Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 03, 2010

kehidupan yg mencukupi

apakah yg cukup utk kita hidup? ada yg sanggup lakukan pelbagai termasuk yg salah di sisi agama utk 'cukup'kan hidupnya.

selama beberapa hari di sabah, saya amat menghargai beberapa perkara yg mungkin kita ambil secara mudh shj. kami ke sabah utk berkongsi ilmu utk perbaiki kehidupan mereka di sabah. alhamdulillah, saya juga turut disedarkan oleh mereka di sabah.

cukuplah jika kita dapat mengalas perut. cukuplah dgn karbohidrat, protein dan fibre. tidak perlulah makan di tempat yg 'berkelas' dan bayaran mahal. makanlah utk memulihkan tenaga. makanlah di tempat yg selesa dan bersih. tidak perlu makan di tempat 5 bintang.

cukuplah tidur dgn selesa beralaskan tilam shj, dgn bantal tanpa selimut. tidak perlu tidur di atas katil berjenama. tidak perlu menginap di hotel 5 bintang. cukuplah dgn bilik air utk menunaikan hajat. air utk mandi dan berwuduk. tidak perlu membayar beratus2 ringgit utk bilik utk tidur dan bilik air.

hargailah kehadiran kedua ibubapa. hargailah kehadiran saudara mara. hargailah kehadiran kawan2 yg sentiasa bersedia membantu kita. mereka semua ikhlas membantu kita utk kebaikan kita. hargailah kasihsayang drpd mereka. maafkan mereka jika berselisih faham. pilihlah kawan yg membantu utk kebaikan kita.

kehidupan mereka di keningau, nabawan dan tambunan menambahkan kesedaran saya utk sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah. tidak perlu kepada jawatan yg tinggi, harta yg menimbun jika ianya hanya utk memuaskan nafsu shj. hiduplah dgn sederhana. cukuplah usaha kita utk hidup dgn jujur dan amanah.

Tiada ulasan: