang2kali utk markah minima atau semaksima yg mampu. yg tak pan dan tak rajin - bodoh sombong, taknak jumpa, tak hantar tesis. pandai dan rajin - sedar kekangan yg ada akan berusaha sebaik mungkin sehingga masa terakhir termampu utk markah maksima. dan yg rajin dan pandai akan mendapat pujian semaksima drpd pensyarah.

siapakah anda? anda sendiri tahu.

Rabu, Disember 26, 2012

Sukan Atau Akademik

tadi saya berbincang dgn seorang pelajar. beliau dlm dilema. untuk terus aktif bersukan sambil belajar atau terus belajar.

saya tanya apa yg dia nak. dia bgtau yg dia nak tamatkan pengajian dahulu dgn ijazah barulah nak fokus kpd sukan. tetapi beliau belajar dgn biasiswa sukan. jadi epgawai akan ingatkan dia utk balas budi yg beliau dpt.

beliau tak puas hati. sebab beliau tak yakin dgn masa depan jika beliau tercicir dlm pengajian akibat berat kpd sukan. beliau ingin grad dgn cgpa minima 3.0. saya setuju. beliau nyatakan memang beliau nak berhenti bersukan sem akan datang utk fokus kpd pengajian. beliau andaikan beliau hanya boleh aktif bersukan hanya beberapa tahun shj lagi.

saya andaikan beliau seorang yg bijak. bijak kerana memikirkan masa depan beliau. saya cadangkan jikan beliau dpt tawaran minima bersukan dgn gaji rm10ribu sebulan lebih baik terima tawaran tersebut. beliau bersetuju. sebab beliau faham bhw belajar pun utk dpt kerja. jika tak perlu terus di ipt dah boleh dpt kerja, baik beliau terus bekerja. setelah tamat usia produktif sbg ahli sukan beliau bolehlah sambung belajar.

para pengurus, jurulatih dan mereka yg terlibat dgn sukan perlu fikir masa depan atlet. jangan fikir kejayaan diri shj. janganlah atlet spt setelah habis madu sepah dibuang. uruskanlah atlet dgn cemerlang. beramanahlah dlm menguruskan kebajikan dan kewangan mereka. sek405 dan 409 boleh dikenakan kpd anda jika anda pecah amanah.

Khamis, Disember 20, 2012

Siapa Nak Dipercayai - Kredibiliti

kredibiliti berkaitan kepercayaan. jika bercakap akan dipercayai kebenarannya. jika berhutang dipercayai kemampuan menyelesaikan hutang. maka kredibiliti adalah berkaitan ingreti seseorang.

maka siapa boleh dipercayai? saya atau pihak lain? ianya berkaitan pengurusan kewangan. saya letak jawatan sebab saya tidak percaya kepada pihak lain dgn cara pengurusan kewangan organisasi. drpd no 1 sehinggalah kpd kerani. jika ada yg ingin kepastian siapa yg boleh dipercayai - saya atau pihak lain, ianya bergantung kpd setakat mana mereka yg bertanya mengenali saya dan pihak lain tersebut. pihak lain ini termasuklah cikgu, bekas pegawai kerajaan, pegawai swasta, kakitangan ngo, peguam, dll.

bagi kenalan saya, saya harapkan mereka mempercayai saya drpd pihak lain. begitu juga dgn bekas pelajar saya, saya harapkan mereka mempercayai saya drpd pihak lain. tapi jika ada yg lebih mempercayai pihak lain drpd saya, itu adalah hak mereka. itu adalah pilihan dan keputusan mereka. jika ada yg tak percaya saya bermakna mereka juga tak percaya kpd bekas pelajar saya. betulkah?

maka jika saya nyatakan saya tidak percaya kpd seseorang itu, bergantunglah kpd pihak lain utk percaya kpd kenyataan saya. sudah tentu saya tidak akan rekomen mereka yg saya tak percaya utk diambil bekerja di sesebuah organisasi. nak tahu siapa? tanyalah saya.

Isnin, Disember 17, 2012

Akan Seperti Dijangka?

kita tidak akan dapat memuaskan semua orang pada masa yg sama. ianya jarang2 berlaku semua berasa puashati pada masa yg sama dgn ikhlas.

telah 2kali prgm teambuilding dilakukan. pada kali kedua ada komen drpd mereka yg berpemikiran 'simple' tetapi tepat, 'orang sama yg tak turut serta, tak hadir, tidak tunjukkan komitmen. adakah mereka ini tidak sudi bekerjasama dgn kami-orang bawahan?'

dan utk kali ketiga yg dirancang, sebelum berlaku prg, mereka yg berpemikiran 'simple' dan dan tak belajar tinggi2 berkata,'tengoklah nanti, org sama yg tidak akan hadir'. dan nampak gayanya tekaan akan menjadi tepat dan benar. pelbagai alasan diberi oleh yg tak sudi hadir dan turut serta.

maka jika tidak sudi mengotorkan tangan bersama2 yg lain, bagaimana boleh sudi nak jadi pemimpin? jika tidak sudi bersama mereka yg ingin dipimpin, sudikah mereka yg lain sudi dipimpin anda? ego tak bertempat menunjukkan tahap sebenarnya kematangan kita. mungkin pengetahuan tinggi, kemahiran tinggi tapi sikap yg rendahdiri yg rendah (negatif) menunjukkan anda sebenarnya seorang yg ditahap rendah.

Isnin, Disember 10, 2012

Serba Tahu atau Segho Tahu?

saya rimas kalau berjumpa dgn mereka yg bercakap tentang sebarang perkara seolah2 mereka tahu semuanya. atau mereka ini umpama profesor serbatahu.

lagi rimas apabila bercakap tentang perkara yg kononnya mereka tahu sedangkan saya tahu mereka tidak tahu. dan mereka kan cuba mempertahankan pengetahuan mereka yg kononnya betul. maka ini akan menyebabkan saya bersikap kasar. saya akan bertanya drpd mana mereka mendapat fakta. dan saya akan nyatakan bhw saya dpt fakta terus drpd mereka yg ada fakta tersebut.

jika kita tidak tahu, tidak salah jika kita akui kita tidak tahu. saya biasa lakukan dan nyatakan sedemikian kpd pelajar saya dan mereka yg bertanya. saya akan berkata,'maaf, saya bukan seorang yg serba tahu. ada yg saya tahu, anda tahu. ada yg saya tahu, anda tak tahu. ada yg saya tak tahu dan anda tahu. dan ada yg dua2 kita tak tahu'.

maka perlunya kita tidak berlagak sombong dgn apa yg kita tahu. lagi2 juga jamganlah berlagak sombong dgn apa yg kita tidak tahu tapi kita berkeras nak nyatakan kononnya kita tahu. daripada cuba nak tunjuka pandai ianya kan berubah menjadi nak tunjuk kebodohan kita pula. ini akan menjejaskan kredibiliti kita.

Bertanyalah

saya hadir ke program homestay peers di kg ayer limau melaka. peserta terdiri drpd pelajar dalam dan luar negara.

pada waktu makan tengahari semalam, saya turut serta bersama pn azah dan 3pelajar makan tengahari di rumah keluarga angkat mereka. untuk mengurangkan rasa kurang selesa, saya berborak dgn tuan rumah. saya tanya berapa ramai anaknya. dan beliau bgtau bhw beliau ada 4orang anak dan seorang bekerja di satu majlis bandaraya. dan beliau nyatakan kakak beliau pun pernah bertugas di tempat sama. belia maklumkan nama kakak beliau. sy bgtau kalau tak silap kakaknya pernah bertugas dgn ayah saya.

apabila saya telefon ayah, memang betul andaian saya. kakak tuan rumah pernah bekerja lebih sepuluh tahun sbg setiausaha ayah saya. hmm. kecilnya dunia. namun jika saya tidak ringan mulut utk bertanya, mungkin saya tidak tahu. terima kasih kpd peers dan penduduk kg ayer limau melaka yg menjayakan prg homestay peers 2012.

Ahad, Disember 02, 2012

Silap Orang

saya tidak mudah nak ingat nama orang. kenapa? saya tak tahu. tetapi ada benda yg saya ingat seolah2 spt terpahat di ingatan saya.

baru2 ni saya terserempak dgn seorang kenalan. kebiasaan jika saya rasa saya kenal seseorang itu saya akan tegur beliau. acapkali saya tersilap orang. kenalan saya baru2 ini menegur saya semasa beliau sedang menikmati makan malam. saya cam mukanya. tapi tak ingat nama. bila teringat nama yg boleh dikaitkan dgn rupa kenalan tersebut, saya keliru, sebab susuk tubuhnya - lengannya dah tak berurat-urat. aik, apa sudah jadi.

semasa nak meninggalkan kenalan tersebut, saya sebut nama yg saya andaikan nama beliau. oops. silap oranglah. sebab apabila dia menyebut nama glamour saya, saya tahu saya sudah tersilap orang. sori ya. maklumlah, tak lama lagi dah nak separuh abad usia saya.

ramai orang menggunakan peluang utk mempergunakan orang lain. mereka akan mengenakan orang lain, iaitu kesalahan yg mereka lakukan dialihkan kpd orang lain. saya hampir terkena. alhamdulillah, ilmu yg ada sangatlah penting sbg pendinding. jadi pesan saya kpd mereka ini, mereka dah silap orang nak diperkenakan oleh mereka. dan baru2 ini saya dimaklumkan makin banyak tembelang mereka ini dah pecah. pihak yg berwajib sedang mengumpulkan bukti. beberapa agensi kerajaan sedang menyediakan pertuduhan terhadap mereka ini. dulu mungkin terlepas sebab mungkin tiada yg berani dan berilmu. insyaallah, balasan seadilnya akan tiba. semoga selamat berada di dalam bangunan yg diberi makan, tempat tidur dgn ikhsan kerana keadilan.