Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 27, 2010

Andainya kita tahu akan waktu..

andainya kita tahu, akan waktu, yg ada utk kita di dunia ini. apakah akan kita lakukan dgn sisa2 masa yg ada? adakah kita terus alpa dan lupa akan tanggungjawab kita sbg hamba Allah?

adakah kita akan terus sombong dgn kejahilan kita? adakah kita akan terus memburu kekayaan di dunia, dan lupa kesejahteraan di akhirat? adakah kita akan terus lupa utk tunduk dan sujud kpdNya? adakah kita akan terus menipu dan lupa kpd amanah kita? adakah kita akan terus berpura2 kpd mereka yg menaruh harapan kpd kita?

ada diantara kita walaupun telah diberi peringatan dgn kesakitan. diberi peluang utk berubah dgn dikembalikan kesihatan. masih lagi meneruskan dgn menipu anak bangsa kerana inginkan kekayaan didunia. masih lagi pecah amanah. masih lagi terlibat dgn rasuah. masih lagi menggunakan harta dan hak orang lain utk membina mahligai yg tidak bererti di akhirat.

sebenarnya kita tahu bhw masa kita semakin hampir utk kembali kpdNya. tetapi kita masih lagi cuba utk mengelak kebenaran. Allah Jua Yang Maha Adil

Tiada ulasan: