Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 30, 2010

Kos Makan di UiTM

saya sedang melakukan kajian mudah berkaitan makanan yg sesuai dgn harga rm4 termasuk minuman utk disediakan kpd warga uitm. terima kasih kpd skp di ined krn sudi berkongsi keperluan pengguna dan maklumbalas.

semasa saya berada di itm pada 1985, kos makan malam saya adalah rm1 utk nasi lemak dan rm0.50 utk minuman. terdapat sebuah gerai di gerai2 seksyen 2 shah alam yg menjual air bandung pada harga rm1.00. harga tersebut dianggap tidak berpatutan. harga nasi ayam hanyalah rm2.50. mungkin nampak murah berbanding sekarang.

saya akan tercengang melihat kawan yg mempunyai wang kertas rm50. saya juga akan memikirkan bhw kawan yg memakai jam sbg mereka drpd kalangan yg berada. seingat saya, saya akan mendapat rm20 utk makan dan minum semasa di itm dan juga utk tambang bas balik ke rumah.

pelajar skp memaklumkan kos sekali makan secara kasar adalah rm5. pelajar fsr memaklumkan kpd saya kos makan sehari mereka antara rm10 hingga rm20. saya bajet kos makan saya semasa di uitm maksima rm10 shj.

Selasa, Jun 29, 2010

Kesakitan sebagai Peringatan

Dua hari saya ambil cuti. semalam dan hari ini. asalnya bercadang utk ke taman negara. tetapi, kita merancang, Allah menentukan. saya bercuti kerana utk pulih drpd sakit.

minggu lepas, setelah pergi latihan bowling, saya kesakitan di kaki kiri saya. pergerakan yg tidak betul atau luarbiasa semasa berbowling. pada awalnya hanya sedikit shj. kemudian selepas berfutsal spt kebiasaan, kesakitan semakin bertambah. saya gosok minyak urut, krim tahan sakit dan juga spray pembius. alhamdulillah tahanlah sakit saya.

tetapi semasa berbowling utk pertandingan alumni sekolah rendah, kesakitan makin menjadi2. sepatutnya saya rehat utk pulihkan kesakitan, tetapi saya berbowling juga. kesannya, solat pun sakit. terutamanya apabila nak duduk antara dua sujud. maka saya solat duduk ajelah sehingga sekarang. ruginya rasa tidak dpt sujud dgn kepala menyentuh tempat sujud pada setiap kali solat.

semalam kesakitan amat sangat. nak bengkok kaki atau luruskan kaki amat menyakitkan. alhamdulillah, setelah saya sembur ubat bius, tiada rasa sakit sehingga pagi ini. namun apabila saya berjalan, saya diingatkan bhw sakit saya belum pulih sepenuhnya. maka malam ini saya mungkin tidak berupaya utk berfutsal.

Bersedialah..

pesan seorang pakcik yg ke rumah malam tadi, ingatlah akan mati. lakukanlah solat. buatlah yg sunat seberapa banyak yg mampu. tutuplah rambut semasa solat. ianya akan mengelak solat terbatal kerana rambut menutup dahi tempat kita sujud. jika mampu, singgah bersolat di masjid semasa dlm musafir.

beliau juga berpesan supaya membaca ayat kursy. sebagai pendinding diri, keluarga dan harta. ada yg mengatakan bacalah ayat kursy setiap kali selepas solat. pesan pakcik lagi, bacalah ayat kursy semasa bermusafir. makhluk Allah ada di merata tempat.

semasa saya bermusafir, saya cuba amalkan membaca ayat kursy dalam perjalanan ke tempat yg dituju dan semasa di tempat yg dituju. pernah semasa saya berada dipondok penginapan, setelah saya membaca ayat kursy, saya perlu keluar daripada ruang tidur saya. sebaik shj saya melangkah keluar, bulu roma saya berdiri. saya pun membuat keputusan kembali ke dlm ruang tidur.

saya cuba membaca ayat kursy setiap hari. saya berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan Allah drpd niat dan angkara buruk serta kezaliman makhluk2Nya terhadap saya. Hanya kpd Allah saya sembah, dan hanya kpd Allah saya mohon pertolongan.

Ahad, Jun 27, 2010

Andainya kita tahu akan waktu..

andainya kita tahu, akan waktu, yg ada utk kita di dunia ini. apakah akan kita lakukan dgn sisa2 masa yg ada? adakah kita terus alpa dan lupa akan tanggungjawab kita sbg hamba Allah?

adakah kita akan terus sombong dgn kejahilan kita? adakah kita akan terus memburu kekayaan di dunia, dan lupa kesejahteraan di akhirat? adakah kita akan terus lupa utk tunduk dan sujud kpdNya? adakah kita akan terus menipu dan lupa kpd amanah kita? adakah kita akan terus berpura2 kpd mereka yg menaruh harapan kpd kita?

ada diantara kita walaupun telah diberi peringatan dgn kesakitan. diberi peluang utk berubah dgn dikembalikan kesihatan. masih lagi meneruskan dgn menipu anak bangsa kerana inginkan kekayaan didunia. masih lagi pecah amanah. masih lagi terlibat dgn rasuah. masih lagi menggunakan harta dan hak orang lain utk membina mahligai yg tidak bererti di akhirat.

sebenarnya kita tahu bhw masa kita semakin hampir utk kembali kpdNya. tetapi kita masih lagi cuba utk mengelak kebenaran. Allah Jua Yang Maha Adil

Sabtu, Jun 26, 2010

Majlis Kenduri 26Jun 2010

tengahari tadi saya ke majlis kenduri sempena perkahwinan anak kak sad. kak sad pernah bertugas bersama saya di fsr. beliau pencen sbg setiausaha kanan. selama hampir 7 tahun saya sempat bekerja dgn kak sad.

saya adalah org kedua drpd fsr di majlis tadi. semasa saya nak makan, pm zul datang dan mengajak saya join beliau di mejanya. dia pergi seorang shj krn keluarganya ada majlis lain. kak ton (xcc fsr2008), kak sadi(xcc fsr 2001)dan keluarga masing turut hadir sama. dan semasa saya nak balik, faezah (xtypist fsr), pah (eo fsr) dan ina (typist fsr) sedang beratur mengambil juadah mereka. Yg lain2 mungkin dlm perjalanan.

kenduri tadi utk anak perempuan ke2 kak sad. semalam majlis pertunangan anak perempuan no.1 kak sad. tahniah lagi sekali kak sad. insyaallah, pada bulan 12 ni kenduri kahwin anak perempuan no.1 tu. saya sempat mengucapkan tahniah kpd beliau. wah kak sad, dlm setahun dpt 2 menantu. alhamdulillah. terima kasih kpd kak sad sekeluarga krn sudi menjemput saya. saya doakan semoga kak sad sekeluarga sentiasa mendapat rahmat Allah.

Koperasi UiTM Bhd

pada 25jun di dewan anex berlangsung agm ke 26 koperasi uitm. pada tahun lepas saya bertuah memenangi satu hadiah cabutan bertuah. pada tahun ini saya dipilih dan dilantik sebagai seorang ahli lembaga pengarah kuib.

pada mulanya terasa 'blank' juga. memang saya ada bercita2 pada 2tahun lepas 'bilakah saya dpt jadi pengarah koperasi'. dan tadi Allah perkenankan impian saya (mimpi?). maka saya bersama pengarah2 lain bertanggungjawab utk memacu kuib ke arah yg lebih menguntungkan ahli2.

selepas agm, seorang ahli (ustaz) berjumpa saya dan mengucapkan tahniah. beliau turut memberi beberapa cadangan dan antara yg utama adalah mengurangkan kos selain meningkatkan pendapatan. saya turut menulis beberapa cadangan untuk bekerjasama dgn beberapa organisasi utk sama2 kita mendapat keuntungan (win-win situation).

terima kasih yg mencadang dan menyokong saya sebagai ahli lembaga pengarah kuib. kpd ahli2 dan bukan ahli, saya bersedia menerima cadangan utk meningkatkan keuntungan secara halal bagi kita semua.

Khamis, Jun 24, 2010

Resmi Padi

Resmi padi, makin berisi makin menundukkan diri. Resmi lalang, hampas yg ada, tetapi meninggi2kan diri utk mendapat perhatian.

Saya kagum dgn peribahasa orang melayu. ianya seperti cerita2 Tan Sri P Ramlee. kita mesti cuba memahami mesej yg ingin disampaikan. mungkin sesuai utk dijadikan kajian?

resmi padi dikaitkan dgn semakin berilmu seseorang, makin merendahkan diri kita. janganlah seumpama sebuah tong kosong, makin kosong diri kita, makin kuat bunyinya. Begitulah saya boleh kaitkan dgn komen dlm blog seorang warga uitm. semasa pembentangan phd, selalunya yg bising2 seolah2 cuba menunjuk2 yg seolah2 dia sangat mengetahui dalam bidang dibincangkan. maka jika ada tong2 atau gendang2, maka tidak akan dilepaskan peluang utk memukulnya.

tetapi realiti adalah sebaliknya. orang yg kuat bergendang adalah orang yg cuba menutup kekosongan ilmu dlm dirinya. dan adalah menjadi tanggungjawab kita utk memastikan gangguan tong2 kosong dihapuskan. janganlah kita pula tukang palu tong kosong.

Rabu, Jun 23, 2010

Tan Sri SM Salim - Tak Seindah Wajah



ada orang kerjanya hanya utk kepentingan diri shj. walau pun tahu bila dlm organisasi, kebaikan utk organisasi adalah perkara utama. dan organisasi perlu seorang pemimpin yg mampu memimpin organisasi ke arah yg lebih baik lagi.

maka amatlah sedih apabila terdapat mereka yg sama yg ingin rosakkan organisasi. setiap pemimpin akan dikenakan dgn surat layang. dan pengurusan yg menyokong pemimpin turut diseret sama. kesemuanya ini kerana tamak. dan lupa tanggungjawab dan amanah kpd agama dan bangsa.

dan saya tidak sukai kerana menjadi benteng terhadap serangan mereka. mereka boleh berpura2 dgn orang lain. mereka boleh buat di depan lain, di belakang tikam belakang. saya tidak akan mudah tunduk kpd pengkhianat agama dan bangsa yang sanggup melihat organisasi runtuh kerana ketamakan mereka.

kita tidak boleh menunggu balasan di akhirat sahaja. jika kita mampu mengubahnya sekarang, maka ubahlah. jika tidak kita dianggap tidak berkemampuan. dan kita akan sentiasa diambil peluang utk memuaskan kepentingan sendiri shj.

Selasa, Jun 22, 2010

Kemasukan ke IPTA

Dalam masa terdekat ini, ramai akan membuat rayuan utk melanjutkan pengajian di ipta. UiT tidak terkecuali drpd rayuan utk dipertimbangkan tempat di uitm dan juga pertukaran tempat (kampus) yg ditawarkan.

Para staf uitm akan dicari oleh saudara dan sahabat utk membantu. saya tidak terkecuali. terima kasih kerana merasakan saya boleh membantu. insyaallah, saya akan cuba sedaya yg boleh. cuma, jika berjaya atau sebaliknya, janganlah persaudaraan atau persahabatan akan menghilang semula sehingga timbul keperluan sebagai saudara atau sahabat.

tinggi harapan calon, tinggi lagi harapan kedua ibu bapa utk anak2 mendapat tempat di uitm. kriteria yg saya lihat adalah kelayakan minima, kemampuan keluarga dan adakah ahli keluarga pernah atau sedang belajar di ipta. mungkin boleh dikatakan saya seorang yg memilih. memilih utk mengubah destini keluarga melalui ilmu drpd peringkat pengajian tinggi.

semasa uitm tiada u di hadapan, hanya itm shj, tidak ramai yg ingin memasuki itm. apabila itm menjadi uitm, bukan shj ramai yg ingin menjadi pelajar, bahkan ingin menjadi stafnya. sama ada sebagai pelajar atau staf, ingatlah bhw kita bertanggungjawab menggunakan peluaang berada di uitm utk memajukan agama dan bangsa kita. lakukanlah dgn penuh jujur, ikhlas dan amanah.

Allah Jua Yang Menentukan Rezeki

Alhamdulillah. Dlm masa 2-3minggu Allah memurahkan rezeki saya dgn rezeki yg halal. Saya menerima keputusan tamat pengajian sarjana perakaunan. Saya menghadiri konvensyen di umt. Saya diraikan dan diiktiraf kepakaran saya oleh pihak luar uitm. Saya mendapat gangsa di perkama 2010. Saya mendapat durian drpd kebun saudara di perak.

Maka saya sepatutnyalah amat bersyukur kpd Allah. Sebagaimana kandungan surah ar-Rahman,'..nikmat Tuhan kamu yg manakah engkau tidak syukuri..'. Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akhbar, la hau lawala ku wata illa billa hil azim.

kita merancang, Allah merancang, kita berusaha, Allah menentukan. maka tetapkanlah dlm hati kita utk sentiasa berusaha utk rezeki yg halal. tidak perlulah kpd rezeki yg haram. hasil drpd tipudaya dan pecah amanah. cukuplah Tuhanku sebagai pengawal dan pelindungku. gunakanlah ilmu utk mendpat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ahad, Jun 20, 2010

Maksimakan Peluang Diterima



Pagi tadi saya membantu dlm pendaftaran pelajar baru epjj. saya di kaunter semakan dokumen. ianya kaunter no2 selepas kaunter penerimaan fail.

saya rasa seronok melihat mereka yg sudah bekerja ingin melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. ada yg ditawarkan pengajian peringkat diploma. ada yg mendapat tawaran di peeringkata ism. para pelajar kelihatan amat bersemangat utk belajar dan mendapat kelayakan akademik di uitm. tahniah kepada pelajar2 baru epjj uitm.

ada yg saya dapati keputusan spm mereka amat cemerlang. A1 dan A2 berturutan. mereka bagitau saya bhw oleh sebab perkara2 yg tidak dpt dielakkan, maka hanya sekarang mereka dapat melanjutkan pengajian sama ada di diploma atau ism. pesan saya kpd mereka, 'maksimakanlah peluang yg diterima utk melanjutkan pengajian secara epjj di uitm'.

kpd para staf uitm, jalankanlah tugas dgn penuh jujur dan amanah. janganlah sebab hendakkan pendapatan tambahan, kita buat kerja secara menipu dan tidak bertanggungjawab. di dunia ini kita mungkin terlepas kerana undang2 manusia, tetapi keadilan tetap diterima di akhirat.

Bowling bersama rakan sekolah rendah



Tadi saya baru habis berbowling bersama rakan2 sekolah rendah. sepatutnya ramai tetapi hanya 5 sahaja yg turun.matlamat sebagai persediaan sebelum pertandingan bowling utk alumni sek rendah saya.

saya jarang2 berbowling. kali terakhir di ipoh pd 2008. skor saya makin berkurang pada setiap game. awalnya 119. hujungnya 76 shj. ish3, tak ade stamina. 3game utk 5pemain mengambil masa 1.5jam.ianya cepat sebab ada kawan yg banyak dpt strike. saya pada game akhir tiada strike dan spare. ada 2 lagi latihan sebelum pertandingan pada 27jun ni.

seronok juga berbowling dgn rakan2 sekolah rendah dahulu. maklumlah,kami pernah sekolah bersama pd 31tahun lepas.begitu cepat masa berlalu. tetapi melihat kpd rakan2 tadi, seolah2 masa terhenti pada 1979. jika kami berpakaian sekolah rendah, kami mungkin kelihatan tidak berubah (jika rambut dan berat di kekalkan). terima aksih kpd rakan2 saya kondo, amir, bad (ramai badrul pada tahun sama), nicky.

Sabtu, Jun 19, 2010

Beli Buku Sbg Terapi

Setelah sekian lama tidak ke kedai buku kegemaran saya, petang tadi barulah saya berpeluang ke kedai buku tersebut. sebelum ini selalunya tiada masa pada hujung minggu kerana kuliah, dsbnya.

Kedai buku tu dah berpindah ke ruang yg lebih besar. dan makin banyak stok buku. harga tetap rendah berbanding kedai2 lain. secara purata harga di bookexcess adalah 50% drpd harga di kedai lain. macam tadi ada promosi tambahan, dpt beli buku pd harga rm9.90. saya berbelanja lebih sedikit rm100 setelah ditolak diskaun sebagai ahli. saya beli 8 buah buku. spt biasa, ada tajuk berkaitan siasatan utk membantu saya memperbaiki bidang saya. ada juga tajuk motivasi diri.

kalau boleh, saya ingin jadikan sebuah bilik di rumah saya sbg khutub khanah. saya anggarkan saya mempunyai hampir 1000buah buku. buat masa sekarang buku2 saya berada di 2pejabat saya di uitm dan di rumah. antara minat saya adalah membaca. dan membaca boleh membantu mengurangkan tekanan.'iqra...

Jumaat, Jun 18, 2010

Bersama 2 Menteri Dlm Masa 3 Hari


pada hari ahad 13jun, peserta dan urusetia serta vip perkama dan umt makan malam di seri iman, kediaman rasmi MB terengganu. saya turut hadir selaku peserta konvensyen dan juga exco perkama. dan sbg exco saya berpeluang makan di ruang vip. pada asalnya tempat saya di meja bersebelahan mb. tapi saya tukar ke tempat lain. nak makan bukan gaya vip.

sebelum,semasa dan selepas majlis makan ada persembahan budaya. nyanyian dan tarian. takde ulek mayang. makanan yg terhidang amatlah banyak pilihannya.ada laksam, ayam goreng, satay, ase gupa, colek, dll. selepas makan dan tamat majlis, saya turut bersalaman dgn mb. terima kasih kpd penganjur. rasa mcm dejavu pula bila berada di seri iman. bila ya?

pada 15jun, majlis penutup konvensyen perkama 2010. vip adalah menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. sebagai seorang pemenang ekspo inovasi dan penyelidikan perkama 2010, saya telah menerima hadiah (sijil dan cenderahati) drpd menteri pwkm. siap bergambar lagi. terima kasih sekali lagi kpd juri dan penganjur. dan meja makan saya juga bersebelahan menteri. belum cukup pangkat utkmakan bersama menteri.

Khamis, Jun 17, 2010

Tahniah KTT Kolej bersekutu UiTM

Tahniah kpd Kolej Teknologi Timur yg berjaya mendapat pensijilan ISO 9001:2008 drpd sirim pd 4 Jun 2010.Berita ini telah disampaikan kpd saya oleh pendaftarnya pn Hasniza yg juga merupakan penyelaras kualiti KTT. sebaik mendapat berita tersebut, saya menghantar ucapan tahniah kpd datin noriyani,ketua eksekutif ktt.

dlm 8 prinsip pengurusan kualiti, dan klausa 5 dlm iso, komitmen dan tanggungjawab pemimpin amatlah penting utk menjayakan spk di sesebuah organisasi. saya telah melihat bagaimana ini terbukti spt di uitm kelantan, uitm perak (pengarahnya sudah menjadi tnc hepa)dan juga di fakulti2. jika pemimpin buat sikap acuh tak acuh, maka kesan negatif akan kelihatan kpd organisasi.

seterusnya, harapan saya agar KTBestari akan berjaya mendapat pensijilan iso rentetan drpd kesungguhan ketua kualitinya dan komitmen drpd ketua eksekutif, kas dan pendaftarnya, insyallah pada nov2010. ada banyak lagi KB yg perlu bertungkus lumus dan bekerja lebih kuat utk caapi pensijilan iso selewat2nya pd 31 dis 2010.

KAD Kolej Teknologi Bestari



15 hingga 17 Jun 2010, saya terus berada di kuala terengganu setelah tamat konvensyen perkama 2010 di UMT. saya sambung bertugas dgn menjadi fasi utk KAD KTBestari. Seramai 18 staf KTB terlibat.

KAD utk KTB adalah kursus yg di'compress'. Biasanya KAD selama 4 hari dan slot2 hanya sehingga jam 4.30 ptg shj. tetapi KAD kompressor hanya selama 3hari dan 9 slot di masukkan dlm 3 hari 2 malam. 2 slot pada 8.30mlm-10.30mlm. alhamdulillah KAD telah berjaya mencapai objektifnya.

Terima kasih kpd pn noorwatie (ketua penyelidikan dan kualiti KTB), cikgu Him KE KTB, dan para staf yg mengikuti KAD KTB. mereka menghadiri kursus kerana ingin menyumbang ke arah kebaikan KTB. antara pesertanya termasuklah pendaftar KTB, us zubaidi. tahnih krn sudi turut serta. selain berkongsi ilmu, saya juga belajar drpd dr sudirman.

Rabu, Jun 16, 2010

Gangsa di Ekspo Perkama 2010

Alhamdulillah, semalam penyertaan peers (Tajul, Maisarah dan saya) iaitu Peers UiTM di Hatiku berjaya mendapat pingat gangsa di di ekspo inovasi dan penyelidikan perkama 2010. melihatkan senarai peserta, cuak juga sebab ramai sifu2 kaunseling yg ambil bahagian.

penyertaan kali ini adalah sebagai cubaan utk melihat dan belajar drpd sifu2 kaunseling berkaitan inovasi dan penyelidikan dlm kaunseling. saya menyertai pertandingan ini utk mempromosikan peers kpd warga luar uitm terutamanya kpd perkama, persatuan kaunseling malaysia.selalin drpd kaunselor2, peserta juga drpd kalangan pelajar pasca siswazah kaunseling drpd ipt di malaysia. peers sahaja peserta persatuan pelajar.

insyaallah, saya berharap akan labih banyak penyertaan drpd peers di masa akan datang. next adalah IID 2011 utk peers.alhamdulillah juga,hasil keberadaan saya di terengganu, saya mendapat idea utk peers melawat dua ipt di terengganu selain uitm terengganu.

Jumaat, Jun 11, 2010

Tamat MFAFC (UiTM)

alhamdulillah, setelah mendaftar pada dis 2006, tadi saya mendapat keputusan tamat pengajian Master of Forensic Accounting and Financial Criminology (UiTM. terima kasih kpd semua yg secara langsung dan tidak langsung membantu saya menimba ilmu dlm satu bidang baru di malaysia.

pada semester pertama, saya berjaya mendapat anugerah pasca sisawazah fakulti (apf) kerana mendapat gpa > 3.5. ianya seperti anugerah dekan utk prgm diploma dan ijazah sarjana muda. walau bagaimana pun, merudum pd setiap semester berikutnya. macam2 alasan boleh saya beri tetapi bagi saya keputusan yg diterima adalah rezeki saya hasil usaha saya.

jika dilihat drpd keputusan keseluruhan saya, ianya meningkat drpd diploma sehinggalah ke peringkat master.saya harap ianya menunjukkan peningktan kematangan saya dlm mencari ilmu. terima kasih itm dan uitm krn sudi memberi peluang kpd saya utk menimba ilmu dan seterusnya mencari rezeki yg halal di uitm.

apakah langkah saya seterusnya?ramai yg menasihatkan utk terus lakukan phd. insyaaallah. ada juga cadang nak buat master yg ke3..

OBE di Pangkor


Bermula dgn minggu terakhir peperiksaan sehingga sekarang, hampir tiap2 minggu saya di luar stesen. Bukan utk suka2 tetapi kerana tugas utk uitm. pada 8-11 jun (hari ini) saya berada di pangkor.

Urusan tugas membina silibus mengikut obe utk kaunseling rakan sebaya. saya dan hajah noriza, seorang drpd jurulatih yg melatih kaunseling kpd saya pd tahun 80an, dipilih utk krs. terima kasih kpd pm zul, ketua pusat ko uitm dan en abd rahman, ar pusat ko kerana sudi menjemput kami.

alhamdulillah,kami berjaya siapkan sebagaimana target disasarkan.pada bulan julai kami akan berkursus lagi berkaitan penilaian pula. tugas utk uitm bukan hanya di bilik kuliah sahaja.

saya seronok juga krn bertemu seorang sahabat lama yg bercuti bersama keluarganya di pangkor. saya mula mengenalinya pada 1987, kali pertama saya berkenalan dgn kaunseling. begitu cepat masa berlalu.

Ahad, Jun 06, 2010

komited utk fsr

tahniah kpd semua yg hadir di morib 4-6 jun.komitmen ditunjukkan amat dihargai. ianya memberi kesan dan keyakinan kpd semua yg hadir dan tidak hadir. sama ada kita hadir tau sebaliknya, ianya bermakna kpd kesemua warga fsr.

dekan menunjukkan komitmen beliau dgn hadir setelah sampai dari sarawak. td (a) hadir setelah selesaikan tanggunjawab keluarga. td (p) hadir walau pun tidak dapat bermalam. begitu juga dgn kp 113,mister mama, hadir setelah hantar anak bongsu ke rumah pengasuh, didereti dgn 2 anak yg tua. kp 223 hadir dgn penuh keceriaan. kp 221 tidak dpt hadir krn cuti sakit sejak rabu lagi (semoga cepat sembuh).

terima kasih kpd wan dr sarawak, mont, kekek dan ami dr jengka. terima kasih kpd kesemua staf pentadbiran yg hadir. terima kasih kpd para pensyarah yg hadir walaupun ada kekangan spt pm hj zul, azhan, mahenderan,pit,dll. kita hadir krn kita inginkan yg terbaik bg fsr.

terima kasih kpd dr tan chee hian utk hadiah yg bermakna kpd saya.my glass to me is always half full. saya harap dr anuar gembira dgn hadiah saya, sediakan payung sebelum hujan. kpd sahabat2 lain, kalau boleh, saya ingin hadiahkan juga sesuatu sebagai tanda persahabatan kita. tapi syarat malam itu hanya satu hadiah drpd seorang kpd seorang lain.

kpd cif yg pada mulanya tidakmahu bercakap dgn saya kerana merajuk ttg aknc dgn saya, saya minta maaf cif. tapi saya tahu bahawa cif takkan lama terasa hati dgn saya. kita sama2 punya tugas dan tanggungjawab. semoga cif dan sahabat2 di fsr sentiasa senyum dan komited utk kebaikan fsr. kabhe kusham,kabhe gum. hidup ini adakala suka, adakala duka.

TKU 2010 (5)


pada hari ke5di sabah,kami bertolak jam 6 dari nabawan. destinasi seterusnya adalah tambunan. perjalanan 2jam lebih tanpa henti. ketibaan kami di rumah anak yatim tambunan disambut oleh timbalan pengetuanya.

rumah ini menempatkan seramai 120 penghuni drpd tahun satu sekolah rendah sehingga tingkatan 6. maka program di sini berbeza dgn program di ketiga2 sekolah kerana peers dibahagikan kpd 2 kumpulan, satu utk pelajar sekolah menengah dan satu utk pelajar sekolah rendah. ramai drpd penghuni rupa2nya sedang sakit mata. maka tidak kesemua penghuni terlibat dgn program kami.

slot pertama dgn pelajar sekolah menengah adalah bersama saya sebagai penceramah. saya kongsi tentang program mengubah destini anak bangsa melalui pengajian di uitm. kemudiannya saya bersama pelajar2 sekolah rendah. saya memerhatikan sahaja aktiviti dikendalikan oleh peers. memang peers adalah mereka yg 'all rounders'.

pesan encik abdul ghafar, penghuni2 rayt bukan shj memerlukan bantuan material tetapi yg lebih bermakna adalah kasih sayang dan perhatian. beliau amat berterima kasih krn peers sudi melawat rayt utk berkongsi masa walau pun hanya selama 4jam shj.

Team Building FSR 2010

Tahniah dan terima kasih kpd puan aishah, penolong pendaftar pentadbiran fsr yg berjaya mengadakan prgrm team building utk fsr di morib. yg penting adalah mereka yg hadir. mereka yg tidak hadir tanpa alasan adalah mereka yg tidak ingin menjadi ahli pasukan fsr.

membina satu pasukan bukanlah sesuatu yg mudah.ianya juga bukanlah sesuatu yg susah. walaupun sebahagian drpd teori dan amali telah diketahui, tetapi pengalaman berkongsi pengalaman dgn ahli pasukan baru dan lama adalah amat berharga. keikhlasan dan kejujuruan terserlah dan tidak dpt disorok atau dilakunkan.

mengikut teori pareto, 20% drpd ahli akan menyumbang 80% hasil yg positif kpd organisasi. jadi, 80% masalah adalah hasil 20% ahli juga. jika mengikut kata fasi, kita kena forgive dan forget. tetapi mengikut seorang prof di uitm, lebih baik kita forget shj mereka yg tidak ebrminat menjadi ahli pasukan dan engkar arahan pemimpin.

biarkan luncai2 dgn labu2 mereka. mereka tidak ikhlas utk membina pasukan dan organisasi. spt kata seorang sahabat, setelah pemimpin dilantik, kita patuhi arahannya. dan janganlah kita menghilangkan diri tanpa memaklumkan kpd pemimpin. komen pemerhati, ini spt satu sabotage (utk mengaibkan pemimpin?.

tahniah dan terima kasih kpd kesemua yg hadir walau hanya sekejap sahaja. yg penting adalah komitmen kita utk memperbaiki fsr. terima kasih kpd 'kajol' wan, 'shah rukh' ami, dan pasukan drpd bollywood iaitu ah kee, shahrul, sherry, mai, mont, dan ina. rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr hi-5!!!!!!!!!

Khamis, Jun 03, 2010

kehidupan yg mencukupi

apakah yg cukup utk kita hidup? ada yg sanggup lakukan pelbagai termasuk yg salah di sisi agama utk 'cukup'kan hidupnya.

selama beberapa hari di sabah, saya amat menghargai beberapa perkara yg mungkin kita ambil secara mudh shj. kami ke sabah utk berkongsi ilmu utk perbaiki kehidupan mereka di sabah. alhamdulillah, saya juga turut disedarkan oleh mereka di sabah.

cukuplah jika kita dapat mengalas perut. cukuplah dgn karbohidrat, protein dan fibre. tidak perlulah makan di tempat yg 'berkelas' dan bayaran mahal. makanlah utk memulihkan tenaga. makanlah di tempat yg selesa dan bersih. tidak perlu makan di tempat 5 bintang.

cukuplah tidur dgn selesa beralaskan tilam shj, dgn bantal tanpa selimut. tidak perlu tidur di atas katil berjenama. tidak perlu menginap di hotel 5 bintang. cukuplah dgn bilik air utk menunaikan hajat. air utk mandi dan berwuduk. tidak perlu membayar beratus2 ringgit utk bilik utk tidur dan bilik air.

hargailah kehadiran kedua ibubapa. hargailah kehadiran saudara mara. hargailah kehadiran kawan2 yg sentiasa bersedia membantu kita. mereka semua ikhlas membantu kita utk kebaikan kita. hargailah kasihsayang drpd mereka. maafkan mereka jika berselisih faham. pilihlah kawan yg membantu utk kebaikan kita.

kehidupan mereka di keningau, nabawan dan tambunan menambahkan kesedaran saya utk sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah. tidak perlu kepada jawatan yg tinggi, harta yg menimbun jika ianya hanya utk memuaskan nafsu shj. hiduplah dgn sederhana. cukuplah usaha kita utk hidup dgn jujur dan amanah.

Rabu, Jun 02, 2010

Futsal v Alcatel

semalam main futsal dgn team drpd alcatel. team saya tiap minggu makin kurang. semalam tinggal 8 orang shj. yg lain2 entah ke mana.

lawan alcatel seronok. dpt pengalaman dan penat bermain dgn mereka yg lebih muda. selepas alcatel score gol pertama, saya berjaya score gol pertama utk pasukan saya. bola dipping shot. penjaga gol alcatel tak dapat tangkap bola dgn kemas. tapi itu shjlah jaringan saya utk semalam. yg lainnya banyak tersasar. marah kapten saya.

setelah tidak berfutsal minggu lepas, keseronokan berfutsal semalam terasa pd saya. 2 minggu selepas ini saya tidak dpt berfutsal. bertugas di luar stesen. insyaallah, kembali berfutsal pd 22jun bersama kawan2.

keseronokan berfutsal bukan setakat bermain dgn menendang bola.ianya ada kaitan dgn kepuasan berada bersama mereka yg memahami kita.kita dpt berjenak, bergurau dan sebagainya selain dpt melepaskan stres kerja dan kehidupan. terima kasih kpd mereka yg masih setia dan sudi bersama saya. 'fiat sapienta virtus'.

Pelantikan Semula

31 mei 2010, genap tempoh pelantikan saya sebagai ketua unit pengurusan kualiti di ined selama 25bulan. 1 jun 2010 bermula pelantikan semula saya tetapi sbg ketua kepimpinan dan kualiti ined. insyaallah selama setahun lagi.

matlamat utama pelantikan saya adalah membantu kolej bersekutu uitm mendapat pensijilan iso 9001:2008. saya membantu ined menguruskan spk iso 9001:2000 dan sekarangnya spk iso 9001:2008.

saya bermula dgn hanya saya seorang shj di unit kualiti. kemudiannya saya dipinjamkan seorang pegawai eksekutif drpd pejabat pengarah ined. pada awal 2010 saya mendapat seorang kerani. tahun depan adakah akan berlaku pertambahan staf di unit saya?

hari ini saya berbincang dgn staf saya matlamat/skt utk 2010. saya gunakan pdca bukannya pda. ianya utk memudahkan perancangan, pelaksanaan dan semakan utk penambahbaikan. setiap kerja saya harap direkodkan sbg bukti kerja dilakukan. saya tegaskan kpd staf saya, jangan kita menolong orang yg takmahu jalankan tugas dan tanggungjawabnya. nanti mereka akan sentiasa mengharapkan unit kualiti menyelesaikan masalah dan amanah mereka.ini boelh menyebabkan tugas dan tanggungjawab kita terabai dan tidak diselesaikan. penilai skt akan melihat seolah2 unit kualiti tidak buat kerjanya yg sepatutnya.

Selasa, Jun 01, 2010

TKU 2010 (4)

Hari ke4 di sabah,kami di smk nabawan 2. setelah solat subuh jam 5.30pagi, saya tidur semula. Bangun pukul 7.17pagi. Hari ni tak stres seperti 3hari terdahulu. program bermula jam 8.30pagi, hanya 100m dari bilik asrama (termasuk turun tangga dari tingkat 3).

Sarapan pagi bersama pengetua dan penolong hem. maklumlah, saya ketua delegasi. program bermula spt di kedua2 sekolah sebelum ni. cuma bezanya program di smk nabawan 2 bermula drpd jam 8.30mlm semalam lagi dan berakhir pada jam 4ptg hari ini, selama 8jam berbanding hanya 4jam di maktab sabah dan smk keningau.

oleh kerana progrm bersama pelajar telah bermula semalam lagi, maka rapport telah pun ada dgn para pelajar apabila progrm dimulakan jam 8.30pagi ini. sesi LDK kami cuba adakan yg berbeza dgn di setiap sekolah.

petangnya kami lawan bola dgn pelajar smk nabawan 2. kami beli seorang cikgu dan striker sekolah. kami ketinggalan 2-4 apabila permainan terpaksa dihentikan kerana hujan. kami bermain tanpa memakai kasut. saya hanya menyentuh bola sebanyak 3 kali shj. rupa2nya setelah saya balik ke bilik, permainan diteruskan tetapi di padang kecil.

Sayang Kinabalu