Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 18, 2010

Bersama 2 Menteri Dlm Masa 3 Hari


pada hari ahad 13jun, peserta dan urusetia serta vip perkama dan umt makan malam di seri iman, kediaman rasmi MB terengganu. saya turut hadir selaku peserta konvensyen dan juga exco perkama. dan sbg exco saya berpeluang makan di ruang vip. pada asalnya tempat saya di meja bersebelahan mb. tapi saya tukar ke tempat lain. nak makan bukan gaya vip.

sebelum,semasa dan selepas majlis makan ada persembahan budaya. nyanyian dan tarian. takde ulek mayang. makanan yg terhidang amatlah banyak pilihannya.ada laksam, ayam goreng, satay, ase gupa, colek, dll. selepas makan dan tamat majlis, saya turut bersalaman dgn mb. terima kasih kpd penganjur. rasa mcm dejavu pula bila berada di seri iman. bila ya?

pada 15jun, majlis penutup konvensyen perkama 2010. vip adalah menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. sebagai seorang pemenang ekspo inovasi dan penyelidikan perkama 2010, saya telah menerima hadiah (sijil dan cenderahati) drpd menteri pwkm. siap bergambar lagi. terima kasih sekali lagi kpd juri dan penganjur. dan meja makan saya juga bersebelahan menteri. belum cukup pangkat utkmakan bersama menteri.

Tiada ulasan: