Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Jun 29, 2010

Kesakitan sebagai Peringatan

Dua hari saya ambil cuti. semalam dan hari ini. asalnya bercadang utk ke taman negara. tetapi, kita merancang, Allah menentukan. saya bercuti kerana utk pulih drpd sakit.

minggu lepas, setelah pergi latihan bowling, saya kesakitan di kaki kiri saya. pergerakan yg tidak betul atau luarbiasa semasa berbowling. pada awalnya hanya sedikit shj. kemudian selepas berfutsal spt kebiasaan, kesakitan semakin bertambah. saya gosok minyak urut, krim tahan sakit dan juga spray pembius. alhamdulillah tahanlah sakit saya.

tetapi semasa berbowling utk pertandingan alumni sekolah rendah, kesakitan makin menjadi2. sepatutnya saya rehat utk pulihkan kesakitan, tetapi saya berbowling juga. kesannya, solat pun sakit. terutamanya apabila nak duduk antara dua sujud. maka saya solat duduk ajelah sehingga sekarang. ruginya rasa tidak dpt sujud dgn kepala menyentuh tempat sujud pada setiap kali solat.

semalam kesakitan amat sangat. nak bengkok kaki atau luruskan kaki amat menyakitkan. alhamdulillah, setelah saya sembur ubat bius, tiada rasa sakit sehingga pagi ini. namun apabila saya berjalan, saya diingatkan bhw sakit saya belum pulih sepenuhnya. maka malam ini saya mungkin tidak berupaya utk berfutsal.

Tiada ulasan: